Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Saturday, June 03, 2006

Kasih Sayang Seorang Anak..


Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung.

“Untuk apa?”tanya si ayah
“Nak bungkus hadiah” jawab si kecil.
“Jangan dibuang-buang ya” pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.

Keesokan harinya,pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya.
“Yah, Ayah..ada hadiah untuk ayah”

Si ayah yang masih mengeliat, matanya belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, “Sudahlah..nanti nanti saja” Tetapi si kecil pantang menyerah, “Ayah..ayah bangun ayah, dah pagi”
“Eh, kenapa ganggu ayah..masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun”

Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.
“Hadiah apa ni?”
“Hadiah hari jadi untuk ayah”
“Bukalah Yah,buka sekarang”
Dan si ayah pun membuka bungkusan itu. Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa-apa pun.

“Eh,kenapa kosong? Tak ada isi di dalamnya.Kan ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan ayah.Membazir tu”
Si kecil menjawab, “Tak Ayah..,ada isi tu..Tadikan, Puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk ayah”

Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya.Dipeluk dan diciumnya.
“Puteri, ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini”
Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali sekala kalau perlu ciuman Puteri ,ayah akan ambil satu.Nanti kalau kosong diisi lagi ya!”

Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi ,tidak memiliki nilai tiba tiba terisi,tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi?
Lalu. walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata ayah,namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun.Orang lain tetap menganggapnya HANYA SEBUAH KOTAK KOSONG!

Ta’alim:
KOSONG bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain.Sebaliknya, penuh oleh orang lain boleh dianggap kosong bagi seseorang.

KOSONG atau PENUH –kedua-duanya adalah ‘produk’ dari fikiran kita sendiri.Sebagaimana kita memandang kehidupan kita sendiri, kita sendiri yang bakal memberi erti dan makna kepadanya..jika tidak ia tak ubah seperti lembaran kertas kosong..Kita sendiri yang melakar tetapi Allah jualah menentukan apa yang terbaik.-BT

Hidup akan lebih bererti kita bersikap untuk memberi lebih dari untuk menerima, kerana tangan dan hati yang memberi lebih tinggi darjatnya dari yang menerima. Memberi melambangkan betapa kita tidak kedekut untuk berkongsi sedikit kelebihan dalam apa jua,di situ tanda kebahagiaan melihat orang lain turut bahagia, melahirkan rasa bahawa kita tidak mempunyai hak mutlak atas sesuatu melainkan HANYA DIA…Betul tak sahabat2? Tepuk dada tanyalah iman di dalam diri, di sanalah jawapan pasti.

Menulislah dengan hati dan minda,..itulah kebahagiaan ana selepas mengharapkan pertemuan abadi dengan Kekasih Abadi’ kerana dengan menulis..tanda perkongsian ana dengan semua segala pengalaman yang Dia kurniakan dalam melayari kehidupan seorang abdi yang akan meneruskan perjalanan abadi nun..disana nanti.
“Ya ALLAH, hingga saat ini aku mengharapkan adanya pertemuan denganMU!”

4 Comments:

Post a Comment

<< Home