Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Saturday, June 24, 2006

Mencari Hikmah ?

..dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya kerana sesungguhnnya sebaik-baik bekal itu taqwa.. (Surah Al Baqarah : ayat 197)


Dalam melaksanakan sesuatu rukun atau perkara memang sudah lumrah manusia untuk mencari hikmah disebalik perintah menunaikan rukun-rukun Islam seperti solat, berpuasa,menunaikan zakat dan sebagainya. Bukanlah dimaksudkan di sini untuk melarang mencari hikmah pada setiap perintah Allah agar dapat dilaksanakan tanpa ragu-ragu,tetapi alangkah cantiknya untuk tunduk dan patuh kepada arahan dari langit dan mentaati perintah Allah. Sebaliknya, tunaikanlah rukun-rukun itu sepertimana yang telah diperintahkan sehinggalah sampai saat kalian merasai lazat dalam ketaatan dan perlaksanaan perintah itu. Inilah jalan salafussoleh, mereka beriman terlebih dahulu tanpa keraguan dan kesangsian

INILAH yang sebenarnya membezakan antara generasi para sahabat Rasulullah s.a.w dengan generasi-generasi terkemudian..Mereka,iaitu para sahabat Rasulullah tidak mendekatkan diri dengan Al Quran semata-mata dengan tujuan mencari pelajaran dan bahan bacaan ,bukan juga dengan tujuan mencari hiburan dan penglipur lara.Tiada seorang pun bermaksud menambah bekal ilmu di dada. Bahkan ia belajar Al Quran itu dengan maksud hendak belajar bagaimanakah arahan dan perintah Allah dalam urusan hidup peribadinya dan hidup bermasyarakat. Ia belajar untuk dilaksanakan serta merta, seolah seorang perajuit yang menerima arahan dari pihak atasannya. Juga tidak mencari pelajaran atau arahan tambahan ,kerana ia tahu dengan yang demikian hanya akan menambahkan berat tugasnya.

Perasaan belajar untuk melaksanakan inilah sebenarnya memautkan Al Quran dengan hati mereka, menanamkan Al Quran ke dalam jiwa mereka sekaligus sebati dalam diri hingga ia meresap menjadi panduan dalam gerakan mereka serta melahirkan kesan dan peristiwa yang mengubah garisan hidup.

Al Quran inilah wasilah terpenting, termudah terkuat dan terbanyak. Di dalamnya terkandung panduan, nur, hidayat, rahmat dan zikir. Bekalan paling afdal untuk mendapat bekalan iman dan taqwa kepada Allah, membimbing ke arah mentauhidkan Allah, padanya ada kalam yang mendamaikan sekeping hati, mententeramkan atma yang gundah .Mereka yang mendengarnya dengan hati yang 'hadir' ,taddabur seolah mereka mendengar Allah mengkhususkan ayat itu kepada mereka. ..'wahai orang yang beriman..'

.....

1 Comments:

  • At Monday, 26 June, 2006, Blogger Ummu Yazid said…

    dalam surah al baqarah,1-3
    alif laam mim
    inilah kitab yang diturunkan dr tuhan yang mengandungi di dalamnya petunjuk bg orang yang bertaqwa.
    iaitu mereka yg mempercayai perkara GHAIB dan mendirikan solat, dan menunaikan zakat ..

    sudah termaktub di dalam kalamuLLAH..orang beriman itu percaya kepada perkara ghaib.Itulah bezanya org mukmin, orang islam dgn org kafir...
    Jadi, usahlah sibuk mencari hikmah, krn itu hakikat seorang yg beriman kepada Allah

    hikmah itu akan dtg dengan sendirinya insya allah

     

Post a Comment

<< Home