Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Saturday, July 28, 2007

Lonesome beauty
With a crowd around you,
I see who you are,
You joke, they laugh,
Till the show is over,
Then you fall so hard,

If you're leading a soul to soul connection
I'll run to your side

When you're lost in the dark
When you're out in the cold
When you're looking for something that resembles your soul
When the wind blows your house of cards
I'll be a home, to your homeless heart

Open, close me, leave your secrets with me
I can ease your pain
And my arms will be, just like walls around you
come in from the rain,
If your running, in the wrong direction,
I will lead you back

When you're lost in the dark
When you're out in the cold
When you're looking for something that resembles your soul
When the wind blows your house of cards
I'll be a home, to your homeless heart

Broken, shattered like a mirror in a million pieces
Sooner or later
You've got to find
Something, Someone
To find you and save you

When you're lost in the dark
When you're out in the cold
When you're looking for something that resembles your soul
When the wind blows your house of cards
I’ll be a home, to your homeless heart

When your looking for something that resembles your soul
When the wind blows your house apart
I'll be a home, to your homeless heart
I'll be a home, to your homeless heart

Labels:

Thursday, July 26, 2007

My Childhood Story..

Everyone has had their own story in their own way and fashions..so do I.Whatever good things I had gone thru, I never want it to happen again just for the good reason.History didnt change,right? The face one of the ORL registra suddenly make me smile~the same face I encounter 12 years ago when I was in standard 5.

He is the father ,one of my male collegues. He used to be the Hospital Director at Pasir Puteh.His kind and warm smile to everyone,make we all believe he is so kind and gentle.He treat everyone equally and respectively. In one time,our class teacher was going to re-arrange our table.Gosh,what the teacher had in her mind.She put me among the 5 naughty boys exclude one of the director's son..Its unfair,teacher!

For the whole one year I had tolerate their unmannered behaviour,funny jokes and tricks which I to be their victim but..I got the Superb Power Puff Girl..no lah.I'm known for the bullying tricks. Sometimes in vain also but thank goodness, I had the Protector..the prince charming. He was sitting in front me, since he more brainy than me..he's my tutor also. He defend me whenever other 4 pirates came to play trick on me. We used to play step n ladder, chess and even jigsaw puzzle when teachers late.

Sometimes he kept insist me to visit his home in the hospital area for no reason.Well, I just manage to see him at the hosp since mother had to wait for treatment at that time.From there,I saw his father. Its very nice to befriend person like him, a person with good heart and patience. Later,he moved to another district since his father got offer from HKB...he just said that maybe his family will move to overseas if father want to further the study....and he too want to be a doctor.

Since then,we totally lost contact.I wonder,where he could have been..Malaysia?UK?America?Wherever he is..may Allah granted him for the good act he does.

tadaa...!!

DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA ?

"Sekali lagi kita tanya diri sendiri ?DI MANA ALLAH DALAM HATI kita?? Adakah kita rasa amat gembira bila dapat berdamping denganNya atau sebaliknya? Adakah kita telah berusaha agar Allah sentiasa bersama kita?

Kalau begitu,sejauh manakah kita rasa gembira menerusi solat yang dilaksanakan ketika mendampingi dan bermunajat padaNya?

Apakah yang kita dapat rasai ketika sujud di dalam solat dan sejauh mana kita meneruskan zikir terhadapNya bukan hanya terbatas selepas solat, ingatlah ketika Allah menyebut: ?aku bersama hambaKu ketika dia mengingatiKu dan kedua-dua bibirnya bergerak kerana aku?

Adakah kita dapat meluangkan sepertiga malam untuk menyepi diri bersama Allah? Tidakkah kita teringat akan janji2 Allah pada kita yang mampu bangun di tengah2 malam- Allah menyebut: ?Adakah terdapat hambaKu yang bangun di tengah malam untuk bertaubat, di mana aku menerima taubatnya, yang memohon keampunanKu, maka aku ampunkan segala dosanya dan memohon sesuatu, maka aku berikan padanya?

Tidakkah kita mahu berusaha untuk menjadikan hati2 ini penuh dengan pujian kepada Allah, berkorban keranaNYa untuk meninggikan syiar agamaNYa walaupun pelbagai rintangan dan halangan.

Berapa banyak ruang dan masa yang ada pada kita untuk memerhatikan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita, terus bersyukur padaNya tanpa sebarang perasaan prejudis. Pernahkah terlintas dalam pemikiran kita bagaimana Allah menganugerahkan nikmat hidayah, kesihatan, harta, ilmu pengetahuan, kepandaian, kemahiran, bakat, anak2, ibu bapa yang terlalu menyanyangi kita walau saat kita tersungkur, suami atau isteri yang mengasihi kita?

Atau kita sekadar menerima nikmatNya tanpa sebarang balasan untuk beramal dan mematuhi segala titah perintah Allah.

Sesungguhnya ketahuilah wahai saudara-saudari segama! Dunia dan bumi yang kita pijak ini menjanjikan pelbagai kehancuran, ia boleh berlaku pada apa yang kita ada atau kita cari, termasuk harta benda, anak2, pangkat dan jawatan..tapi apa yang paling penting..DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA?

Jika tergerak hati untuk melakukan sesuatu kejahatan, tanyalah diri DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA? Allahkah yang patut dicari atau maksiat yang patut ditembusi, bagaimana keadaan ana ketika hendak bertemu dengan Allah pada hari pembalasan yang mungkin esok, lusa atau hari ini atau mungkin pada saat ini..sedangkan ana melakukan maksiat kepadaNya

from blogcharm..

Wednesday, July 25, 2007

Seorang Pelupa..selalu diingatkan

Assalamualaikum wbt,
Selamat datang Rejab selamat datang bulan beribadat...
Tempoh hari ada program sambutan bulan Rejab di Balai Islam, membuak-buak rasa mahu turut serta tetapi ada tuntutan sebagai pelajar perlu diutamakan. Dan pastinya, niat baik-baik yg terlintas insyaAllah dimakbulkan.Memang ana ke balai Islam tetapi menaiki AMBULANS. Kami ikut paramedic dan MO ke accident scene. Haru biru,hanyir bau darah,orang ramai berderet-deret.Kepala ana jadi pusing. Serik rasanya mahu turun ke tempat sebegitu.Naik ambulans saja dah mengecutkan perut. Melayang-layang dibuatnya.Anyway, precious experience.Bila lagi nak jumpa kan? Everyone has equal chances.

Tak sabar mahu menunggu Jumaat tiba.Kami ada date!!Date untuk menimba ilmu dari tok guru.Sudah lama rasanya, hati telah kering kontang.Menunggu masa disimbah air ma'rifat.Ayuh,sama-sama menuju ke tempat di mana seluruh malaikat turun untuk merahmati manusia di dalam majlis zikir. Manusia hanya ada satu shj masa.Bila sudah berlalu, tak dapat diundur. Kesempitan waktu bukan alasannya.

Alhamdulillah, duit scholarship dah masuk.Namun ana biasa-biasa shj.Hanya orang yg selalu 'kekeringan' shj mengalami sindrom luar biasa. Pelik juga melihat kuasa membeli wanita2 muda ni. Awal2 berbelanja sehabis mungkin bila diakhirnya maggi dan biskut kering sajalah jamuannya. Bila ana berkata demikian,pasti ada jawapan berlabuh digegendang telinga~takpelah org Kelantan,tambang murah.Siapa kata? Tambang pergi balik ke rumah ana RM 10 dan kekerapan balik lebih dr budak luar. Sebulan blh dikatakan ana habiskan RM 30 cuba darabkan dengan 10 bulan pasti lebih berganda dari tambang orang lain kan? Ingat-ingatlah orang yang membazir adalah saudara syaitan.Beli sekadar memenuhi keperluan bukan kerana nafsu,sekali sekala boleh diterima. Lagipun duit JPA tuh untuk keperluan belajar n makan minum dan buku2.Bukan utk beli perfume mahal2, mainan karut2, belanja makan besar dan sebagainya. Bersederhana itu kan lebih baik malah disukai Rasulullah s.a.w.

Untuk bersedekah sering kita teragak-agak,tetapi untuk membeli belah wang keluar bak pili air bomba.Banyak bersedekah, banyak benda baik menanti kita.Tangan memberi lebih baik dari yang menerima. Tangan kanan bersedekah tanpa tangan kiri mengetahui itu yang terbaik...

Labels:

Monday, July 23, 2007
















Saturday, July 21, 2007

WANITA SOLEHAH ~ Bidadari Mencemburui Kesolehannya....

Perhiasan yang menjadi dambaan..Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan. Tapi, Kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat? Malah, ada wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau. Garis pemisahnya ialah sekeping hati yang ia miliki.

"Seorang manusia bergelar nabi, manusia lelaki pertama dicipta Allah, pernah menghuninya. Dia dimuliakan oleh semua makhluk termasuk malaikat, atas perintah Allah. Dia bebas menelurusi setiap ceruk menikmati keindahan yang tidak terperi. Namun ditengah keindahan syurga, jauh di sudut hatinya masih ada suatu kekosongan. Mengapa? Kerana tiada wanita menemaninya dalam menikmati keindahan syurga! Maka diciptakannya wanita sebagai pelengkap kepada nikmat syurgawi.Syurga masih terasa kurang lengkap tanpa wanita. Bidadari yang cantik jelita juga adalah wanita. Kalau begitu, boleh meriahkah dunia ini tanpa wanita? Setiap akal dan hati tahu jawapannya. Ya……tanpa wanita, sunyi sepilah dunia. Tidak banggakah kita menjadi wanita?

Persoalannya, cukupkah sekadar dilahirkan sebagai wanita, kita boleh berbangga menyandang keistimewaan ini?Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan. Tapi, Kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat? Malah, ada wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau.

Garis pemisahnya ialah sekeping hati yang ia miliki.Apabila hati diserahkan kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan hati.Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi. Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan dan kerendahan hati yang tunduk kepada syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung. Inilah wanita sejati bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah:" Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah."

Di dunia lagi bidadari mencemburui kesolehannya dan di akhirat bidadari sudi menjadi khadamnya.Sebaliknya, jika hati dibawa jauh dari Allah, hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi punca kemelut serta kacau bilau. Apabila wanita lari dari ikatan Tuhan, maka terbukalah segala pintu yang akan menjerumuskannya ke lembah fitnah kehinaan. Hilanglah redup wajah yang menjadi dambaan dan yang terserlah ialah kecantikan palsu yang menanti untuk dieksploitasi oleh manusia buas yang menjadi hamba nafsu.

Ibarat bunga sejati dan bunga plastik. Jika bunga plastik disembur pewangi, harumnya lebih kuat daripada haruman bunga sejati…tapi haruman itu tidak kekal. Haruman bunga plastik bukan miliknya yang sebenar, ia haruman palsu yang bersifat luaran. Berbeza dengan keharuman bunga sejati yang bersifat dalaman dan kekal. Keharuman bunga sejati tetap kekal dimana saja ia diletakkan, di jambangan ataupun sekadar tumbuh di pingggir belantara. Sebaliknya bunga plastik tetap kaku, haruman palsunya akan semakin hilang walaupun tersusun indah di jambangan emas.

Wanita solehah yang hatinya terikat dengan Allah-si gadis dihiasi sifat sopan dan malu; si anak mentaati ibu bapa; srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat; si isteri penuh ketaatan, kesetiaan dan kasih terhadap suami. Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha Pencipta. Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki `perhiasan' sejati ini kerana pastinya hidup akan terarah ke syurga. Syurga dunia yang disegerakan dan syurga hakiki yang kekal abadi.

Seorang wanita yang hatinya jauh dari Tuhan masih mampu menjadi perhiasan dunia yang digilai oleh segenap lelaki. Kecantikan dan lentoknya menjadikan hati lelaki tunduk semahu-mahunya sehingga sangggup berkorban segala-galanya-suatu perhambaan yang tersirat. Terpenjaralah hati kaum Adam yang memilih perhiasan`palsu' ini. Hati menjadi sempit dan di akhirat terseksa tanpa batas!Wanita boleh memilih untuk menjadi `bunga sejati'. Wanita solehah yang membawa tenang. Wanita juga boleh memilih untuk menjadi `bunga plastik'. Wanita yang mengundang kemelut, kacau bilau dan kehancuran. Kita sentiasa ada pilihan… maka pilihlah. Kita hanya akan layak menjadi `bunga sejati' jika hati tunduk kepada Tuhan. Bagaimanapun, Tuhan tidak pernah memaksa. Dia tetap agung walaupun kita sebagai hamba terus derhaka…Maha suci Allah yang telah memuliakan kita sebagai wanita. Daripadanya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali.

Sumber : http://www.misgonline.com/index.php?option=com_content&task=view&id=63&Itemid=64

My Beloved..

'Be light,be bright,be true'

Tiap2 org yg beriman secr taqlid imannya tdk dpt tdk dikuasai oleh was was dan syak wasangka"

Tuesday, July 17, 2007


Sunday, July 15, 2007

In the Journey of Life

Assalamualaikum wbt,
Sungguh tidak adil utk menamatkan riwayat ruangan ini secara tiba-tiba. Kalian tak punya salah apa-apa tetapi penulisnya sentiasa salah. Kerana setiap anak Adam itu berdosa,sebaik-baik manusia ialah yang bertaubat..Kerana memikirkan keadaan sentiasa berubah dan naik turun adalah sukar rasanya utk istiqamah.

Minggu-minggu ana telah diliputi pelbagai peristiwa menyebabkan priority diletakkan kepada keluarga. Menebuskan kembali masa yang telah luput. Nenek makin tidak stabil kesihatannya, ibu saudara tgh berpantang~aqiqah minggu depan, maka tidak dpt tidak ana yg duduk berdekatan terpaksa balik menolong. Minggu ini, ayah berkursus ke Sg Petani mujur ada adik lelaki yg blh bjaga-jaga. Risau juga kadang-kadang. Mungkin beginilah bila umur bertambah, diri sendiri bukanlah yang utama malah terkebelakang. Belajar untuk lebih responsible dan berfikir demi orang lain.

Masuk final year bukanlah membanggakan kerana masa depan masih samar-samar.Maka jangan cuba untuk menyombongkan diri, memandang orang lain dengan sebelah mata kerana kita tidak tahu apa yang bakal menanti. Takut sebenarnya, memikirkan apa yang bakal kita hadapi.Namun bersyukur di atas nikmatNYA.

Hidup perlu ada fokus ada hadaf dan ada achievement. Betul kata Dr td, orang Melayu sebenar pandai cuma malas.Kalau rajin, pasti lebih berjaya kerana kita mempunyai kelebihan~kita punya Allah. Maka, ana niatkan dlm hati utk melakukan yang terbaik semata-mata mencari redhaNYA. Abaikan perkara yang remeh2, sambil berbual dgn Dr~Dr nasihatkan kahwin awal since he got married ms yr 4.Kami senyum sj, maklum shj antara kami di situ tiada yg bkahwin lg. Kami hanya mengangguk tanda setuju~ it's depend on ourselves sebenarnya. Ana tak habis lg nk bmanja dgn mak ayah n siblings..tunggu shj lah.Selesaikan yang mana patut dulu. Best jugak jd accident&emergency physician. Rules no 1: Don't Panic.

Ini mungkin yang terakhir dr ana..mungkin juga tidak.Sama-sama nantikan...

Labels:

Saturday, July 14, 2007

KinDly tO BE annOUNced ; I'm quit from blogging now on. Had another bussines to focus on.Tq

Saturday, July 07, 2007


Rasulullah saw. bersabda, “Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih, mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merusak atau mematahkan (yang dihinggapinya).” (Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar)

Kata Syaikh Ibnu Atho’illah:
‘Alam itu kesemuanya gelap, sedangkan yang meneranginya adalah Al-Haq. Maka sesiapa yang melihat alam ini tetapi tidak melihat Allah di dalamnya atau padanya, samada sesudah ataupun sebelumnya( proses penciptaan dan kehancuran alam ini) maka benar-benar dia telah disilau dari nur cahaya dan tertutup baginya nur makrifat oleh tebalnya awan kepada alam-alam ini’


‘Barangsiapa yang tidak diberi cahaya oleh Allah, maka dia tidak akan mempunyai cahaya sedikitpun’ ( 24: 40)

Thursday, July 05, 2007
















Tuesday, July 03, 2007


Pesanan Buat Orang Bujang : Janganlah Engkau bersedih kerana dirimu Bujang


Terdetik di hati ini ketika melalui beberapa friendster dan weblog rakan dan teman yang kini sudah bergelar suami dan isteri kepada orang serta tidak kurang yang bakal bergelar ibu dan ayah membuatkan hati ini terasa perlu memberi peringatan buat teman dan sahabat yang masih belum kesampaian dan belum berkemampuan.

Ukur baju di badan sendiri menjadi pembuka kata satu nasihat mulia dari ana bahawa orang yang bujang itu tetap mulia di sisi Islam. Artikel kali ini akan mengungkapkan kedudukan bujang dan keadaan mereka dalam Islam.

“Janganlah kamu merasa hina dan janganlah kamu merasa sedih kerana sesungguhnya kedudukan kamu lebih tinggi (mulia) jika kamu beriman” (Ali-Imran : 139).


Maksud Bujang

Bujang dalam bahasa arab disebut ( عزب ) iaitu bermaksud tidak mempunyai keluarga yang secara khusus jika lelaki disebut tidak mempunyai isteri dan perempuan yang tidak mempunyai suami (lihat Ibn Manzur dalam Lisan Arab m/s 224 Jilid 6).

Manakala dalam bahasa English disebut bujang sebagai single yang membawa erti tidak mempunyai ikatan atau komitmen dengan sesiapa dan masih belum berkahwin. Merujuk kepada takrifan yahoo dan MSN atau friendster serta tickle match.com, single bermakna belum mempunyai pasangan dan ikatan komitmen.

Bahkan bagi yang belum berkahwin atau belum bernikah itu pun mempunyai beberapa taraf iaitu :

a) In a relationship – Sudah menjumpai pasangan dan kini dalam hubungan secara tidak rasmi tetapi masing-masing sudah menjelaskan perasaan.
b) In a commitment – sedang dalam komitmen terhadap hubungan yang serius dan bakal membawa perkahwinan.

Dalam Islam kedudukan belum bernikah tetapi sudah mempunyai komitmen dan hubungan secara tidak rasmi dinamakan sebagai “kitbah” iaitu pertunangan dengan syarat hubungan itu memang berhasrat kepada perkahwinan bukan sekadar brsuka-suka.

“Tidaklah berdosa bagi kamu jika kamu meminang perempuan dengan kata sindiran atau kamu sembunyikan dalam hati kamu…” (Al-Baqarah : 235).

Kitbbah dibaca dengan mengkasrahkan ( خ ) “kha” membawa maksud usaha peminangan atau permintaan untuk pernikahan yang menjadi pemula kepada perkahwinan (lihat sahih fiqh sunnah m/s 107 Jilid 3).

Menurut mazhab syafie ra khitbah (pertunangan) ialah sunat yang dituntut (lihat raudatu talibin m/s 30 Jilid 7) dan ianya merupakan sunnah nabi salallahuaalihiwasalam seperti yang dilakukan oleh baginda rasul kepada isteri baginda iaitu Aisyah binti Abu Bakar ra dan Hafsah binti Umar ra (lihat hadith sahih riwayat bukhari no. 5081).

Para ulama’ mensyaratkan khitbah itu dilakukan dengan melalui walinya namun sebahagian yang lain membolehkan peminangan itu terus kepada pihak perempuan itu sendiri jika dia seorang permpuan yang berakal dan cerdik (Sahih Fiqh Sunnah m/s 109 Jilid 3).


Kembali kepada tajuk perbincangan kita iaitu perihal golongan bujang maka yang ingin ditujukan isi pesanan ini ialah kepada mereka yang masih belum beristeri dan masih belum berkhitbah, belum berkomitmen dengan mana-mana perempuan atau lelaki, belum mempunyai pasangan dan belum pun mempunyai teman istimewa baik dalam apa jua bahasa dan istilah baik arab, english atau parsi atau hindi.

Seperti kata syair :

Bujang ertinya engkau seorang
Bujang ertinya engkau tidak dikehendaki orang


Kedudukan Bujang Dalam Islam

Islam merupakan agama fitrah yang diturunkan oleh Allah swt bagi memenuhi fitrah manusia menurut syariat-Nya. Salah satu dari fitrah dan kehendak manusia ialah perkahwinan kerana manusia semuanya diciptakan dengan mempunyai fitrah berpasang-pasangan.

Sesungguhnya fitrah yang diciptakan Allah dan ditetapkan manusia dengannya (tertakluk kepada fitrah tersebut).”(Surah Ar-Rum :30).

“ Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah diciptakan bagi kamu dari diri kamu isteri-isteri supaya kamu bersenang-senang kepadanya..” (Ar-Rum : 21).

Pembujangan dalam Islam ialah salah satu perkara yang dibenci dan diharamkan bagi sesiapa yang mampu bernikah ini disebabkan baginda rasulullah pernah bersabda :

“Dan aku ini bernikah maka barangsiapa yang membenci sunnah aku maka dia bukanlah dari golongan aku” (hadith sahih riwayat Bukhari no 5063 dan Muslim no 1301 )

Islam mengalakkan pernikahan supaya dapat berkembang biaknya umat manusia melalui jalan yang halal dan menepati syariat sebagaimana sabda baginda :

“Bernikahlah perempuan yang subur dan melahirkan anak kerana aku berbangga dengan mempunyai umat yang ramai” (hadith sahih riwayat Abu Daud no 2050 dan Nasaie).

Dari riwayat Abu Zar ra bahawa baginda nabi pernah bersabda : “Dan pada kemaluan (persetubuhan) kamu itu sedekah” lalu baginda ditanya oleh sahabat, wahai rasulullah apakah seseorang yang memenuhi syahwatnya (dengan isteri) itu mendapat pahala ? maka dijawab oleh baginda : “Apakah kamu tidak melihat bahawa jika seseorang itu meletakkan syahwatnya pada yang haram itu satu dosa ? Maka demikianlah jika dia meletakkan syahwatnya pada yang halal maka baginya pahala” (hadith sahih riwayat Muslim no 1006 dan Abu Daud no 1286)

Sesungguhnya tidak adalah golongan yang membenci perkahwinan dan pernikahan melainkan dia telah berlaku zalim kepada dirinya sendiri dan kepada agama Allah yang di datangkan dengan pertunjuk yang jelas.

“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengharamkan apa yang baik yang dihalalkan oleh Allah kepada kamu dan janganlah kamu melampaui batas sesungguhnya Allah tidak suka kepada golongan yang melampaui batas” (Al-Maidah : 87).

Kembali kepada topik perbincangan, kita tidak mengalakkan pembujangan dan sesiapa yang mampu bernikah maka hendaklah dia berusaha menikah dan berkahwin namun tujuan penulisan ini demi memberikan semangat dan pemahaman kepada golongan bujang yang miskin, susah dan tidak mampu bernikah bahawa mereka juga merupakan sebahagian dari golongan yang mulia dan penting dalam Islam sekalipun mereka tidak mampu bernikah lantaran kesusahan, masalah dan kesempitan yang mereka hadapi dalam menunaikan ibadah nikah.


Wahai orang-orang yang bujang

Sesungguhnya Islam itu agama rahmat dan memahami keadaan umatnya dan sesungguhnya manusia sekarang sudah tidak menurut panduan syariat Al-Qur’an dan sunnah lalu terjadilah kalian sebahagian golongan yang tersisih dan terpinggir dalam kumpulan masyarakat.

Sesungguhnya Allah maha mengetahui akan keadaan kamu dan dia Maha pengasih lagi Maha penyayang lalu Dia berpesan kepada kalian dengan firman-Nya :

“Dan orang-orang yang tidak mampu bernikah lantaran kesusahan maka mereka itu hendaklah memelihara kesucian mereka sehingga dikurniakan Allah dari kesenangan dari rahmat-Nya” (An-Nur : 33).

Di akhir zaman ini melaksanakan ibadah kepada Allah tidaklah mudah akibat jahil dan sesatnya umat dari pertunjuk kitab dan sunnah dan salah satu ibadah yang sukar dilaksanakan ialah nikah. Dewasa ini ramai pemuda dan pemudi Islam menghadapi masalah untuk bernikah akibat beberapa perkara :

a)
Tidak mampu dari sudut kebendaan dan kewangan
b) Tidak mendapatkan calon yang sesuai
c) Tidak dikehendaki oleh orang lain akibat memiliki kekurangan, kecacatan atau kelemahan fizikal atau mental
d) Tidak mampu bernikah lantaran pernah kecewa dan putus cinta dan menghadapi tekanan jiwa
e) Mendapat tentangan dari keluarga dan dihalang dari bernikah

Golongan bujang yang tidak mampu bernikah disebabkan mempunyai masalah dan kesulitan dan kesusahan mereka ini mendapat perhatian dalam Islam dan Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Islam memberikan pertolongan kepada golongan bujang yang tidak mampu bernikah kerana masalah kewangan dan kesusahan kebendaan dengan membenarkan mereka bernikah dengan hamba baik perempuan atau lelaki.

“Dan hamba perempuan yang mukminah itu lebih utama dan baik bagi kamu dari perempuan musyrik yang kafir walau dianya menarik perhatian kamu” ( Al-baqarah : 221).

Namun pada zaman sekarang sudah tidak ada lagi penghambaan namun sebenarnya masih banyak jalan Islam membantu antaranya ialah dengan membolehkan sedekah dan zakat diberikan kepada golongan yang ingin bernikah seperti yang dilakukan pada zaman Khalifah Umar Ibn Aziz ra dengan memberikan harta dan bantuan kepada lelaki dan perempuan yang tidak berkemampuan supaya dapat bernikah seperti dari riwayat Yahya ibn hamzah dari Sulaiman bin Daud dari Abdah ibn Abi Lubabah akan kisah ini.

Ini dibolehkan berdasarkan hadith dari Abu Hurairah ra yang dari baginda pernah bersabda : “Tiga golongan yang menjadi hak ke atas Allah untuk membantu mereka iaitu pejuang di jalan Allah, golongan yang berhutang yang ingin membayarkan hutang mereka dan golongan yang mengingini nikah demi menjaga kehormatan” (hadith hasan sahih riwayat tirmidzi, Ahmad dll).

Islam juga membolehkan bernikah dengan mahar yang murah dan rendah sehingga dibolehkan bernikah dengan hanya menggunakan mahar dari ayat-ayat suci Al-Qur’an. Seperti hadith yang diriwayatkan dari Sahl bin Said ra bahawa baginda menikahkan seorang sahabat dengan maskahwin dari ayat-ayat Al-Qur’an kerana sahabat tersebut terlalu susah tidak mempunyai apa-apa untuk dibuat sebagai maskahwin (lihat hadith sahih riwayat Bukhari no 5126 dan Muslim no 1425).

Juga Islam membolehkan nikah dengan mahar yang murah dan memudahkan dari ayat-ayat suci Al-Qur’an walau bagaimana pun pada hari ini para pemuda Islam dan pemudi tidak dapat bernikah kerana mereka kesempitan kewangan dan harta benda yang dierketatkan oleh keluarga dan adat setempat yang langsung jauh dari pertunjuk Islam lalu kesalahan bukan ke atas bujang sebaliknya ke atas masyarakat.

Para bujang menjadi mangsa keadaan dan kezaliman masyarakat lalu bukankah menjadi golongan yang dizalimi itu satu kemuliaan ?

“....Dan orang-orang yang sabar di atas kesusahan , kemelaratan dan ketika peperangan maka mereka itulah golongan yang benar dan mereka itulah golongan yang bertaqwa” (Al-Baqarah : 177).

Golongan bujang yang tidak dapat bernikah kerana tiada calon yang sesuai, tidak menjumpai pasangan yang serasi, tidak menemui pasangan kerana kecacatan atau kekurangan fizikal dan sebagainya sesungguhnya mereka tidaklah perlu merasa risau dan bimbang sebaliknya bersyukur kepada Allah swt dalam apa jua keadaan dan membanyakkan mendekat diri kepada Allah kerana dunia ini hanyalah sementara dan hidup manusia ialah demi Akhirat.

“Di antara kamu ada golongan yang menginginkan dunia dan ada pula golongan yang mengingini akhirat” (Ali-Imran : 152).



Kelebihan orang bujang yang tidak mampu bernikah


Golongan bujang yang tidak mampu bernikah dan terpaksa menahan dirinya dan menahan nafsunya akibat kesusahan yang di alaminya maka mereka ini dijanjikan oleh Allah swt dengan syurga dan ganjaran yang besar.

“Adapun golongan yang takut kepada kebesaran tuhan mereka maka mereka menahan hawa nafsunya (tidak menurut hawa nafsu) maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal mereka” (An-Na’ziaat: 40).

Sebenarnya tidaklah Islam menyebut kelebihan golongan yang bujang disebabkan bujang tidak digalakkan dalam Islam namun bagi mereka yang terpaksa hidup bujang maka melalui pemahaman terhadap sunnah dan syariat kita akan dapat melihat bahawa mereka ini sebenarnya mempunyai kelebihan dalam beberapa hal.

a) Golongan bujang tidak dibebani tanggungjawab terhadap keluarga kerana tidak mempunyai keluarga

Sesungguhnya tanggungjawab terhadap keluarga itu bukanlah sesuatu yang ringan, dengan mengabaikan tanggungjawab dapat menjerumuskan seseorang itu ke dalam neraka dan mendapat azab siksa.

“ Wahai orang-orang yang beriman peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari apa api neraka…” (At-Tahrim : 6).

Kita orang bujang tidak akan ditanyai tentang isteri dan anak-anak sebaliknya golongan yang berkahwin akan ditanyai tentang anak-anak mereka, isteri mereka dan lain-lain tanggungjwab.

“ Setiap dari kamu merupakan pemimpin dan setiap dari kamu akan ditanyai mengenai apa yang kamu pimpin” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 893 dan Muslim no. 1829).

Sesungguhnya golongan yang telah bernikah sekalipun mereka memang bahagia dari kita tetapi jika isteri mereka misalnya tidak menunaikan solat atau melakukan maksiat maka suami itu terpaksa menanggung dosa dan demikianlah bagi bapa terhadap anak-anak yang di dalam jagaannya.

b) Golongan bujang dapat mengunakan masa dan waktunya yang banyak terhadap ilmu, dakwah dan jihad memperjuangkan Islam

Sebagai golongan bujang yang tidak mempunyai anak dan isteri yang dapat melalaikan kita dalam beribadah maka kita mempunyai masa yang banyak yang dapat kita gunakan dalam ibadah, menuntut ilmu dan berjuang serta berdakwah di jalan Allah swt.

“Wahai orang-orang yang beriman janganlah harta benda kamu dan anak-anak kamu melalaikan kamu dari mengingati Allah dan barangsiapa yang melaukan demikian maka mereka itulah golongan yang rugi” (Al-Munafiqun : 9).

Kita hidup sendiri, kita tidak diganggu oleh kanak-kanak dan kita tidak diganggu oleh kecantikan isteri yang melalaikan kita sekalipun di satu aspek kita menderita kerana tiada belaian kasih isteri dan tiada ketawa riang anak-anak menghibur hati namun kita dapat gunakan peluang ini untuk menambah ilmu dan beribadah kepada Allah untuk bekalan kita di hari akhirat kelak.


c) Golongan bujang lebih dekat kepada Allah swt kerana tidak mudah dilalaikan oleh dunia dan kesedihan dan penderitaannya membantu mendekatkan dirinya kepada Allah

Disebabkan kita kurang dilalaikan oleh anak-anak dan isteri serta dunia dan kita pula merupakan golongan yang dizalimi oleh keadaan, sering merasa sedih dan kecewa, merasa derita maka kita akan lebih mudah mencapai khusyuk dalam ibadah dan merasa dekat dengan Allah kerana bukankah manusia itu lebih dekat dengan tuhannya di waktu susah ?

Disebut dalam hadith yang diriwayatkan oleh Syuhaib ra yang meriwayatkan baginda bersabda :

“ Sungguh menakjubkan perihal orang mukmin kerana semua perkara yang menimpanya ialah kebaikan dan tidaklah berlaku perkara ini melainkan hanya kepada orang yang beriman. Apabila dia diberi nikmat lalu disyukurinya maka menjadilah nikmat itu sebagai kebaikan baginya. Sebaliknya apabila dia diuji dengan musibah maka dia bersabar lalu menjadikan pula musibah itu sebagai kebaikan baginya” (Hadith sahih riwayat Muslim no. 2999).

“Sesungguhnya Allah bersama dengan golongan yang sabar” (Al-baqarah : 153).

“ Dan bersabarlah serta tempatkan dirimu bersama orang-orang yang sering berdoa kepada tuhan mereka” (Al-Kahfi : 28).

Dari Mus’ab bin Said dari bapanya ra berkata : Aku bertanya kepada rasulullah siapakah manusia yang paling dahsyat menerima bala ? Maka dijawab : Para nabi kemudian yang seperti mereka dan yang seperti mereka. Diuji seorang manusia itu berdasarkan kadar agamanya, jika dia seorang yang kuat beragama maka kuatlah pula bala yang diterimanya, dan jika seseorang itu lemah agamanya maka diuji hanya pada kadar agamanya. Tidaklah hilangnya bala itu pada seorang hamba sehinggalah dia berjalan di atas tanah dengan telah terhapus segala dosa-dosanya” (hadith hasan Sahih, riwayat tirmidzi no. 2398, Ibn majah, Ahmad).

Dari riwayat Abu Hurairah ra bahawa sesungguhnya nabi bersabda : “Barangsiapa yang diingini oleh Allah akan kebaikan maka diujinya dengan musibah” (hadith Sahih riwayat Bukhari, Muwatho dan Ahmad).


“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kalian” (Ali Imran : 200).


d) Golongan bujang mempunyai ketegasan dan semangat yang lebih tinggi dalam perjuangan dan sanggup berkorban

Mereka yang bujang itu biasanya mampu menjadi kukuh jiwa dan tabah hati terhadap perjuangan dan tidak takut kehilangan dunia dan rela mati demi Islam berbanding orang yang sudah bernikah merasai nikmat dunia yang merasa sayang dan cinta kepada dunia dan takut mati.

Siapa yang sanggup mati apabila punyai isteri cantik? namun bujang seperti kita yang tidak mempunyai sesiapa maka kita lebih kehadapan di banding mereka dan kita lebih tabah dalam perjuangan dan kita lebih berani berkorban jiwa dan nyawa serta harta.

“Wahai orang yang beriman sesungguhnya isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu itu musuh bagi kamu maka berhati-hatilah” (At-taghabun : 14).

Kesedihan dan penderitaan dunia yang menimpa orang yang bujang menyebabkan dirinya sanggup berkorban dan berjihad di jalan Allah mengharap balasan syurga tanpa gentar dan tanpa bimbang walau di perjuangan itu dirinya sudah hampir di hadapan musuh dan bekalan peluru dan senjata sudah kehabisan namun dirinya masih mampu memecut laju ke hadapan kerana yakin dan tidak goyah oleh tipuan dunia.

“Janganlah kamu merasa hina dan janganlah kamu merasa sedih kerana sesungguhnya kedudukan kamu lebih tinggi (mulia) jika kamu beriman” (Ali-Imran : 139).
tq to the writer, may Allah blessing wif you.
~Saratkan hati ini dengan cinta Ilahi~

Labels:

Monday, July 02, 2007

Welcome to the New World

Alhamdulillah, pagi ni kaum kerabat kami bertambah seorang lagi..setelah genap waktunya 9 bulan 10 hari berada di dalam rahim sang ibu dan terpaksa melalui C-section, sang bayi bakal memulakan kehidupan barunya di dunia untuk diuji. Another cousin~baby boy..yuhuu.Selasa ni br dpt gi jenguk both new parent n baby kat Kuala Berang.Ayuh,kita jalan2 lg.

Today, kitaorg punye kakak tak masak utk tgh hari coz dia tahu ana ada kt rumah.Klu Pips sorang duk kt rumah alamaknya dpt mkn ikan/ayam goreng je( taulah hang malas..huh). Kitaorg buat competition kt dapur~pips:1 hidangan(sayur goreng), ana:2 hidangan(ayam masak kicap&asam pedas). Aci lah tu. Tengah hari ni kita just makan 3 hidangan je tau.Although, ana agak fobia dgn asam pedas, tp jgn jadikan fobia alasan utk tidak pandai memasak ye kawan2 sekalian. Then,nak memasak memerlukan ke'confident'nan yg tinggi.Kerana anda tidak dapat masak klu tak yakin w/pun ingridient cukup lengkap. Campak je semua dlm periuk!Petua akak.

Tambah2 sekrg program masakan setiap hari ada kat tv. Life Session, Cooking It..fuh tgk Jamie Oliver. Agak2nya sbb tuh penyakit makin byk.But the rules is ikut cara Rasulullah s.a.w~guna minyak zaitun (although agak mahal kat cni,last time kitaorg guna pure olive oil~harganya blh tahan)..ada virgin olive n extra virgin~most western dishes guna this kind of oil.

Haaza faqot minni. ilalliqa.. coming up next in Pips with Pai Tee..

Labels: