Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Wednesday, October 13, 2010

Deep Down

Alhamdulillah kerana Allah bagi kita semua bernafas hingga ke saat ini. Mudah-mudahan kita tidak sedikitpun lupa untuk bersyukur. Barangsiapa yang bersyukur, Allah akan tambah lagi nikmat.

Ibnu Atha'ullah Askandari pernah berkata :

'Sesiapa yang tidak mensyukuri nikmat, maka dia membuka ruang seluas-luasnya untuk nikmat berkenaan hilang daripadanya. Sedangkan sesiapa yang bersyukur, maka(bermakna)dia mengukuhkan lagi ikatan kekalnya nikmat berkenaan kepada dirinya. Dan sesiapa yang tidak mempedulikan nikmat Allah yang diperolehinya, maka dia akan menghargai nikmat itu (setelah) hilang daripadanya'

..Dua hari ini, memang network coverage hp amat 'memberangsangkan' di Simunjan. Syabas saya ucapkan. Hu..sabar saja dalam hati. Berjutaan maaf kepada insan-insan yang nak menghubungi saya tapi tak dapat. Nak buat macamana, inilah keadaan di remote area. Sekurang-kurang bagus lagi dari tempat yang langsung tiada kemudahan dan coverage kan?

Mahu cepat-cepat keluar.

'Saya sudah penat!'

Keluhan yang berat tapi terpaksa diluahkan. Saya penat dengan kerenah manusia. Siapa? Biar sahajalah. Allah jua yang sebaik-baik yang memberi balasan. The same issues goes lingering around, but to nowhere. Whom should I blame? No action taken. Hopefully, I'm finished dealing with them by this end of the year insyaAllah. No more heartbrake, no more devastated moments. Adieu..

Bila hati rasa nak makan macam-macam, gagahkan jua nk siangkan ikan cencaru. Menu berbuka yang paling 'mewah' setakat ini. Masak pindang ikan tenggiri, ikan cencaru bakar, budu dan daun selom. Wallaweh~ ayat cik Pips. Gheez, makan seorang tapi berselera buat kali pertama selepas kawin. Kesian en suami, kalau dia ada nih mesti saya masak banyak lagi untuk bagi dia makan..heee. Phew, apakan daya, tunggu ada dapur sendiri dulu. Kalau kena guna dapur orang ni, saya agak kekok sikit dan macam biasa benda yang biasa buat pun tak menjadi. A type of clumsy..itu saya.

Patient abis awal pagi ni! Alhamdulillah, cepat start cepat habis. Makanya tunggu petang ini. InsyaALLAH.

p/s: pengakhirannya...masih perlu bersyukur..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home