Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Wednesday, October 27, 2010

Ibu..Ibu..

Awal pagi lagi, kami dah bergelak ketawa. Gara-gara keletah seorang patient. Sakit perut menahan tawa. Akibatnya, waktu tengah hari saya pula yang dapat abdominal cramp pain. Reason: unknown. Mungkin salah makan? Angin masuk perut? Ketawakan orang? Memang sepanjang tengah hari menahan sakit sambil berbaring. Aduh, nikmatnya sebuah kesihatan.

Tarbiyah di kala rasa terlampau selesa. Alhamdulillah...

Menyiapkan kerja-kerja yang masih berbaki. Sudah malas nak mencampuri urusan yang tidak ada dalam kategori profesional. Biarlah, diorang nak kata saya ini keras kepala, kepala batu. Yang penting~ I did it my own way...wah macam Frank Sinatra pulak. Duh!

Selamat Hari Lahir mak...
Tiada apa yang dapat saya ungkapkan...mak lah yang terbaik di mata saya, paling dekat di hati. Terima kasih kerana sudi mengandungkan kami, melahirkan dan mendidik kami sehingga kami menjadi seperti hari ini. Moga Allah kurniakan kegembiraan yang tiada berpenghujung. Ameen.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home