Cepatnya..
Assalamualaikum wbt,
Bila mulut letih bercakap maka jari pula akan bekerja..
For previous week, dunia ana jadi tunggang langgang, study tak sempat nak cover, denture masih belum siap (akibat sikap bertangguh-untuk kerja yang krg digemari!) Tapi itulah, kalau niat semuanya kerana Allah tentu tak jadi begini. Dan apa yang paling menyedihkan..ana terasa jauh dariNYA. Ya Allah, andai ini jua ujian dariMU janganlah biarkan aku termanggu-mangu keseorangan. Puas sudah ku mencari di mana silapku..tapi sukar untukku menemui titik mulanya-pergh, tak percaya pulak tulis camni. Takpelah, yang penting Allah tahu di mana kedudukan ana di sisiNYA. Selalu ana membayangkan bahawa ana adalah rumput-rumput kering tepi jalan-tiada dosa, tiada rasa sedih yang tinggal cuma rasa kehambaan yang memuncak dalam diri lepas tu teringat pula kisah malaikat yang berkata 'Alangkah beruntung menjadi manusia-makhluk yang Allah sayangi. Kenapa ? Sebab manusia ditaklifkan sebagai khalifah di muka bumi walhal dirinya diibaratkan bodoh sombong, banyak dosa and so on sedangkan malaikat suci dari melakukan maksiat dari Allah, asal kejadiannya dari nur.
Sebenarnya banyak kelebihan manusia berbanding makhluk lain. Jika ia jahat, jahatnya melampaui kejahatan sang haiwan tetapi jika ia baik maka kebaikannya melebihi apa yang ada di bumi dan di langit. Hebatkan manusia ?
NIKAH- Kakak yang 2nd pulak nak nikah.Rasanya tak sampai setahun dari yang sulung kawin. Intensive preparation dah final stage just tunggu akad nikah and the best part is-my relatives from Perak are coming. But the sad thing is why still adat2 yang bertentangan dengan Islam masih kukuh melekat dlm diri kita umat Islam. Kadang-kadang sedih, bila kita tak mampu nak menghalangnya(although I was well known for being the rebeller). Lastly, ended up with crying!!!Ternyata diri ini lemah iman.Ya Allah kenapalah mereka tak mahu memahami semua itu.Kau bukakanlah hati mereka,Kau tunjukkanlah yang hak itu hak dan yang batil itu tetap batil. Rasanya, cara walimah Rasulullah dan para sahabat itulah paling terbaik: penuh dengan kesederhanaan tetapi keberkatannya dirasai oleh semua.
Ikhtilat- Recently ada perbincangan mengenai ikhtilat (menurut Dr Yusof al Qardhawy sebenarnya perkataan 'ikhtilat' ni tidaklah diketahui dari mana kewujudannya) Sebenarnya, semua masalah timbul apabila perkara basic kita tak jaga bukan sahaja dari segi pergaulan, ibadah pun dan sebagainya. Consequent; perkara remeh temeh tetiba jadi isu besar. Dan melalui pengalaman ana dalam bergerakkerja-satu pihak dah jaga batas-batasan tetapi yang satu lagi nampaknya agak kurang memahami atau mmg tak nak faham-moga Allah mempunyai penilaian yang baik. Sebab itu mengapa sikap berhati-hati perlu diambil-tundukkan pandangan, jaga aurat, suara, pakaian ,adab dan hadaf pertemuan perlu betul dan perlu sahaja serta tak perlulah meleret2. Menjauhi fitnah atau mudharat itu lebih aula..fiqh aulawiyat. InsyaALLAH, jika kita menjaga diri kita kerana Allah, Dia juga turut menjaga diri kita. Jika kita menjaga maruah dan kehormatan diri, orang akan turut menghormati. Pesanan last : sombong dan menjaga diri adalah perkara yang berbeza..kerana hanya benda yang bernilai sahaja akan terjaga rapi..
' Jauhi dedah aurat dan gejala couple'
1 Comments:
At Saturday, 11 March, 2006, Anonymous said…
=)
Post a Comment
<< Home