Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Sunday, November 28, 2010

When You See


Alhamdulillah, what a great start for this day. Though just a lame activity I used to and nowdays I felt so easily tired..not having any appetite? Being a great thinker? Or having someone to be missed a lot? You can tick all above the answer.

Tiba-tiba rindu pada masakan mak dan mee goreng ayah..dan en suami's 'sheepish' smile..haha.

p/s: have a big laugh today~ hoho tq my other half aka mr husband.

Friday, November 26, 2010

Segar Dari Ladang


'Pagi Dr!Saya ada bawa ini untuk Dr. Pisang tanduk, terung yang saya baru petik dari belakang rumah'
'Morning too. Wah baiknya awak. Tapi ini bukan untuk rasuah SKT/Lnpt kan?'
'Eh, mana ada Dr. Saja mahu bagi sama Dr'
'Oh, tenkiu'
Memang segar dari ladang nih. Pisang tanduk? Oh, terkulat-kulat saya tengok. Apa yang dibuat dengan pisang besar ini?
'Boleh buat cucur, goreng atau makan saja Dr'
O..macam tuh. Takut juga nak makan nih. Kalau saya seorang memang confirm takkan habis, apa kata saya jemput en suami untuk turut serta. Dia diibaratkan 'tong sampah' saya..hihi. Apa saja yang berbaki dalam pinggan saya, cepat-cepat saya pandang en suami~signal untuk minta dia habiskan. Hmm..bagusnya suami saya. Tak risau pun kalau dia naik berat badan, sebab tangga apartmen kan ada...bagus pagi-pagi guna tangga pergi kerja.
Esok cuti yeay! Alhamdulillah. Waktu untuk berlibur. Jom...

Thursday, November 25, 2010

Hidup Sangat Sedap? *think*

'Bacakan saya satu cerita...en suami'...ohoh. Mengada-ngada saya nih nak bedtime story pulak..heh.

Untuk hari ini, tiada entry yang sedih-sedih. Sedih lagi nanti en suami kalau baca. Takpe, lain kali saya letak lagi..haha.
~kalau saya sedih, awak mesti sedih sekali ye..~ oh, tak patut sungguh!

Hari ini, hari melangut depan laptop sambil buat kerja admin. Kenapa? Saya dah 'hantar' semua assistant pergi taklimat exam untuk ISAC IT. Saya malas nak ambik exam IT nih, baik mengadap muka en suami~ mcm hadap IT jugak la kiranya.Kan..kan

Malam tadi,mesti berpenat lelah buat 'deco' rumah. Hmm..saya bagi full moral support dari belakang ye. Agak-agaknya, mesti hebat 'gua' tu kan. Wuseeh, tak sabar nak tengok hujung minggu depan insyaAllah.

Sekarang, tengah mengantuk tahap cipan. Bila start baca buku Dental nih, suka je mata ni nak tertutup. Pagi ini saja, bumi dah dibasahi hujan. Nak tarik selimut, sambung tidur..tapi mata dah diajar supaya tak tidur selepas Subuh~ tertutup pintu rezeki nanti pesan mak. Alih-alih, baring pandang siling rumah.

Esok, hari Jumaat datang lagi. Penghulu segala hari. Dan hujung minggu, masa menyelesaikan semua urusan. Berjalan lagi tapi kali ini keseorangan...untuk menikmati alam yang sentiasa indah disamping mengalirkan ringgit Malaysia. Oh, syahdunya..

p/s: semalam masak nasi goreng sbb malas level super duper, tengah syok campak bahan..cili pulak terlebih. Hasilnya~ memang zasss..pedas! Nasib baik ada kuah ikan singgang..ngeh2.

Wednesday, November 24, 2010

Dan Bila...


I miss daisy...as much I miss him but even mooore..
Dugaan berjauhan. Dah puas memujuk hati, makin luluh pun adalah. Aduhai hati bersabarlah..Ini juga ujian dariNYA. Bila dah habis menangis mengadu padaNYA, seluruh tubuh keletihan dan akhirnya saya jadi nyenyak tidur...dan bermimpikan en suami dan keluarga.
Bila baca ini, terubat juga hati saya sedikit. Sungguhpun berjauhan, mesti ada usaha untuk kembali duduk bersama...

Monday, November 22, 2010

No Feeling...

I had to drag my two feet, my body and soul back to Sarawak.
Such a hard thing I had to do...when the soul lingering around en suami (T_T).

Satu Minggu.
Too much to tell all the stories. Bundles of joys and happiness. Anticipated new things and learning. Thank you en suami for such memorable and great moments~ may Allah keep us as husband and wife here and hereafter insyaAllah. Time flew very fast indeed. Still many things to do.

Hari Isnin
Memang totally sleepy. Balik rumah, memang kena sambung zzzzzzzzzz...

Sekian. Lain kali sambung cerita..

p/s: cuci....cuci....(ops...haha)

Tuesday, November 16, 2010

Our Place Called HOME

Alhamdulillah, sudah 9 Zulhijjah 1431 H. Huu..mengodek-godek laptop en suami cari gambar. Jumpa lah 2-3 ketul gambar kat oversea nye. Terima kasih ...(though takde permission).Heh

Rumah baru kami!

Alhamdulillah, sungguh pun hanya menyewa tapi memang betul kata en suami ; berbeza sungguh rasanya bila dah ada rumah sendiri. Nak set up rumah, quiet challenging and tiring. Thank to him, for making thing easier~ previously I doubted what things he bought but then..wow, awesome. Boleh tahan jugak ye suami saya. Erks, puji-puji ni macam ada makna je kan? Mhuahua...(devil's laugh!).

Full time housewife! Rasa puas hati, alhamdulillah. Apa lagi yang lebih membahagiakan bila dapat hantar dan sambut suami pergi kerja (kat depan muka pintu jelah=P), masak breakfast, dinner dan lunch untuknya sambil tengok dia makan berselera. Hoho..since saya taklah pandai masak sangat~ cuma dua je perencah paling mujarab- masaklah dengan penuh rasa kasih sayang dan niatkan sebahagian ibadah yang moga-moga Allah terima di sisiNYA.

Almost 60% equipped. Tapi best bershopping...sampai sakit kaki dan tangan temporarily.

Yang pergi..

Dua tiga hari ni, ada dua kematian insan terdekat. Saya pun terkejut. Memang benar, kematian tak mengenal waktu dan siapa. Bila tiba masanya, sesaat pun tak mampu ditangguh. Apapun moga Allah merahmati mereka dan ditempatkan dalam golongan para solehin.

p/s: jom balik kampung makang kepok leko ngan nasi dagang ummie..heehee.

Thursday, November 11, 2010

A Table For Two..


"Allah menetapkan (menjamin) kebahagiaan bagi suami dan isteri yang bertaqwa kepada Allah pada pasangan mereka, Allah juga menjamin kebahagiaan bagi rumah yang didirikan atas dasar pemeliharaan hak dan pelaksanaan tanggungjawab." Syeikh Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Syanqiti

Jika disorongkan bantal saat ini, nescaya saya sudah ketiduran di atas meja office di samping laptop. Semua sudah menyertai Lawatan Sambil Belajar, tinggal saya yang agak keberatan mahu menyertai memandangkan esok perlu driving ke airport selama 3 jam. Bimbang keletihan.

Seminggu ini, asyik tidur sambil tv terpasang. Letak je kepala atas bantal, alih-alih dah berlayar ke dunia mimpi. Akhirnya, bila terbangun rasa tak cukup tidur pula.Haih. Isteriku..isteriku (mengulang ayat en suami bila dia melihat saya~haha sebijik mcm budak kecik).Tambah lagi, kepenatan packed barang. Macam biasalah, kalau boleh satu wardrobe saya nak bawa balik sebab takut tak cukup pakaian.
Laporan OC- done
Laporan Aktiviti Bulan 11- done, but photo still pending, will ask PT to do final touch
the rest- let in peace..heh
Esok. Confirm saya banyak tersasul masa check patient. A 'symptom' before going back home..untreatable but still under control.
p/s: Simplicity exudes elegance..hmm. Point to ponder.

Wednesday, November 10, 2010

Right-Thing-To-Do

Aduyaii..

'Bengkek' hati sepanjang hari tatkala ada yang mempersoalkan tindakan saya. Kalau dia betul takpelah, ini memang terang lagi bersuluh SALAH. Nak sangat betul? Meh, ganti saya jadi duk kat kerusi panas ni..

Oh-No. Tak baik marah-marah nanti sakit pulak. Sape yang susah? En Suami jugak kan..haha. Akhirnya, jalan mudah: Ada saya kesah? Lantak awak lah. Manusia nih bermacam sangat jenisnya kan. Dah bagi betis, nak drumstick pula. Cuba-cuba lah tanam sifat qanaah sikit.

Alhamdulillah OC week already over! Just need to write up the report then happily submit it tomorrow insyaAllah. Macam cikgu pulak mengajar murid-murid time ceramah. Ada yang terkebil-kebil, ada yang tak sabar-sabar nak tanya. Bagus-bagus.

Masa untuk mengemas rumah dan sewaktunya sebelum on leave. Temankan en suami di kala cuti, masak-masak,makan-makan dan zzz..Tenangkan fikiran, rehatkan badan..Hmm..hafal surah-surah sekali yang asyik bertangguh. Dahlah otak makin berkarat maka kena cucikan dengan banyak mengingatiNYA. Oh, I can't wait..

p/s: Sekian, renung-renungkan dan selamat beramal sempena bulan Zulhijah ini..rindunya pada pertemuan di Baitullah.Ya Allah sampaikan aku pada saat waktu aku menjadi tetamuMU kelak..amen.

Tuesday, November 09, 2010

Bon Apetit!

Alhamdulillah..
Pagi yang amat produktif!
2 patient issued denture+ 4 patient ambil bite registration dan secondary impression+2 patient ambil primary impression+ 1 patient tampalan = hari yang penuh kerja, meletihkan tetapi saya suka. Bila kita asyik sibukkan diri, masa pun berlalu dengan cepat insyaAllah.

Apa rasanya bertambah umur ni?

Macam-macam rasanya. Macam masak ikan tiga rasa..hee.
Expect many things? Maybe..apapun moga Allah meredhai perjalanan hidup saya beserta insan-insan tersayang sehinggalah terlerainya nyawa dari jasad ini.

Bencana di sana sini lewat ini menginsafkan dan disamping memberi pengajaran. Sejauhmana kita meletakkan diri kita di dalam situasi insan yang mengalami, semua itu mengingatkan kita hanyalah manusia biasa dan seorang hamba. Betapa hati tak mampu menerima bebanan atas apa yang berlaku, namun tetap perlu redha atas ketentuanNYA. Mana mungkin Allah mensia-siakan hamba-hambaNYA. Belajar untuk menerima..

Oh, enaknya berehat saat ini. Mata dah separuh terbuka. Sambil berfikir idea-idea bernas lagi jitu untuk next weekend. Ops..

Teringin nak masak nasi ayam tetiba...nak makan cendawan..nak makan laksa penang..nak makan..(haih, nafsu makan nih!).

Ciao.

Friday, November 05, 2010

Tet..tet..


Salam sayyidul ayyam..

"Doktor muslim contoh hendaklah bersifat lemah lembut, lapang dada dan berperasaan, biasakan dengan kata-kata yang baik ketika melayani pesakit kerana cara itu memberi kesan psychology kepada pesakit. Dia hendaklah memberi harapan yang sepatutnya kepada pesakit untuk sembuh dengan izin Allah. Pesakit begini sensitif terhadap perkataan dan pergerakan yang lahir dari doktor ketika pemeriksaan kerana pesakit mengharapkan penyakitnya sembuh."
~ Mustafa Masyur~

Ingatan pada diri yang selalu dalam kelupaan. Alhamdulillah, minggu depan tunggu saya nak jalankan projek. Doakan dipermudahkan. Dan moga Allah permudahkan dan limpahkan keberkatan pada en suami yang sibuk dengan aktivitinya. Selamat memenuhkan masa dengan agenda untuk Islam. ~Tak boleh nak kacau awak ye! Hehe.

'Pemuda yang rosak, adalah pemuda yang banyak masa kosongnya'. Alangkah ruginya golongan ini.

I need to indulge myself intoo...
a) Chocolate
b) Cornetto's
c) Reader's Digest

Wednesday, November 03, 2010

Rasulullah s.a.w bersabda: 'Apabila Allah mengkehendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semut itu dengan dua sayapnya' (Kitab Nasaibul'ibad)

Anai-anai,jika tidak bersayap, maka ia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan ia sayap. Lalu bila ia sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu apabila mendapat nikmat (sayap)dia akan cuba melawan api..Begitu juga manusia,bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah s.w.t.
Nauzubillahimindzalik..

~~~~
Selalulah untuk mengingatkan diri, muhasabah sebelum tidur. Apa yang Allah telah berikan, sudahkah kita bersyukur?

Alhamdulillah, pagi yang indah sebab patient tak ramai dan semuanya beri kerjasama. You made it easier, then I made yours easier. Dah la makin nak ke hujung tahun, makin banyak pula new patients. Zaman Dr yang sudah, tak pulak begini. Entah dari mana la penduduk ni baru keluar..haha. Ops!

Esok dah Khamis? Cepat rupanya waktu berlalu. Kalau saya kira hari nak pulang, mesti terasa masa teramat lambat. Makanya, saya isikan dengan buat kerja-kerja dan tengok tv lepas tu...zzz. Sedar-sedar (kununnya) dah nak balik ghopenye.

Hm..rasa macam nak makan bihun celup yang dekat belakang Masjid Muhammadi, KB je. Asal habis kelas petang memang wajib singgah. Sedapnya...Tapi lagi sedap kalau en suami yang masak kan? Masak telur mata kerbau je lah kot..hehe. Alhamdulillah.

Monday, November 01, 2010

My So-Called HaPPyNess Audit!

1) My happiness score (1 for fed up to 10 for fabulous)
..erm, roughly 5..I also got bad news from one of the staff whose mother diagnosed to have cancer..

2) The most significant event
..tepon mak, pastu mak bagi tips2 penjagaan muka~huehue.

3) My main concern
..how to gain weight? en suami derma lah sikit isi+darah yang elok jer..yg tak elok,kasi balik.ngaaa..

4) What can I do about it ?
..makan banyak?makan yg bkhasiat? ..dah semua, takpelah kurus asalkan sihat. Alhamdulillah

5) My most useful happiness strategy..
...sleeping. Whenever I sleep, my brain stop thinking~ but other things appear. Apuu..en suami muncul dalam mimpi. Sampai baju dia pun boleh interframe..oh-No!

6) What went well..
...Root Canal Treatment to one of the patient. Alhamdulillah, final restoration. Masa tengok X-ray. Subhanallah, cantik seh obturation..sape yang buat ni??Of cos saya lah (dalam hati je..haha)

7) Three things that made me smile
- stupid things I ever did~ bila diingatkan balik. OMG! Did I ever do this and this?
- thinking of him and his fabulous fave 'bestfriends'.. tlg kim salam.
- when someone smile...

Overall, saya summarize:
-Be happy and content with what you have..
-Even you're not happy, just pretend to be one..no harm, who knows it turn the other way around? See..

Marilah sama-sama meng'happy'kan diri. Juh!

Pagi Yang Separuh Cerah

'Jasad Dr je yang buat keje tuh, fikiran dah ke mana-mana'

Sekadar menggangguk tanda mengiyakan. Teruk betul penyakit nih. Ubatnya masih sabar. Tiada anugerah yang lebih indah melainkan sebuah kesabaran. Cuma ada limitation pada saya, hanya jiwa seorang hambaNYA.

'Because of you, I'm here'

Jadi translator pada staf sejak-sejak akhir ini. Berbelit juga ayat diorang+ jiwang karat besi. Maka layankan saja.

Esok terpaksa excuse dari meeting, kesihatan belum 100% pulih. Banyakkan minum air dan rehat. Dek dah lama tak merasa ubat hospital, memang jadi tak lalu nak makan dan mulut terasa pahit. Selepas kawin, memang very much susceptible to anything~ alasan nih.Haha

Ayah dah berada di Mekah. Hanya doa dapat saya kirimkan, dan moga Allah memakbulkannya. Amen. InsyaAllah. Rindu pada nak menatap Baitullah...insyaAllah ada rezeki kita ketemu.