Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Sunday, August 30, 2009

A Second A Minute, and An Hour

,,, kalau sebelum ini hanya noktah, maka kali ini koma pula pilihan saya.

Tiada apa yang nak diceritakan. Tapi jari tetap nak menulis. Susahnya nak melepaskan apa yang ada..menginginkan apa yang takkan dapat. Itulah manusia.

'apa yang ada jarang disyukuri'

2 weeks more to go and another week before starting new life, new place. Debarnya tak terkira, now its the time to stand on my own feet. As usual, 'expect the worse' as we going to expect on thing in the future.


...nanti lain kali, kalau ada idea lagi saya sambung merepek lagi kat site ni..hehe.

Friday, August 28, 2009

Fokus..fokus pada cawan tu. Bagi orang berpuasa..heee.

Ramadhan tahun ini, lagi baik dari yang sebelumnya? Wallahu'alam, kerana saya tak tahu apa yang akan mendatang. Cuma pesanan mak sentiasa saya semat dalam hati; bangun tahajud dan doa besungguh-sungguh. Ramadhan tahun depan belum tentu akan dapat bertemu.

Kalau dulu waktu belajar, makan satu dulang solat terawih beramai-ramai. Ruh nya ya Allah, menusuk atma. Ramadhan dilalui sedikitpun tak terlalai. Lain pula bila bekerja. Jauh sayup rasanya.

Semalam start dengan satu meeting. Salah pilih port, duduk betul2 depan boss. Terpaksa senyum sepanjang masa buat muka faham+confident..memang penat. Sikit2 ya DOIC Simunjan..ya Dr Siti. Rimas saya sepanjang meeting.

Tak sabar mahu pulang...

Monday, August 24, 2009

p/s: gambr di atas sekadar hiasan~ nampak tak Penang bridge? from Queensbay Mall view.

Hari Pertama Puasa
- Ok je, xrasa rindu rumah pun stakat ni sbb rmai geng kat sini. Dah dewasa kan, mana ada nk menangis mcm budak kecil. Semangat nak habiskan 30 juzuk Quran sambil tadabbur. Alangkah indah kalau Allah bagi kekuatan setiap malam untuk bertahajud, munajat. Tapi saya mahu buat yang berterusan biarpun sedikit.

Hari Kedua Puasa
-Aduh,memulas perut sebab makan sahur dengan benda pedas for instant rasa mcm xlarat nak teruskan baca Quran. Melarat sampai tengah hari sampai kena skip usrah~sedihnya.

Hari Ketiga Puasa
-Alhamdulillah stakat ni. Petang balik kerja awal terus ke bazar, jamu mata..hehe

Friday, August 21, 2009

'Jika kiamat tiba dan di tangan salah seorang di antara kamu ada fasilah (anak pokok kurma yang diambil dari induknya lalu ditanam), maka jika ia mampu tidak berdiri dahulu sebelum menanamnya, maka lakukanlah' (HR Ahmad)

1 RAMADHAN telah tiba..berbaur perasaan ini. Moga yang indah dan baik-baik menanti di hadapan.

Thursday, August 20, 2009

Things, I want them

I want to;
- Sleep endlessly, wake up and live as it should be

I want to;
- have The Face Shop ~ pore minimizer+ mask..ngee. Boycott jap Body Shop

I want to;
- feel sad whenever rain, feel like being left behind, feel that I was the one who being betrayed..(bunyi macam depress jek..pheww)

I want to;
- decorate my so'called house~ bunglow maa..(mujur kerajaan bg sewa je padahal).. jemput2lah datang

I want to;
- have a fridge, a complete kitchen, oven, queen size mattress, air cond, Astro..bla..bla. Mak aihh, panjang na list nya.

I want to;
-have a memorable Ramadhan which I'm not going to regret it. Ameen.

I want to;
-be transfer to my hometown after 6 months..can I? Dduh..

...entah apa yang akan saya buat nanti seorang diri di district? Mati kutu pun ada. 'Ala Fizah, nanti berkawan lah dengan Pengarah Hosp yang single tuh, mesti tak boring.Tapi mesti tua kan'

'ee..Tolong sikit.Tak kuasa lah, baik layan Astro, tak pun bercucuk tanam je tepi umah. Dr tuh br umur 30(huahua..ngada2 betui)'

Tuesday, August 18, 2009

Berdua lebih baik



'Two heads are better than one'
'Oh, Dr Siti dah ramai nak berkenalan ni'
'Siapa?' saje je saya buat bodoh.
'Ni, staff dari S**. Nak kenal dengan Dr baru'
'Ye ke, mana orangnya?Awak ke?.Siap nanti' sambil saya mengepal penumbuk buku lima.
'Amboi, ni ada ciri-ciri garang ni Dr'

Maut jugak kalau saya bergurau, tapi still baik hati.


Study day division Samarahan kali ni, banyak mengajar saya tentang EQ~ emotional Quotient

Ada satu slaid yang menarik hati saya~ 'Kebanyakkan kes saman-menyaman oleh pesakit berlaku akibat dari EQ' lebih kurang macam tulah yang dipetik. Betapa dalam dealing dengan patient dapat tak dapat IQ bukanlah segalanya. Biarpun sehebat mana kita dalam knowledge, emosi memainkan faktor utama dalam memberi perkhidmatan contohnya dari segi penyampaian maklumat~ komunikasi.

Oklah, tak sabar nak tunggu Ramadhan kali ni. Ya Allah, terima kasih andai aku masih diberi peluang bertemu dengan Ramadhan kali ini.

Ramadhan Kareem
Allahu Akram...

Monday, August 17, 2009

Parlez vous francais?

Whoever is open, loyal, true; of humane and affable demeanour; honourable himself, and in his judgement of others; faithful to his word as to law, and faithful alike to God and man....such a man is a true gentleman ~ Ralph Waldo Emerson

Wake up this morning, I've been a little euphoric. Nothing to to do with dream, since I can't even remember any single of them. Yesterday, I've got a date at UNIMAS which coincidently having convo. Kind of remembrance, seeing them wearing robe with flower and of course SMILE. But mine, been long ago. InsyaAllah, another one will coming up soon~since I decide to further study~ I can't be static at one place, one position and so on.

Ramadhan oh Ramadhan. Hopefully I already prepare for it.

'Achik, apa tu?'
'Achik, sape punya tu?'

'Hadirah ni, banyak betul soalannya. Tak apa sayang, nanti achik bawa balik buku 'Clara The Cat' ya. Rajin-rajin belajar'

Yesterday, having a lot of people's encounter make me want to hide somewhere a place where I'm unknown to others. Unfortunetly none are available. Pips, nak Sparkling Apple Nandos lagi.

Saturday, August 15, 2009

I Don't Speak French..

Another my hearthrobe..
If It Were A Dream..then I'm very sad to know it at first place. Wake me up!

...Will you marry me
Will you live forever with me
Whilst loving each other

I want a child who that look like me ,
Another one who look like you
And live unhurt for 1000 or 10,000 years

To be honest with, I like you more than you like me
And people says that better between a man and a woman
I'll love you more, I'll take care of you..

If you cry, if you're having a hard time, if you're hurt
I'll be hurt with you
I'll love you forever, I'll protect you forever
__(fill in the blank) ni translation sebuah lagu fave sy.Layan aje..

Tp asyik bangun tido tak sempat nak sedih sebabnya~ kena jumpa Allah dulu waktu Subuh~hehe. Lagi best..

Friday, August 14, 2009

Hujan.

Cantik lagi alam ini.

Alhamdulillah sesejuk bumi yang diselimuti titisannya sejuk lagi hati yang dekat padaNYA. Sungguh-sungguh saya berdoa moga apa yang mendatang dan telah luput itu sudah tercatit adalah terbaik untuk saya dan semua. InsyaAllah.

Saya tengah belajar secara mendalam bab fotografi dengan berguru pada sifu..adik saya. Excited bila saya utarakan nak beli DSLR~ maklumlah dia sorang je yang ada ilmu.

Thursday, August 13, 2009

...tik.tik
Waktu pasti akan berlalu
Tinggal aku yang masih tetap di sini
Dipukul hujan ribut sekalipun
Belum mampu bangkit
Tunggu saja angin semilir lalu
Bersama debu membawa diri..

Tuhan,
Andai resah dan gundah ini
datang bersama redhaMU
aku akur
Tapi janganlah pula ia membawa aku jauh dari pandanganMU
Mana bisa aku hidup disamping murkaMU
lantaran peritnya tak mampu ku tanggung

Tuhan,
Rapuhnya sekeping hati ini
Hanya retaknya menanti pecah
Sekalipun dipegang ampuh
Belum tentu ia tetap begitu

Tuhan..
Sedih ku, sakit ku
masih belum cukup
untuk bayaran segala dosa ku..
dengan itu,
hanya belas dari MU
setulusnya ku harapkan..

Wednesday, August 12, 2009

Hati Sayu

Hati saya sayu, banyak sebabnya;

Yang pertama kerana dah 'hilang' abang seorang.
Yang kedua saya masih berat hati di Sarawak
Yang ketiga Ramadhan bakal tiba, tapi saya langsung tak bersiap sedia.~Lemahnya diri ini.

Sudah 2 hari saya termenung, banyak perkara melewati.Barangkali sebab itu saya jadi tak lalu nak makan. Ataupun Pips yang kuat makan. Badan letih sangat, nak bercakap pun rasa malas~ nak tidur ja. Nak memasak? Lagilah, lastnya ala kadar saja.

Sayu saat abang ijab qabul. Berat betul hati nak melepaskan apa yang kita sedia ada dan terpaksa menerima setiap benda akan berubah mengikut aturannya. Itulah saya, kedekut sangat nak berkongsi! Walhal satu saat nanti pun saya akan menikah (insyaAllah), sudah tentu banyak benda takkan seperti dahulu.

Ramadhan Karem, jawablah Allahu Akram. Senior saya masih setia dengan ingatan sebegitu. Cukup mengingatkan saya betapa tak bersedianya saya untuk mengharungi bulan yang dimuliakan. Menyesal pun ada. Ya Allah, berikan aku kekuatan dan kesabaran. Lemahnya hambaMU ini...

p/s: saya harap fasa 'bersedih' ni tak lama. Ayuh, orang mukmin yang paling disukai Allah adalah mukmin yang kuat!. Takbir.Allahu Akbar!!

Wednesday, August 05, 2009

Bila Jam 9

'Life is wonderful at one time'

Pukul 9.30 pagi : Patient dah abis . (bajet hebat lah kunun~padahal, pt skit je). Memang wonderful kalau kerja kat Kota Samarahan, tak balik semenanjung pun xpe (dlm hati: tipu jek). Kalau Dr A^ tau, memang habis saya. Tak pe, lepas ni pun saya bakal jadi lebih rapat dgn Dr~keje bwh dia maa..

Pukul 936 pagi : Lapar lah pulak, hidung berair dek jerebu.

Pukul 905 malam: InsyaAllah, fly away from Sarawak. With kek lapis penuh dua belah tangan dan backpack penuh dengan baju Hadirah+Aqil +ikan masin. Malam ni saya sempoi jek~blouse n jacket E.V~dgn...selipar.Haha~memang musnah imej. Takpe, malam-malam bukan org tengok pun..kan..kan.

Tuesday, August 04, 2009

Andai Itu Aku..


Berjuang menempah susah
menanggung derita menempah fitnah
itulah gelombang hidup samudera duka
seorang mujahid memburu syahid

Dibuang dia berkelana
dipenjara dia uzlah
di bunuh syahid
namun jiwa tetap mara menuju cita
membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
ombak derita tiada henti
tenang tegang silih berganti
inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
dihiris dosa airmata
siangnya bagaikan singa di rimba
memerah keringat meluah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
rela terhina kerana kebenaran
antara dua pasti terjadi
tunggulah syahid atau menang

Sunday, August 02, 2009

Somewhere Over The Rainbow

Andrea Bocelli, Josh Groban dan Sarah Brightman...

Tak kenal? Tak mengapa. Ini minat saya. Mungkin deviated sikit.
Cuma tak terbeli collection diorg~ satu susah nak cari, kedua mahal sangat. Kalau ada orang nak bagi memang saya berbesar hati nk menerima(berangan pulak).

Nak pulang ni, saya terlupa nak beli coklat kegemaran ayah! Ingatkan saya di airport nanti. Dah la masa saya balik dulu tak sempat nak beli sudahnya, ayah tertanya-tanya. Kesian ayah. Dan mak sentiasa dengan koleksi beg tangan. Semua dah ada barang yang nak dipesan. Saya jelah yang terkebil-kebil mengira duit nanti. Hee..tak kisahlah.

Pips, nanti kita plan out balik perjalanan kita. Ada sedikit rombakan nampaknya. Tangan gue sakit dan lebam skit. Tak leh drive nampaknya~haha cuaknya Pips..

Saturday, August 01, 2009

Ni He Wo..


Satu lebam di tangan. Ada banyak sebab jika sewaktu kecil. Puncanya cuma satu~ nakal sangat.
Sama ada kena rotan, dicubit. Sakit tak terkata,tapi diam saja sebab silap sendiri. Yang berbezanya sekarang, tiada mak di sisi untuk sapukan minyak dan urut. Tak mengapa, itu sebahagian tangga-tangga ke arah kedewasaan biarpun sedikit keanak-anakan akan tetap kekal.

Dup..dap..dup..dap. Ini bukan debaran hati saya tapi orang lain. Saya cuma tumpang bergembira (dan sedikit sedih). Keluarga kami tak mengharapkan yang perfect sekadar melengkapi sebahagiannya sungguhpun luarannya orang expect yang tinggi. Inilah hidup. Mana ada benda yang cukup lengkap. Lagipun saya tak nak ada ahli baru yang stress bila jadi family kami ni. Rileks je!

..These are the words
To my heartbreak lullaby...

Jangan ada yang fikir bukan-bukan. Semua title dan lirik di atas dan di mana saja saya tulis adalah antara lagu yg dah jadi lullaby. Frankly speaking, kalau cerita pun saya lebih cenderung yang sad ending atau ending yang tergantung. Boleh fikirkan sendiri pengakhirannya dan menyedarkan saya hidup tak semestinya indah dan bahagia sentiasa. Ada masa ia turun dan naik. Yang paling penting, kita jujur dengan diri sendiri.

p/s: ..(nothing)..