Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Sunday, June 04, 2006

FENDA PELAJAR PASTI ?


By : Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi

Pagi tadi ketika saya sedang menonton rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) ketika Fenda sedang berinteraksi dengan Fedtri, Fenda ada bertanya dengan Fedtri tentang waktu persekolahannya bermula dari pra sekolah.
Fedtri kata beliau tidak bersekolah tadika.Yang menariknya, Fenda memberitahu bahawa beliau bersekolah di Sekolah Tadika PASTI Al-Islah!!!
Saya cuba untuk mendapatkan negeri kelahiran Fenda dan saya dimaklumkan bahawa beliau lahir dan membesar di Johor. Saya cuba mencari maklumat tentang PASTI Al-Islah di Johor dan mendapat tahu bahawa PASTI Al-Islah telah ditubuhkan pada tahun 1988 di Daerah Johor Bahru dan merupakan PASTI yang pertama ditubuhkan di Johor.
Bagi saya, ini adalah berita yang menggembirakan kerana PASTI telah berjaya melahirkan seorang 'figure' yang bersih imejnya dalam masyarakat. Setidak-tidaknya Fenda berjaya membuktikan kepada masyarakat bahawa PASTI adalah tempat untuk melahirkan manusia yang berguna dan cemerlang dalam kehidupan mereka.
SYABAS NORAFENDA IBRAHIM! Teruskan kecemerlangan dalam bidang penyiaran bersama TV3. Warga PASTI diseluruh negeri Johor mengucapkan selamat maju jaya


p/S : ana pun budak Pasti kat hometown..hehe

2 Comments:

Post a Comment

<< Home