Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Wednesday, August 12, 2009

Hati Sayu

Hati saya sayu, banyak sebabnya;

Yang pertama kerana dah 'hilang' abang seorang.
Yang kedua saya masih berat hati di Sarawak
Yang ketiga Ramadhan bakal tiba, tapi saya langsung tak bersiap sedia.~Lemahnya diri ini.

Sudah 2 hari saya termenung, banyak perkara melewati.Barangkali sebab itu saya jadi tak lalu nak makan. Ataupun Pips yang kuat makan. Badan letih sangat, nak bercakap pun rasa malas~ nak tidur ja. Nak memasak? Lagilah, lastnya ala kadar saja.

Sayu saat abang ijab qabul. Berat betul hati nak melepaskan apa yang kita sedia ada dan terpaksa menerima setiap benda akan berubah mengikut aturannya. Itulah saya, kedekut sangat nak berkongsi! Walhal satu saat nanti pun saya akan menikah (insyaAllah), sudah tentu banyak benda takkan seperti dahulu.

Ramadhan Karem, jawablah Allahu Akram. Senior saya masih setia dengan ingatan sebegitu. Cukup mengingatkan saya betapa tak bersedianya saya untuk mengharungi bulan yang dimuliakan. Menyesal pun ada. Ya Allah, berikan aku kekuatan dan kesabaran. Lemahnya hambaMU ini...

p/s: saya harap fasa 'bersedih' ni tak lama. Ayuh, orang mukmin yang paling disukai Allah adalah mukmin yang kuat!. Takbir.Allahu Akbar!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home