Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Saturday, June 03, 2006

Kisah Ukasyah Yang Bahagia

Rasulullah s.a.w berkata : “Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar r.a adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuka ku meninggalkan kamu semua telah dekat”

Setelah Abu Bakar r.a mendengar pengakuan Baginda ,maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga jatuh pengsan. Sementara Ukasyah r.r berkata kepada Rasulullah s.a.w : “ Ya rasulullah waktu itu saya anda pukul pada tulang rusuk saya.Oleh itu saya hendak tahu apakah anda sengaja memukul saya atau memukul unta baginda?”
Rasulullah s.a.w berkata “Wahai Ukasyah, Rasulullah s.a.w sengaja memukul kamu” kemudian Rasulullah berkata kepada Bilal r.a “Wahai Bilal kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkatku kemari” Bilal keluar dari masjid dan menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya dia atas kepala dengan berkata “ Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas (diqishash).

Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah menyahut dengan berkata “ Siapakah di pintu ?” lalu Bilal r.a berkata “Saya Bilal,saya diperintahkan Rasulullah untuk mengambil tongkatnya” .Kemudian Fatimah berkata “Wahai Bilal untuk apa ayahku meminta tongkatnya?” Berkata Bilal “ Wahai Fatimah ,Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk diqishash” Bertanya Fatimah lagi “ Wahai Bilal siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w?” Bilal r.a tidak menjawab pertanyaan itu.Setelah Fatimah memberikan tongkat tersebut maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w.Setelah Baginda menerima tongkat dari Bilal ,maka baginda menyerahkannya kepada Ukasyah.

Melihatkan perkara demikian maka Abu Bakar dan Umar r.a tampil kehadapan sambil berkata “ Wahai Uksayah, janganlah kamu qishash Rasulullah s.a.w tetapi kamu qishahs lah kami berdua” Apabila Rasulullah s.a.w mendengar kata-kata Abu Bakar dan Umar dengan segera Baginda berkata “ Wahai Abu Bakar, Umar duduklah kamu berdua, sesungguhnya Allah telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua” Kemudian Ali bangun lalu berkata “ Wahai Ukasyah, aku adlaah orang yang senantiasa berada disamping Rasulullah s.a.w oleh itu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah” Lalu Rasulullah s.a.w berkata “Wahai Ali duduklah kamu, sesungguhnya Allah telah menetapkan tempatnya untuk kamu dan mengetahui isi hatimu” Setelah itu Hasan dan Husin bangun dan berkata “ Wahai Ukasyah ,bukankah kamu tidak tahu kami ini cucu Rasulullah s.aw “ kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w.Mendengar kata cucunya Rasulullah s.a.w pun berkata “ Wahai buah hatiku duduklah kamu berdua. .Berkata Rasulullah s.a.w “Wahai ukasyah pukulah saya kalau kamu rasa hendak pukul”

Kemudian Ukasyah berkata “ Ya Rasulullah anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju” Maka Rasulullah s.a.w pun membuka baju.Setelah Rasulullah membuka baju maka menangislah semua yang hadir. Setelah Ukasyah melihat tubuh baginda maka ia pun mencium baginda dan berkata “Saya tebus anda dengan jiwa saya ya Rasulullah. Siapakah yang sanggup memukul anda.Saya melakukan begini adalah sebab saya ingin menyentuh badan anda yang telah dimuliakan oleh ALLAH dengan badan saya.Dan ALLAH menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu”

Kemudian Rasulullah berkata “ Dengarlah kamu sekalian sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga ,inilah orangnya” Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah semua para jemaah berkata “Wahai Ukasyah, inilah keuntungan paling besar bagimu.Engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w dalam syurga…”

2 Comments:

Post a Comment

<< Home