Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Saturday, March 11, 2006

DuHaI HatIkU..

Duhai hati
Tabahlah dikau dalam
mengharung liku jalan berbatu
menuju Ilahi

Bukan selalu
kau diuji sebegini
Bukan kerap jua
kau menangis mengenang betapa kerdil diri
dan bukan selamanya
kau merintih
selama hidup ini

Nah,
Bila ujian datang
maka tabahkanlah duhai hati
Senantiasalah berhusnu dzon
KasihNYA tiada bertepi
Sesaat Dia uji
sesaat kemudian
Dia tarik kau kembali agar
lebih dekat di sisiNYA
Bergembiralah dan bersemangatlah
untuk menghadapi hari yang mendatang
penuh ujian
Kerana ujian itu tanda kasih sayangNYA yang tak terhingga..

p/s : alangkah senangnya hati ini andai tiap masa mata hati dan hadaf hidupnya sentiasa tetap berpaut padaNYA..Itulah yang terindah..

1 Comments:

  • At Monday, 13 March, 2006, Blogger Ummu Yazid said…

    ukhti siti hafizah meor ahmad...
    enti ada masalah ker?
    Ya ALlah permudahkanlah jalannya..
    rungkaikan kekusutan dlm jiwanya..
    diam dia bererti dia mendahuluiMu dari makhlukMu..
    maka kurniaknalah keberkatan ke atas diri shbtku ini...

     

Post a Comment

<< Home