Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Tuesday, December 30, 2008

Bila Kepala Pusing..

Alhamdulillah sudah masuk ke tahun baru kita ini rupanya. Agaknya jika saya bertanya kepada orang-orang tua;apa azam baru anda.Rata-ratanya pasti menggeleng; maklumlah azam lama pun tak tercapai lagi. Azam saya? Hmm..saya pun tak tahulah, sekadar meneruskan baki hidup yang ada selebihnya banyakkan usaha dan amal ibadah khusus dan yang umum. Hai, nampak sangat daya untuk hidup saya makin berkurang~~hehe takdelah.Biasalah manusia ada up and down, in and out so on..

Petang ini, saya hanya ada satu aje patient. Itupun hanya untuk review. Di luar hujan rintik-rintik bertukar lebat. Wah, enaknya kalau saat ni duduk diam-diam di rumah.Selebihnya saya memerhati abang Sin Chan membuat kerja sesekali sempat belajar sepatah dua bahasa Mandarin setiap hari. Ohoh..hebat kan. Angkat bakul pulak.

Bertabaruj? Sesiapa di alam pekerjaan pasti melalui saat-saat menggetirkan ini. Tatkala godaan dunia datang secara halus, iman pula menusuk dalam hati. Silap percaturan, hilang imbangan termasuklah kita ke dalam perangkap syaitan. Islam tak menghalang kita menjaga ketrampilan bahkan Allah menyukai benda yang cantik. Cuma ada batasannya. Rasanya cukuplah wudu', senyuman ikhlas, amalan seharian penghias diri. Andai dalaman yang suci bersih, pasti akan terpancar ke luarannya. ~pesanan penulis; hati-hati ranjau dunia berduri buat sang wanita(eg: blusher, lipstick, eyeshadow etc)..

Monday, December 22, 2008

A Piece Of Me

Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah finally the end of this year is approaching. But then, nothing much I've achieved but able to get above the par. Grateful to HIM. The works seem too 'dull' lately maybe due to the weather.Ah..so comfy if I'm able to stuck under the comforter at home. Ghezz..I'm no more a child, but an adult who getting to nurture few good adult habit~be cool, be patient and be modest. Eventhough sometimes I got nowhere.

Ohoh..lil bro is already home how I miss him till word can't explain. He knew that my current saving is enable for him to save money for car booking. Hey, you already had a skuter now you plan for something else. Witty little brother! I wonder why the men in my house had brilliant ideas in managing financial matters? Why women in the house tend to spend them innociently?Hm..wondering. I'm not a spendthrif, I buy what I need and use only. Because the future is uncertain, so to be at the safe side~do saving like you have to live for many-many years and foremost the more your salary is, the more you contribute those who are in need. Then you satisfied~sharing with other on what you have even just a small sum of money will make you happy. Isn't that GREAT?

I want to be just like this flower. Blooming and never scare to face world. Do I have the guts? Sometimes it better to confine in a nutshell, but then the reality wont let you. Step up outside and face whatever might come. Few days passed, but still I didn't get the answer. Sigh...hehe better don't. Suddenly, another anwser appear..hoho, which one to choose? My head already spinning.

Lately my collegue started to put under pressure by asking same question and even inviting me to look for ....(fill in the blank: might be a cat?girraffe?a lion?). Aiyo, he give me headaches. Even a phone call can be misinterprate by him.Whatever. I had my creed and still hold steadfastly to it.

Ok,that's all folk.Need to perfom Asar prayer first. Haha..sekali sekala curi tulang~bkn apa dah habis treat patient daa...tata titi tutu.

Saturday, December 13, 2008

Duhai Anak


'Akak nak sembahyang ke?' sapa seorang kanak-kanak berusia dalam 4 tahun.
'Ha'ah' jawabnya sambil tersenyum.
'Mana baby?' dia girang bertanya.
Dia terpana, berfikir sejenak. 'Baby takde lagi' . Mahu saja dia tergelak bila kanak-kanak tadi menyangka dia seorang ibu.
'Mana baby?' sekali lagi kanak-kanak menyoal.
'Baby tidur' bibirnya senang menuturkannya. Memang benar 'baby'nya masih tidur, belum dibangkitkan dan belum ditiupkan ruhnya.

Friday, December 12, 2008

Flowers For You Dear


Quite weird! My fingers so itchy to write something else something deviated. Hoho, get spooky. Well, ghost stories failed to scare me. I enjoy watching them even late at nite. Satisfaction that what I called.

During Hari Raya, all my cousin get hooked with PS2. I can't help not to preach even once at them. It is a must afterall because I love them so much, I want them to be successful in life and hereafter. Even, I promised them if they got good grades in PMR next year I'll bring them to Sarawak for a holiday. A big reward and sometimes I doubt about it. Another ringgits to fly away from my pocket. O..habislah duit kawin+umrah+haji saya kali ni. Diorang tuh bukan boleh kira, selalu je unexpected result~orang lelaki kalau rajin+brilliant senang nak score. Setakat ni, dut raya jelah yang paling-paling boleh saya berikan.

No new book anyway to be promoted. MPH and Popular in Sarawak are less 'interesting' and 'welcoming'. Haha, criticism.Wonder if I'm going back to Kelantan;how am I going to pack all the books? Excess luggage? For sure. Nevermind, I'm going donate them.


Work and another work. I played a lot and work hard to achieve my target, my SKT and so on. When you work as govt servants, get ready to have nightmare regarding SKT and management side. Duh,not really.Just exaggerating. Spice up your life.


Hee..now I already broaden my territory to KL since it was very hard to find even a Kelantanese in Sarawak to be precise. Reason behind?(With coquettish smile)Pi..pi..What a ridiculous idea. Private will always be private then.Anyway,wait for another chapters of it biiznillah.

p/s: Hadirah stole the flower from Pips during her graduation ..Poor Pips.Du..du

Eu Finalmente

Alhamdulillah, finally mission accomplished for this moment.
Bertemu, bertentang mata dan berkongsi cerita suka duka kehidupan. Semuanya masih belum cukup. Kalau ada chapters, rasanya ini baru first chapter begitulah harapan di hati. Rasanya masih belum mahu melepaskan pelukan erat sahabat semua, sedih mahu meninggalkan saat lalu penuh berharga biarpun duka yang banyak singgah. Tapi kadang kala duka lara itulah ubat buat diri kita.

Singgah sebentar di klinik gigi HUSM, banyak cerita yang sampai ke corong telinga ini. Ada yang enak dan ada yang sebaliknya. Namun, saya tak nak bercerita panjang bukan diri saya kalau mahu bergosip-gosip dan buat kedai kopi. Ambil yang baik, yang buruk tu simpan aje di lubuk hati. Yang paling tak tahannya, ada saja staff dan doktor mengusik bertanya tentang 'kad wangi' macam-macam jualah soalan yang buat saya tak senang duduk. Siap matron bagi nasihat itu ini. Saya ketawa ajelah mendengar. 'Siapalah tak mahu kawin?Semua mahu cuma belum masanya.Saya yakin dengan ketentuan Allah.Alahai..Apapun kata saya,best duduk di Sarawak.

Semua benda yang takde kat semenanjung ada di sini. Masa awal-awal ni kutiplah pengalaman baru rasa confident nak treat patient. Specialist kat sini lepas kat kita je buat macam-macam procedures, rupanya yang kita belajar hanya 2% je, bila bekerja barulah selebihnya kita gain. Barulah saya mengerti apa yang doktor canang-canangkan sebelum ini.

Kuliah Tok Guru tiada pagi tadi. Agak sedih juga bila benda yang diharapkan tidak menjadi. Sudahnya saya merayau-rayau sambil membeli barang sebelum kembali pulang Ahad ini. Entah bagaimana saya gambarkan perasaan ini. Sebahagiannya mahu cepat-cepat pulang bekerja sebahagiannya meronta mahu tinggal saja di rumah. Pelik bukan? Apa-apa ajelah Fizah ni. Dr ada suruh sambung belajar selepas 3 tahun, insyaAllah saya akan pertimbangkan. Sampai masanya..

Mungkin selepas ini, saya akan mengambil masa yang lama untuk kembali menulis kerana komitmen semakin besar.Futur? Oh perkataan itu paling takut untuk saya dengar. Nau'zubillahi min dzalik.

Untuk yang bakal melangsungkan pernikahan harapan saya moga mahligai yang dibina sentiasa dalam kebaikan berpanjangan. Ijab qabul yang dilafazkan bukan sekadar akad tapi perjanjian di langit. Andai ada rasa amanah, jangan disia-siakan amanah itu.

Teringat pula bila ada doktor Chinese bertanya : 'Kalau suami you nak kahwin satu lagi, you bagi tak?'. Aduh berat sungguh soalan itu, perempuan manalah yang suka untuk berkongsi benda yang dia sayang? Cuma saya yakin ada sabab musababnya syariat Islam membenarkannya. Saya harap...suami(baca:bakal suami) saya takkan sesekali tanya soalan sebegitu. Lepas tu saya tanya doktor tu:' kalau you nak ke kawin satu lagi? ~(mistress?). Cepat-cepat dia geleng kepala. 'Satu pun dah cukup, pening kepala I'. 'Tahu takpe'. 'Seorang perempuan boleh buat hidup you happy and misery at the same time'. Dia angguk kepala tanda setuju. Moral of the story ; kalau rasa tak mampu jangan pandai2 nk buat..hee.

Ok,sekian dahulu dari empunya blog ni. Makin panjang tulisan, makin kalut hati ini. Doakan saya baik-baik sahaja di mana-mana pelusuk dunia milik Allah,ditetapkan iman,dipertingkatkan amal ibadah, dipermudahkan urusan ukhrawi dan duniawi, disenangi malaikat dan makhluk seluruh alam, ditemukan/dipercepatkan jodoh yang terbaik pada masa dan tempat yang sesuai (amen ya rabbal alamin).Kalau ada yang fikir entah apalah dalam fikiran saya, sebenarnya I can't figure it out too. Is it too soon? just wait and see je. Ghezz..

Dari hati yang sekejap excited kemudian menangis lagi,

DR SITI (HUS 2008)

Thursday, December 11, 2008

This Is My Story


Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah ibadah qurban tahun ini berjaya jua saya laksanakan setelah bekerja. Dan saya gembira akhirnya dapat melepaskan kerinduan pada negeri Kelantan. Banyak rancangan tetapi terpaksa ditunda sementelahan kami balik ke Perak untuk berhari raya di sana bersama Aqil cinonet.
Segala puja puji hanyasanya Dia yang layak menerima. Wahai Tuhan Pencipta Manusia, berilah peunjuk yang benar kepada diri ini~saya bingung kebelakangan ini kerana seperti masih ada sesuatu yang belum selesai tapi saya tahu apakah dia? Oh, macam Sodoku pulak berpuzzle-puzzle sedemikian. Rasanya mahu saja saya terperap di rumah sepanjang cuti tapi itu satu pembaziran. Lagipun saya amat rindu pada teman-teman seperjuangan. Bila lagi ada kesempatan bertemu? Kalaulah semua tahu....
Saat di alam pekerjaan, masa saya sudah penuh terisi. Tak sempat mahu memikirkan perkara di luar itu, jika ada itupun sipi-sipi aja masuk ke dalam otak.Saya mahu merancang perjalanan hidup dan dakwah saya biar seiring sejalan seia sekata. Hakikatnya tak semudah yang saya fikirkan. Saya hidup untuk mati dan untuk mati dalam keadaan yang terbaik saya mesti berjihad ke arah itu.
Bila ada kelapangan atau tiada patient appointment suka saya menghabiskan masa di fave. hotspot saya melihat manusia sambil merenung masa depan yang berbalam-balam. Saya tak kisah jika berjam-jam duduk statik di situ tapi apa kata orang lain~ish Dr ni makan gaji buta agaknya. Lagipun, saya amat mementingkan kehalalan sumber rezeki saya yang bakal jadi darah daging nanti.
Ada DSA (dental surgeon assistant) sudah bising-bising sebab saya agak 'degil' untuk tidak mahu bertutur dalam bahasa Sarawak dan sebaliknya asyik mengajar DSA yang berkecek kelate. Huu...kesian diorang, lain yang diharap lain yang menjadi. Lidah saya ni sudah keras dengan nasi kerabu, serunding dan budu serta ulam-ulaman. So lupakan niat kalian untuk mengajar kerana saya ni sudah resistant.
Sekarang saya sudah aktiviti baru, jalan-jalan ke wad. Entah kenapa saya suka ke sana, maybe boleh ambik angin dan tukar pemandangan seketika dari dental clinic. Tak pun masuk OT sambil berkenalan dengan HO ortho/surgery dan MO anesth yang baik hati lagi encem but unfortunately semuanya Chinese just few of them Malays itupun ramai yang dari semenanjung dan tercampak ke sini. Kata saya; kita ini senasib ye...isk..isk. Kalau geng kami masuk OT, memang bergegar lah satu OT esp kalau dapat specialist yang satu kepala.
Cuma satu part yang paling tak best kalau ada phone call yang nak mintak any DO utk bg consultation, terima referred case so on so forth. Itu memang membuatkan kami berdebar-debar esp kalau lepas office hour. Tambahan pulak, telefonnya agak kurang jelas~maka asyik ..'sorry,pardon me, apa dia?tak dengarlah'..itu ayat-ayat cinta..ops ayat-ayat biasa lah dari saya. Kadang kala, buat-buat dengar je pastu bila orang tanya; saya pun tak tahu apa dia cakap. Bantai ajelah. Tapi ada baik juga bila satu hari tuh saya angkat telefon...ceritanya bermula..jeng..jeng. Rahsiakan dulu aja, kalau saya rasa nak cerita saya akan cerita. Buat masa ini biarlah rahsia antara saya dan....(haha, ayat perasan ni). Alhamdulillah...ada hikmah juga dicampak ke Sarawak.
Kereta saya dah berusia sebulan lebih tapi sampai sekarang tak memenuhi kuota untuk diservis. Maklumlah bawa untuk pergi kerja semata-mata. Sarawak tak banyak tempat untuk diexplore lgpn~haha marah orang Sarawak nanti kat saya. Apapun orang kat sini semuanya baik-baik aje.Maka taklah terasa sangat duk di negeri orang.Baru je bercita-cita tak nak bagi scratch apa-apa kat body macam ayah jaga kereta tapi saya failed. Sebabnya kesilapan sendiri, agak lalai masa masuk parking, kereta saya menerima 'hadiah' di side mirror sebelah kanan tapi agak bernasib baik sebab just cat je yang hilang. Maafkan ku wahai Getz, tuan mu ini kadang-kadang banyak khayalnya. Moga-moga lain kali lebih berhati-hati~ saya mahu jadi orang yang cermat .InsyaAllah.
Oklah undur diri dulu. Selamat beramal sementara punya kesempatan sekalipun dalam kesempitan. Yang berlalu akan luput maka fokuslah pada yang akan datang. Yang kena campak kerja jauh-jauh, jangan bersedih hati mana tahu ada hikmah yang lagi besar macam ruang dakwah lagi besar, kocek berisi duit lagi berat, dapat jumpa jodoh kat sini dan orang semenanjung..wink3..phew..oklh,slmt bfikir yang baik-baik tapi bukan yang bukan-bukan.Wallahu'alam