Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Thursday, September 23, 2010

Dan Dia...


Alhamdulillah, alhamdulillah. Segenap kesyukuran ini dilafazkan atas segala nikmat NYA yang tak terhingga. Penat,lelah, letih tak cukup tidur semuanya peneman setia di kala saat-saat itu. Terima kasih tak berpenghujung buat mereka yang setia membantu di sisi dan tak jemu melayang turun naiknya emosi saya. Bersalah yang teramat rasanya.
Dan untuk insan yang sudi menerima amanah ini untuk dibimbing dan sama-sama menuju mardhatillah, jannatul naim ~ En Mohd Hafizan Che Omar~ tiada lafaz yang dapat diungkap melainkan semoga Allah membalas segala kebaikan yang telah dan akan bahkan sentiasa dilakukan.
Teringat pada satu ayatnya ~as long as we hold on together, I know we able to face all challenges successfully insyaALLAH~ haih! Tetiba senyum sendiri depan laptop nih. Hehe..
Wahai suami,
Jadilah engkau bagi isterimu sebagai seorang ayah, ibu dan adik beradik. Hal ini kerana dia telah meninggalkan ayah, ibu dan adik beradiknya dengan mengikutmu.

Dia mengharapkan engkau memiliki kasih sayang seorang ayah, lemah lembut seorang ibu dan pelindung seorang saudara.(10T)

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda :

'Kamu terimalah amanah terhadap kaum wanita dengan cara yang baik iaitu berlemah lembut. Sesungguhnya kaum wanita itu berasal dari tulang rusuk yang bengkok. Jika kamu membiarkan begitu sahaja bengkoklah tulang itu untuk selamanya. Maka kamu terimalah amanah kaum wanita ini iaitu dengan berlemah lembut' (Riwayat Bukhari dan Muslim)
p/s: tok janggut, saya dah update blog. want some more? huhu. nanti saya panggilkan cik Li tolong update.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home