Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Monday, June 26, 2006

.:Inilah Dia Pemegang Amanah:.

..Abu Bakar As Siddiq menyampaikan satu kisah tentang jasa Abu Ubaidah dalam Perang Uhud. Inilah kisahnya : “Pada waktu perang Uhud, Rasulullah s.a.w terkena panah. Panah itu mengenai rahang atas wajah baginda. Ketika itu baginda memakai tutup kepala dari besi sehingga kepingan besi penutup wajahnya terpacak ke atas rahang baginda di dua tempat. Dari wajah baginda terus mengalir. “Aku berusaha mendekati Rasulullah tetapi didahului seseorang yang berlari dari arah timur.Ia lari begitu cepat seperti kilat menyambar. Terus terang pada saat itu aku merasa cemas , kalau-kalu orang yang datang itu dari pihak musuh. Maka segera aku berdoa’ kepada Allah “ Mudah-mudahan orang orang itu adalah orang yang patuh kepada Rasulullah s.a.w” .

Setelah aku berada di sisi Rasulullah barulah aku tahu ternyata dia adalah Abu Ubaidah ibnu Jarrah. Dia berkata kepada ku “ Aku mohon atas nama Allah hai Abu Bakar, agar engkau membiarkan aku mencabut kepingan besi ini dari wajah Rasulullah s.a.w.”

Abu Ubaidah menggunakan kedua gigi depannya untuk mencabut kepingan besi tajam yang terpacak ke dalam dua sisi rahang Rasulullah. Setelah mencabut besi itu, Abu Ubaidah terjatuh dan kedua gigi atas dan gigi bawahnya terlepas. Kemudian ia menggigit besi yang kedua dengan kedua gigi atas dan bawah yang masih tersisa, dan ternyata giginya itu terlepas lagi. “Aku dan Rasulullah s.a.w amat terharumelihat kesetiaan dan pengorbanan Abu Ubaidah betapa sayangdan cintanya ia pada Rasulullah sampai-sampai ia dikenali sebagai orang yang tidak bergigi lagi, kerana kedua gigi atas dan gigi bawahnya telah hilang”.


Something to ponder..
Dalam hadith lain disebutkan : “ Iman itu setengah-setengah. Setengah dalam kesabaran dan setengah yang lain dalam syukur”

Sabda Rasulullah s.a.w : “Jika engkau tertimpa sesuatu maka janganlah berkata, seandainya tadi aku melakukan demikian tentu akan berakhir demikian. Tapi katakan, Allah telah mentakdirkan demikian dan semuanya terserah pada Allah yang melakukan”

Tsabit berkata : ‘Selama dua puluh tahun saya bersabar menghadapi betapa susahnya qiamullail, namun dua puluh tahun berikutnya saya sangat menikmatinya

Saturday, June 24, 2006

Mencari Hikmah ?

..dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya kerana sesungguhnnya sebaik-baik bekal itu taqwa.. (Surah Al Baqarah : ayat 197)


Dalam melaksanakan sesuatu rukun atau perkara memang sudah lumrah manusia untuk mencari hikmah disebalik perintah menunaikan rukun-rukun Islam seperti solat, berpuasa,menunaikan zakat dan sebagainya. Bukanlah dimaksudkan di sini untuk melarang mencari hikmah pada setiap perintah Allah agar dapat dilaksanakan tanpa ragu-ragu,tetapi alangkah cantiknya untuk tunduk dan patuh kepada arahan dari langit dan mentaati perintah Allah. Sebaliknya, tunaikanlah rukun-rukun itu sepertimana yang telah diperintahkan sehinggalah sampai saat kalian merasai lazat dalam ketaatan dan perlaksanaan perintah itu. Inilah jalan salafussoleh, mereka beriman terlebih dahulu tanpa keraguan dan kesangsian

INILAH yang sebenarnya membezakan antara generasi para sahabat Rasulullah s.a.w dengan generasi-generasi terkemudian..Mereka,iaitu para sahabat Rasulullah tidak mendekatkan diri dengan Al Quran semata-mata dengan tujuan mencari pelajaran dan bahan bacaan ,bukan juga dengan tujuan mencari hiburan dan penglipur lara.Tiada seorang pun bermaksud menambah bekal ilmu di dada. Bahkan ia belajar Al Quran itu dengan maksud hendak belajar bagaimanakah arahan dan perintah Allah dalam urusan hidup peribadinya dan hidup bermasyarakat. Ia belajar untuk dilaksanakan serta merta, seolah seorang perajuit yang menerima arahan dari pihak atasannya. Juga tidak mencari pelajaran atau arahan tambahan ,kerana ia tahu dengan yang demikian hanya akan menambahkan berat tugasnya.

Perasaan belajar untuk melaksanakan inilah sebenarnya memautkan Al Quran dengan hati mereka, menanamkan Al Quran ke dalam jiwa mereka sekaligus sebati dalam diri hingga ia meresap menjadi panduan dalam gerakan mereka serta melahirkan kesan dan peristiwa yang mengubah garisan hidup.

Al Quran inilah wasilah terpenting, termudah terkuat dan terbanyak. Di dalamnya terkandung panduan, nur, hidayat, rahmat dan zikir. Bekalan paling afdal untuk mendapat bekalan iman dan taqwa kepada Allah, membimbing ke arah mentauhidkan Allah, padanya ada kalam yang mendamaikan sekeping hati, mententeramkan atma yang gundah .Mereka yang mendengarnya dengan hati yang 'hadir' ,taddabur seolah mereka mendengar Allah mengkhususkan ayat itu kepada mereka. ..'wahai orang yang beriman..'

.....

BIARKAN

Drama tari Burung Nuri
Bermandi hujan pagi
Kian megah sang mentari
Bumi mana tak disinari

Tunggang kuda semberani
Mencapai awan tinggi
Berteka teki Sang Pelangi
Siapa yang kan mengerti


Alam yang gemilang indah
Merah di waktu senja
Kilauannya ada bicara
Berjumpa di esok saja

Terurailah tirai misteri
Dibelai jari jemari
Tangisannya tiada seni
Mengempar indera giri

Akan sesia sahaja
Kau cuba mengerti
Ada rahsia tak mungkin
Akan kau fahami

Biarkan
Biar saja berlalu
Biar saja begitu
Biar saja berlalu...

Friday, June 23, 2006

When You Look at Me Like That!

Salamun a'laik.
Makcik :'Eh, Hadirah tengok apa tuh..cayang?'
'Nanti, minggu depan dah nak balik Puchong ye.Windunye sama Hadirah, makcik pun kena balik kampus awal nak start belajar nih. Bila lah pulak, nak balik ye?'
Hadirah : 'Alah, makcik..insyaAllah. Kalau Allah dah tetapkan segala sesuatu tuh pasti akan berlaku kan?'
Makcik : 'Aiwah! Pandai nye Hadirah ni.Alhamdulillah, moga2 jadi anak solehah dan dengar cakap mama dan papanya nanti.Nanti makcik hadiahkan buku2 dan kaset2 nasyeed ye! Cepat2 belajar Quran dan ABC, 123'
Hadirah : Doakan ye makcik.
Makcik : InsyaAllah, nanti berenang elok2 kat sana. Hadirah kan suka air, bila time mandi je..senyap ye? Sukalah tuh. Esok makcik nak dengar ceramah tok guru,kena tidur awal ckit.Hadirah pun janganlah bangun tengah2 pagi selalu, kecian kat mama Hadirah kan?
Hadirah : Hehe, saya dah puas tido siang hari sebab tuh jaga malam2.
Makcik : Hmm..takpelah asalkan jangan nangis tau sayang. Makcik sayang sangat kat Hadirah.Ok, selamat tidur sayang.Jangan lupa baca doa dan mintak ampun dari Allah untuk semua umat Islam sekali ye. InsyaAllah, lain kali kita bercakap tentang Allah ye. Assalamualaikum
Hadirah : InsyaAllah, Hadirah pun sayang makcik jugak. Waalaikumussalam..
...'eh, bila masa pulak Hadirah pandai cakap ni? O..berangan ghupenye'
p/s: Ops, Pips-bangun2x, kuatnye tido! Haha, jangan nangis time basuh periuk tuh. Buruk benor nengoknye. See..hadirah with me strolling around the house.

Monday, June 19, 2006

KIBLAT MALAIKAT KE BAITUL MAKMUR

MALAIKAT memang mempunyai Kaabah sendiri yang terletak di langit ke 7. Kaabah untuk malaikat itu dipanggil ‘Baitul Makmur’ dan terletak bertentangan dengan Kaabah yang berada di bumi.Tegasnya, Baitul Makmur itu berada di atas Kaabah yang berada di bumi., seandainya Kaabah malaikat itu jatuh nescaya ia akan menghempap Kaabah yang berada di Makkah. Selain Baitul Makmur, yang berada di langit yang ke tujuh, di setiap langit yang lain juga ada rumah ibadat tempat para penghuninya beribadah kepada ALLAH.

ALLAH telah bersumpah dengan Baitul Makmur di dalam Al Quran sebagaimana firmanNYA yang bermaksud : ‘ Dan demi Baitul Makmur’ .Dalam menceritakan kisah perjalanan Mikrajnya, Rasulullah s.a.w telah menyebutkan bahawa baginda dibawa melalui ke Baitul Makmur di langit ke tujuh. Baginda bersabda yang ertinya : ‘Kemudian saya dibawa naik ke Baitul Makmur di situ terdapat 70,000 malaikat masuk ke dalamnya setiap hari dan tak pernah kembali dari situ sehingga sampai yang terakhir’.

himpunan kisah-kisah malaikat- hadiah besday ke 15 dr mak.thank Q mak!

WHY CRY?

A man reached 70 years of age and faced a difficulty, he could not urinate.The doctors told him that he need to undergo an operation to relieve the difficulty.He gave his consent for the operation as he cannot tolerate with the pain anymore.

The operation was successfully done and later came a doctor with the bill which covered all the cost of operation. The old man looked at the bill ..and started to cry. Upon seeing this, the doctor tried to console him if the cost is too high for him then they could make some other arrangements. After some times, the old man said “ No doctor, I’m not crying because of the money thing but because ALLAH let me passed the urine for 70 years but HE never sent me any bill ”

We rarely thank to ALLAH for these such ‘small’ things which are indeed great favors. Don’t we? Do Think about it.-BT-

Wednesday, June 14, 2006

He's The One

Sunday, June 11, 2006

Penatnyer...


Assalamualaikum..
Alhamdulillah akhirnya terisi jua musim cuti sebulan ini dengan benda yang bermanfaat.
jadi fasilitator pun jadilah walaupun ilmu tak seberapa. Mulanya ingatkan program motivasi biasa, rupanya latihan.Alamak! Dah la dlm otak ni just banyak ingat akademik..tapi takpelah cubalah setakat yang termampu kerana ana sekadar berusaha.

Tengok adik2 lebih baik dari kita so..bersyukurlah.Inilah generasi yang lebih bagus dari ana yang serba kekurangan. Banyak belajar dari diorang sebenarnya. Kita asyik suruh adik jadi berilmu tapi kita sendiri tak banyak ilmu, kita suruh adik2 jadi berani tapi kita takdelah berani mana pun.Kesimpulannya, jangan cakap tak serupa bikin.InsyaALLAH, moga cuti yang berbaki ini digunakan semaksimun mungkin.

Then, datang pula panggilan jadi fasi kat usm untuk adik2 sekolah, mulanya fikir2 nak join jgk bila senior tanya tapi masih ada banyak tugas yang terbengkalai. Nak bina dan kukuhkan fizikal, mental, rohani dan spiritual untuk melangkah ke alam clinical yang ternyata mencabar bak kata akak-akak.

' Ya Allah, Kau berikanlah daku kekuatan, keyakinan dan permudahkan aku dalam urusan dunia dan akhirat.Apapun yang terjadi, itulah yang terbaik dariMU.Jadikanlah aku ini hambaMu yang bersyukur dan yang redha..'

Wednesday, June 07, 2006



KEBERSAMAAN KITA..

Wahai ikhwan wa akhawat fillah
Wahai jundi-jundi Allah serta bidadari
bidadari syurga yang menjelma di dunia
Cukuplah bagi diriku kalian menjadi
Saudara seperjuanganku
Saudara seimanku
Cukuplah bagi hatiku kalian
Saudara dalam jalan dakwah ini

Itupun sudah sangat membahagiakanku
Dalam mengisi dan menghiasi sisa
umurku
Yang tidak lama lagi di dunia yang fana ini
Begitu besar keinginanku serta harapanku
kepadaNYA
Agar kalian bisa lebih dekat
dan lebih akrab bersanding
Dalam setiap jengkal langkah kaki ini
dalam menapaki
Perjalanan takdir kehidupan menuju
KeredhaanNYA
Namun melihat serta menilai diri ini
Yang dhoif, serta banyak kekurangan
dan cacat jiwa

Maka cukuplah
kalian menjadi Saudara Seperjuangan
serta Saudara Seakidah
Maka maafkanlah diri ini yang telah
sengaja mahupun tidak sengaja
Telah melukai jiwa serta mengotori
Hati kalian yang tulus dan suci
Diri ini yang kotor, lemah dan penuh
dengan cacat
Hanya mampu berdoa dan berharap
kepadaNYA

Semoga dengan kelapangan hati serta
jiwa kalian untuk menerima diri ini
Allah Yang Maha Agung memberi balasan
yang sangat mulia
Iaitu tercatatnya nama kalian
sebagai Syuhada’
Yang telah berjuang menegakkan
kalimat NYA dan
saling berkasih sayang
kepada hamba-hambaNYA –BT

Maka benarlah kata Syauqi ketika menyatakan syairnya : “Degup jantung seseorang berkata kepadanya.Sesungguhnya hidup ini beberapa minit dan beberapa detik. Buatlah satu kenangan yang namamu akan terus diingat setelah kematianmu, kerana kenangan bagi manusia adalah umur yang kedua.

‘Sahabat sejati takkan membeku di kala musim sejuk, takkan cair di kala musim panas dan takkan gugur di kala musim luruh tapi ia akan sentiasa mekar seperti tibanya musim bunga’

Petikan Kitab Ihya Ulumuddin

JALAN MENGENALI KEKURANGAN DIRI

Ketahuilah sekiranya Alla Azza wa Jalla berkehendak kebajikan dan hikmah bagi hambaNYA,nescaya diperlihatkanNYA kekurangan-kekurangan, kecelaan diri hamba itu. Siapa yang penglihatan hatinya tembus nescaya tidak tersembunyi kepadanya akan kekurangan dan kecelaan dirinya itu.Maka apabila ia sudah mengetahui akan kekurangan dan kecelaan dirinya itu, nescaya akan memungkinkan dirinya mengubati dan membersihkannya.

Malangnya kebanyakan hamba tidak mengetaui akan kekurangan dirinya ,malah lebih mudah lagi melihat habuk pada mata saudaranya daripada melihat kecacatan matanya pada dirinya sendiri. Barangsiapa yang ingin mengetahui kekurangan dirinya, maka baginya tertentu 4 jalan :

1. Berguru dengan yang Mursyid
2. Mencari teman yang benar
3. Mendengar celaan dari musuhnya
4. Bercampur dan melihat gelagat kecelaan pada manusia lalu diperhatikan kembali pada
dirinya akan kecelaan dan kekurangan yang ada pada dirinya.

Jantungku..



Setiap detik hanya mengingatiMU

Monday, June 05, 2006

Hari ini..


Hari ni..
Takde pepun yang menarik untuk ditulih..
Melainkan tentang baby yang kuat tido and suasana
rumah yang hingar bingar bak tongkang karam di Laut China Selatan
sebabnya sedara mara datang bertandang..
adik sibuk dengan pilihan hatinya..
pre medic tajaan MARA, sepupu antara 2
mahu medic UIA atau di Timur Tengah..
Weh, dah solat istikharah ke?
Tengok CD dengan adik sambil ber'karoke' lagu jepun ntah apa-apa
sedangkan ada beberapa surah yang belum dihafal.
tetiba adik muslimin cakap nak datang
ada data yang perlu dilengkapkan
alahai adik..rumah akak jauh lagipun hujan
lebat penuh rahmat turun dikala itu..
walhal..tak pernah seumur hidup
jemput muslimin datang rumah
bukan apa,nanti orang ingat nak datang meminang
ops..sapa yang susah?
belajar lah habis dulu, masa ni gunakan untuk ibu bapa
dan sahabat..kejar dulu cita-cita yang melangit
jadi amilin Islam yang teguh..bina syaksiah muslim..
alamak..bunyi motor
dah sampai lah tu..
ha..jemput masuk dan minum sekali
tetiba ada msg masuk..
rupanya sahabat baik ajak berbincang
guna YM
alamak, ca ne ni?
'maaf shbt, ada tetamu skrg'
masa jauh berlari
630 ptg br online, tetapi sahabat dah offline
Sedihnya..saat sahabat perlukan bantuan
tiada pula disampingnya..
..maafkan ana sahabat..

p/s: kalian musti kurang jelas dan hilang radar untuk mengesan siapakah penulis karya di atas?
Takpe..radar anda tak rosak dan talian masih ok..cuma penulisnya kurang ok ckit.Esok pagi oklah dia tuh, cuma kena bangun bertahajud dan baca quran sikit.

Sunday, June 04, 2006

FENDA PELAJAR PASTI ?


By : Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi

Pagi tadi ketika saya sedang menonton rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) ketika Fenda sedang berinteraksi dengan Fedtri, Fenda ada bertanya dengan Fedtri tentang waktu persekolahannya bermula dari pra sekolah.
Fedtri kata beliau tidak bersekolah tadika.Yang menariknya, Fenda memberitahu bahawa beliau bersekolah di Sekolah Tadika PASTI Al-Islah!!!
Saya cuba untuk mendapatkan negeri kelahiran Fenda dan saya dimaklumkan bahawa beliau lahir dan membesar di Johor. Saya cuba mencari maklumat tentang PASTI Al-Islah di Johor dan mendapat tahu bahawa PASTI Al-Islah telah ditubuhkan pada tahun 1988 di Daerah Johor Bahru dan merupakan PASTI yang pertama ditubuhkan di Johor.
Bagi saya, ini adalah berita yang menggembirakan kerana PASTI telah berjaya melahirkan seorang 'figure' yang bersih imejnya dalam masyarakat. Setidak-tidaknya Fenda berjaya membuktikan kepada masyarakat bahawa PASTI adalah tempat untuk melahirkan manusia yang berguna dan cemerlang dalam kehidupan mereka.
SYABAS NORAFENDA IBRAHIM! Teruskan kecemerlangan dalam bidang penyiaran bersama TV3. Warga PASTI diseluruh negeri Johor mengucapkan selamat maju jaya


p/S : ana pun budak Pasti kat hometown..hehe

Saturday, June 03, 2006

Kisah Ukasyah Yang Bahagia

Rasulullah s.a.w berkata : “Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar r.a adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuka ku meninggalkan kamu semua telah dekat”

Setelah Abu Bakar r.a mendengar pengakuan Baginda ,maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga jatuh pengsan. Sementara Ukasyah r.r berkata kepada Rasulullah s.a.w : “ Ya rasulullah waktu itu saya anda pukul pada tulang rusuk saya.Oleh itu saya hendak tahu apakah anda sengaja memukul saya atau memukul unta baginda?”
Rasulullah s.a.w berkata “Wahai Ukasyah, Rasulullah s.a.w sengaja memukul kamu” kemudian Rasulullah berkata kepada Bilal r.a “Wahai Bilal kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkatku kemari” Bilal keluar dari masjid dan menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya dia atas kepala dengan berkata “ Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas (diqishash).

Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah menyahut dengan berkata “ Siapakah di pintu ?” lalu Bilal r.a berkata “Saya Bilal,saya diperintahkan Rasulullah untuk mengambil tongkatnya” .Kemudian Fatimah berkata “Wahai Bilal untuk apa ayahku meminta tongkatnya?” Berkata Bilal “ Wahai Fatimah ,Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk diqishash” Bertanya Fatimah lagi “ Wahai Bilal siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w?” Bilal r.a tidak menjawab pertanyaan itu.Setelah Fatimah memberikan tongkat tersebut maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w.Setelah Baginda menerima tongkat dari Bilal ,maka baginda menyerahkannya kepada Ukasyah.

Melihatkan perkara demikian maka Abu Bakar dan Umar r.a tampil kehadapan sambil berkata “ Wahai Uksayah, janganlah kamu qishash Rasulullah s.a.w tetapi kamu qishahs lah kami berdua” Apabila Rasulullah s.a.w mendengar kata-kata Abu Bakar dan Umar dengan segera Baginda berkata “ Wahai Abu Bakar, Umar duduklah kamu berdua, sesungguhnya Allah telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua” Kemudian Ali bangun lalu berkata “ Wahai Ukasyah, aku adlaah orang yang senantiasa berada disamping Rasulullah s.a.w oleh itu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah” Lalu Rasulullah s.a.w berkata “Wahai Ali duduklah kamu, sesungguhnya Allah telah menetapkan tempatnya untuk kamu dan mengetahui isi hatimu” Setelah itu Hasan dan Husin bangun dan berkata “ Wahai Ukasyah ,bukankah kamu tidak tahu kami ini cucu Rasulullah s.aw “ kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w.Mendengar kata cucunya Rasulullah s.a.w pun berkata “ Wahai buah hatiku duduklah kamu berdua. .Berkata Rasulullah s.a.w “Wahai ukasyah pukulah saya kalau kamu rasa hendak pukul”

Kemudian Ukasyah berkata “ Ya Rasulullah anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju” Maka Rasulullah s.a.w pun membuka baju.Setelah Rasulullah membuka baju maka menangislah semua yang hadir. Setelah Ukasyah melihat tubuh baginda maka ia pun mencium baginda dan berkata “Saya tebus anda dengan jiwa saya ya Rasulullah. Siapakah yang sanggup memukul anda.Saya melakukan begini adalah sebab saya ingin menyentuh badan anda yang telah dimuliakan oleh ALLAH dengan badan saya.Dan ALLAH menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu”

Kemudian Rasulullah berkata “ Dengarlah kamu sekalian sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga ,inilah orangnya” Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah semua para jemaah berkata “Wahai Ukasyah, inilah keuntungan paling besar bagimu.Engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w dalam syurga…”

Kasih Sayang Seorang Anak..


Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung.

“Untuk apa?”tanya si ayah
“Nak bungkus hadiah” jawab si kecil.
“Jangan dibuang-buang ya” pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.

Keesokan harinya,pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya.
“Yah, Ayah..ada hadiah untuk ayah”

Si ayah yang masih mengeliat, matanya belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, “Sudahlah..nanti nanti saja” Tetapi si kecil pantang menyerah, “Ayah..ayah bangun ayah, dah pagi”
“Eh, kenapa ganggu ayah..masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun”

Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.
“Hadiah apa ni?”
“Hadiah hari jadi untuk ayah”
“Bukalah Yah,buka sekarang”
Dan si ayah pun membuka bungkusan itu. Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa-apa pun.

“Eh,kenapa kosong? Tak ada isi di dalamnya.Kan ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan ayah.Membazir tu”
Si kecil menjawab, “Tak Ayah..,ada isi tu..Tadikan, Puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk ayah”

Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya.Dipeluk dan diciumnya.
“Puteri, ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini”
Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali sekala kalau perlu ciuman Puteri ,ayah akan ambil satu.Nanti kalau kosong diisi lagi ya!”

Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi ,tidak memiliki nilai tiba tiba terisi,tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi?
Lalu. walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata ayah,namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun.Orang lain tetap menganggapnya HANYA SEBUAH KOTAK KOSONG!

Ta’alim:
KOSONG bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain.Sebaliknya, penuh oleh orang lain boleh dianggap kosong bagi seseorang.

KOSONG atau PENUH –kedua-duanya adalah ‘produk’ dari fikiran kita sendiri.Sebagaimana kita memandang kehidupan kita sendiri, kita sendiri yang bakal memberi erti dan makna kepadanya..jika tidak ia tak ubah seperti lembaran kertas kosong..Kita sendiri yang melakar tetapi Allah jualah menentukan apa yang terbaik.-BT

Hidup akan lebih bererti kita bersikap untuk memberi lebih dari untuk menerima, kerana tangan dan hati yang memberi lebih tinggi darjatnya dari yang menerima. Memberi melambangkan betapa kita tidak kedekut untuk berkongsi sedikit kelebihan dalam apa jua,di situ tanda kebahagiaan melihat orang lain turut bahagia, melahirkan rasa bahawa kita tidak mempunyai hak mutlak atas sesuatu melainkan HANYA DIA…Betul tak sahabat2? Tepuk dada tanyalah iman di dalam diri, di sanalah jawapan pasti.

Menulislah dengan hati dan minda,..itulah kebahagiaan ana selepas mengharapkan pertemuan abadi dengan Kekasih Abadi’ kerana dengan menulis..tanda perkongsian ana dengan semua segala pengalaman yang Dia kurniakan dalam melayari kehidupan seorang abdi yang akan meneruskan perjalanan abadi nun..disana nanti.
“Ya ALLAH, hingga saat ini aku mengharapkan adanya pertemuan denganMU!”