Andai diri ini mengerti
Alhamdulillah, kami dipertemukan kembali tempoh hari dalam seminar huffaz hujung minggu lalu. Biarpun antara kami tidaklah serapat mana seperti waktu dulu tapi seolah-olah ada sesuatu yang mempertautkan. Bermula di peralihan kemudian berpisah semasa form 3.Dia senyap sahaja dalam kelas sepatah di tanya sepatah jua dijawab.Kadang-kadang malas juga melayan orang sebegitu sementelahan saya juga senyap orangnya. Dari air mukanya, saya tahu ada sesuatu yang menyedihkan dalam hidupnya.Mahu bertanya, tetapi risau akan natijahnya.Takut dia menangis, maka dipendamkan hasrat.Cuma sekali sekala dia sudi berkongsi cerita tentang keluarganya di kampung. Amat mengharukan tatkala kami semua mendengar tapi akan daya waktu itu,kami tak mengerti tentang kehidupan hanya sekadar bertatih-tatih.
Kemudian ,apabila saya terlibat dalam program luar, kami bertemu cuma sekejap sahaja.Tiada apa yang dapat dijadikan alat penghubung melainkan emel. Itupun saya selalu bertangguh dan sesekali lupa. Melalui teman rapatnya, saya mendengar banyak cerita yang menyedihkan-sudahlah terpaksa extend kerana sakit, ibu di rumah tiada siapa yang menjaga dan sekarang dia menetap bersama neneknya yang tua. Hati saya amat sedih kerana langsung tidak dapat membantu.Sedihnya..Sebagai seorang bakal pengamal kesihatan (walaupun dr gigi) hati saya melonjak-lonjak ingin mengetahui apakah sakitnya?Kerana luarannya nampak sihat sahaja cuma pucat sedikit. Bila bercakap-cakap dengannya, saya berpura-pura seolah mengetahui akan penyakitnya,manalah tahu dia akan membuka mulut bercerita lebih lanjut.Tapi petang itu berlalu dengan cepat, tak sempat saya mengorek rahsianya. Takpelah mungkin lain kali. Saya amat-amat mahu membantunya tapi buntu..(moga ALLAH mempermudahkan urusannya). Saya tidak betah melihatnya, seraut wajah sedihnya dan suaranya yang lemah-kerana hati saya akan turut juga menangis.Ya ALLAH sungguh besar ujian yang Kau timpakan ini tetapi siapa tahu itulah tanda kasih sayang tak terhingga MU.Saya rasa sungguh kerdil sekali saat ini.
Semasa seminar, kami bertemu itupun tak sempat nak bercakap apa-apa hanya sempat bertanya khabar. Sehinggalah seorang senior bertanya bagaimana kenal dengannya.Jawab saya :teman sekolah dulu lama tak jumpa. Dan dari senior jugalah saya mengetahui kisah sebenar hidupnya yang menyebabkan dia sering sakit-sakit. Saya terkedu dan tergumam beberapa minit, nak menangis rasanya tetapi saya tahankan hati. Dari jauh saya memandangnya, tak tergambar apa perasaan saya saat itu.Terlalu banyak yang saya pelajari dari kisah hidup sahabat itu. Allah mengujinya dengan sedemikian rupa tetapi dia tetap begitu –tegar walaupun sesekali rebah. Tetapi saya? Ujian datang melanda sedikit sudah banyak putus asa dan menangis. Jarang benar mahu bersyukur dengan apa yang ada, sedangkan orang lain tak mampu menghirup nikmat seperti kita. Yang sedia ada sentiasa tidak mencukupi asyik 2 mahukan yang lebih baik dan yang paling penting- hargailah ibu/mak/ummi/mama..dengan penuh kepayahan dia memberi bukan atas dasar untuk dibalas semata-mata kerana kita, inikan kita yang mampu masih jua payah untuk memberi. Banyak lagi untuk saya ceritakan, tetapi mata ini sudah berair. Sepanjang seminar itu, saya ‘larikan’ diri darinya kerana takut-takut menangis dihadapannya. Biarpun sepanjang minggu ini, saya nampak ‘biasa’ walhal fikiran saya melayang kepadanya,berfikir dan terus berfikir.. BETAPA DIRI SAYA INI AMAT KERDIL.
p/s:maafkan ana sahabat jika gagal memahami kalian, kerana ana penuh dengan kekurangan. Ana tak mampu nak memberi tetapi ana rasa cukup bahagia jika sahabat mahu menerima ana seadanya. Memberi tanpa mengharapkan balasan adalah syarat utama untuk BAHAGIA!
Setuju?

0 Comments:
Post a Comment
<< Home