Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Monday, June 19, 2006

KIBLAT MALAIKAT KE BAITUL MAKMUR

MALAIKAT memang mempunyai Kaabah sendiri yang terletak di langit ke 7. Kaabah untuk malaikat itu dipanggil ‘Baitul Makmur’ dan terletak bertentangan dengan Kaabah yang berada di bumi.Tegasnya, Baitul Makmur itu berada di atas Kaabah yang berada di bumi., seandainya Kaabah malaikat itu jatuh nescaya ia akan menghempap Kaabah yang berada di Makkah. Selain Baitul Makmur, yang berada di langit yang ke tujuh, di setiap langit yang lain juga ada rumah ibadat tempat para penghuninya beribadah kepada ALLAH.

ALLAH telah bersumpah dengan Baitul Makmur di dalam Al Quran sebagaimana firmanNYA yang bermaksud : ‘ Dan demi Baitul Makmur’ .Dalam menceritakan kisah perjalanan Mikrajnya, Rasulullah s.a.w telah menyebutkan bahawa baginda dibawa melalui ke Baitul Makmur di langit ke tujuh. Baginda bersabda yang ertinya : ‘Kemudian saya dibawa naik ke Baitul Makmur di situ terdapat 70,000 malaikat masuk ke dalamnya setiap hari dan tak pernah kembali dari situ sehingga sampai yang terakhir’.

himpunan kisah-kisah malaikat- hadiah besday ke 15 dr mak.thank Q mak!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home