Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Saturday, July 31, 2010

Bibit-bibit

Seorang manusia, sehebat mana pun dia...dia tetap MANUSIA.
Alhamdulillah, setelah merasai betapa 'enaknya' side effects ubat sekurang-kurangnya saya tahu betapa 'enaknya' patient rasa setiap kali dengan 'senang hatinya' saya prescribe ubat.

Apapun moga Allah mempermudahkan urusan saya pada masa ini dan akan datang.

Awal pagi turun menemankan kawan bershopping spree untuk keluarga. Saya hanya mengekor. Beli sikit apa yang berkenan. Penat menunggu orang membeli belah. Boleh pula saya tidur atas kerusi empuk kat 1st floor. Sedar-sedar dah masuk Asar. Sesudah solat, sambung lagi tidur kat surau. Nasib baik takde drooling of saliva...haha. Dah la ramai orang tiba-tiba.

Baru rasa, apa yang ayah, abang dan adik lelaki rasa setiap kali kami tengah syok bershopping. Haih...lelaki takkan sama dengan perempuan. Itu hakikat.

Ramadan Al Mubarak akan tiba tak lama lagi. Rasa rindu sudah tak terbendung. Rindu pada malam-malam yang meriah dengan ibadah dan khusyuknya sekeping hati....

Friday, July 30, 2010

Sebuah Kehidupan

Antara kecintaan, kerinduan dan keredhaanNYA. Sebolehnya berharap semua dapat digapai. Makin dekat kita padaNYA waktu senang, lagi dekat DIA pada kita waktu susah.

Sukar mencerna apa dalam fikiran.Pening. Mual.Sampai dua biji tablet paracetamol pun tak seefektif seperti biasa. Astaghfirullahaladzim, rasa banyak pula dosa tatkala Allah turunkan ujian sebegini. Moga ini satu tanda kafarah dosa.

Pagi tadi, dengan pening, GIT upset dan dokumen atas meja. Saya senyap dan serius saja. Daripada saya marah-marah, baik diamkan saja. Tiada anugerah yang lebih berharga melainkan sebuah kesabaran. Lembutkan hati dengan zikir dan ayat-ayatNYA. Itu saja ubat paling mujarab.

Sekarang. Waktu rehat dan zzz....Esok, perlu menghadapi satu hari lagi dalam hidup, insyaAllah jika diberi kepanjangan umur untuk menjadi insan yang lebih baik.

Wednesday, July 28, 2010

Is It Too Soon?

E...epal
E..emo
E...erks...

Lonesome beauty, with the crowd....(sambung sendiri). Dah puas sorang-sorang di hotel, main remote pun dah. Tekan segala mak nenek bendalah. Haih..jakun pun ada. Biasalah, we know after we don't know.

Siapa suruh tak cepat-cepat proses dokumen? Kan dah merana dek kena kacau oleh saya dan kawan. Nasib lah, saya jenis yang susah nak mengalah. Selagi tak dapat, selagi tuh saya akan 'terus' kacau until every little thing settled down. One of the habit of ineffective people is~ PROCRASTINATE. The biggest killer, tapi bukan the biggest loser ye.

'So how are you?'
" Not so good" wear a sad+ worry face
'Why?'
" Everyone was leaving..'
'Transfer right?You too should getting married soon?
....(tiba-tiba jadi panjang pulak conversation nih dengan OS specialist).

'Saya rasa, akak patut....'
" Pandai pulak, awak buat plan ye?"
Tersengih-sengih. 'Biasalah. Akak kena fikir, akak ni kan perempuan lepas tuh nak kawin dah ada anak.....'
"Amboi-amboi, memang bagus betul fikiran awak ni ye. So awak bila nak kawin nye?"
...( sedapnya dengar my male junior punye planning. Panjang betul akalnya).

Tak sabarnya...nak balik. InsyaAllah. Allahu Musta'an.

p/s: my Elmo, mend my heart pls? Hihi...

Saturday, July 24, 2010

In The MOOD...


Recently....
Quite a long time for me not to indulge in this cariogenic food and beverage. Only fews wafer stick/rolls entertained me. Quick sneaking into my bag, walla....i've got them hidden somewhere in between the diary. Hoho.. I dunno how I'm going to 'survive' without them while doing some admin works. Hmm..aphrodisiac? *Thinking..

Poor little Luqman, another operation? Hopefully quick recovering and get back on his feet again. He, who as usual with innocent face and..muka takde perasaan.

''Hang tak tau, anak lelaki mana sama dengan perempuan''
'Haih..bukan ke Hadirah lagi energetic, tak duk diam, banyak cakap? Luqman tuh duk senyap je, jarang sangat lasaknya'
''Lasak budak lelaki lain dengan budak perempuan. Tambah sekarang, pantang nampak kerusi, ada je nak tolak"

Huu...another lesson. Baru 3 orang anak menakan, dah macam-macam perangai. Haish..Hadirah dah ada cavities pada gigi geraham bongsu dia. Aiya, macam mana ni? Her Achik is a dentist, but can't do anything. So helpless...tunggu Achik balik Semenanjung ye. InsyaAllah. Pantang family saya ada masalah gigi nih. Meh nak treat..

Ok, hari cuti-cuti...mari lah mari...
Makan coklat..

Thursday, July 22, 2010

Blooming

Alhamdulillah, semua sihat? Hehe...saje-saje tangan ni tengah menggatal menaip setelah menyiapkan monthly report pada bos nya. Bagus kan, dapat anak buah rajin macam ni. Erks.Sambil mulut makan kek lapis yang seorang matron medical berikan. Saya suka...sebab dia mengingatkan saya pada mak.

Dulu waktu masih kecil, habis solat berjemaah dengan mak ayah dan adik beradik lain, sambil mak berzikir atau mengaji sengaja saya landing kepala atas ribaan mak...masa kat universiti bermanja dengan sahabat-sahabat pulak di surau atas. Rindu...

Sekarang, kepala saya landing atas bantal, laptop (macam biasa dozed off) takpun dengan kain telekung sembahyang atas sejadah keletihan. Minggu depan, letih tadah telinga dengar orang bagi lecture, talk, ucapan. Macam biasa, back bencher always have plentiful time to zzzz...haha.

~~~~
Bila ada sahabat yang bertanya, teringat saya pada diri saya dulu. Pesan saya yang kerdil; jangan hanya sebab pengalaman yang lepas kita menjadi lemah. Kerana itu silap saya dahulu. Maka usah diulangi lagi. Allah itu Maha Adil dan Maha Mengasihani hamba-hambaNYA. Andai benar itu yang terbaik, insyaAllah Allah akan berikan satu tempat di hatimu duhai sahabatku.

“Dan tiadalah ilmu yang diberikan kepada kamu melainkan hanya sedikit.” (Al-Isra’ : 85)

Moga Allah permudahkan segalanya dan memberikan petunjuk yang benar menyuluhi jalanmu.Ini soal sebuah kehidupan, sungguhpun sukar tetap jua harus dilalui demi menuju mardhatillah.

~Taubat, sabar, zuhud, qanaah dan.....

Tuesday, July 20, 2010

Love Means...


Cintailah orang soleh, kerana mereka memiliki kesolehannya, cintailah Nabi Muhammad s.a.w., kerana dia kekasih Allah SWT dan cintailah Allah SWT, kerana dia kecintaan Nabi dan orang soleh."
(Imam Syafie)
Saat menunggu patient tiba...
Sepagi di sekolah, meletihkan tapi banyak pengajaran dan pembelajaran. Sifat dan sikap manusia berbeza. Tapi tujuan dan pengakhiran masih satu, yakni kembali kepadaNYA. Menjadikan saya terpaksa mempelbagaikan approach, bukan pada patient sahaja bahkan kepada semua staff di bawah.
Mereka menceriakan hari saya, memastikan saya tak pernah bermuram durja, menyebabkan benda yang sukar kelihatan mudah saja. Terasa bersyukur diberi nikmat orang memahami kita. Ya Allah, tiba-tiba terasa kerdilnya saya. Benar kata orang, semakin kita memberi dengan seikhlas hati semakin banyak kita menerima. Apa yang kita buat pada orang lain, itu jualah yang kita akan dapat. Ini bukan hukum karma, tapi hukum Allah yang Maha Adil pada hamba-hambaNYA.
Bunga akan nampak indah
Ketika musim bunga bermula
Mencium pucuk-pucuk kecilnya
Namun kasih akan sentiasa
Nampak indah dari bunga
Kerana ia terus tumbuh tanpa bantuan musim
(Kahlil Gibran)
Lantas saat ini,tiada sebab untuk merasa sedih lagi...(walaupun sementara sahaja)
Sekarang dan akan datang, terus sahaja maju ke hadapan mempersiapkan diri. Indahnya punya rasa qanaah. Merasa cukup dengan apa yang dikurniakanNYA.
Saya tak minta apa-apa yang lebih cukup sekadar Allah redha dengan saya dan semua yang saya kasihi...
Tiba-tiba alam terasa indah pada kaca mata saya hari ini....
..Alhamdulillah..

Sunday, July 18, 2010

Delectable

Alhamdulillah, terasa banyak cerita nak ditulis. Tapi sebahagiannya lebih elok disimpan saja dalam lubuk hati. Minggu ad hoc! Semua benda kena cepat dan pantas. Lipas kudung pun ada. Hujung minggu adalah waktu untuk merehatkan tulang belakang (that's why kebelakangan ini, saya terperap saja sebab sakit belakang sewaktu driving makin mencucuk), melenyapkan semua hal ehwal kerja dalam minda dan sebagainya.

Oncall oh Oncall

Punyalah selama ini asyik berjaga-jaga dengan hs, tup tup malam Rabu ada case boleh pulak saya tidur nyenyak waktu A&E call three times in a row. Bersalah..bersalah. Tapi alhamdulillah, nasib baik kes minor RTA with cellulitis yang not life threathening. Berpeluh sejuk jugalah, takut case yang major and multiple injuries. Lepas ini, tidur ayam-ayam jelah memandangkan tiada orang yang jadi pak guard untuk saya...hoho.

Kesian patient, kita buat I&D ye..kat lower left cheek. Foul smelling, tuh memang tak payah cakaplah. Nasib baik lelaki so takdelah susah nak layan kerenahnya. Cuma tak boleh nak detect sources, since tiada fracture,abrasion or laceration wound pun kat left cheek. Mahu check intraorally, patient limited mouth opening, tapi tiada occlusal derangement or broken down/decayed tooth at a glance. Hmm..wonder from where? Muscle most likely! Well, meh sama-sama buat provisional diagnosis and further Ix.

Ayam Kerutub

Hmm..kenapalah suatu ketika dulu saya rasa nak masak kari, gulai, sup tulang dan kerutub adalah paling susah? Walhal, takdelah susah sangat pun. Saya bukan type yang kena tengok mak/ayah/kakak or orang memasak depan mata, pastu otak boleh decode then pfoof..jadi lauk tu.

Saya jenis yang kena baca arahan kat paket serbuk, cara memasak somewhere or browse web/blog masakan dan tengok AFC..then barulah menjadi. Even, belajar bersihkan/siang sotong pun, puas mak heret suruh tengok alih-alih saya tengok AFC barulah saya belajar. Siang ikan, saya agak kureng sedikit. Bukan tak pandai, cuma disebabkan hanyir darah ikan tu yang membuatkan saya naik loya masa menyiang. So biasanya,ayah yang ambil alih tugas:P. Takpe, nanti suruh husband pulak..hoho. Harapnya, takdelah ikan tuh hancur lebur ye. Ameen. Ngaa..

Disebabkan nak rasa masakan yang extraordinary sikit, practice balik buat kerutub. Cuma kali ni guna santan serbuk so rasanya pun tak sesedap santan yang asli 100%.

Televisyen Cik Pips

Tahniah, berjaya juga cik Pips beli tv. Of course, I kan pakar bab electrical items nih hasil usaha dari pengalaman window shopping dan sambil mallercise.

Pre Ramadhan

Syahdu. Ramadhan bakal tiba. Kali ini Ramadhan saya almost harinya disambut di perantauan. InsyaAllah, satu bentuk tarbiyah juga. Bacaan Al Quran berbaki 3 juzuk untuk dikhatamkan sementelahan saya akan mulakan juzuk pertama pada 1 Ramadhan. Moga tahun ini, saya akan lebih bertadabur dengannya dan mampu khatamkan sebagaimana tahun-tahun lepas InsyaAllah. Moga Allah berikan kekuatan melaksanakan.

Sampai Surah Ar Rahman, hati sayu dan rasa malu padaNYA.

'Nikmat Tuhan yang manakah kamu dustai?'

Tempangnya manusia ini....

“Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya.” (Al-Maidah : 54)

Tuesday, July 13, 2010

Hold Tightly

Alhamdulillah, dah masuk Syaaban ye..

Semalam kita (baca : saya) stress, so apa patut kita buat adik-adik?

a) Mengadu kat Allah, of course. Bak kata orang, first line drug/treatment
b) Mengaji Quran
c) Zikrullah sentiasa
d) Cuci rumah, semalam satu tingkat atas bantai cuci dengan sabun, main air sikit, sambil buat exercise angkut air berbaldi-baldi. Lega....

..Alalamak (trademark si Aqil) , dah pukul 6.10 ptg, lupa nak masak berbuka 6.50 ni. So ala kadar jelah ye, Chicken Stew with Bendi masak telur...alhamdulillah. Hilang stress semalam.
Esok penat dengan Quarterly Meeting lagi..aduyai!

Monday, July 12, 2010

Sepenuh Hati..


Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan kamu..
Potong kue nya, potong kue nya...
Happy Birthday to you...happy birthday to you my dear abang..happy birthday to you.

Moga Allah perpanjangkan umur untuk lebih tekun beribadah padaNYA, lebih banyak dapat buat kebaikan, dimurahkan rezeki untuk dikongsi dan diberikan pada tempat yang lebih hak dan diberkati alam rumah tangga. Bila nak tambah ahli ni? Hihi..buat abangku plus S.I.L.

Tak sempat beli hadiah, saya kirimkan gambar Shaun The Sheep, fave pet saya ni kat dia. Harapnya sudilah terima ye. Comel je nampak.

Alhamdulillah. Ringan juga kepala saya, nampaknya weekend lepas memang unexpected. Lelah jiwa raga. Tapi bila pagi tadi dalam perjalanan pulang, lepas hujan seketika pelangi indah di depan mata. Subhanallah. Significant pelangi? Semua benda indah akan datang pada hujungnya. Macam selepas hujan lah. Tapi pelangi hanya sementara, bila matahari muncul awan mendung berlalu, hilanglah ia. Maksudnya, sekalipun yang kita dapat benda indah hanya sekejap cuma tapi selepas tu ada lagi benda yang lagi indah, lagi bermakna dan lebih kekal (tapi matahari tak kekal ye) yakni kasih sayangNYA. Hikmahnya yang Allah berikan terlalu besar dan mendalam sebenarnya. Menguji hambaNYA sejauh mana kesabaran dan kebergantungan padaNYA. Ilahi Rabbi.

Menitiskan air mata di hadapanNYA, berbicara tentang segala kesusahan dan keperitan padaNYA, mengakui betapa lemahnya diri, betapa tak layaknya..

Jiwa jadi makin tenang. Sudah saya tekadkan, air mata ini tidak akan sesekali jatuh kerana manusia. Asbabnya masih cuma satu, saya hanya hambaNYA paling lemah, tak berdaya dan paling rendah tingkat imannya.

Allah takkan uji kita dengan sesuatu yang kita tak mampu.

........
"Dr jangan bingung dan susah hati lagi ye"

Terharunya. Kalau mereka kuat, sepatutnya saya patut jadi lagi kuat kan?.Hmm..where is the 'old' Hafizah? Yang kuat, tahan dengan kata-kata orang, yang tak kisah dengan kecil atau besar cabarannya, yang rebellious (dah jadi smitten ke apa?..hoho), outspoken (still be), yang pakai hentam sajalah dan banyak lagi.

Ada hati nak buli saya? Nak membelakangkan saya? Nak suruh saya buat kerja orang lain yang sepatutnya buat?

My answer : NO WAY! I'm not that kind, so called~ lurus bendul or easy to deal with. If you make me having the hardtimes, then the same goes to you. Quite rebellious huh? My last word, don't take for granted.

Menakutkannya Dr Siti ni ye. Hmm..bolehlah jgk tapi tengok situation. Since dah lama simpan dan asah claws ni. Ingat nak cakar-cakar sikit, tinggalkan 'history' kat Sarawak...phew. Haish.

p/s: sedih..Holland kalah. Tak mengapa kasi can Spain menang, kesian diorang kan. Since Kak We dah influenced saya...kita layan jelah hoo.
Esok, Sya'ban Ahlan Wasahlan Wamarhaban bikum.

Sunday, July 11, 2010

O' Allah...

“…Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku.”
(Yusuf:86)
Too much to think,
Too many to please,
Too hurt to feel.....
I'm sorry,
I'd say what I had to say
Finally, I gave up on them.
O' Allah, forgive me when I'm whine...

Thursday, July 08, 2010

Bye-Bye


(*_*) + (T_T) = (0_0).
Apa ke?
Dah beberapa hari tak bersemangat, tak sempat nak menulis. Sekarang schedule agak tight, seharian pulun treatment pada budak sekolah dan seminggu ini asyik issued denture. Makan pun dah tak lalu, hanya bantal dan selimut je yang nampak menyelerakan.
'Makin slim nampak Dr?'
'Ye ke?.Ni bukan slim dah, masuk kategori tulang belulang. Tunggu jadi mayat je' (insaf seketika, mati kan benda yang pasti).
Mujur saje esok Jumaat, alhamdulillah. Dan hujung minggu ini nak betul-betul rehat selepas weekend lepas tak sudah-sudah buat slide presentation. Diorang bukan tak tahu, saya ni amat malas+slow macam siput sedut bab slides nih. Dan masih memaksa juga. Paduhal..
Masak ikan kembung tempoyak semalam tiba-tiba rasa paling sedap (mengikut lidah saya lah) Cuma sedih bila tengok stok tempoyak tinggal suku botol kecil je lagi. Kena tunggu musim buah durian lagilah sebelum buat stok yang baru nampaknya. Minggu ini, minggu ikan kembung+ikan bilis+telur sahaja. Rotate menu lagi. Bila lah nak makan extraordinary+extravaganza macam di rumah ni? ~ 'Dr, bersyukurlah!'
Ok. Ada idea+rasa nak menulis, saya tulis lah. Kalau tidak, bye-bye...tinggal bersawang dulu buat beberapa hari akan datang. InsyaAllah, kalau diberi kepanjangan umur. Ciao!
p/s: Goodbye is not forever, till we meet again..tata titi tutu

Saturday, July 03, 2010

Inner Calm


' Can we pretend aeroplane in the night sky like a shooting star'
Adapun, di siang hari ini tiada pula bintang-bintang. Cuma malam-malam nan cerah sahaja. Sudah menjadi kebiasaan, berteleku merenung dada langit malam. Cantik kan bintang ciptaan Allah. Sungguhpun kecil sayup, tapi hakikatnya tak begitu. Terasa amat dekat. Tambah lagi kalau duduk di tepian pantai.
Hmm...semua ada di Perak sempena majlis sambut menantu sebelah sepupu. Sudah lama rumah Opah tak meriah. Kali terakhir masa Maksu kahwin, darjah enam saya ketika itu. Sibuk menolong agihkan cenderahati pada tetamu, berkejar-kejar keliling rumah dan menghabiskan makanan pengantin bersama-sama sepupu-sepupu lelaki yang lain tapi bergaduh dengan sepupu perempuan. Haih, terbalik sungguh waktu tu.
Cemburunya. Nak merasai saat-saat penuh kegembiraan. Kalau bukan sebab kena naik flight, memang dah lama saya balik kampung. Apakan daya, cuma doa dan kongsi-kongsi hadiah saja yang termampu buat Meor Hazwan dan Sarah yang comel itu (",). Selamat Pengantin Baru, moga Allah memberkati kalian dan menghimpun ebih banyak kebaikan bersama.

Thursday, July 01, 2010

In Me


Cakap saja, mereka dengar tapi tak semestinya buat.

'Being a leader, not about giving orders only but rather joining them in the field and enjoy contributing and participating'.

Act as Mad Hatter, like in Alice in Wonderland. Cuma bezanya saya takde lah nak bertempek dengan segala bagai make up. Sebab ada satu biji jerawat,betul-betul atas right inner eyebrow. Oh,gosh! Silap regime pemakanan ke apa.

Hari ini satu pagi check LP8 budak sekolah. Sakit tangan menanda. Signature pun dah jadi macam cakar ayam. Hilanglah kecantikan tulisan selama ini, yang dibanggakan. Suka tengok tulisan mak ayah. Ayah punya handwriting, very neat, sebijik-sebijik dan amat teliti. Mak punya handwritting pun sama, dan saya suka bila mak tulis jawi.

'It is your handwritting? Very nice and neat' tegur seorang lecturer foreigner.

Tersengih macam kerang busuk. Huhu..ada jugak 2-3 orang lecturer memuji tulisan dalam folder patient. Tapi itu waktu belajar. Ada banyak masa nak 'berkarya' pada kad patient. Sekarang, hmm...mujur boleh baca pun dah dikira ok. Sakit tangan cabut gigi, kena tulis prescription lagi.

Ada possibilty, nak Carpal Tunnel Syndrom.

Takkan selamanya cabut gigi, tampal gigi? Saya dah 'muak', perlu mencuba sesuatu yang baru dan yang lebih mencabar. Jadi Oral Pathologist? Jadi Pedodontist?Atau Periodontist? Cuma kena sambung belajar lagi 4 tahun. Do I have the guts?
p/s: Dah masuk Julai pun, alamak cepatnya masa berlalu!