Pengkisahan
Kisah I
Petang itu,mak memulakan sesi tazkirah/nasihat dengan adik.Hanya mereka dan ayah tanpa mengetahui saya berada di ruang tamu utama. Mereka duduk-duduk saja di ruang tamu ke dua. Mendalam sungguh kata-kata mak pada adik. Orang tua,mereka nampak apa yang orang muda tak nampak tambahan kalau mereka itu ayah ibu kita.Baik buruk,hitam putih kita semua mereka tahu.Naluri seorang ibu barangkali dapat menghidu sekecil-kecil perkara yang kita cuba sembunyi. Kita diamkan sekalipun, ibu dah dapat membaca.Cuma kadang-kadang,mereka lebih suka diam juga menunggu sampai bila kita mahu sembunyikan. Hebatkan naluri seorang ibu yang Allah kurniakan. Diam-diam sambil nota di tangan, saya mengamati kata-kata ibu.Ya,mungkin selepas ini saya takkan merahsiakan apa-apa darinya.
Mungkin kami adik-beradik banyak menyusahkan mak ayah.Memeningkan kepala dan membingungkan fikiran. Disebabkan saya yang selalu pulang,kebanyakan cerita kerungsingan mereka akan sampai pada saya.Maka dengan sewenag-wenangnya saya membuat skala dan grade orang manakah yang plg merungsingkan fikiran mak ayah.Tapi bukanlah bermakna saya orang yg langsung tak merungsingkan mak ayah cuma saya cuba mengurangkannya.Kesiankan mereka.
"Duhai adikku, moga kau berubah.Kasihanilah ayah ibu...berubah ye dik"
Kisah II
Saat gelisah dan perlukan ruang untuk bernafas. Ya, solat dan Al Quran adalah jawapannya.Ia ubat untuk hati dan fikiran. Saya pun tak tahu,asal rungsing saja surah Yasin jawapan saya. Ia jantung al Quran.Mungkin saat itu,jantung saya kembali kepada keadaan normalnya.
Ada masanya, shopping adalah terapi utk saya dan lebih selesa jika bersama keluarga.Sudah tabiatnya,saya takkan keseorangan paling tidak ada family member yang menemankan. Kalau ada adik lelaki atau abang,saya akan grab salah seorang menemankan sebagai mahram.Lebih selamat bukan?
Kisah III
Petang itu,silap saya memanggil 2 patient sekaligus pada masa yang sama. Tapi Allah mempermudahkan. 'Erm..ambiklah ni,makcik bagi.Kesian tgk anak kena telefon lagi sms lagi.Abis kredit' makcik mengambil tangan saya lalu diletakkan prepaid kad yang saya kira RM 10.Saya terkelu dihadapan kawan-kawan yang lain.Bukan habit saya untuk menerima barang dari orang sesuka hati,termasuk makanan dan sebagainya. Mungkin ada yang mengatakan saya sombong,tak tahu adab dan semacam lagi. Tapi jangan sampai terhutang budi pula,pesan mak.Sementelahan,saya banyak menerima hadiah dari pesakit,kain,makanan.Takut-takut ada sesuatu disebaliknya.Ah, paranoid awak ni.
Bila diteliti,RM 30.Makcik, terlalu banyak ni.Maka berlakulah adegan tolak menolak. Akhirnya kena terima juga.Belum cukup itu,dia bercerita tentang anak sepupunya yang jadi specialist oral surgeon. Hati saya mula tak sedap,apa lagi yang makcik nak bagitahu sebenarnya? Rupanya makcik ada niat mahu match making. Saya hanya diam sesekali tersenyum. Mungkin betul juga kata mak: baik-baik tu berpada-pada. Pengajaran untuk saya dan semua.
Kisah IV
'Bila isi borang posting?' 'Entah,lambat lagi kot'.'Pilih negeri mana?' 'Maybe 1)kelantan.2)Trganu.3) Perak' 'Alah,pilih kelantan dan trganu jelah.Perak tu rmai chinese,nanti tak taulah apa jadi' ' mana boleh mak,dia bg 3 choices' 'klu mcm tu buatlah kelantan,trg, kelantan' 'mak, nanti org ingat anak mak tak bljr sekolah buat mcm tu'
Kisah V
'Kalaulah saya bc soalan past year,mesti boleh jwb' keluh seorang kwn. 'Ish,tak baik ckp mcm tu,perkataan 'kalau' tu jarum syaitan. Seolah kita myalahkan takdir.Lgpun kita tak tahu, adakah dgn bila kita baca soalan past yr kita akan dpt jd yg lbh baik, bukan?'
Kisah VI
Ada satu mimpi, di balik helaian kertas dan buku-buku diselak saya terjumpa 2 bentuk cincin yang sangat cantik. Sampai sekarang saya tertanya milik siapakah cincin-cincin itu? Wallahu'alam.
p/s: kompilasi ceritera ana dan orang2 lain.EnJoice.
Ila'liqa

Labels: My Observation
2 Comments:
At Tuesday, 15 January, 2008, Anonymous said…
nice work.
At Tuesday, 15 January, 2008, A person get to know life said…
tq..sharing is key to knowledge
Post a Comment
<< Home