The Thoughts That Count
Pagi tadi kami ke Rantau Panjang, nak survey barang-barang untuk kawin..siapa? Tunggu jelah untuk episod akan datang. Takpe, sabarlah menanti ceritanya, nanti takut tak menjadi (nauzubillah). Oh, malas dan penat nak menjawab bila orang tanya soalan panas bab kahwin ni. Mulut memang kata nak kawin, tapi bila orang nak merisik jawapannya; saya masih belum bersedia. Bila orang tanya apa kriteria calon, jawapannya; tunjukkan saya siapa calon tu, baru blh saya buat penilaian. Bila orang sibuk suruh saya sendiri approach jawapannya; saya yakin dengan takdir Allah, kalau betul dia untuk saya ikut mana-mana pun takkan lari. Bila orang kata 'Dr takkan tak nak kenal (aka bercinta) dulu ke? jawapannya; kenal nak tapi bercinta selepas kawin ok?'. Bila assistant (DSA) saya dengar jawapan tu, gelak besar diorang. Chett..kurang asam. 'Awak ni sama macam lecturer saya dulu. Ada ke patut kata saya akan kawin dengan orang tepi jalan'. 'Yelah Dr, tiba2 je kawin dgn org duk kat tepi jalan pastu esok cerai berai'. 'Huh, saya gunalah orang tengah nk risik2 orgnya macamana. Macam Siti Khadijah r.anha.'. Terdiam diorang seketika.
Ingatkan isu tu berhenti setakat itu shj, rupanya tidak. Ikut koranglah, malas nak layan orang 'tua' berhati muda ni. Analoginya mudah, macam barang-barang kalau kita nak tahu elok ke tak,mcmana nak guna maka kenalah merujuk manufacturernya sbb dia yang arif so samalah macam manusia, manufacturernya Allah. Kesimpulannya, tanyalah Allah sbb dia Maha Mengetahui...so jgn tanya saya,tanyalah pada DIA. (mudah keje saya!)
Harapnya cuti ni tak berlalu dengan pantas, biarlah saya dapat menikmati sepuas-puasnya. Sebab bila tiba saat kembali ke bumi Sarawak pastinya saya yang akan meronta-ronta tak nak balik..haha reality check!.Bukan sebab saya tak suka negeri tu,(siapalah saya nak benci-benci negeri +orang, entah orang benci saya pun saya tak tahu), cuma kadang kala saya terpaksa ambil masa untuk adapt dengan sesuatu. Even sampai sekarang saya ni tak pandai bahasa Sarawak except for simple words..the rest saya rasa better speaking English. Lagipun orang kat Sarawak ni pandai English since early 60-80's they have been taught in English. Saya kan dah tua..otak pun tak aktif sgt..
Hehe..food for my own thoughts.