Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Wednesday, March 29, 2006

Andai diri ini mengerti

Alhamdulillah, kami dipertemukan kembali tempoh hari dalam seminar huffaz hujung minggu lalu. Biarpun antara kami tidaklah serapat mana seperti waktu dulu tapi seolah-olah ada sesuatu yang mempertautkan. Bermula di peralihan kemudian berpisah semasa form 3.Dia senyap sahaja dalam kelas sepatah di tanya sepatah jua dijawab.Kadang-kadang malas juga melayan orang sebegitu sementelahan saya juga senyap orangnya. Dari air mukanya, saya tahu ada sesuatu yang menyedihkan dalam hidupnya.Mahu bertanya, tetapi risau akan natijahnya.Takut dia menangis, maka dipendamkan hasrat.Cuma sekali sekala dia sudi berkongsi cerita tentang keluarganya di kampung. Amat mengharukan tatkala kami semua mendengar tapi akan daya waktu itu,kami tak mengerti tentang kehidupan hanya sekadar bertatih-tatih.
Kemudian ,apabila saya terlibat dalam program luar, kami bertemu cuma sekejap sahaja.Tiada apa yang dapat dijadikan alat penghubung melainkan emel. Itupun saya selalu bertangguh dan sesekali lupa. Melalui teman rapatnya, saya mendengar banyak cerita yang menyedihkan-sudahlah terpaksa extend kerana sakit, ibu di rumah tiada siapa yang menjaga dan sekarang dia menetap bersama neneknya yang tua. Hati saya amat sedih kerana langsung tidak dapat membantu.Sedihnya..Sebagai seorang bakal pengamal kesihatan (walaupun dr gigi) hati saya melonjak-lonjak ingin mengetahui apakah sakitnya?Kerana luarannya nampak sihat sahaja cuma pucat sedikit. Bila bercakap-cakap dengannya, saya berpura-pura seolah mengetahui akan penyakitnya,manalah tahu dia akan membuka mulut bercerita lebih lanjut.Tapi petang itu berlalu dengan cepat, tak sempat saya mengorek rahsianya. Takpelah mungkin lain kali. Saya amat-amat mahu membantunya tapi buntu..(moga ALLAH mempermudahkan urusannya). Saya tidak betah melihatnya, seraut wajah sedihnya dan suaranya yang lemah-kerana hati saya akan turut juga menangis.Ya ALLAH sungguh besar ujian yang Kau timpakan ini tetapi siapa tahu itulah tanda kasih sayang tak terhingga MU.Saya rasa sungguh kerdil sekali saat ini.
Semasa seminar, kami bertemu itupun tak sempat nak bercakap apa-apa hanya sempat bertanya khabar. Sehinggalah seorang senior bertanya bagaimana kenal dengannya.Jawab saya :teman sekolah dulu lama tak jumpa. Dan dari senior jugalah saya mengetahui kisah sebenar hidupnya yang menyebabkan dia sering sakit-sakit. Saya terkedu dan tergumam beberapa minit, nak menangis rasanya tetapi saya tahankan hati. Dari jauh saya memandangnya, tak tergambar apa perasaan saya saat itu.Terlalu banyak yang saya pelajari dari kisah hidup sahabat itu. Allah mengujinya dengan sedemikian rupa tetapi dia tetap begitu –tegar walaupun sesekali rebah. Tetapi saya? Ujian datang melanda sedikit sudah banyak putus asa dan menangis. Jarang benar mahu bersyukur dengan apa yang ada, sedangkan orang lain tak mampu menghirup nikmat seperti kita. Yang sedia ada sentiasa tidak mencukupi asyik 2 mahukan yang lebih baik dan yang paling penting- hargailah ibu/mak/ummi/mama..dengan penuh kepayahan dia memberi bukan atas dasar untuk dibalas semata-mata kerana kita, inikan kita yang mampu masih jua payah untuk memberi. Banyak lagi untuk saya ceritakan, tetapi mata ini sudah berair. Sepanjang seminar itu, saya ‘larikan’ diri darinya kerana takut-takut menangis dihadapannya. Biarpun sepanjang minggu ini, saya nampak ‘biasa’ walhal fikiran saya melayang kepadanya,berfikir dan terus berfikir.. BETAPA DIRI SAYA INI AMAT KERDIL.

p/s:maafkan ana sahabat jika gagal memahami kalian, kerana ana penuh dengan kekurangan. Ana tak mampu nak memberi tetapi ana rasa cukup bahagia jika sahabat mahu menerima ana seadanya. Memberi tanpa mengharapkan balasan adalah syarat utama untuk BAHAGIA!
Setuju?

Monday, March 27, 2006

HOTTING UP UNDER THE COVERS- HEALTH AND YOU

HAVING TROUBLE falling asleep at night? A new Australian study has found adding chilli to your diet will make you drift off to sleep quicker and leap out of bed more energy.
University of Tasmania physiologist Andrew Davies put 25 volunteers on diet for four weeks. They then repeated the eating plan for another four weeks, this time adding 30 g of chopped uncooked chilli to the daily diet. Participants reported they fell asleep easier with the spicy addition.
“Sleep time was shorter on chilli diet” says Dr Davies, “and the subjects made fewer movements during sleep, suggesting they may have sleep more deeply”.
Result won’t happen with a single spicy meal, Dr Davies warns. Stick for chilli for a little longer. READER’s DIGEST-march 2006

* For Muslim-it said it is enough at least to sleep 3-4 hours per day. Too much sleep may cause some deteriorating ‘complication’.Forgetfullness-dementing illness? Hehe..anyway follow our Prophet Muhammad p.b.u.h ,it is the best way. Susah nak tidur? Amalkan doa ini : “Ya Allah, sudah terbenam bintang gemintang sudah tertutup banyak mata sedangkan Engkau hidup dan jaga, tidak tidur. Wahai yang tegak, Yang hidup dan Yang jaga, tenteramkanlah mataku ini ” dan jangan lupa untuk minum susu tp untuk sesiapa yang lactose intolerance: better avoid!

Ana paling suka tidur…tidur yang mengingatkan ana tentang kematian. Mungkin malam ni ana masih lagi ada ruh,mana tahu keesokannya Allah telah memanggil ruh kembali kepadaNYA. Dan sebelum meghadapi kenyataan itu, ana mahukan agar hati ini tenang dan dalam kemaafan manusia. Sebelum tidur, maafkanlah kesalahan orang lain kerana hanya orang yang sakit hati ada ‘penyakit hati’.

“Dengan namaMU wahai Tuhanku, aku baringkan pinggangku dan kerana Engkau aku mengangkatnya;jika Engkau tahan jiwaku (Kau ambil nyawaku) ampunilah diriku,jika Engkau lepaskan ruhnya,maka pelliharalah diriku sebagaimana Kau pelihara hamba-hambaMU yang salih”


“Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan,sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan” al syura :43

‘Maafkanlah mereka dengan cara yang baik’ surah al-hijr:85

‘Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas’ az-zumar :10

‘Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada,Apakah kamu tidak ingin ALLAH mengampuni kamu?’ surah an-nur :22

Monday, March 20, 2006

Salamtus sadr


Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah ana masih lagi diberikan keizinan untuk menulis hatta banyak perkara dan benda untuk difikirkan. Semalam ke kelas tasawwuf,alhamdulillah makin ramai terikat hati-hatinya untuk menghadiri majlis ilmu yang mengenalkan kita pada ALLAH.Dulu..masa masih kecil-kecil ana sekadar tahu nama shj.Lebih dari tu,tak pernah nak mengetahui apa yang terkandung dalamnya. Tapi sekarang tasawuf dan menjadi sebahagian dari diri.Bila bercerita mengenai ALLAH tak semena-mena mahu berair mata ini mengenangkan betapa agungnya ALLAH dan betapa kerdil jua diri ini.Rasa tenang yang hadir itu seolah tak akan didapati dlm mana-mana keadaan.Hebatnya mengenali ALLAH.Begitu jg jika kita nak mengajak orang ke arah kebaikan-kenalkan hatinya kepada ALLAH.InsyaALLAH,moga-moga slps ni lebih ramai yang akan menghadiri majlis ilmu untuk sama-sama beroleh MARDHOTILLAH!

Minggu ni jg, kehidupan ana byk berkisar ttg salamatursadr yakni jika ditranslate maksudnya- BERLAPANG DADA. Ana kena banyak dan sentiasa berlapang dada setiap kali dihadapkan dengan perkara-perkara yang kurang menyenangkan (walaupun bkn ana yang buat salah=) andaian jer.Bila ditegur secara kurang elok pun kita kena sabar dan berlapang dada,bila nak menegur pun kena sabar dan berlapang dada jua. Berat??Memang berat sebab SABAR memang payah tapi bila dilatih,insyaALLAH itulah yang terindah. Dan selepas itu jangan sesekali berputus asa kerana orang yang give up itu ialah orang yang berputus asa dalam rahmatNYA.
Dan prinsip ana-sekalipun orang tuh buat sakitkan hati atau kita menyakitkan hatinya sesekali jangan putus asa esp dalam bersahabat.Biarlah dia 'lari' dari kita yang penting kita kena tawan balik hatinya. Apapun,ana lebih suka orang yang menegur dengan cara yang lemah lembut krn sifatnya hatinya suka kpd kelembutan!Esp bagi orang yang hypersensitive (jangan marah ana deh=)

Teringat kata Pluto "Bersahabatlah dengan orang yang banyak mendatangkan kesukaran daripada kesenangan kepada anda".Sebabnya,bila diuji dengan kesukaran barulah kita nampak mana satu sahabat kita,yang mana satu pepijat(yang tumpang sekadar utk kepentingan diri).
Hehe..kita tak layak pun nak marah-marahkan org(unless terbukti kesalahannya) krn kita pun tak suka kalau orang marahkan kita.Treatlah leklok,insyaALLAH itulah penawar paling mujarab bagi hati.Last but not least, perbuatan maaf itu lebih dekat dengan orang yang bertaqwa. Don't take for granted.Kembalilah kepada ALLAH.
Wassalam.

Friday, March 17, 2006

Epal..


Here's the quote:

'Wanita ibarat EPAL.
Epal yang tak berkualiti amat mudah diperolehi
kerana ia berguguran di TANAH
Tetapi epal yang tak mampu dibeli
berada di PUNCAK
Susah dipetik susah digapai.
Terkadang epal itu risau,
'Kenapa la diriku belum dipetik?'
Lantas ia merendahkan martabatnya
dan menggugurkan diri dari menyembah Allah
Sedangkan ia sebenarnya telah Allah
jadikan begitu tinggi Martabatnya
sehingga tiada siapa yang BERANI memetiknya.
Hanya PEMUDA yang benar-benar HEBAT sahaja
yang mampu.
Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat.
Biarlah cinta hakiki pada ILAHI itu yang utama dalam hati..

p/s : So don't be to depressed o muslimat. Anda punya kedudukan yang lebih tinggi andai cinta ALLAH berjaya bertempat di hati. Jika kita jaga habbluminallah, insyaALLAH Dia akan menjaga kita.

Thursday, March 16, 2006

CongRATs..



It has been awhile..
I stop writing and reading
like lost in jungle without no one
to lead the way out
But thank you ALLAh
for been there always and put me in such way
so I learn to bear up all the obstacles..


Well, rasanye tak terlambat nak ucapkan tahniah+congrats+ bersyukurlah –diatas kejayaan budak2 yang dah ambil result SPM including my naughty, stubborn, witty and sometimes annoying young bro.-Fahmi or budak Beseri for obtain straight A’s. Huh, broke abg Udin punya record but no one can beat mine in PMR=) anyway, may your success like a start-kick for me to do the same-VICTORY in Profesional 2.If you read this, remember be thankful mostly to ALLAh, our beloved parent, siblings, teachers and ME! Haha..greatest advisor (jaga pergaulan deh)..Next, it’s up to you..further study in engineering or oversea.Rezeki tuh ada kat mana2.Second, my congrat goes to my sis. for ‘selamat dah isteri orang and menunaikan separuh drpd agama’.Still dun believe? Just believe!Anyway, all of what we have today is because of HIM.

And not to forget, congrat to myself also for successfully went thru this week without any injury or trauma to ‘mind’ .Every problem has their own solution right, so as Muslim always think positively and broadly. InsyaAllah, barang siapa yang bertawakkal kpd Allah ,maka diadakan baginya jalan keluar dan rezeki yang tidak disangka-sangka. Now, you believe. Be calm, don’t think too much and what ever will be..will be .
‘Ya ALLAH, Kau tariklah apa saja perasaan dan fikiran yang bisa melalaikan ingatanku dari mengingatiMU. Biarlah hati ini cukup jernih dan suci untuk menerima cintaMU buat kesekian kalinya’. Indahnya bila bertemu denganMU.
-Hasbunallahi wani’mal wakil-

Saturday, March 11, 2006

DuHaI HatIkU..

Duhai hati
Tabahlah dikau dalam
mengharung liku jalan berbatu
menuju Ilahi

Bukan selalu
kau diuji sebegini
Bukan kerap jua
kau menangis mengenang betapa kerdil diri
dan bukan selamanya
kau merintih
selama hidup ini

Nah,
Bila ujian datang
maka tabahkanlah duhai hati
Senantiasalah berhusnu dzon
KasihNYA tiada bertepi
Sesaat Dia uji
sesaat kemudian
Dia tarik kau kembali agar
lebih dekat di sisiNYA
Bergembiralah dan bersemangatlah
untuk menghadapi hari yang mendatang
penuh ujian
Kerana ujian itu tanda kasih sayangNYA yang tak terhingga..

p/s : alangkah senangnya hati ini andai tiap masa mata hati dan hadaf hidupnya sentiasa tetap berpaut padaNYA..Itulah yang terindah..

Thursday, March 09, 2006

Cepatnya..


Assalamualaikum wbt,
Bila mulut letih bercakap maka jari pula akan bekerja..
For previous week, dunia ana jadi tunggang langgang, study tak sempat nak cover, denture masih belum siap (akibat sikap bertangguh-untuk kerja yang krg digemari!) Tapi itulah, kalau niat semuanya kerana Allah tentu tak jadi begini. Dan apa yang paling menyedihkan..ana terasa jauh dariNYA. Ya Allah, andai ini jua ujian dariMU janganlah biarkan aku termanggu-mangu keseorangan. Puas sudah ku mencari di mana silapku..tapi sukar untukku menemui titik mulanya-pergh, tak percaya pulak tulis camni. Takpelah, yang penting Allah tahu di mana kedudukan ana di sisiNYA. Selalu ana membayangkan bahawa ana adalah rumput-rumput kering tepi jalan-tiada dosa, tiada rasa sedih yang tinggal cuma rasa kehambaan yang memuncak dalam diri lepas tu teringat pula kisah malaikat yang berkata 'Alangkah beruntung menjadi manusia-makhluk yang Allah sayangi. Kenapa ? Sebab manusia ditaklifkan sebagai khalifah di muka bumi walhal dirinya diibaratkan bodoh sombong, banyak dosa and so on sedangkan malaikat suci dari melakukan maksiat dari Allah, asal kejadiannya dari nur.
Sebenarnya banyak kelebihan manusia berbanding makhluk lain. Jika ia jahat, jahatnya melampaui kejahatan sang haiwan tetapi jika ia baik maka kebaikannya melebihi apa yang ada di bumi dan di langit. Hebatkan manusia ?

NIKAH- Kakak yang 2nd pulak nak nikah.Rasanya tak sampai setahun dari yang sulung kawin. Intensive preparation dah final stage just tunggu akad nikah and the best part is-my relatives from Perak are coming. But the sad thing is why still adat2 yang bertentangan dengan Islam masih kukuh melekat dlm diri kita umat Islam. Kadang-kadang sedih, bila kita tak mampu nak menghalangnya(although I was well known for being the rebeller). Lastly, ended up with crying!!!Ternyata diri ini lemah iman.Ya Allah kenapalah mereka tak mahu memahami semua itu.Kau bukakanlah hati mereka,Kau tunjukkanlah yang hak itu hak dan yang batil itu tetap batil. Rasanya, cara walimah Rasulullah dan para sahabat itulah paling terbaik: penuh dengan kesederhanaan tetapi keberkatannya dirasai oleh semua.

Ikhtilat- Recently ada perbincangan mengenai ikhtilat (menurut Dr Yusof al Qardhawy sebenarnya perkataan 'ikhtilat' ni tidaklah diketahui dari mana kewujudannya) Sebenarnya, semua masalah timbul apabila perkara basic kita tak jaga bukan sahaja dari segi pergaulan, ibadah pun dan sebagainya. Consequent; perkara remeh temeh tetiba jadi isu besar. Dan melalui pengalaman ana dalam bergerakkerja-satu pihak dah jaga batas-batasan tetapi yang satu lagi nampaknya agak kurang memahami atau mmg tak nak faham-moga Allah mempunyai penilaian yang baik. Sebab itu mengapa sikap berhati-hati perlu diambil-tundukkan pandangan, jaga aurat, suara, pakaian ,adab dan hadaf pertemuan perlu betul dan perlu sahaja serta tak perlulah meleret2. Menjauhi fitnah atau mudharat itu lebih aula..fiqh aulawiyat. InsyaALLAH, jika kita menjaga diri kita kerana Allah, Dia juga turut menjaga diri kita. Jika kita menjaga maruah dan kehormatan diri, orang akan turut menghormati. Pesanan last : sombong dan menjaga diri adalah perkara yang berbeza..kerana hanya benda yang bernilai sahaja akan terjaga rapi..
' Jauhi dedah aurat dan gejala couple'

Sunday, March 05, 2006

Tweeny..



“KEMBARKU,.. kata atuk ,kembar ibarat magi..makanan rutin masa susah, kata mak, kembar tu macam biskut, jap ada jap takde.Kata ayah, kembar tu tak ubah macama Astro..macam-macam ada..tapi kata saya, tak kisahlah kembar tu macam mana..macam maggi ke, biskut ke , tapi bagi saya dia tetap kembar saya! tau tak sebab pe ? Sebab sekali saya berkembar ngan orang tue..selamanya dia tetap kembar saya.
-Begitulah msg yang ana terima dari adik ana. Terharulah jg walaupun ia sekadar forwaded msg. Tapi of course orang yang bukan kembar takkan dapat punye=) istimewa kan tuh. Best sebenarnya jadik kembar nih, walaupun masa kecik selalu fight ala ultramen, ninjaboy, power rangers dan yang sewaktu dengannya tapi bila dah besar “rahsia mu rahsia ku jua” Hehe, but not all lah. Masalah dia masalah kita juga, dia sakit kita pun sakit, dia sedih kita pun sedih. So sesiapa sakitkan hati dia, siap! Ana ‘tembak’ dengan peluru air liur! Dia gembira kita pun gembira malah lebih dari dia.Kadang kala, ana akui sukar nak tunjukkan affection-ana sebenarnya ada tendency untuk menyakitkan hati org yang ana sayangi. Makin ana sayang, makin ana banyak ‘sakitkan’ hatinya. Fuh, tapi jangan takut kerana ana sayangkan semua orang lebih dari ana sayangkan diri ana kerana ALLAH. InsyaALLAH.
Untuk kembarku tersayang, tak kisahlah apa jua orang nak katakan tentang kembar yang pasti kita telah ditakdirkan untuk jadik kembar. Ya ALLAH limpahkan maghfirah dan makrifah Mu padaNYA.Ameen. Aku mencintai seluruh saudara seagama, seakidah dan seperjuangan.Sungguh..sebenar kecintaan.

Di dasar kilau cahaya mutiara putih terang menyinari diri.
Di dasar dirimu kalam indah penuh seni meneguk perjuangan kebenaran hikmah pekerti. Kau inspirasi ya Rasulullah.

.:Cinta itu:.

Berbicara tentang cinta pasti ramai yang teruja, seolah ia sesuatu yang menyeronokkan . Cinta pada siapa ? Cinta pada apa ? Rata-ratanya lebih suka bercakap mengenai cinta pada manusia,makhluk,harta mahupun pangkat tapi bila dibangkitkan tentang cinta kepada ALLAH, kita seolah tidak berminat dan sengaja tidak mahu memahami.

Pernah suatu hari Rabiatul Adawiyah didatangi beberapa orang soleh untuk berziarah ketika itulah terjadisoal jawab di antara Rabiah dengan tetamunya itu berkenaan masalah menyembah ALLAH. Salah seorang ditanya Rabi’ah .
‘Mengapa anda menyembah ALLAH ? ‘ tanya Rabi’ah
‘Kerana saya takut akan api neraka’ jawab orang itu.
‘Mengapa anda menyembah ALLAH ?’ tanya Rabi’ah bertanya pula kepada tetamu yang lain.
‘Saya menyembah ALLAH kerana takut masuk api neraka dan ingin masukke
syurgaNYA’ jawab tetamunya itu.

Rabi’ah menarik nafas panjang kemudian berkata :
‘Alangkah buruknya seorang hamba yang menyembah ALLAH hanya kerana
mengharapkan syurga dan ingin menghindar dari api neraka !’

Sejurus Rabi’ah terdiam seakan-akan kecewa mendengar penjelasan mereka.Kemudian dari bibirnya keluar sebuah soalan :
‘Sekiranya syurga dan neraka tiada, apakah kamu tidak menyembah ALLAH ?’

Hadirin saling berpandangan sesama mereka.Tidak menyangka kalau-kalau pertanyaan seperti itu akan dikemukakan oleh Rabi’ah.Agak lama tidak seorang pun di antara mereka berani menjawab. Salah seorang drpd mereka memecahkan kesunyian itu bertanya kepada Rabi’ah :
‘Kalau begitu tolong jelaskan kepada kami mengapa anda menyembahNYA ?’

‘Saya menyembah ALLAH adalah kerana keranaNYA. Nikmat yang dianugerahkanNYA kepada saya sudah cukup menggerakkan hati saya untuk menyembahNYA’ Demikian jawapan Rabi’ah ringkas tetapi padat. Dan dengan jawapan ini,Rabi’ah sekaligus telah menjelaskan kenapa dia menyembah ALLAH dan di mana tahap mana kedudukannya dalam penyembahan ini.

Pernah pula Sufyan at Thawri meminta Rabi’ah membicarakan tentang pengertian kemurahan dan Rabi’ah bertanya kepadanya:
‘ Apakah yang dimaksud dengan kemurahan menurut pendapat anda?’
‘Yang dimaksudkan pemurah di dunia ialah orang yang tidak bakhil menafkahkan hartanya dan pemurah menurut orang yang rindu akan akhirat ialah orang yang tidak bakhil menyerahkan dan mengorbankan dirinya’ jawab Sufyan.

‘ Anda salah’ jawab Rabi’ah dengan tegas.
‘Pemurah ialah bahawa anda menyembah ALLAH kerana anda mencintaiNYA, tidak mengharapkan apa-apa, tidak inginkan balasan dan imbalan’ kata Rabi’ah.
Menurut Rabi’ah, hanya CINTA yang patut dijadikan dasar dalam menyembah ALLAH. Teras keimanannya ialah bukanlah kerana takutkan neraka dan bukan pula kerana cintakan syurgaNYA.Yang dikatakan CINTA ialah bila mana kita tulus dan ikhlas. Melalui satu hadith Qudsi ALLAH berfirman yang bermaksud :
‘Keikhlasan ialah satu rahsia yang Ku pertaruhkan di hati orang-orang yang kucintai.Tersembunyinya sehingga malaikat pun tidak dapat melihatnya selagi belum dituliskan dan syaitan pun tidak dapat merosakkannya’

Cinta pada manusia sebenarnya sesuatu yang tidak pasti, adakalanya kita hampa, kecewa, putus asa dan sedih tetapi bila kita menyerahkan seluruh kecintaan ini padaNYA..alangkah indahnya perasaan itu. Betapa sucinya, paling indah, paling manisnya dan yang tinggalnya hanya bahagia tanpa kecewa. Bukanlah kita menolak fitrah semulajadi cuma letakkanlah ALLAH itu paling teratas dan paling agung nescaya kalaupun kita kecewa dengan manusia pasti matahati kita dapat melihat rahmat disebalik setiap sesuatu itu. Percayalah dan yakinlah, cinta ALLAH itu sudah cukup membuatkan hati ini makin tenang !

“SAYA MAKAN ROTI DUNIA TETAPI SAYA BERAMAL UNTUK AKHIRAT”

Thursday, March 02, 2006

My baby !

HOW MIRACLE IS MIRACULOUS !

I’ve been at o&g ward for clinical presentation practice whole night with senior..thanks God muslimin had already clerked the patient and my friends and I just been a good listener since then. The teaching ended by 11.00 pm. All of us were exhausted but never mind. Then, our senior asking if we would like to visit labour room in case if there is delivery. being stunned and out of word three of us eagerly followed him..huhu such a good teacher (dedicated to teach us although he also has bundle of task to be done) and muslimin. First, we seek a patient who is in contraction pain and here we are..the patient has so much to be tolerate..intermittent, contractile pain and anxiety of being watching by people esp male..I’m too cannot stand if in her shoes but what to do the pain is much more to be concern than other.
For every contraction, the doctor will ask her to push I think for about ten times it happened but no sign of the baby is come out although the cervix is already 10 cm..a time for delivery. Oh, baby why you don’t want to come out? So, Dr will try again after 1 hour if more than that the c-section or forceps delivery will take place because the cute little baby inside her mother’s gravid uterus will suffered respiratory distress (lemas..le) .

Waiting until 12.15, we were having a good time ‘watching’ the already delivered baby in nursery room being put on clothes and sleep in their ‘container’ soundly. Some of them cried but their cries actually sound of happiness of mother and father. Ohoh, baby if you cry for being on earth which full with trial and turbulence then..you must feel such ways but it already stated in your book of life in Luh Mafzuh then send down to baitul I’zzah. We pray that you will be a good, obedient and intelligent muslim for your whole life anyway.
Almost 1 am, the patient cried for contractile pain that was unbearable so IT ALREADY THE TIME…’kak, teran lagi..sambung2x lagi, geram2x” All sort of noise can be heard from this room.I just smile when saw this ‘tiring’ scene. Everyone seem to be motivated including her husband to give support and strength for the patient.I want to part too but at the latest minute ( seganlah jugak!) Uh..the baby head is arrived and then the shoulder, body and limbs. So beautiful the mechanism of labour that ALLAH created without harming both the mother and child eventhough episiotomy was done because patient is primi gravida-first pregnancy. MasyaALLAh, Tabarakallah. I wonder, how my mom can withstand the pain during giving delivery to me and my twin ?
Afterwards, the first ‘kalimat’ the sinless baby would hear is LA ILAHA ILLALLAH..kalimatu thoiyyibah. Alhamdulillah, both safe and DR were waiting for placenta delivery, in order to make sure patient didn’t suffered post-partum haemorrhage.
You know , after witnessed the miracle of this I learnt a lot : the first one is every newborn is a gift-priceless one from HIM that must be keep as sign of HIS LOVE towards HIS creation. Second is :never ever disobey your mother even though it’s contradict to what you want unless in marked that totally wrong in our Deen.Remember our mother has suffered so much in pregnancy, delivery and nursing us so that we been able to be here and as what we are now, and if given another choices she can do what ever she want : aborted us? Abandoned us? Or abused us ? But, alhamdulillah still she gives us lots of love, cares and education-sampai sekarang ana ingat how mom take care of me masa kecik dulu; demam, batuk selsema, sakit perut,and one occasion I’ve food poisoning.wah so much sickness. But mom always been there, tolong lapkan badan ,masakkan nasi air or soup (fave. meal ms sakit and sihat) ,lalukan air kat kepala and tapping. Too much to describe, even now mom always recall us with that memories – terjun dari katil 2 tingkat then terseliuh (kononnya jadi superman), jatuh dari basikal, and what the most funniest was when I was 3 years old, while climbing my buaian suddenly lost my grip, I fall down and pengsan.kui..kui. Disastrous, because I was so naughty, stubborn till now and indifferent even a girl like me. But now, as getting older everything change.oklah, that’s all..

p/s : Piper,still accused me for being donor and I was the receiver? Always sick due to low immunity. Haha,that’s why I much more intelligent, ‘cute’, and brainy but not to include heavy huh. Anyway thanks for being there for me, listen to me, talk to me and bear with me for all years even sometimes we had fights without any injury! hehe