ALHAMDULILLAH..
Assalamualaikum wbt,
Petang tadi diumumkan result Ikhtisas 2 2006.Alhamdulillah semua sahabat dental dapat meneruskan pengajian ke tahun 4 yang lebih mencabar.Moga kejayaan yang diberiNYA adalah dalam keredhaanNYA. Jika ditanya bagaimana perasaan ana tatkala diumumkan nama..rasanya dah tak 'berperasaan' kerana ana setulusnya menyerahkan segala urusan ana kepada ALLAH ..apapun yang terjadi DIA Lebih Maha Mengetahui akan sesuatu.Kepada sahabat Medic..sabarlah menunggu result Ahad ini.InsyaAllah ana akan turun bersama sahabat tak kira susah atau senang kita harungi bersama.
Sepanjang 3 minggu study week adalah saat paling getir kerana ujian dan dugaan datang tak kira masa dan sudut. Melihat sahabat menangis, stress dan sebagainya membuatkan ana kembali berfikir..apakah ini ujian yang paling besar.Ana akui setiap manusia ada threshold masing-masing.ADa yang mudah sahaja stress, ada yang cepat mengalah dan ada yang suka buat-buat tak tahu..dan ana terima itu sebahagian dari keindahan betapa Allah menciptakan manusia serta segala sesuatu berbeza-beza dan pelbagai rupa dan bentuk.Alangkah ajaibnya ciptaan Allah.
Ini baru ujian dunia duhai sahabat, akhirat masih ada. Perjalanan masih jauh dan berliku tetapi yang pasti ada penghujungnya. Usah takut menghadapi ujian dulu, kerana kita sentiasa ada peluang dan teman sekeliling. Bukan diri kita tak mampu sebenarny, wus'on.
Tak larat nak tulih panjang2, lagipun diri ini masih lagi dalam pencarian cinta Ilahi..sukarnya untuk digapai, tapi bila dah dapat sukar pula untuk mengekalkan rasa cinta, bila dah kekal..sukarnya untuk menambahnya.Itulah lemah iman seorang hamba.Tapi ya ALLAH..jangan sesekali Kau buatkan diri ini berputus asa.Kerana diri ini sudah cukup menderita bila berjauhan dariMU. Bimbing aku ke arahMU..biarlah dunia pergi dariku..
Cukuplah ketenangan dan kejernihan hati mengiringi sepanjang perjalanan hidupku.
Biarlah dosa datang menghinggap sekalipun,moga iman sebagai penepis.
Buat sahabat tercinta, Allah berikan kita kekuatan cuma terkadang nafsu mendominasi akal. Diuji kita untuk menilai sejauh mana keyakinan kita terhadapNYA. Yang datang sekarang bukan bererti itulah yang terbaik mungkin yang mendatang adalah paling terbaik..Usah biarkan diri bergelumang dengan maksiat,kelak hati tak betah bila bercakap tentang agama
(untuk sahabat yang mengerti). Jauhi maksiat..hati akan tenang selalu.

1 Comments:
At Sunday, 28 May, 2006, Anonymous said…
congrate!! bestnyer dah nk naik 4th year..
Post a Comment
<< Home