Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Tuesday, October 31, 2006

Kenangan Terindah..


Assalamualaikum wbt, masa' ilkhair! Kaifa halukum? Asif (mintak maaf) banyak keje menyebabkan proses meng'update' tergendala. Pernah terbaca satu artikel- "Jangan 'membunuh' pembaca anda- menyebabkan ana terdetik agaknya kalau terlampau lama x update, lama2 pembaca pun jadi bosan.Tapi ana tak harapkan rmai yang berkunjung blog ana sbbnya blog ana pun banyak terkurang. Ayah selalu mintak ana buatkan site untuk dia menulis tapi sampai sekarang tak berkesempatan walhal internet kat rumah di hujung jari and tepi dapur-boleh buat CC nanti.Entri kali ni maybe terlampau panjang combination of raya dan bagaimana kehidupan ana sekarang.
Alhamdulillah raya tahun ni banyak ana dapat walaupun duit raya tak banyak mana cukuplah segala pengalaman dan pelajaran dari sebuah kehidupan sebagai bekalan ana buat masa depan. Entah..entah Kiamat Sudah Dekat (ayah silap sebut : Kiamat Masih Ada, apalagi ketawa kami sekeluarga=) Mungkin segala gelak tawa kami, usik mengusik kami ini tak dapat dinikmati oleh sebahagian keluarga yang lain. Syukur ana punya family seperti ini biarpun bergaduh tak tentu hala tapi last2 baik punye.Janganlah disebabkan harta, pihak yang hasad dengki and sebagainya menjadi pemecah belah keluarga kami,Ya Allah.Ameen.
Hari raya begitu indah di kampung Perak tak macam bandar, berpagi-pagian dengan suasana mendamai jiwa cukup menenangkan sekeping hati meruntun sebuah jiwa bilamana menghayati alam ciptaan Al Khaliq Maha Agung.Namun itu hanyalah suasana, tapi orangnya pasti sudah jauh berubah dari yang dulu. Mat rempit pun sudah bermaharaja lela( tambah lagi ana sememangnya gayat naik motor, naik kete je..eksyen,mak pun tak bagi duk dekat motor), main mercun menghala ke rumah opah ana. Kesian Hadirah asyik terkejut. Dan paling lucu bila lihat akak melatah. Pre raya ana and akak buat lemang dengan nenek, tolong bubuh beras pulut and santan je.Pastu tlg ayah memproses ayam...kebetulan opah ada bela ayam kampung tapi untuk di jual. Alih2 kami yang tak gi dekat ayam kampung pun kena gigit dek hama ayam.huh, cruel sungguh ayam tuh.Taulah jeles dgn kami tapi janganlah sebarkan hama anda=) Kifarah dosa sebelum raya.
Disebabkan just tinggal akak, pips and ana cucu perempuan yang plg dewasa(jgn baca: tua,kurang sesuai) maka kamilah yang menguruskan perihal dapur. Kami menerajui kumpulan geng dapur. Masak sup tulang dengan akak tapi tetiba hujan maka terpaksalah angkut periuk naik atas dapur gas.Pastu dengan pips masak mee goreng je tapi abis jugak walaupun terpedas sikit. Part ana paling suka basuh-membasuh, di mana2 saje ana suka.Suka tengok benda jadi cuci, berbekalkan sponge(adik beradik sponge bob square pants..teringat pips) dan apron maka bermulalh tugas mencuci. Kat rumah opah, kami bermanja dengan makcik yang jaga kami time kecik2. Ana nak jaga dia..if diberi kesempatan.
Pagi raya, routinely pi solat sunat aidilfitri..dengar khutbah. Tak perasan, ada sedara yang keje kat ntv7 tgh buat rakaman.Macam biasa, if bukan digicam ana..jangan haraplah ana nk tayangkan muka.So apalagi, tertunduk2 lah kitaorg. Petang raya, Hadirah sampai. Termakbul jgk impian ana, nak jadi org pertama peluk, dukung and gi jalan2 dengan baby comey nih. Hadirah macam dulu jugak cuma berat sangat sampai sakit tangan makcik dukung dia, dah pandai merangkak tapi tak sabar2 nak berdiri kan? Hadirah makin putih, guna Fair&Lovely ke maknye? Pipinya,alahai cedap untuk dicubit tetapi pantang lambat suap nestum pasti ada merengek. Huhu, cubit lagi! Mak, bila dah ada cucu nih..dah tak layan kami.Sedihnye, biasalah cucu sulung kan. Asyik dukung Hadirah. Ayah just tengok dari jauh, bagi chance pada org lain dulu.Nanti kat rumah, Hadirah lah didukungnya ke hulu ke hilir. Sepanjang perjalanan pulang ke Kelantan, banyak ayah kongsikan cite yang tak pernah kami tahu. Ada sedih, ada melucukan dan ada pula membuatkan kami terfikir2.Itulah corak hati manusia. Kami banyak ketawa n buat lawak bila duk ramai2. Orang lain pun tak sangka, keluarga yang penuh keintelektualan pun ramai blh buat lawak2 bodoh-that's why only my family knows me better after Allah. Mungkin ana, manusia 2 alam kot. Time serius mmg kena serius tapi ada masa kena slow n steady, fun and fancy and apa-apalah..
Lagi satu, ana tak faham kenapalah surau yang kotor pun orang Melayu Islam boleh gunakan untuk solat? Sedangkan kat tepi ada muntah then sampah sarap. Nampaknya mereka seolah mengambil mudah tentang benda wajib. Sedangkan kemungkinan solat tak sah pun boleh jadi. Pakaian luaran nampak hebat tetapi bila berkaitan dengan perkara fardhu ain jarang nak ambik kisah. Masalh feqah sepatutnya tahu, tapi tak nak belajar-samalah kat usm kk nih. Ada yang dah dekat 20 tahun lebih, tapi tak tahu bab bersuci dengan betul, bab solat, bab istiadhah dan apa2 lah perkara fardu ain.Itu belum masuk fardu kifayah lagi( ana pun tak cukup lengkap lagi). Bukan pada muslimat shj, muslimin pun kenalah tahu pasal feqah muslimat. Melalui pemerhatian : kelas feqah muslimat pun hanya muslimat je yang hadir..jarang nak nampak muslimin hadir. Segan ke? Tak perlu segan2, kerana lepas ni for sure anda akan nikah then ada zaujah, anak2 untuk dididik..maka itu peranan anda wahai kaum muslimin.Kalau tak berkemampuan berilah keizinan untuk mereka untuk keluar belajar ttg ilmu2 berkenaan. Tapi alangkah baiknya ,kalau pemimpin rumah tangga sendiri dapat berikan ilmu kan?
Cakap pasal walimah, sedih ana tapi gembira jugak. Bukanlah ana yang nak walimah tetapi sahabat paling baik masa matriks n sekarang akan mendirikan baitul muslim bulan disember ni. Gembira..sebabnya dia ditemukan dengan seseorang yang Allah takdirkan dan bakal menjadi pembantu sayap kiri zauj nya. Tak sangka, alih2 kawan abang ana, satu sekolah rendah dulu. Kecilkan dunia ni? Tapi yang sedihnya, kami tak dpatlah selalu jumpa n msg mcm dulu2. Pastu kan, jeles lah jgk tengok org nikah, apapun tgjwb makin berat, kena pandai2 jaga hati banyak pihak etc. Tak senang dan tak payah?? Ikut kemampuan individu masing2. Ada indication dan ada contraindication. Baru ana tahu, ayah nikah masa tengah belajar rupanya, tapi sebelum tuh dah keje setahun. Patutlah gambar grad ayah masa kat UM ,akak sulung ana dah besar pun.
Takutkan komitmen? Mungkin ya mungkin tidak. Klu tak, takkan ana blh pegang banyak jawatan satu masa (huh, angkat bakul sendiri lagi ye?). Best bila ada amanah untuk dipikul. Kita akan jadi matang, banyak berfikir, bertindak bukan mengikut emosi, consider kemampuan anak2 buah dan melalui semua itu menyebabkan ana rasa puas hati dapat menunaikan amanah. Harapnya, shbt pun begitu jua. Inilah peluang yang Allah bagi pada kita untuk tambahkan ilmu.
Pagi tadi, ana ada patient yang spesel di hati ana..treng..treng.Siapa dia? Tunggulah ana abis cite.Sebenarnya patient yang sepatutnya datang masih berada di Perlis so ana terpaksa cari patient baru- ad hoc.Lastly, ana just terbayang satu muka yang selalu sakit gigi.Haha..cepat2 ana hantar msg, pujuk punya pujuk. Oklah, dia janji nak datang. Dah pukul 10.10 batang hidung pun tak nampak, call tak angkat.Takpelah sabar menanti lagi. Then pukul 10.30 baru tiba, rupanya susah nak cari parking kat HUSM ni ye? Ana jalan kaki je.Huh, hensem gamaknya. Sampai org kat kaunter pandang semacam. Bila isi kat form- Pekerjaan : JURUTERA. Uh, perasannye dia. Baru je ikat kontrak=P. Apapun bagi ana dia adalah di kalangan org yang hensem, siap request nak pakai braces lagi. Oklah ,tengoklah mcmana nanti.Ana check gigi dia, gusi then buat scaling kat dia, harapnya dia puas hati dengan keje ana. Ana tahu dia segan sebenarnya. Tapi, hampeh...bila balik langsung tak ucapkan terima kasih ke..bagi duit raya ke..alih2 bila dah sampai rumah dia n dia tahu ana puasa sunat ari nih baru hantar sms ucap tq.Taulah hang ego, nak ego pun tengoklah tempat..itulah si dia ,tiada orang mampu menggantikannya biarpun husband ana(akan datang...jeng2)...my beloved brother. At least ana dah tunaikan janji 1/10 nak buat treatment pada family ana, my contributions to THEM. Lantas, apakah sumbangan sahabat pada family kalian? Hmm..fikir-fikirkanlah.
Setakat ini dahulu, jangan tensen2 baca entry ana ni ye. Niatkan kerana Allah insyaAllah dapat pahala dan redhaNYA.

Friday, October 27, 2006

DARI PERAK KE KUALA TERENGGANU

Assalamualaikum semua, sihat?Alhamdulillah, sekalipun sibuk berhari raya, makanan tak putus namun kesihatan perut dan badan amatlah penting untuk dijaga agar tak memberi kesan negatif kepada kesihatan rohani dalaman kita.Istilah tuan rumah selalu gunakan "Makanlah sampai kenyang" sepatutnya ditukar kepada " Makanlah sekadarnya"- bahagikan perut kepada 3 bahagian ; 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk air dan selebihnya 1/3 untuk udara.

Alhamdulillah jua, kami sekeluarga dapat juga beraya di kampung halaman ayah Parit, Perak selama 4 hari.Hmm, banyak betul belajar..belajar buat lemang,belajar dari orang2 tua, belajar tentang kehidupan yang tak selalunya indah seperti ana lalui sekarang, belajar tentang keperitan orang lain dan..terlalu banyak perkara yang dipelajari. Serasanya banyak yang menyedihkan dari mengembirakan. Apapun Syawal tetap diraikan.

Cuti raya dah habis, sekarang perlu bergerak kembali- masuk posting perio, kena buat seminar, treat patient, kerja persatuan pergigian masih terbengkalai lagi- akaun belum dikemaskini sepenuhnya, nak siapkan beberapa kerja , follow-up junior and sampai bila-bila ia takkan habis. Rehat ana, bila menemui Tuhan sememangnya. Kadang keletihan tetapi tak boleh berhenti yang mampu hanya slow the pace.Pun tak mahu berundur ke belakang....

Cerita hari raya...nantilah next posting. Kepada semua sahabat2 yang bakal menduduki exam sem ni SELAMAT BERJAYA ana ucapkan , moga diberikan kejayaan hakiki dunia dan akhirat. To Pips, all the best for exam, plz..plz naikkan pointer anda spt dulu2 above 3.4 ok! Sorry for being so EMO and ELMO to..hehe, Didn't mean it but don't ever kacau my sleeping period =) This head already full with every little thing but I never regret. I want to be as 'happy' as before. Sorry ya!

Saturday, October 21, 2006

FITRAH HARI RAYA

Assalamualaikum wbt, huh there's 3 days more before 1 Syawal 1427 H menjelma. Terasa bagaikan Ramadhan yg datang terlalu singkat dan masih banyak yang ingin ana lakukan. Moga kita bakal bertemu kembali Ramadahan pada tahun akan datang, insyAllah. Tak dinafikan, tiada dari kita yang sempurna begitu jua puasa yang kita jalani ini. Namun, apa yang penting kita sedar apa yang telah kita lakukan sebelum ini apakah natijahnya baik atau buruk dan seterusnya masa untuk memperbetulkan apa yang salah.

Firman Allah S.W.T dalam ayat Ali Imran :200 yang bermaksud :

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi kesukaran dalam menegrjakan perkara-perkara berkebajikan, dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya , kamu berjaya (mencapai kejayaan).

Ayat di atas menjelaskan betapa pentingnya peranan SABAR dalam menghadapi segala yang melanda. Hadapilah dengan hati dan perasaan yang matang dan fokus. Umat Islam sendiri diajar bahawa hasil atau keputusan bukanlah menunjukan keberjayaan sesuatu yang kita lakukan (mmg betul ia kayu ukuran) tetapi bagi mukmin yang sejati yang terpenting sekali ialah USAHA..dan ikhtiar kita. Allah tidak melihat kepada hasil tetapi melihat kepada sejauh mana kita berusaha seterusnya menanamkan tawakal kepadaNYA.

Usah merasa sedih atau bermuram durja andai Ramadhan kali ini kelihatannya lebih kurang sama tahun sebelumnya, namun sentiasalah berfikiran optimis mungkin ada sesuatu yang kita perolehi dan pelajari tanpa sedar semasa Ramadhan kali ini. Tidak mengapa, mungkin itu hanyalah penilaian kita selaku hamba tetapi penilaian Allah lebih jelas..kerana hanya Dia memahami kita.

"Mukmin yang kuat itu lebih disukai berbanding mukmin yang lemah.Tetapi dalam kedua-duanya ada kebaikan". Tidak kiralah samaada kita yang kuat mahupun lemah..kerana dalam kedua-duanya pasti ada manfaat. Yang kuat mungkin kekurangan sesuatu yang mana dimiliki oleh yang lemah tadi. Alangkah indahnya, Allah yang mencipta setiap sesuatu kerana tidak dibiarkan sendirian ciptaanNYA. Yang ada menolong yang tiada, yang keras pasti ada yang lembut,yang berprasangka pasti dileraikan oleh yang berlapang dada. Indah bukan??

1 Syawal adalah tanda kemenangan bagi umat Islam. Namun, kini telah dicemari dengan sikap umat Islam sendiri- paling tidak dengan hiburan saban waktu. Masa yang seharusnya digunakan untuk saling menziarahi sebaliknya dihabiskan begitu sahaja di hadapan kotak empat segi-TV, hilang sudah sunnah yang dianjurkan Rasulullah s.a.w kemudian berbelanja melebihi sepatutnya. Asal raya pasti sebuah kedai mahu diborong ,alih-alih lepas raya hutang keliling pinggang! Tengok saje di Kota Bharu..alahai kaumku.Orang Chinese pun takdelah sakan berbelanja bila CNY walhal diorang lebih berkemampuan dari kita.Itulah yang terjadi bila nafsu menguasai akal!

P/s : Doakan keselamatan kami dlm perjalanan esok, moga tiada yang menghalang. Dengan iringan doa ana ini semoga Allah S.W.T melindungi , merahmati dan mempermudahkan urusan ke atas sahabat-sahabiah sekalian. Nak ajak raya ke rumah ,tak dpt den sbbnya kami tak pernah pun raya kat Kelate. Beraya cross the border!

KULLU A'M WAANTUM BIKHAIR.......

Thursday, October 19, 2006

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Tuesday, October 17, 2006

K-File, H-File, EWL, CWL, Step-back technique, 1% NaOCl, Kaviton

Indication of endodontic treatment are: all teeth with irreversible pulp and periapical pathology and electively for post-crown. In cases where the pulp status is not clear or there is a risk pulp exposure, it is advisable to continue with conservative therapy until the pulp diagnosis is confirmed.

Biological aims : to remove all organic material from root canal that is capable into decomposing tissue destructive by-products that can support bacterial growth and to destroy all micro organism present in root canal system.

...That's some part of endodontic (inside tooth) treatment that a dentist can offer to the patient but with some indication which need to be fulfil. Now I understand, each creation that Allah did has many ways to conserve it and what's more even a small,tiny pulp can cause a big problem to us! Back old days, I thought a dentist only can give a filling, extraction and braces treatment modalities but as I 'jump' into dentistry there so many and much more we can do in the mouth !Gosh, thank you Allah. Even till now, I had to remember so much things

Alhamdulillah, my endodontic block go on smoothly even some of my friends did have perforated tooth while cutting out the canal, shortening, inadequate RCF and so forth. Well, friends time to learn. Taking radiograph and try to develop, fix it and wash it somehow a 'big' and problematic task for me, haha I already wasted 3 films because they were too dark to see anything , all I can see were blank films with some dots on it. Everytime I did that I laughed at myself. Ohoh, I think I already cause 'my patient' to suffer a lot of radiation.

Doakan ku menjadi sepertinya.....

Saturday, October 14, 2006

I WONT GIVE UP

I found myself today
o..I found myself and run away
but something pulled me back
voice of reason, I forgot I had
Oh..all I know you not here
to say what you always to say
But it's written in the sky tonight
So I won't give up
No, I wont break down

Sooner than it seems life turns around
And I will be strong even if it goes wrong
When I'm standing in the dark
,I still believe...someone's watching over me

I've seen that bright light
And it's shining on my destiny
Shinning all the time ,
and I won't be afraid
To follow everywhere it;s taking me

All I know is yesterday is gone
And right now I belong
To this moment to my dreams
So I won't give upNo ,
I wont break down

Its doesnt matter what people say
And its doesnt matter how long it takes
Believe in yourself and you'll fly high

And it only matter how true you are
Be true to yourself and follow your heart....

________________
Then, conclution goes back to our faith in Allah! This week, I've to admit semangat bercuti mengatasi untuk belajar although minggu banyak belajar pasal Root Canal Treatment! Ya Allah berikanku secebis kekuatan dan kesungguhan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.
Pernah tanya mak..tak pernah ke terfikir nak jadi kanak-kanak sepanjang masa? Macam Fizah yang nak sgt jadi kanak2 so tak payah jadi dewasa, kene keje then ada anak2. Mak ketawa, bila dengar pertanyaan yang kurang matang ana ini.Manusia kena berubah, takleh jadi statik. Kena belajar dan kena hadapi proses untuk jd 'org tua'! Memang lumrah, bila kecil akan jadi dewasa and seterusnya org tua.

Huhu, Fizah 'tak sanggup' nak jadi mcm mak.Kena bangun awal pagi sediakn sahur, makan pakai utk anak2.Mesti letih kan? Mak senyum lagi, tak kata apa2.Takpe, tak lama lagi merasalah apa yang mak buat kat korang semua. Flash back balik, hmm mmg terlampau banyak tak terkira pengorbanan mak ayah. Mak ayah juga adalah salah satu nikmat yang Allah kurniakan untuk kita kasihi, berbakti and paling penting jaga hatinya biarpun apa yang mereka lakukan itu kdg2 tak betul sebagai anak, ana diam dulu.Then , betulkan secara indirectly. Mak ayah pun ada ego juga sbenarnya. Pantang anak tegur, pasti nak ditegakkan benang yang basah...so berhikmahlah.

Hadirah dah masuk 6 bulan so that's means supposedly dah erupt(tumbuh) gigi incisor bawah. Dan bakal mengalami symptoms teething(fever, restlessness, finger sucking, drooling, loss of apatite, sleep disturbances) So what can her mother do??? Hadirah need to chew on teething biscuit eg: RUSK (dulu kami masa kecik selalu curik biskut ni dr adik2 kecil utk dimakan beramai secr senyap2 tanpa diketahui mak ayah).Mhuahaha..sian Fahmi.Longing to see your cute face.I already download your biotech info from internet, bro!

Ramadhan makin berlalu, namun sudahkah kita betul2 mentarbiyah diri sepanjang berada di madrasah ini? Tak terlambat lagi untuk memperbaiki diri andai Ramadhan masih berbaki. Hayati dengan penuh keinsafan mana tahu Ramadhan tahun depan tak ketemu lagi. Moga pengakhiran kita masih sama...husnul khatimah.

Tuesday, October 10, 2006


















It almost 3 and 1/2 years being a dental student but still a lot of knowledge to gain and grab.
"Utlubu 'ilmu minal mahdi ilal lahdi" benarlah seperti yang diucapkan Kekasih Agung, Rasulullah s.a.w, tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahat.Ilmu, makin dipelajari makin banyak yang tidak diketahui.
Ana petik dari buku Ayyuhal Walad(Wahai Anak!) , Sabda Rasulullah s.a.w : Sekeras2 azab ke atas manusia pada hari Kiamat ialah ia mempunyai ilmu2 tetapi ia tidak memanfaatkan dgn ilmunya itu" .Barangsiapa yang tidak beramal maka tidak didapati baginya sebarang balasan.
(ana tak sempat khatam buku ini, sbbnya totally dalam bahasa Arab so tgh berdikit2 menterjemah)
Ya ayyuhal walad, jika kamu baca ilmu2 selama 100 tahun, kamu kumpulkan 1000 kitab, tidak kamu dapati ia setara dgn rahmat Allah Taala kecuali dengan beramal dengannya.Sebagaimana firmanNYA yang bermaksud : "Brgsiapa yang mengharapkan pertemuan dgn Tuhannya, maka beramallah amalan yang soleh" Surah Kahfi : 11.

Saturday, October 07, 2006

Ku Mungkir Janji..

How many times I did this? What's more to my mom, everytime thinking about that..urgh, my tears came out.Ohoh, mom I didn't have any intention to make you feel sad."Hmm, you said you want to come back home but till the evening I can't see your existance at home..hardly" .When you said that, half of my heart suddenly shrink to the lowest. I didn't blame anyone or anything but you know..this might be change a little bit if 'everyone' (actually I pointed it out to some group of 'always missing in action' people) participate and make the work less burden.

Sometimes, I pity for them or should I say certain person who had to work hard because some of 'them' so lazy to do anything..who just want to take a nice sleep and weekend holiday at home sweet home.Don't they have hearts? I know somehow maybe they had an excuse why they had to do this,but it's for everytime,everyday and every moment? Ok, mind your own bussiness, madam! Ops, sorry!
Looked like, I have to do the same 'ritual' for every Hari Raya..tersengih2 depan mak, "mak please forgive me for doing this and that which might broken your heart" and guess what will mom say to me.."next year buat lagi...hai,anak2 mak ni.Selalu je mcm ni" Huhu, suddenly memory seeps in mind-mak jarang akan marah kami ,sebabnya kami selalu buat lawak2 yang membuatkan mak tak jadi nak marah..kan..kan Pips?
This Hari Raya, we travel by Matrix and Atos so no more van.Luckily, this year there are 2 more driver..for sure I cannot sleep when they drive, mcm hantu bw kete,but they are truly dedicated driver. "Erm, abg Udin can you please fetch us at ..." "Ok, let's go babeh!" Haha, take advantage! Then, our early planning to join our brother in -law and sis's car-wonder my Kedah's accent is to what extent.Good, Better or Excellent ?Should ask him later, I just get to know he's graduated from Michigan University so..I should take this chance to polish and 'brushing' my broken Manglish, English or American accent too. Rrrr..rrr.

Friday, October 06, 2006

Penawar Sebuah Kesakitan..

"Hilangkanlah derita wahai Tuhan manusia, sembuhkanlah, engkaulah penyembuh, tidak ada penawar melainkan penawarmu,.penawar yang tidak membawa sakit.."

Demikianlah doa yang Rasulullah s.a.w pernah amalkan dengan menyapukan dengan tangan kanannya sambil dibacakan doa tadi. Rasulullah s.a.w sendiri pernah mengubati para sahabatnya dengan membaca ayat-ayat al Quran, zikir dan doa.

"Dan Kami turunkan sebahagian dari Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Quran itu tidak menambahkan kepada orang yang zalim selain dari kerugian semata" (Surah Al Isra' :82)

Pernah semasa seorang sahabat Nabi telah mengubati seorang ketua kampung yang telah disengat binatang berbahaya ,lalu dibacanya surah Al Fatihah.Dengan izin Allah maka sembuhlah ketua kampung tersebut.Lantas sahabat tadi dihadiahkan sekawan kambing, namun beliau menolak. Diadukan hal tadi kepada Rasulullah s.a.w .

"Wahai Rasulullah, saya hanya menjampi cuma dengan al Fatihah.."Maka tersenyumlah baginda dan katanya: "Tahukah kamu? Sesungguhnya Fatihah itu jampi..ambillah pemberian mereka itu ..."

Hebatnya Islam ajaran Allah, segala sudut tidak ada sedikitpun yang tertinggal malahan dalam bidang yang terkecil sekalipun. Tetapi umat Islam jarang menyedarinya bahkan seringkali menganggap remeh temeh.,itulah namanya bila dah sekular menular. Kita mampu tapi malas untuk berusaha.Besar pahala bagi seorang pegamal perubatan&pergigian jika dapat menyebarkan Islam melalui pekerjaannya. Bagi ana, kalau tak mampu sekalipun;tunjukkan sikap2 orang muslim yang sejati dalam setiap apa yang kita kerjakan. Mulakan dengan nama Allah sebelum check patient, lepas tuh sebelum balik ingatkan patient ttg Allah (dah solat ke belum, puasa ke tidak, kalau sakit ada berdoa mintak Allah sembuh ke?) semudah itu sahaja. Tak payahkan? Paling penting, ingatkan pesakit-dari Allah datangnya kesakitan maka Dia jualah yang Maha Penyembuh, Dia tak turunkan kesakitan semata-mata tapi sebagai kifarah dosa sebelum ini...

Tuesday, October 03, 2006

KUTEMU CINTANYA DI RAMALLAH

Apabila kamu menghampiri sebuah kota untuk berperang, jemputlah warga kota itu untuk berdamai. Kalau warga kota itu menyambut untuk berdamai, maka semua rakyat di dalamnya diperhambakan kepada kamu. Kalau warga kota itu enggan menyerah, malah sebaliknya memerangi kamu, maka hendaklah kamu mengepung kota itu. Apabila tuhan meyerahkan kota itu kepada kamu, maka hendaklah kamu pancung semua orang lelaki, wanita, kanak-kanak dan binatang serta rampasan dalam kota itu menjadi milik kamu. Begitu juga hendaklah kamu lakukan dengan semua kota yang jauh daripada kamu. Jangan biarkan seorang pun tinggal di dalamnya.
Tasthniah Sah {17-10}{20}.

Israel bedebah! Celaka ke atas Yahweh! Ramallah bergegar lagi. Hujan darah menitis lagi di sana. Jentolak Israel memusnahkan 73 rumah di kem pelarian Gaza awal pagi tadi. Kebanyakan penduduk masih tidur, menyebabkan beratus-ratus orang hilang tempat tinggal. Saban hari kita disogokkan dengan peristiwa kekejaman Yahudi Laknatullah, tapi apa tindakan kita? Ke mana hilangnya suara-suara yang ingin membela intifada’ Palestin? Aku benci dengan dunia yang buta, pekak dan terus bisu! Kewajipanku menuntut ilmu di bumi yang kupijak ini serasa sia-sia. Aku mencari ilmu di sini sedangkan insan-insan durjana itu enak menjarah dan memamah jasad-jasad saudaraku di Ramallah, Jenin, Semenanjung Gaza. Serasa dayusnya aku kerana tidak kembali pulang, berjuang bersama-sama saudaraku di sana. Membenamkan kezaliman Zionis yang bertebaran liar di bumi Quds. Hingga sekarang, aku masih buntu mencari jawapan. Adakah masih perlu aku bersenang- lenang di sini sedangkan saudaraku di Palestin disembelih Zionis saban hari. Pengecutkah aku? Pengkhianat agamakah aku, Fathi?

Aku? Entahlah! Aku sendiri masih keliru. Malah, semakin keliru dengan pergolakan hati yang dicetus gadis bermata jeli itu.

Ah gadis itu! Satu-satunya perawan yang berjaya mengocak sentimenku. Semangatnya bisa menandingi kekuatan seorang insan bernama Adam. Malah aku sendiri kagum dan terbias dengan roh jihad yang subur dalam jiwanya. Kekentalan semangat dan keyakinannya itu menimbulkan suatu kesedaran baru dalam diriku. Betapa di sekeliling masyarakat Muslim, amat kurang pemuda pemudi berjiwa waja seperti gadis Palestin ini. Malah aku sendiri mengakui aku turut tersenarai sebagai pemuda yang masih bebal semangat jihad. Perkenalan singkat, lewat demostrasi dan ceramah jalanan membela perjuangan intifada’ Palestin memaksaku mengenalinya lebih dekat. Ayat Akhrasa.Seorang gadis yang acap kali menghuni lensa kameraku. Kisahnya dan penulisan sejarahnya tentang Yahudi acap kali menghiasi laman lidah editor majalah kecil Lambaian Quds. Seawal usia tugasku sebagai jurugambar di syarikat majalah ini masih banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki. Tambahan pula, selama ini aku tidak pernah ambil pusing dengan perkembangan di Tebing Barat apatah lagi tentang perpecahan dan pergolakan dunia Arab. Lantas aku seperti rusa masuk kampung tatkala ditawarkan tugas sebagai jurugambar di majalah Lambaian Quds ini.


Di Parlimen Israel, ada tergantung peta Negara Raya Israel yang memanjang dari Sungai Nil ke Sungai Furat. Ertinya termasuklah Mesir dan Iraq. Semuanya mereka rencanakan dalam konferensi Zionis pertama di Switzerland pada 1897 di bawah kendalian Theodore Hertzl. Bumi anbiya bakal dinodai. Kulihat bola matanya sayup memandangku. Ada geletar di hujung bicaranya.

Oh, ya kah? Aku mengerutkan dahi.
Pada tahun 1948, bumi Israâ dan Mikraj diperkosa Yahudi. 800 000 orang Palestin diusir dari tanah air sendiri. Apabila Israel menawan Semenanjung Sinai pada tahun 1973, mendiang Perdana Menteri Wanita Pertama Israel, Golda Maer dengan angkuhnya berkata: Saya dapat mencium bau datuk nenek saya beribu batu! Beliau bermaksud Kota Mekah dan Madinah di Jazirah Arab yang menghadap kepadanya. Oh! Selagi warga dunia hanya berpeluk tubuh dan tunduk pada kuasa veto Amerika dan Yahudi, sifir keganasan dan kekejaman akan terus dihitung.
Dia tunduk. Ada memanik putih di tubir matanya.

Aku mula serba salah tika kulihat Akhras menyapu birai matanya yang digenangi air jernih. Fathi¦Diriku merindukan kedamaian di bumi Quds. Lantas dia pun berlalu.
Sekitar tahun 1905 hingga 1271, Perang Salib dilancarkan. Perang ini tercetus atas desakan Yahudi. Realitinya, Perang Salib bertujuan melindungi orang-orang Kristian yang melawat Baitul Maqdis dan mendirikan pemerintahan Kristian di Palestin, tetapi hakikatnya peperangan tersebut bertujuan melaksanakan kepentingan orang-orang Yahudi. Mereka telah menjadikan suruhan orang-orang Kristian Eropah sebagai alat mereka. Muktamar Maskoni Keempat yang diadakan oleh pihak Gereja Katholik pada tahun 1215 Masihi memutuskan supaya orang-orang Yahudi diberi suatu penempatan khusus supaya tidak menggunakan orang-orang Kristian sebagai alat mereka lagi. Keputusan ini diambil sebagai reaksi terhadap kegiatan murabin (pemakan bunga} orang-orang Yahudi. Namun keputusan ini tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana pengaruh kuasa orang-orang Yahudi segenap bidang keagamaan, kerajaan dan rakyat.

Pada tahun 1275 Masihi, Raja Edward I telah mengeluarkan perintah mengharamkan orang-orang Yahudi daripada mengenakan bunga. Pada tahun 1306, Perancis pula mengusir orang-orang Yahudi dari negerinya. Diikuti oleh Belgium pada tahun 1370, Slovakia pada tahun 1380, Austri pada tahun 1420, Sepanyol pada tahun 1492, Lithopia pada tahun 1495, Itali pada tahun 1498 dan Bavaria pada tahun 1551. Akibatnya seperti yang disebut dalam Encyclopaedia Britannica Semua itu menyebabkan orang-orang Yahudi berhijrah ke Timur, khususnya ke Empayar Turki dan Polonia.

Ariel Syaron menyambut baik Pelan Damai Tajaan Amerika setelah berkali-kali berdolak dalik. Bush ketawa, Collin Powell tersengih. Ah! Aku tidak percaya dengan manusia-manusia topengan iblis itu. Pasti ada muslihat di sebalik sesuatu yang direncanakan mereka. Israel tidak pernah setuju dengan resolusi, konfrontasi mahupun semua bentuk rundingan damai di meja-meja bulat. Aku bimbang segala-galanya akan musnah seperti Perjanjian Oslo pada tahun 1993. Pelan Damai ini mungkin akan dikoyak carik oleh manusia-manusia durjana itu seperti hancurnya Proses Damai 1994 antara Israel-Jordon-Palestin.Rona merah menyelubungi wajah ayunya. Semangatnya mula berkobar. Benci dan jijiknya dia pada Yahudi Laknatullah yang menghancurkan bangsa dan tanahairnya.
“Kau terlalu pesimis. Mungkin sudah terbuka hati pemimpin-pemimpin dunia itu untuk melihat dunia kembali damai dan tenang daripada gegak gempita bom, roket dan senjata. Atau mereka jua mahu hujan darah tidak menitis lagi membasahi Quds. Bersangka baik mungkin akan memberi pulangan yang baik jua pada kita
Aku
mengheretnya mencari opsyen yang lebih positif.
Ah Fathi! Kau jua sudah dipukau sihir iblis-iblis itu? Sudah termakankah dikau dengan kata-kata manis mereka? Sudah hancur lumatkah mereka kulum iman dan roh jihadmu? Sedarlah dari lenamu. Mereka tidak kenal erti damai. Malah sejarah sudah membuktikannya. Israel tidak pernah puas menodai Quds. Hanya kerana Pelan Damai tajaan Amerika ini pandanganmu sudah kabur?

Nada bicaranya mula meninggi. Ternyata bicaraku meningkah rayunya. Aku keliru. Semakin keliru.
Demi sesungguhnya engkau ( wahai Muhammad ) akan dapati manusia yang keras permusuhannya terhadap orang-orang beriman ialah orang-orang yahudi dan orang-orang musyrik.
( Al-Maidah:82 }


Orang-orang Yahudi merancang dan membiayai gerakan pemberontakan di Perancis pada tahun 1789. Pertubuhan Freemason di Timur Raya Perancis mempunyai jaringan sulit operasi Yahudi yang terdiri daripada orang-orang Perancis seperti Marquis Miravo, Routsheld dan Rousoe. Matlamat rancangan revolusi Perancis oleh sekumpulan Yahudi daripada tokoh-tokoh murabin Yahudi ialah supaya kuasa sulit mereka dapat menguasai kerajaan diikuti revolusi-revolusi lain di seluruh Eropah.

Menurut Sir Walter Scot, kebanyakan pemimpin revolusi Perancis sebenarnya terdiri daripada orang-orang asing dan orang-orang Yahudi. Contohnya Manuel Yahudi yang mengangkat dirinya sebagai pendakwa raya Komon di Paris. Beliau bertanggungjawab menyumbat ribuan orang ke dalam penjara Paris. Di tangannya sahaja lebih lapan ribu orang menjadi mangsa penyembelihannya. Bersama-sama perancang Yahudi yang berpusat di Gereja Yaakabat, Manuel menuntut supaya lebih banyak darah yang mengalir. Pemimpin-pemimpin revolusi yang lain seperti Robesbear, Danton dan Mara tidak mampu berbuat apa-apa kerana mereka hanyalah boneka Yahudi.


Setelah itu mereka melantik Napoleon Bonaparte sebagai agen mereka untuk menghapuskan semua mahkota dan raja-raja Eropah. Rancangan ini dikenali sebagai Siri Peperangan Napoleon.
Tetapi Napoleon akhirnya mendedahkan rancangan Yahudi itu lantas apabila dia menyerang Rusia dan Jerman ketika musim sejuk, Yahudi menghentikan bantuan kewangan dan persenjataan kepadanya. Maka berakhirlah pemerintahan Napoleon. Pada tahun 1814, Napoleon ingin berhenti dari takhtanya di Paris tetapi dibuang negeri ke Pulau Alpa. Akhirnya beliau meninggal akibat serangan sakit jantung. Begitulah keterlibatan Yahudi ketika Revolusi Perancis yang penuh dengan tipu daya dan helah. Lantas, apakah kita tidak mahu mengambil iktibar daripada sejarah?
Emosinya pasti memuncak saat berbicara tentang kekejaman Yahudi di bumi Quds. Benarlah! Dia terlalu jelek dan benci dengan bangsa algojo yang menyembelih saudara-saudaranya di Palestin. Atau sebetulnya aku harus mengakui saudara-saudaraku jua yang ditindas di sana. Ya! Saudara seIslam, seaqidah denganku. Lantas aku teringat bicara parah antaraku dengannya tentang laungan jihad di bumi Palestin. Ah! Tutur nista seawal usia perkenalanku dengannya menimbulkan bibit-bibit perbalahan antara kami. Lantas kini, aku mengakui kehebatan hujahnya dan kejengkelan bicaraku. Oh! Jahilnya kau Fathi!

Kau hanyalah seorang pelajar. Sementelah pula seorang wanita. Matlamatmu ke sini semata-mata untuk menuntut ilmu. Mengapa harus melibatkan diri ke kancah politik? Adakah dengan berdemostrasi menuntut keadilan dan hak rakyat Palestin di jalanan mampu menghentikan peperangan yang meletus di Tebing Barat? Hujahku menitir laju.
Politik? Isu Palestin ini kau anggap politik, Fathi? Ah! Dangkal sekali hujahmu. Palestin tanah tumpah darahku. Watan yang harus aku pertahankan haknya. Lihat di sekelilingmu. Walaupun sahabat-sahabat ini bukan berasal dari bumi Quds, tapi mereka bukan pengecut sepertimu! Daripada diam membisu atau hanya memandang lesu sahaja saudara seagama disembelih Zionis, kami berani bangkit bersuara lantang supaya dunia mendengar cemuhan dan rasa tidak kepuasanhati kami terhadap kekejaman Israel yang terus-terusan menodai Palestin.â€
 Suaranya bergetar. Peluh merenek di dahi
gadis itu.

Aku bukan bodoh. Kenapa perlu susahkan diri? Aku bukan bangsa Arab. Di bumi ini aku sudah dikurniakan kehidupan yang aman dan bahagia. Bebas dari sebarang bentuk pencabulan hak asasi. Mungkin segala yang berlaku di dunia Arab hari ini berpunca daripada bangsa Arab sendiri. Lantas, bangsamu yang mencari masalah, bangsamu jualah yang menyelesaikannya.” Bicaraku mengundang padah. Kata-kataku umpama menyiram minyak ke marakan api yang membahang. Mukanya mula merona merah.

Fathi! Isu Palestin adalah tanggungjawab sejagat, tanggungjawab yang tidak hanya terbeban di bahu bangsa Arab atau rakyat Palestin semata. Umat Islam umpama suatu binaan yang terpasak kukuh dengan tunjang aqidah dan syariat yang satu. Mungkinkah kau sudah lupa, Fathi? Badar, Khandak, Fathu Makkah menyaksikan kemenangan berputik hasil daripada kesatuan dan perpaduan antara mujahidin Islam. Sejarah membuktikan yang kegemilangan Islam di zaman pemerintahan Rasulullah dan para sahabat berasaskan thabat jiwa dan semangat kesatuan yang jitu.” Hujahnya mula memancing hatiku. Ada kebenaran yang tercetus pada kata-katanya. Aku terpana.

Apakah kau rela menyaksikan tanah barakah itu terus-terusan dinodai Yahudi laknatullah itu? Apakah kau rela saudara-saudara seagamamu disembelih bangsa laknatullah itu? Apakah kau mahu sejarah Shabra dan Shatila berulang kembali? Nasib kita, umat Islam tidak pernah berubah. Kita ditindas dan ditekan di mana-mana. Mungkinkah kerana ruhul Islam sudah lupus dari jiwa? Fikirkanlah Fathi. Aku tidak mahu kau jua hanyut seperti pemimpin-pemimpin Islam yang tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelesaikan masalah ini. Apakah kau jua mahu digelar kerbau yang sudah dicucuk hidungnya? Mengia dan membenarkan saja kuasa veto itu berbuat sesuka hati mereka? Berlagak seolah-olah Polis Dunia yang kebal diri?

Gadis itu memandang tepat ke bola mataku. Aku kaget. Diam.
Lantas, aku harus mengangkat senjata melawan mereka dengan kudratku yang sekecil cuma ini?
Bicaraku pecah. Dia
tersenyum.

Jihad tidak semestinya dengan senjata. Yang penting adalah niat kita kerana Allah, demi membela agama tercinta. Namun Perang Badar sudah membuktikannya. Apalah maknanya kuantiti tanpa kualiti. Sekali kau pertaruhkan nyawa dan ragamu untuk Islam, segunung ganjaran menantimu.


Kau tak takut matikah?
Dungukah soalanku itu? Huh!

Untuk apa takut? Ajal maut di tangan Tuhan. Selanya tenang. Ah! Perawan yang satu ini

Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar. Pemuda yang tiada peribadi, bersikap seperti kera; pemuda yang tiada punya akhlak, yang lebih dekat dengan binatang; pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa jahat dan zalim, disusun oleh golongan kufur dan syaitan; pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka. Tetapi keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya.
( Fathi Yakan }


Syeikh Yusuf Al-Qardhawi dalam ulasannya tentang kekalahan Arab dalam melawan Israel pada tahun 1967 menyatakan sebab pokok kepada kekalahan ini, jua sebab yang sama yang telah membawa kepada kehilangan Andalusia dan Palestin ialah melupakan Allah SWT dan meninggalkan Islam sebagai satu kesatuan aqidah, syariat, akhlaq, pemikiran dan perasaan.
Selain itu, tandusnya semangat berkorban dan keinginan kepada syahid serta tumbuh suburnya penyakit al-wahn dalam jiwa pemuda-pemuda Islam. Mereka juga turut melupai akan pertolongan Allah ketika melangkah ke medan perang. Tiada lagi kedengaran pesanan taqwa daripada pimpinan tentera seperti yang pernah dipesan oleh Khalid Ibnu Walid kepada tentera-tenteranya di medan Yarmuk.

Hari ini adalah satu hari daripada hari-hari Allah yang tidak harus ada unsur-unsur keangkuhan dan kederhakaan, tetapi seluruh jiwa raga harus tulus berjihad pada jalan Allah.” Umar Al-Khatab juga pernah berpesan kepada panglimanya,Kita hanya mungkin menang dengan sebab kederhakaan musuh-musuh terhadap Allah dan ketaatan kita kepada-Nya. Andai kita sudah sama-sama berbuat maksiat, maka mereka mengatasi kita dari segi kekuatan.


Hai orang-orang yang beriman! Kalau kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan mengukuhkan tegakmu.
{ Muhammad : 7 }


Aku sayangkan kau, Akhras.
 Nah! Aku tidak mampu berselindung di balik tirai keegoanku lagi. Lantas bicara yang begitu, meluncur laju dari kerongkongku.
Aku benar-benar ikhlas menyatakannya.
Redup mataku bertemu hening matanya. Biar sepasang mata ini
yang berbicara supaya gadis itu tahu yang aku ikhlas menyintainya.
Dia tunduk lalu menghadiahiku sekuntum senyum. Oh! Mungkinkah? Aku menanti jawapannya penuh debar, penuh pengharapan. Hatiku hancur luluh tika dia berlalu meninggalkanku tertanya-tanya sendirian. Aku terpana. Ah! Akhrasa tidakkah ada ruang di hatimu untukku?


Dalam Protokol Zionis Pertama : Politik tidak sedikitpun bersesuaian dengan akhlak, dan pemerintahan yang terikat dengan akhlak bukanlah politikus yang baik. Tujuan menghalalkan cara. Maka kita hendaklah meletakkan perencanaan kita tanpa menoleh apakah ia baik atau berakhlak. Apa yang penting ialah sejauh mana kepentingan dan faedahnya.
Dalam Protokol Zionis Ketiga : Kita perlu memerintah beberapa puak dengan mengeksploitasikan perasaan hasad dengan menyalakan permusuhan mereka dengan kesempitan hidup dan kemiskinan. Perasaan ini ialah wasilah kita yang membolehkan kita menghapuskan setiap mereka yang menyekat tujuan kita.


Assalamualaikum wbt
Saudara Fathi Nuruddin, sahabat seperjuangan landasan sufiah ini.
Niat suci Fathi , amat kufahami. Bukan tujuan diri ini untuk menyinggung perasaan Fathi tempoh hari apatah lagi melukai atau mencalari hati seorang sahabat sepertimu. Maaf. Aku tidak mampu menyatakan jawapanku di hadapanmu. Lantas, marsum ini kuutusi.
Cintaku kepada syahid melebihi kasih kepada insani. Aku tidak mahu tenggelam dalam cinta manusia yang hanya bermusim dan tidak pasti. Tidak akan sekali-kali kuabaikan cinta agung untuk Ilahi. Aku mendambakan pertemuan dengan-Nya, Fathi. Kemaruk aku menanti saatnya, kini ada di depan mata.
Aku tidak layak untukmu. Malah aku anak yatim yang berdagang di bumi orang. Bukalah ruang hatimu untuk gadis yang lebih mulia berbandingku.
Fathi, semalam aku bermimpi Qubbah Al-Sakhra Mungkinkah aku sudah ketemu cinta di sana?
Salam perjuangan,
Ayat Akhrasa


17 Januari 2003
* * * * * * *
9 Ogos 2003
Pilu mengepung kalbu. Dadaku sesak seolah-olah ditindih sesuatu. Aku sedang menyaksikan keruntuhan sebuah tamadun Islam. Bumi yang pernah dibebaskan oleh Sallahuddin Al-Ayubi dalam Perang Hittin tanggal 1187. Tiba-tiba mataku berkaca. Pecah lalu berderai membasahi tanah barakah itu. Tanah yang sentiasa disirami air darah rakyat Palestin, saudara-saudara seagamaku. Aku dicengkam pilu. Hatiku digigit rasa keharuan yang menebal. Ya Allah


Aku merakam segala penderitaan, jerih payah perjuangan rakyat Palestin yang inginkan kedamaian menjernih di bumi Quds ini. Kameraku tidak pernah menipu malah kebenaran lebih bercahaya di hujung lensanya. Aku menawarkan diri sewaktu Lambaian Quds ingin menghantar koresponden ke Palestin. Biarlah kupertaruhkan nyawa demi mencari sebuah kebenaran yang hakiki. Akan kutunjukkan pada dunia. Nah! Inilah bangsa yang meminggirkan kemanusiaan.
Seminggu di Ramallah, kebenaran dan penderitaan terakam. Namun resah masih menjerat hati. Oh ya! Aku tidak beritahu kalian lagikah, aku turut memijak bumi Isra Mikraj ini demi kembali mencari kepastian. Ingin aku nyatakan pada kalian, aku sudah ketemu cintanya di sini. Ya, di Ramallah ini. Walaupun aku pasti yang aku tidak mungkin menatap wajah ayu bermata jeli itu lagi, namun aku telah ketemu perjuangannya di sini. Tiupan bayu intifada di bumi Palestin ini serasa mengganti hempusan pawana cintanya yang pernah membelai hatiku suatu masa dulu. Benarlah! Cinta kekasih agung itu lebih hebat daripada kasih makhluk. Lantas, serasa aku jua mengimpikan tautan kasih dengan cinta hakiki


.....................................