Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Saturday, October 30, 2010

Hold My Hand


Accompanied miss Hadirah and Little Luqman rode on 'Merry Go Round' but one place still vacant~ ni kalau ada en suami boleh suruh dia naik..haha. Ops.
Terima kasih sebab tolong jaga saya walaupun hanya dari jauh. Now I feel what it's like to be. His voice almost become my best and curative drug. Dengar je, motivation untuk sihat tiba-tiba increase! That's beauty in it.
~time mcm ni pun, suka nak kenakan saya ye. 'Suka hati nampak?' .
Tadi terdengar lagu 'Barakallahu lakuma' teringat tempoh hari dia turut sama 'menyumbangkan' suara dalam lagu waktu saya di dapur. Kalau ayah dengar ni, memang saya rasa ayah akan komen kat dia yang membina sama pada Fahmi : ' Suara awak memang sedap, tapi suara itik lagi sedap'. But for me, ok lah tuh boleh jadi back up solo singer. No Offend ye dear!
Temankan dia kerja dari rumah last week sambil kacau-kacau sikit..haha, developed new habits. Masak-masak..first time masak untuk en suami. Saya masak ikut selera lidah saya di samping implement apa yang dia suka atau tak. Saya suka spring's onion..dia pulak jenis letak tepi pinggan. Saya suka tempoyak~ biasalah Perak's offspring, dia pulak tak berapa. Saya suka shopping2, dia seperti golongan Adam yang lain..mana lah masuk daily/weekly planner.Kalau semua benda sama pun, nanti bosan lah kehidupan. Life is colourful indeed. Tapi tiba-tiba hari ni boleh terfikir ; nanti raya haji nak pakai baju warna apa ye so boleh jadi sedondon?*Thinking*
Hujung minggu yang melapangkan insyaAllah. Moga Allah mempermudahkan urusan en suami dan kita semua. Amen.
p/s : tis entry solely dedicate to him..with greeting 'Bullying is NO GOOD'..baca ikut intonasi ye. Mhuehehe..

Wednesday, October 27, 2010

Ibu..Ibu..

Awal pagi lagi, kami dah bergelak ketawa. Gara-gara keletah seorang patient. Sakit perut menahan tawa. Akibatnya, waktu tengah hari saya pula yang dapat abdominal cramp pain. Reason: unknown. Mungkin salah makan? Angin masuk perut? Ketawakan orang? Memang sepanjang tengah hari menahan sakit sambil berbaring. Aduh, nikmatnya sebuah kesihatan.

Tarbiyah di kala rasa terlampau selesa. Alhamdulillah...

Menyiapkan kerja-kerja yang masih berbaki. Sudah malas nak mencampuri urusan yang tidak ada dalam kategori profesional. Biarlah, diorang nak kata saya ini keras kepala, kepala batu. Yang penting~ I did it my own way...wah macam Frank Sinatra pulak. Duh!

Selamat Hari Lahir mak...
Tiada apa yang dapat saya ungkapkan...mak lah yang terbaik di mata saya, paling dekat di hati. Terima kasih kerana sudi mengandungkan kami, melahirkan dan mendidik kami sehingga kami menjadi seperti hari ini. Moga Allah kurniakan kegembiraan yang tiada berpenghujung. Ameen.

Tuesday, October 26, 2010

Every Little Thing You Do..


The skies are blue..the sun shine brightly but its only me who gloomy. Why? Me too, don't know.Haha..I hardly know by myself and I'm not myself lately.
..Your life's hard enough
And you're not strong enough
To be bleeding from your heart
The strain has got to much...
What else could I ask for more?
Spend all your time waiting
For the second chance
For a break that would make it okay
There's always some reason
To feel not good enough
And it's hard at the end of the day
I need some distraction
Oh beautiful release
Memory seeps from my veins
Let me be empty
Oh weightless and maybe
I'll find some peace tonight...
Uh-no. Macam haper je entry ni. Frustrated ada, burnt out pun iya. Dan paling betul~ saya rindu kat ayah. Tak pernah rasa macam ni. Masa hantar ayah dan opah pergi haji tempoh hari, saya dah siap-siap nangis kat Sarawak (huhu..) sebab tak nak ayah sedih bila tengok kami sedih. Sungguhpun ayah gembira, tapi dalam hati kami tahu sebenarnya ayah tengah sedih mengenangkan mak yang tak dapat ikut bersama. Namun, ada hikmah dan kebaikan di sebaliknya yang manusia seperti kami tak mengetahui.
'Ayah, Fizah rindu kat ayah'
Biasa dengan ayah, saya paling banyak bercerita esp cerita kelakar. Dan ayah paling suka bagi teka teki dan saya jugalah orang yang paling malas nak menjawab. Ngee..kesian ayah. Tak sabar nak jumpa ayah balik Awal Muharam nanti insyaAllah. Moga Allah menyelamatkan perjalanan ayah, opah dan seluruh umat Islam yang menunaikan haji tahun ini. InsyaAllah. Selamat beribadah dan kutip segala iktibar sepanjang di Haramain. Jangan lupa, special request Fizah tu ye ayah!. Mhuehe..
p/s: tiba-tiba rindu kt semua orang ..haih

Wednesday, October 13, 2010

Deep Down

Alhamdulillah kerana Allah bagi kita semua bernafas hingga ke saat ini. Mudah-mudahan kita tidak sedikitpun lupa untuk bersyukur. Barangsiapa yang bersyukur, Allah akan tambah lagi nikmat.

Ibnu Atha'ullah Askandari pernah berkata :

'Sesiapa yang tidak mensyukuri nikmat, maka dia membuka ruang seluas-luasnya untuk nikmat berkenaan hilang daripadanya. Sedangkan sesiapa yang bersyukur, maka(bermakna)dia mengukuhkan lagi ikatan kekalnya nikmat berkenaan kepada dirinya. Dan sesiapa yang tidak mempedulikan nikmat Allah yang diperolehinya, maka dia akan menghargai nikmat itu (setelah) hilang daripadanya'

..Dua hari ini, memang network coverage hp amat 'memberangsangkan' di Simunjan. Syabas saya ucapkan. Hu..sabar saja dalam hati. Berjutaan maaf kepada insan-insan yang nak menghubungi saya tapi tak dapat. Nak buat macamana, inilah keadaan di remote area. Sekurang-kurang bagus lagi dari tempat yang langsung tiada kemudahan dan coverage kan?

Mahu cepat-cepat keluar.

'Saya sudah penat!'

Keluhan yang berat tapi terpaksa diluahkan. Saya penat dengan kerenah manusia. Siapa? Biar sahajalah. Allah jua yang sebaik-baik yang memberi balasan. The same issues goes lingering around, but to nowhere. Whom should I blame? No action taken. Hopefully, I'm finished dealing with them by this end of the year insyaAllah. No more heartbrake, no more devastated moments. Adieu..

Bila hati rasa nak makan macam-macam, gagahkan jua nk siangkan ikan cencaru. Menu berbuka yang paling 'mewah' setakat ini. Masak pindang ikan tenggiri, ikan cencaru bakar, budu dan daun selom. Wallaweh~ ayat cik Pips. Gheez, makan seorang tapi berselera buat kali pertama selepas kawin. Kesian en suami, kalau dia ada nih mesti saya masak banyak lagi untuk bagi dia makan..heee. Phew, apakan daya, tunggu ada dapur sendiri dulu. Kalau kena guna dapur orang ni, saya agak kekok sikit dan macam biasa benda yang biasa buat pun tak menjadi. A type of clumsy..itu saya.

Patient abis awal pagi ni! Alhamdulillah, cepat start cepat habis. Makanya tunggu petang ini. InsyaALLAH.

p/s: pengakhirannya...masih perlu bersyukur..

Monday, October 11, 2010

And I'm HaPPy


'Dia datang, dengan lenggang lenggoknya...'

Alahai, Blue Monday pun tak jadi..Patient datang berduyun-duyun pagi ini. Kelelahan seketika. Habis air liur, sakit wrist usah dikata. Kalau 40 lebih yang datang, semua itulah yang nak cabut gigi. Tapi alhamdulillah, hari ini rekod bersih sebab takde yang patah.Wallahua'alam kalau ada patah sikit. Maafkan doktor mu ini..

Balik tengah hari, solat terus nampak tilam bantal. Tak jadi nak baca Quran. Nasib baik jugak puasa, kalau tak memang saya buat-buat puasa je tengah hari. Nak angkat tangan pun dah tak mampu. Uhh..nyaman gik tido.
Terima kasih en suami kerana mengingatkan~ genap sebulan melayari bahtera rumah tangga though berjauhan. Moga Allah merahmati dan memberkati kita. Terima kasih kerana sudi mengambil saya sebagai suri hati dalam hidup (^_*). Terima kasih sebab banyak bersabar dan...banyak lagi nak ungkapkan cuma tak terhitung. Alhamdulillah.
"Bersyukur (berterima kasih) kepada suami atas kebaikannya dan tidak melupakan keutamaannya.

Wahai isteri yang mulia! Rasa terima kasih pada suami dapat kau tunjukkan dengan senyuman manis di wajahmu yang menimbulkan kesan di hatinya, hingga terasa ringan baginya kesulitan yang dijumpai dalam pekerjaannya. Atau engkau ungkapkan dengan kata-kata cinta yang memikat yang dapat menyegarkan kembali cintamu di hatinya. Atau memaafkan kesalahan dan kekurangannya dalam menunaikan hak-hakmu dengan membandingkan lautan keutamaan dan kebaikannya kepadamu."
"Wajib bagimu untuk menampakkan kecintaan kepadanya, bersikap lembut, menunjukkan rasa hormat, bersabar atas kekeliruannya dan engkau melaksanakan semua perintahnya selama tidak bermaksiat kepada Allah semampumu"

Menyertai suami dalam perasaannya dan turut merasakan duka cita dan kesedihannya.
Jika engkau ingin hidup dalam hati suamimu, maka sertailah ia dalam duka cita dan kesedihannya. Renungkanlah wahai saudariku kedudukan Ummul Mukminin, Khadijah radhiallahu ‘anha, dalam hati Rasulullah walaupun ia telah meninggal dunia.. Kecintaan beliau kepada Khadijah tetap bersemi sepanjang hidup beliau, kenangan bersama Khadijah tidak terkikis oleh panjangnya masa. Bahkan terus mengenangnya dan bertutur tentang andainya dalam ujian, kesulitan dan musibah yang dihadapi. Seorangpun tidak akan lupa perkataannya yang mashyur sehingga menjadikan Rasulullah merasakan ketenangan setelah tergoncang dan merasa bahagia setelah bersedih hati ketika turun wahyu pada kali pertama:
"Demi Allah, Allah tidak akan menghinakanmu selamanya. Kerana sungguh engkau menyambung silaturahim, menanggung orang lemah, memenuhi keperluan orang yang memerlukan dan engkau menolong setiap upaya menegakkan kebenaran”.(HR. Mutafaq alaihi, Bukhary dan Muslim)"
Renungan bersama..
Dari seorang isteri yang banyak tempangnya tapi berusaha menjadi yang terbaik di mata suaminya dengan izinNYA.
p/s: kenapa gambar ghostbuster? Itu, nak mintak en suami jadi one of the team member. Sebab hantu pun takut dia =P

Thursday, October 07, 2010

Battle To Be Won

'Happiness and high perfomance comes to you when you choose to live your life consistent with your highest values and your deepest convictions'

Alhamdulillah. Lega separuh jiwa. Hampir semua selesai. Makanya, nak goyang kaki sekejap sambil meratah lauk itik masak paloh~ menu special orang Sarawak tok! Nyaman. Macam masak kicap berempah bezanya dia ada rempah paloh dan gula apong. Nak mencuba, tapi saya agak malas nak keluar mencari bahannya. Nak belajar memasak laksa Sarawak pun, masih pending. Haih, rajin ye Fizah!

'Sesungguhnya Tuhanmulah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNYA (menurut undang-undang peraturanNYA) dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian).Sesungguhnya Dia Maha Mendalam PengetahuanNYA, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNYA' (Al Isra': 30)

Saya gembira. Euphoria kembali lagi barangkali. Mendengar saja suara mak ayah melegakan hati saya~ of cos suara suami pun sama. Tiada yang lebih berharga saat ini, melainkan rasa yakin atas segala yang telah Allah tetapkan ke atas kita. Sesudah berusaha, perlu diiringi tawakkal padaNYA seterusnya redha. Hasilnya, itu semua dalam perkiraanNYA.

'Balasan yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNYA kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui' (Al Anfal : 53)

Dua hari lepas, ada satu patient refered dari A&E for profuse bleeding from oral cavity. Hampir 10 minit medical doctor menerangkan. Dalam kepala saya, terbayang satu diagnosis Squamous Cell Carcinoma of tongue! The features already there~ earache, ulcerated and exophytic growth cauliflower like at lateral border of tongue but with no significant habit : average alcohol consumption, no betel nut/quid chewing and not smoking. Poor tis old pakcik. Apapun, masih perlu di refer pada pakar bedah mulut dan oral patologi. Saya rasa hard lump di tengkuknya ~ metastasize ke lymph node. (TNM grading pulak punye episode)

~ How to break bad news?~ topik yang perlu dihadam oleh health practicioner. Bukan senang.

Sihat yang Allah berikan hanya satu pinjaman. Tatkala Allah ingin kembali, bila-bila masa sahaja Dia boleh ambil kembali. Moral of the story, jagalah sebaik mungkin dan hargailah apa yang Allah bagi pada kita. Jom bersyukur sentiasa!

Tuesday, October 05, 2010

Mari Bercerita (Sr 2)

Adegan 1

Iyah..iyah. Kenape lah kunci tak leh masuk ni?
Ada orang nak sabotaj saya ke? Kunci bilik office buat hal pulak. Lepas tu, tengok sekali lagi kat kunci.
Apa daa..salah kunci rupanya. Ni kunci rumah lah.

Semua staff dah siap-siap gelakkan saya.
'Dr, saya tau hati Dr tengah merindu. Tapi janganlah sampai jadi macam ni'
'Haha...' saya ketawakan diri sendiri. Sambil menahan malu teramat.

(bila baca ni,mesti en suami tepuk dahinya sendiri sambil berkata ~ isteriku..isteriku) =P

Adegan 2

'Dr, malam tok kmkorg nk mintak Dr jadi judge untuk pertandingan karoke. Boleh sik?'
' Ohoo..tak dapatlah. Saya ada misi lain malam ni sebelum ke ramah tamah nanti..huuu'
'Ye ke..Voon baru je nak mintak Dr nyanyi lagu raya malam tok'
'Ada hati ye, nanti banjir satu hospital bila saya nyanyi'

Adegan 3

Di pasar. Of cos laa..beli ikan selayang, nak makan ayam tak boleh.Ooo..rindu sama ayam. Kambing? Uh, please!

'Dr!. '
Alamak, ada orang kenal saya di sini jugak ke? Baru je nak angkat kaki.
'Eh, lama dah tak jumpe. Kat sini lagi ke?'
'A'ah. Ni pun baru habis rawat budak sekolah'
'Kesian Dr, dah lah sorang-sorang kat sini. Carilah boyfriend sorang kat sini'

Dalam hati 'OMG!! Boyfriend? Suami dah ada, kira boyfriend lah kan.

'Hee..saya baru je lepas kawin masa raya baru ni' sambil tunjuk inai dan cincin di jari. Hmm..nasib baik ada tanda inai lagi di jari. Ngaa..

Sekian...cerita satu hari ini. Patient semua dah beres. Kita minum dulu...ciao.

Monday, October 04, 2010

Come, join me!


You can be the peanut butter to my jelly
You can be the butterflies I feel in my belly
You can be the captain and I can be your first mate
You can be the chills that I feel on our first date

You can be the hero and I can be your side kick
You can be the tear that I cry if we ever split
You can be the rain from the cloud when it's stormin'
Or you can be the sun when it shines in the mornin'

You can be the prince and I can be your princess
You can be the sweet tooth and I can be the dentist
You can be the shoes and I can be the laces
You can be the heart that I spill on the pages

Cause your the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two

What a wonderful weekend. Such a long time didn't feel this way! Alhamdulillah. As usual a close friend to keep as company, we made a perfect, smooth and enjoyable trip..hehe. The next day, having our stomach full with laksa penang and cookies~ grateful to Allah, verily!
For sure, the words above written solely for ; Aye..my Mr Captain. Shall we sail now? Or should ask Captain Jack Sparrow to join?Haha.
The song written (aka copy) plus the pic was taken from somewhere~ I love bloghopping but unable to trace from where..hehe. Crdt to writer! tenqiu.

Saturday, October 02, 2010

Smai!


Hari Sabtu~ hati bergumbira. Hohoo....Alhamdulillah.
Banyak aktiviti dalam kepala,sempat atau tidak moga Allah mempermudahkan. InsyaAllah.
'Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah, apabila Engkau mengkehendakinya'
Harap en suami sihat-sihat saje dan dalam lindunganNYA. Moga musafir ke ijtima' hujung minggu ini mendapat perhitungan yang sebaiknya dan barakah dari Allah dengan niat yang ikhlas. InsyaAllah. Innallaha ma'aka. Nanti bolehlah dikongsikan ilmu tu sebab ilmu hanya akan bertambah dan makin diingat bila disebarkan.
Wah, rindu pada en Aqil.
'Achik, sape ni?'
'Entahlah, alien kot. Haha..takdelah. Ni pakcik baru' (dalam hati, saya pun tak tahu nak bahasakan apa. Hmm..nanti nak fikirkan nama yang komersial sikit).Ngeh2.
Jangan marah~ no hard feeling! (^_*)
p/s: smai= smile. The words that Aqil used whenever he hold the camera..soooo sweet.

Friday, October 01, 2010

Swing of Life

Buai laju-laju..

Salam sayyidul ayyam! Moga barakahNYA meliputi kita semua makhluk yang dikasihiNYA seluruh alam. Amen.

Mata tertancap pada tulisan ; ' Kurnia Allah atas hamba-hambaNYA amat banyak. Dan yang paling agung ialah anak-anak yang mulia, mereka adalah perisai orang tua di dunia dan akhirat'

Entah kenapa,mudah benar mutakhir ini mata ini mengalirkan titisan air mata. Tambah lagi bila awal pagi emak menelefon dalam keadaan agak tergesa-gesa. Hati saya berdoa, moga Allah memakbulkan niat baik emak. Sungguh saya amat berharap padaNYA.

Sambil memanaskan enjin kereta, minda bagai bermain-main dengan imej kisah yang sudah. Entahlah. Sudahkah atau masihkah saya menjadi anak yang solehah buat emak dan ayah?

Susah payah mereka sehingga sanggup mengesampingkan keperluan mereka sendiri demi memenuhi keperluan anak, itu semua tak mampu saya balas. Tak terlukis betapa renyah dan sulitnya mereka rasakan selama mendidik kami berlapan tapi semua itu ditempuh dengan sabar dan rasa tanggungjawab.

'Susah sekalimanapun, tetap kena tempuhi juga. Sabar yang penting' pesan mak kepada saya sebelum menikah. Saya pandang mak, terasa sayu melihat wajah tua ini.

'...ibunya yang mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya (pula) dengan susah payah..' (Al Ahqaf: 15)

~ Terasa kehidupan seperti buaian. Hayunannya ke atas dan ke bawah, ada masa laju ada masa jadi perlahan. Dan tangan yang menghayunkan buaian, mampu mengoncang dunia!

p/s: dah lama tak naik buaian..Hadirah tolong hayunkan untuk achik..huuu..