Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Monday, July 27, 2009

Just So You Know..

"And I will give my heart
even the world desclusing
everything I got
I give it all to you"

Yah..iyah..Saya bukanlah jagoan badminton cuma sekadar action je yang lebih. Rasa ringan badan dan fikiran pun taklah melayang jauh. Terlalu banyak toksin dalam badan apatah dalam hati yang perlu dinyahtoksik. Benar, kalau dalam masa 3 hari tiada makanan ruhani, buatlah apa-apa kerja pun mesti tiada ruh. Atas sekadar nama buat kerja tapi pahala entah ke mana niat lagilah tiada.

Syukur teramat,moga inilah jalan terbaik untuk saya dalam preparation untuk hidup mulia mati syahid.

Way to go, a list that I'm going to do in a short o~la la la trip
a) Jalan-jalan lihat dunia milik Allah
b) Have a shopping spree~pastu beli new digicam, dinner table for opah, handbag untuk, kemeja untuk ayah,baju untuk Aqil..dlm hati 'kayanya aku nak beli semua tu'.
c) Makan-makan thing~Nando's, Asam Laksa (yg midvalley still 'haunting' me), jeruk buah pala, mee banjir udang; singgah lok Kuale Kangso.

Pfuh, memikirkan selepas ini saya akan duduk sorang-sorang di rumah besar 2 tingkat~masa pergi survey tengok je rumah tu terus tak keruan saya. Nampaknya setiap malam kena tidur tempat lain-lain, pasang Astro biar rasa bising sikit, kena beli perabot, belajar resepi baru ,tiap-tiap minggu turun Samarahan/Kuching selain dari usrah. Penat driving 156 km pun belum tentu hilang. Oh, mak datang lah temankan saya di sini. Besar sungguh dugaan di negeri orang. Memang saya rasa saya takkan lama di Sarawak ni, cukup 1 1/2 tahun mintak transfer terus. Alasan kukuh; saya nak kawin~ huhu.

Senior saya tak jemu-jemu menaikkan semangat dengan elaun itu ini~ memang gaji saya bakal mencecah RM6k ni, kalah senior Dental Officer kat semenanjung. Oklah, mari sama-sama kita kira :

a) elaun perumahan wilayah (EPW bg Sabah,Sarawak. COLA bagi semenanjung)
b) elaun DOIC (dental officer in-charge/yang mengurus)
c) elaun on call~ ni mmg saya conquer lah
d) elaun menanggung kerja U44~ saya kan baru U41.Muda belia lagi tapi dah kena mengurus, memang kuruslah lagi badan saya nanti
e)lain-lain~ claim transfer, pergi kursus, meeting..

Tapi itu dunianya. Pinta saya moga Allah tak lalaikan saya dengan dunia. Mungkin semua orang ingat saya/kami ni kaya walhal nak simpan pun susah. Tolak dengan duit rumah sewa, makan~Kuching ni mahal lah, pakaian~sale je baru beli, api air,telefon,broadband, duit kereta, minyak, nak bagi mak ayah, zakat, duit umrah, tiket flight dan sedekah. Lastly, tinggal lah ciput nak dijadikan simpanan. Sakit jugak bulan-bulan. So lower kan sikit expectation pada saya ye..org lain? Entahlah, tepuk dada tanya iman.

Ok,ciao. Xie xie ni sbb baca entri kali ini. Tapi saya takde duit nak bagi. Bagi senyuman pun cukuplah ye! Ilalliqa'.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home