Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Wednesday, January 30, 2008

Ke Akhir Waktu

"Sahabat itu bukan bila engkau berkongsi kesukaan
Sahabat itu bukan bila engkau berkongsi perasaan
Sahabat itu bukan bila engkau berkongsi kegembiraan
Sahabat itu bukan bila engkau berkongsi keriangan

Sahabat itu bila engkau berkongsi perjuangan...

~Kdg2 saya tak faham seorang 'sahabat'.Dan saya sudah lelah memaknakan erti sahabat. Adakala yg jauh lbh baik dari yang dekat dan begitulah sebaliknya.Kerap kali saya 'melarikan diri' kerana sukar utk saya depend pada sahabat.Dan sebab itu, saya lebih suka dikenali sbg -lone ranger.Sendirian adalah seni buat saya.Ada masa beramai,ada masa keseorangan itu lebih tenang.Prinsip saya mudah.Tapi bukan semua yang faham dan tak saya pinta pada semua untuk memahami.Tapi setiap yang saya lakukan pasti ada alasan tersendiri.Allah jua yang lebih tahu.

Oh,Hafizah ketepikan semua itu.Emosi itu peratusan kecil saja buat masa ini.Sekarang tumpukan pada undergraduate course anda yang berbaki beberapa bulan sj.InsyaAllah.Ala kulli hal,maafkan saya seorang sahabat yang lemah dan kurang prihatin tentang sahabatnya.

~tiba2 saya jadi rindu pada shbt muslimat matriks, seusrah dan satu aras.Rindu sungguh2 pada mereka.Walau masa tak sampai setahun,Allah bagi ruh padanya.Maaf utk saya katakan,saya lbh mengenali shbt matriks lbh dr uni. w/pun jrg contact,bjumpa.Tapi saya akan lebih berterus terang dengan mereka yang sedia mendengar.

p/s: shbt muslmn pun begitu jg!rindu utk lihat telatah yg entah apa2 tu.By the way,truskn sifat caring antum tu.Terasa lucu pulak bila teringat cite2 dulu,cerita org kena tipu,orang yang merajuk,orang kena kejar anjing,orang berkonspirasi etc.

Labels:

Wednesday, January 23, 2008

Teman Terulung

Bila bertaut senyuman
Mata berlirikan
Memancarkan keluhuran
Cerah kesederhanaanmu
Seindah kejujuranmu

Detik seia sejiwa
Terungkap setia
Tiada upaya sepi
Mekar kudup penantianku
Hadirnya teman sejati

Melangkah kita menjejak mimpi
Bahagia berdiri dengan mu disisi
Harapan kita meniti hari
Sentiasa seiring

Paling agung teman terulung
Tenunan emas sayap hidupku
Tak inginku undur bertamu
Bertakhta teguh
Ke akhir waktu.

Tuesday, January 22, 2008

Alter Ego

I'm too tired after this morning program. Zzz...still the solution.Wonder how a person can live with all day sleeping? I got the nearest example, a student.Heh! Yup, a student~can be secondary,college and even a university. Forget it. I sleep whenever I feel very sleepy,tired(too tired can cause otherwise). If I got nothing to do,I just get a plain paper and begin to write something, a poem.And to much tv,ain't do any good.Lects Pips told that whenever a person get too much watching, his/her cerebellum get thickened and soon end up by living in fantasies rather than the real life.Check up guys! Anyway,I'm no good in neuro-thingy, but happy to memorize the prescription.
Current Indulge




Tukar bahasa*.Sejak mutakhir ini, dengan WiFi(ye ke?) saya suka search recipies. Baca,tengok sedap kemudian kumpul resipi banyak2. Saya suka memasak,tetapi sekarang jarang ada peluang. Dan bila ada peluang saya jadi malas dan akan end up dengan masakan yang biasa2 shj.Ingat dulu-dulu,bila tengah malam rasa lapar saya masak bihun rebus sahaja~5 minit dah siap kan senang.Simple kan? Tak payah,makan maggi.I don't eat maggi,becos i'm going to vomit bila tbau.Bagus kan?Hjg weekend 2 mggu lps,mak buat Triffles.Saya tolong susun swissroll dan cocktail dan kacau utk topping sj.

Masuk sites students oversea, entertain with their activities,masak beramai-ramai bila time raya dan kagum bila student muslmn pandai masak cheese cake,agar-agar,nasi beriyani and etc. Sbb sampai sekrg saya tak pandai masak cheese cake sbb 1) ingridients not available-cheese kat sni xbyk pilihan,sikit dan mahal.Whipping cream tak tau nak cari kat mana. 2)Oven dah rosak~yg ada sekrg tak compatible utk masak cake.Panggang aje.3)Saya bukan peminat cheese cake dan bukan Secret Recipes fan.FYI there are many types of cheese diguna utk masak ~mozarella(pizza),marscarpone,cheddar,parmesan,blue cheese etc. Add in your food or as garnish on pasta,spaghetti,bread.


So kena start practice utk skill memasak dan skill 'mencampak' smua bahan-bahan.Dan suka utk saya ingatkan, carilah yang halalan thoyyiban kerana makanan akan jadi darah daging dan sambil memasak, banyakkan zikir~kerana ia melembutkan dan mendidik hati orang yang memasak dan mudah-mudahan orang yang makan pun turut sama.InsyaAllah. Sedap atau tidak,itu pun kena practice jugak.Dan saya sendiri takkan mgalakkan keluarga saya in future makan kat luar.Masak sendiri lg jimat dan sedap(klu sy yg memasak..hehe).

Uhhh...i'm craving for egg tart.Miss U lots. Mexican buns too.I need a date with you.
p/s: nanti klu b'usrah ms keje~insyaAllah, makan-makan di rumah sy ye!Ingatkan tau*wink

Labels:

Are you afraid of needle? Thank goodnees,I'm not.That's why I love to inject patient.But one thing for sure I'm afraid of : NEEDLE PRICK INJURY. So stay free from accidental needle prick injury.

Labels:

Saturday, January 19, 2008

Ini Penyudahnya


"Apakah kamu mengangka bahawa kamu hanya diciptakan bermain-main dan kamu tidak akan dikembalikan?" 23:115

Kadang-kadang saya merindui untuk mati syahid, menanti syurga dan pertemuan abadi. Saat saya pergi, biarlah hati kegembiraan walaupun ada yang menangisi.Usah menangisi pemergian seorang ini yang tak punya apa-apa nilai di dunia.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (Tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam Kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri. 57:22-23

Labels:

Friday, January 18, 2008

Fly..Fly Away

7.30 am
I'm waiting for them. To send Fahmi to airport. He will fly once again to pursuit his ambition. My lil' bro already big boy now. I could never imagine, he soon be away from me. Saya mengaku,kadang-kadang agak emo jg bila berhadapan dgn dia. Sebab dia selalu ambil mudah,tak dengar cakap orang dan ikut kepala dia saja.Tapi, dia tetap adik kesayangan saya bukan. Saya pun bukanlah kakak yang terbaik tetapi saya sedang belajar ke arah itu.Maka, timbal balik untuk semua itu saya kenalah berlapang dada dan redha.

800 am
Masa utk check in.Kami angkut sekotak buku-buku( milik saya dulu,sewaktu bergelar 1/2 unit medical dental student~ada atlas anatomy,grey's anatomy, physio etc).Saya serahkan semua pada dia,moga dia menggunakan sebaiknya. Ini saja yang dapat saya bantu dia selain doa. Saya sedih tapi takkanlah saya nak menangis~dah besar panjang. Tapi apa boleh buat sedangkan dalam keluarga kami takde yang duduk jauh-jauh.

Saya semakin risau bila mengenangkan tempatnya selalu ada earthquake.Kesudahannya, saya takkan dapat tidur bila ada berita earthquake sehinggalah pagi esok. Alhamdulillah,setakat ini baik-baik sj.

830 am
Tiba saatnya,saya perlu 'melepaskan' dia pergi. Instead of cakap 'Jaga diri elok2', mulut saya lancar menyebut 'Jaga buku2 elok2'. Ah,nampak sangat saya tak mahu dia pergi. Dalam hati saya,merungut dan sedikit sesal. Cuba buat ego lagi. Dia melambai, dan akan sampai ke transit LCCT sebelum ke destinasinya.

905 am
Air Asia meluncur laju dan membawa dia terbang jauh dari saya. Moga Allah melindunginya. Dan masa untuk saya ketepikan dulu perasaan sedih ini.Mungkin insyaAllah,selesai graduate bln 5 ini saya akan melawatnya.Dia pun sudi menjadi tourist guide,tetapi yang sentiasa meninggalkan clientnya di belakang!

835 pm
Oh,saya terlupa menghubunginya. Bagaimana perjalanannya? Buat kesekian kalinya, ini adik saya.Dan sampai bila2 dia akan jadi adik saya. Begitu jua adik-adik saya yang lain. Each one own their specialties

#Abscence makes the heart grow fonder

#For everything you have missed, you have gained something else; and for everything you gain, you lose something. -Ralph Waldo Emerson

#No one can make you feel inferior without your consent. -Eleanor Roosevelt

#Wisdom is the reward you get for a lifetime of listening when you would rather have talked. -Mark Twain

Labels:

Gandhi said :
Keep your thoughts positive, because your thoughts become your words.
Keep your words positive, because your words become your behaviours.
Keep your behaviours positive, because your behaviours become your habits.
Keep your habits positive, because your habits become your values.
Keep your values positive, because your values become your destiny

Tuesday, January 15, 2008

"Nobody knows me
Yet everyone knows my name
Some people judge me
Not knowing that I'm the same
Thanks for the offer
But I keep my old friends, always
But then I get lonely
Counting the endless days..."

Labels:

Monday, January 14, 2008

Pengkisahan

Kisah I

Petang itu,mak memulakan sesi tazkirah/nasihat dengan adik.Hanya mereka dan ayah tanpa mengetahui saya berada di ruang tamu utama. Mereka duduk-duduk saja di ruang tamu ke dua. Mendalam sungguh kata-kata mak pada adik. Orang tua,mereka nampak apa yang orang muda tak nampak tambahan kalau mereka itu ayah ibu kita.Baik buruk,hitam putih kita semua mereka tahu.Naluri seorang ibu barangkali dapat menghidu sekecil-kecil perkara yang kita cuba sembunyi. Kita diamkan sekalipun, ibu dah dapat membaca.Cuma kadang-kadang,mereka lebih suka diam juga menunggu sampai bila kita mahu sembunyikan. Hebatkan naluri seorang ibu yang Allah kurniakan. Diam-diam sambil nota di tangan, saya mengamati kata-kata ibu.Ya,mungkin selepas ini saya takkan merahsiakan apa-apa darinya.

Mungkin kami adik-beradik banyak menyusahkan mak ayah.Memeningkan kepala dan membingungkan fikiran. Disebabkan saya yang selalu pulang,kebanyakan cerita kerungsingan mereka akan sampai pada saya.Maka dengan sewenag-wenangnya saya membuat skala dan grade orang manakah yang plg merungsingkan fikiran mak ayah.Tapi bukanlah bermakna saya orang yg langsung tak merungsingkan mak ayah cuma saya cuba mengurangkannya.Kesiankan mereka.

"Duhai adikku, moga kau berubah.Kasihanilah ayah ibu...berubah ye dik"

Kisah II

Saat gelisah dan perlukan ruang untuk bernafas. Ya, solat dan Al Quran adalah jawapannya.Ia ubat untuk hati dan fikiran. Saya pun tak tahu,asal rungsing saja surah Yasin jawapan saya. Ia jantung al Quran.Mungkin saat itu,jantung saya kembali kepada keadaan normalnya.
Ada masanya, shopping adalah terapi utk saya dan lebih selesa jika bersama keluarga.Sudah tabiatnya,saya takkan keseorangan paling tidak ada family member yang menemankan. Kalau ada adik lelaki atau abang,saya akan grab salah seorang menemankan sebagai mahram.Lebih selamat bukan?

Kisah III

Petang itu,silap saya memanggil 2 patient sekaligus pada masa yang sama. Tapi Allah mempermudahkan. 'Erm..ambiklah ni,makcik bagi.Kesian tgk anak kena telefon lagi sms lagi.Abis kredit' makcik mengambil tangan saya lalu diletakkan prepaid kad yang saya kira RM 10.Saya terkelu dihadapan kawan-kawan yang lain.Bukan habit saya untuk menerima barang dari orang sesuka hati,termasuk makanan dan sebagainya. Mungkin ada yang mengatakan saya sombong,tak tahu adab dan semacam lagi. Tapi jangan sampai terhutang budi pula,pesan mak.Sementelahan,saya banyak menerima hadiah dari pesakit,kain,makanan.Takut-takut ada sesuatu disebaliknya.Ah, paranoid awak ni.

Bila diteliti,RM 30.Makcik, terlalu banyak ni.Maka berlakulah adegan tolak menolak. Akhirnya kena terima juga.Belum cukup itu,dia bercerita tentang anak sepupunya yang jadi specialist oral surgeon. Hati saya mula tak sedap,apa lagi yang makcik nak bagitahu sebenarnya? Rupanya makcik ada niat mahu match making. Saya hanya diam sesekali tersenyum. Mungkin betul juga kata mak: baik-baik tu berpada-pada. Pengajaran untuk saya dan semua.

Kisah IV

'Bila isi borang posting?' 'Entah,lambat lagi kot'.'Pilih negeri mana?' 'Maybe 1)kelantan.2)Trganu.3) Perak' 'Alah,pilih kelantan dan trganu jelah.Perak tu rmai chinese,nanti tak taulah apa jadi' ' mana boleh mak,dia bg 3 choices' 'klu mcm tu buatlah kelantan,trg, kelantan' 'mak, nanti org ingat anak mak tak bljr sekolah buat mcm tu'

Kisah V

'Kalaulah saya bc soalan past year,mesti boleh jwb' keluh seorang kwn. 'Ish,tak baik ckp mcm tu,perkataan 'kalau' tu jarum syaitan. Seolah kita myalahkan takdir.Lgpun kita tak tahu, adakah dgn bila kita baca soalan past yr kita akan dpt jd yg lbh baik, bukan?'

Kisah VI

Ada satu mimpi, di balik helaian kertas dan buku-buku diselak saya terjumpa 2 bentuk cincin yang sangat cantik. Sampai sekarang saya tertanya milik siapakah cincin-cincin itu? Wallahu'alam.

p/s: kompilasi ceritera ana dan orang2 lain.EnJoice.
Ila'liqa

Labels:

Sunday, January 13, 2008

Suatu ketika dahulu, Nabi Musa didatangi dengan sakit perut yang amat sangat. Maka diadukan kepada Allah, maka Allah memerintahkan agar Nabi Musa pergi ke sebuah pokok dan mengunyah2 daunya. Maka pergi la Nabi Musa ke pokok yang diperintahkan itu, ambil daunnya lalu dikunyahnya daun itu, maka hilang lah sakit perut Nabi Musa. Beberapa ketika selepas itu, sakit perut itu datang kembali. Nabi Musa terus pergi ke pokok itu, diambilnya daun itu kemudian dikunyah2. Namun, sakit perutnya tidak hilang. Tidak tahan akan sakit perut itu, Nabi Musa mengadu kepada Allah tentang hal itu. Allah pun berfirman kepada Nabi Musa, "Dahulu ketika kau sakit, kau datang meminta kepadaKu dan aku sediakan jalan buatmu. Tapi kini, ketika kau sakit, kau terus ke pokok itu tanpa meminta pertolongan kepadaKu..".

"Sesuatu yang mungkin berlaku tidak akan lebih baik dari apa yang telah berlaku"- Imam Ghazali..