Salamtus sadr
Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah ana masih lagi diberikan keizinan untuk menulis hatta banyak perkara dan benda untuk difikirkan. Semalam ke kelas tasawwuf,alhamdulillah makin ramai terikat hati-hatinya untuk menghadiri majlis ilmu yang mengenalkan kita pada ALLAH.Dulu..masa masih kecil-kecil ana sekadar tahu nama shj.Lebih dari tu,tak pernah nak mengetahui apa yang terkandung dalamnya. Tapi sekarang tasawuf dan menjadi sebahagian dari diri.Bila bercerita mengenai ALLAH tak semena-mena mahu berair mata ini mengenangkan betapa agungnya ALLAH dan betapa kerdil jua diri ini.Rasa tenang yang hadir itu seolah tak akan didapati dlm mana-mana keadaan.Hebatnya mengenali ALLAH.Begitu jg jika kita nak mengajak orang ke arah kebaikan-kenalkan hatinya kepada ALLAH.InsyaALLAH,moga-moga slps ni lebih ramai yang akan menghadiri majlis ilmu untuk sama-sama beroleh MARDHOTILLAH!
Minggu ni jg, kehidupan ana byk berkisar ttg salamatursadr yakni jika ditranslate maksudnya- BERLAPANG DADA. Ana kena banyak dan sentiasa berlapang dada setiap kali dihadapkan dengan perkara-perkara yang kurang menyenangkan (walaupun bkn ana yang buat salah=) andaian jer.Bila ditegur secara kurang elok pun kita kena sabar dan berlapang dada,bila nak menegur pun kena sabar dan berlapang dada jua. Berat??Memang berat sebab SABAR memang payah tapi bila dilatih,insyaALLAH itulah yang terindah. Dan selepas itu jangan sesekali berputus asa kerana orang yang give up itu ialah orang yang berputus asa dalam rahmatNYA.
Dan prinsip ana-sekalipun orang tuh buat sakitkan hati atau kita menyakitkan hatinya sesekali jangan putus asa esp dalam bersahabat.Biarlah dia 'lari' dari kita yang penting kita kena tawan balik hatinya. Apapun,ana lebih suka orang yang menegur dengan cara yang lemah lembut krn sifatnya hatinya suka kpd kelembutan!Esp bagi orang yang hypersensitive (jangan marah ana deh=)
Teringat kata Pluto "Bersahabatlah dengan orang yang banyak mendatangkan kesukaran daripada kesenangan kepada anda".Sebabnya,bila diuji dengan kesukaran barulah kita nampak mana satu sahabat kita,yang mana satu pepijat(yang tumpang sekadar utk kepentingan diri).
Hehe..kita tak layak pun nak marah-marahkan org(unless terbukti kesalahannya) krn kita pun tak suka kalau orang marahkan kita.Treatlah leklok,insyaALLAH itulah penawar paling mujarab bagi hati.Last but not least, perbuatan maaf itu lebih dekat dengan orang yang bertaqwa. Don't take for granted.Kembalilah kepada ALLAH.
Wassalam.
<< Home