Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Thursday, July 27, 2006

Freemasonary..ayuh hancurkan kuffar ini!

"Mereka mengadakan tipu daya, sedangkan Allah jua mengadakan tipudaya.Sesungguhnya Allah jualah sebaik-baik pembuat tipu daya" (Surah Ali Imran :ayat 54)

Sabda Rasulullah s.a.w :
" Tidak akan terjadi hari kiamat sehinggalah sampai masa orang2 Yahudi memerangi umat Islam.Lalu umat Islam memerangi mereka, sehingga mereka lari bersembunyi di sebalik batu-batu dan pokok-pokok. Batu-batu dan pokok-pokok lantas berkata : Wahai muslim wahai hamba Allah, dibelakangku ini ada orang Yahudi, maka datanglah dan bunuhlah ia"

Musuh Islam dari kalangan Yahudi dan Kristian sememangnya menunggu peluang keemasan untuk menarik dan membawa umat Islam yang terleka ke lembah kesesatan.Mereka inilah yang teumpan dek suapan musuh akan taat setia melakukan apa jua kehendak kafir laknatullah walaupun terpaksa membunuh saudara seagama. Bermula dari kejatuhan Khilafah Uthmaniyah, umat Islam mula dipecah-pecahkan mengikut kawasan dan bangsa kononnya bagi membela nasib bangsa nasionalisme. Sememangnya Hubbul Waton (cintakan tanah air) adalah sebahagian daripada iman tetapi ada keterbatasannya. Sila rujuk Allahyarham Prof. Dr abdullah Nasih 'Ulwan bwh tjuk : al-Qaumiyyah Fi Mizanil Islam.

Dan pada masa yang sama jualah , pelbagai gerakan underground seperti Freemasonary, Orientalis, Kristianisasi diterap masuk ke dalam agenda kebangsaan lantas menjadi tulang belakang kepada gerakan nasionalis. Zahirnya, mereka menampakan diri mereka sebagai gerakan yang memperjuangkan nasib bangsa dengan membawa masuk slogan2 semangat kebangsaan. Bahkan mereka menzahirkan diri mereka sebagai pertubuhan kebajikan walhal disebaliknya terkandung pelbagai agenda rahsia yang menjanjikan kemenangan bagi pihak musuh. Lihat sahaja kepada Pertubuhan Kelab Lions dan Rotary contohnya...



Ketenangan ada di sini
Tak jumpa kerana kau tak menghayati
Kebahagiaan tersirat di hati
Tak rasa kerana kau tak mencari

Saturday, July 22, 2006

Catatan Seorang Kelana...

(Note: This msg I got from my x-sas alumni member who wrote it..pls read it by heart not only eyes)

Bismillah...

Lama sudah saya tidak mencoret. Sepi. Banyak perkara tersimpan dibenak yang ingin saya muntahkan. Justeru, kali ini saya nekad untuk berkongsi. Walaupun rasanya bukan amat penting, tapi cukup memberikan impak mendalam terhadap jiwa dan perasaan saya.

Malam Jumaat lepas seperti sebelumnya, saya telah menziarahi hostel pelajar-pelajar Perlis. Seperti dirancang, malam Jumaat adalah waktu khusus bagi setiap Badan Pengurus (BP) angkat PMRAM turun ke rumah-rumah Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM). Dan saya adalah BP angkat kepada BKAN Perlis. Saya membawa sebuah fail yang telah disediakan oleh Lajnah Dakwah PMRAM. Di dalamnya berisi risalah dan hand bill biah solehah.

Seperti biasa, seusai solat maghrib berjemaah kami membaca Yasin beramai-ramai. Kemudian mic diserahkan kepada saya untuk saya sampaikan tazkirah ringkas. Tazkirah saya lebih banyak tertumpu kepada isu umat Islam terkini khususnya Palestin. Memang, kerana tujuan kedatangan saya adalah untuk melancarkan pungutan derma kilat bagi rakyat Palestin walaupun pada malam tersebut tiada sebarang kutipan pun yang saya perolehi kerana semua pelajar meninggalkan dompet-dompet mereka di bilik masing-masing. Tetapi saya yakin, kutipan itu akan sampai juga ke tangan saya kemudian nanti.

Izinkan saya kepilkan di sini beberapa maklumat ringkas mengenai Palestin yang sempat saya sedut dari internet dan sedikit sebanyak saya sebutkan di dalam tazkirah saya. Mudah-mudahan hati kita hidup untuk sama-sama merasai penderitaan yang ditanggung oleh saudara seaqidah kita dan membangkitkan kembali roh jihad kita.


- Isu Palestin adalah isu aqidah umat Islam. Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa di dalam hati setiap orang Islam. Jika dirujuk kepada al-Quran dan sunnah:

i) Bumi ini dianggap suci dan diberkati kerana terdapatnya Masjid al-Aqsa, sebuah masjid yang menjadi qiblat pertama bagi orang Islam dan merupakan masjid yang ke-3 paling suci bagi orang Islam. Barangsiapa yang bersolat di masjid ini akan mendapat 500 kali ganda pahala.

ii) Di bumi ini jugalah kejadian Isra' (perjalanan malam) berlaku, di mana Nabi Muhammad s.a.w di angkat ke langit dan didedahkan perkara-perkara ghaib kepadanya.

iii) Bahkan ramai para anbiya’ yang disebut di dalam al-Quran, telah dilahirkan, dibesarkan dan disemadikan di bumi ini (lebih 50 orang kesemuanya). Semoga Allah memberkati mereka semua.

iv) Berdasarkan perspektif Islam, tempat ini merupakan padang Mahsyar selepas kiamat dan merupakan pusat keamanan sejagat.

v) Orang yang tinggal di sana kerana Allah diibaratkan seperti orang yang berjihad di jalan Allah.

vi) Bumi Palestin juga dianggap sebagai pusat untuk kumpulan-kumpulan yang sentiasa teguh menegakkan kebenaran dan hak orang Islam sehingga ke hari kiamat.

- Lebih kurang 20% daripada penduduk Palestin pernah ditahan di penjara Israel sebanyak sekali atau lebih. Anda mungkin tidak akan jumpa mana-mana keluarga Palestin yang tidak mempunyai anggota keluarga yang tidak terlibat.

- Januari 2006: Seramai 8200 orang Palestin yang ditahan di penjara Israel.

- Tahanan Kerajaan (administrative detention): Iaitu tahanan tanpa bicara atau sambungan tahanan walaupun selepas menjalani hukuman penjara.

Arahan Tentera Israel No 1229 (1988) membenarkan pihak tentera untuk menahan rakyat Palestin di kawasan yang dijajah selama 6 bulan tanpa bicara dan ini boleh terus disambung. Para hakim membuat keputusan berdasarkan bahan bukti secara rahsia tanpa ditunjukkan kepada tahanan atau peguam mereka (polisi yang diterima selepas 11 September).

- Jun 2006: Terdapat 388 kanak-kanak Palestin di dalam tahanan Israel.

3000 kanak-kanak telah disumbat ke dalam penjara Israel semenjak September 2000 (majoriti adalah kerana membaling batu).

Kanak-kanak semuda 12 tahun telah pun dibicarakan.

May 2006: Seorang kanak-kanak di Tebing Barat yang berumur 5 tahun telah dirampas dari bapanya dan di tahan selama 6 jam setengah (kerana membaling batu).

- September 2000: Terdapat lebih dari 100 orang tahanan wanita di penjara Israel.

Dua kes tahanan wanita ini yang bersalin di penjara kerana serangan seksual.

Tahanan wanita dipaksa berbogel dihadapan warder penjara yang kebanyakannya adalah lelaki dan di paksa melalui ‘body search’.

- Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri tidak menerima gaji semenjak tiga bulan yang lalu.

- Tahap pengangguran telah mencapai 31% di Gaza dan Tebing Barat.

- Bekalan makanan, petrol dan ubat-ubatan di hospital semakin kehabisan. Baru-baru ini, tiga orang bayi telah meninggal di hospital di Gaza kerana ketiadaan ubat-ubatan yang mencukupi.

- Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat.

- Wang hasil kutipan cukai berjumlah USD 55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin.

- Kerajaan HAMAS menanggung beban hutang sebanyak USD 3 billion hasil tinggalan kerajaan sebelumnya.

- Harapan kerajaan HAMAS agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.

Justeru, sekiranya ada sahabat/ah yang sudi untuk meghulurkan sumbangan, bolehlah terus berbuat demikian melalui saya selaku Ketua Badan Kebajikan dan Tabung Derma (BKTD) PMRAM.

(Sambung kembali coretan saya...)

Selesai solat Isyak, kami solat hajat. Minta supaya Allah mengembalikan kemenangan kepada Islam dan membela nasib umatnya. Juga moga Allah mengurniakan kami kecemerlangan di dalam imtihan yang lepas. Tidak dilupakan, moga Allah afiatkan seorang sahabat kami dan ayahnya yang kemalangan beberapa minggu lepas yang masih belum sembuh dan akan dihantar pulang menjalani rawatan di Malaysia.

Selesai semuanya, saya mula melangkah ke bilik-bilik pelajar bersama fail yang saya bawa tadi. Hand bill-hand bill dan risalah biah solehah semua saya passkan kepada pelajar-pelajar yang saya temui. Bersambut dan bertukar tangan, alhamdulillah. Ya Allah, saksikanlah! Saya telah sampaikan dakwah saya kepada mereka.

Kemudian, pemangku Yang Dipertua BKAN Perlis membawa saya melawat sahabat dan ayahnya yang saya katakan kemalangan tadi. Sayu melihat mereka berdua. Lebih-lebih lagi ayahnya. Teruk juga. Beberapa bahagian angota mereka berdua ada yang berbalut dan patah. Kami bersalaman.

Saya mengambil masa yang lama juga bersama mereka. Bertanya khabar dan mengurut-urut ayahnya. Saat ini, nubari saya tersentuh. Ayahnya seakan budak kecil. Minta dilayan dan dimanjakan. Teringat saya pada salah satu ayat Allah di dalam surah Yasin, maksudnya: “Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas), maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?”

Suaranya tidak berhenti mengaduh. Saya terus mengurutnya tanpa henti. Memicit dan mengesat kepalanya dengan tisu. Tiba-tiba air matanya luruh. Saya mengesat air matanya. Mungkin kerana sangat terharu. Hati saya terdetik, ‘Ibu bapa bila dah tua, amat mengharapkan kasih-sayang dan perhatian dari anak-anak. Ibu, ayah... saya rindukan kalian.’ Katanya dah banyak hari tak makan. Tiada selera.

Saya menghulurkan sampul diut kepada sahabat yang sakit sebagai sumbangan kebajikan dari PMRAM. Semuanya adalah berkat dari hasil kutipan derma di BKAN-BKAN dan DPM. Dia menerimanya dengan malu dan terharu. Syukur, saya telah menunaikan hak saya kepada saudara muslim saya pada malam ini.

Saya berjalan pulang ke pejabat PMRAM. Hati saya menyimpul, ‘Pemimpin adalah pendakwah dan pendakwah juga seharusnya seorang pemimpin.’

Sekian. Siiru ‘ala baraakatillah!

We unite for Islam,
Together we unite the strength...

Wednesday, July 19, 2006

Israeli strikes kill more Lebanese

Tue Jul 18, 06 08:29:02 AM Oleh AJ

BEIRUT, July 18 - Israeli aircraft have bombed Hezbollah positions in Lebanon for a sixth successive day; but the attacks have not stopped the Shia fighters from firing over 50 rockets at Israeli towns and cities.

In Lebanon, anger was also rising as the Israeli attacks killed at least 40 more civilians, taking the toll to over 200 by Monday evening.

The deadliest attacks came when Israeli aircraft fired missiles at a minibus in the town of Rmeileh, between Beirut and Saida. Twelve civilians were killed.
Reuters news agency reported that the vehicle was taking civilians away from the fighting and towards Beirut when the missile struck.

In Saida, Red Cross rescue workers also discovered on Monday the bodies of nine other civilians who were in a building stuck by bombs on Sunday.

The international community have appealed for calm amid growing calls to deploy a multinational military force to monitor and, if necessary, impose a ceasefire along the border.
Israel has said that it will continue to attack Hezbollah until the group stops firing missiles from Lebanon and releases two Israeli soldiers that it captured last Wednesday.

Israeli air attacks have been concentrated on the border region and areas surrounding the two port cities of Saida and Tyre.
Most strikes have been directed against Hezbollah military strongholds and weapons storage facilities.

Israeli artillery fires at southern Lebanon on 16 July
On Sunday Israel warned all Lebanese civilians to leave their homes in southern Lebanon ahead of the coming offensive.

Many have complied and have travelled north to seek relative safety in the capital Beirut and other major cities.
Israel’s Army Radio quoted Israel's chief of staff as saying that Israel planned to enforce a 1km (0.5 mile) "security zone" inside Lebanon to keep Hizbollah away from the border.
Hezbollah attacks

After killing eight Israeli civilians on Sunday, Hezbollah renewed its rocket attacks on Israeli towns and cities on Monday.
In Haifa, Israel’s third largest town where twenty rockets hit yesterday, five civilians were wounded when rockets badly damaged a residential building.

Short-range Katyusha rockets also wounded six people in the Galilee region of Western Israel. Others landed harmlessly in and around several towns in northern Israel including Acre and Tiberias.
Hezbollah attacks have killed 24 Israelis so far, including 12 civilians killed by rockets.
Negotiations

A United Nations team has also begun trying to broker a ceasefire as the world’s most powerful industrial nations called for an end to the fighting from the Group of Eight summit in St Petersburg.

The French prime minister, Dominic de Villepin called for “an immediate, humanitarian truce”.
Vijay Nambiar, who is leading a UN team to organise a ceasefire said there had been "some promising first efforts on the way forward” but added that “much diplomatic work needs to be done."

Nambiar will hold talks with Israeli Foreign Minister Tzipi Livni on Tuesday.
Tony Blair, the British prime minister called for an international military force to separate the warring sides.

Israelis in a bomb shelter near the border with Lebanon

"The blunt reality is that this violence is not going to stop unless we create the conditions for the cessation of violence," said Blair, speaking at the G8 summit.

"The only way is if we have a deployment of international forces that can stop bombardment coming into Israel,” he said.

Officials from Iran, the main military and financial backer of Hezbollah, said that a cease-fire and a prisoner swap would be "an acceptable and fair" deal to resolve the conflict.

"In fact, there can be a cease-fire followed by a prisoner swap," said Manouchehr Mottaki, the Iranian foreign minister after talks with Syrian Vice President Farouk al-Sharaa in Damascus. - mks.

'Is Hizbullah here? Only children here.' City mourns air strike dead

Saturday, July 15, 2006

Tabarruj..apa ek?






Friday, July 14, 2006

MengenaliMU..Rabb

Tuhan,
Andai ini saat terakhir dalam hidupku
Izinkan hamba ini berbicara barang seketika
Hamba ini sebenarnya tiada layak meminta

Tatkala mengenaliMu,
Aku jadi kagum, takjub dan hairan
Benarkah Dia sebegitu rupa ?
Aku makin tertarik, lantas pencarian keteruskan
Mencari cinta, mengenaliNYA dan menyatakan kelangsungan rindu ini

Oh, rupanya begitu sifat-sifatNYA
Kasihnya pada hamba melebihi kasih ibu pada anaknya
Kalau si ibu pasti dicurahkan segala kasih sayang pada anaknya
Tapi…Dia tak sama
Dia menurunkan ujian, mehnah dan dugaan pelbagai rupa dan rasa
kecil mahupun besar
tak mampu akal manusia mencerna dan mengambil hikmah
Dia balut setiap nikmat dengan balutan yang menguji jiwa
Terkadang kita gusar menilainya..dan hati sering bersoal
Walhal bila dilihat dan ditafsir oleh mata hati
yang suci..pasti kita akan tersenyum..
‘Alhamdulillah, Dia uji aku lagi. Takpe mungkin ada teguran tuh. Allah itu kan Maha Penyayang lagi Mengasihani mana mungkin Dia mahu yang buruk-buruk pada hamba-hambaNYA..
REDHA ibarat jari kita terluka tapi tak terasa sakit..Betulkan?

Tak terhalang..

Kata Imam Al Zandusty r.a , saya mendengar Imam Aba Muhammad Abdullah bin Fadhl berkata :" Kata beberapa orang Hukam :"Barangsiapa yang dianugerahkan 4 perkara maka dia tidak terhalang dari 4 perkara"

1) Brgsiapa yg dianugerahkan mahu berdoa maka dia tidak terhalang dari dikabulkan. Firman Allah yang bermaksud " mintalah kamu sekalian kepadaKU ,nescaya Aku kabulkan"

-cuma cepat atau lambat, itu urusan Allah. Ada doa terus dikabulkan ada yang ditahan dan ada pula pula ditukarkan untuk menolak bala akan datang. Sedangkan Nabi Ibrahim yg semasa Baginda mendirikan Baitullah selalu berdoa agar didatangkan seseorang yang akan membaca ayat Allah dan menyebarkan risalah Islam, kemudian selama beribu-ribu tahun barulah Nabi Muhammad s.a.w lahir. Inikan pula kita, doa sedikit tapi mahu cepat-cepat.

2) Brgsiapa yang dianugerahkan mahu memohon ampun maka dia tidak terhalang dari ampunan.Firman Allah S.W.T bermaksud : " Sesungguhnya Dia(Allah) Maha Memberi Ampun"

3) Brgsiapa yang dianugerahkan mahu bersyukur atau berterima kasih maka dia tidak terhalang dari tambahan nikmat.
Firman Allah yang bermaksud :" Sungguh apabila kamu sekalian mahu bersyukur pasti Aku akan tambah"

-Peringkat syukur itu lebih tinggi dari taqwa. Lupa huraiannya?? Cubalah sahabat cari.

4) Brgsiapa yg dianugerahi mahu bertaubat, maka dia tidak terhalang dari terkabulnya.
Allah S.W.T berfirman :" Dan Dia (Allah) Maha Menerima taubat para hambaNYA dan memaafkan dari segala kejahatan".


'SESUNGGUHNYA ALLAH ITU SUKA KEPADA ORANG-ORANG YANG BERTAUBAT DAN SUKA KEPADA ORANG-ORANG YANG BERSIH'

Taalim: Org yang membaca zikir tak sama dengan orang yang mengingati ALLAh, org yang membaca doa tak serupa dengan orang yang berdoa, orang yang baca khutbah tak bererti orang yang berkhutbah..kerana adapun mengingati Allah bererti ia mengingati apa-apa sahaja yang disuruh dan dilarang ALLAH di dalam Islam.

Wednesday, July 12, 2006

RINDUKU


Khaliq
dari mana datangnya rindu
bertandang, mengisi sepi
melayang, membawa diri
dalam khayal dan alpa
terbang hingga ke awan mimpi
di langit tujuh
bermain kasih
dari mana bisikan rindu
menyapa, memikat hati
melanda, membawa pergi
dibalut ingin dan
ingin lagi
menyelam, mencari mimpi
di samudera jauh
cinta berputik
Khaliqku
kembalikan rindu ini
memutik, menyemai intim
menguntum,
mengharum abid
dibuai menjadi mimpi terpuji
di iman, di hati
bingkisan insani.
dari blog; story4u

Tuesday, July 11, 2006

Oh..Palestine
















Mufti 'Amm Kerajaan Arab Sa'udi Fadhilah al-Syeikh 'Abdul 'Aziz bin Abdullah Aali Syeikh menyeru umat Islam melakukan qunut nazilah untuk umat Islam Palestin yang berdepan dengan kekejaman penjajah Israil. Samahah Mufti Aali Syeikh ketika dihubungi melalui telefon dengan laman al-Islam al-Yaum berpendapat tribulasi yang menimpa mereka, menyeru kita segera berqunut nazilah untuk mereka di masjid-masjid. Di dalam khutbah Jumaat yang lalu yang disampaikan oleh Mufti Sa'udi di al-Jami' (masjid) di Riyadh, beliau menyatakan bahawasanya umat Islam di Palestin berada dalam keadaan yang berat yang menyempitkan hati setiap muslim yang melihat kezaliman, kemelampauan (Yahudi) ke atas wanita, kanak-kanak, orang yang lemah yang tidak ada keupayaan dan kekuatan bagi mereka. Dimana musuh perampas menghancurkan bumi mereka, memusnahkan negeri mereka dan memusnahkan semua yang ada nilai penghidupan. Beliau menambah : "Sesungguhnya ini semua adalah musibah ke atas Islam dan umatnya, kita memohon kepada Allah untuk menyatukan hati-hati mereka dan menetapkan pendirian mereka, dan mencurahkan bantuan dan taufiknya kepada mereka, dan semoga mereka berdiri di dalam satu barisan menentang musuh-musuh Islam." -------- http://www.islamtoday.net/albasheer/show_news_content.cfm?id=57088

Thursday, July 06, 2006

Sebahagiannya


Kadangkala kita tidak mengetahui betapa untungnya kehidupan kita melainkan sesudah kita melihat kehidupan orang lain.Sering kali kita mengomel dan merungut bilamana kekurangan menempati sudut-sudut zahirnya,tak puas hati itu ini dan sebagainya. Kerana sudah terbiasa hidup penuh kemewahan material dan kasih sayang.

Masa PRO 2 beberapa bulan lepas sudah cukup membuka mata hati ana yang selama ini gagal menilai erti sebuah kesyukuran.Seperti biasa, petang2 adalah paling baik untuk kami berbincang dalam study group..kebetulan mak dan ayah bercadang nak datang jenguk sambil menghantar bekalan makanan yang tak pernah putus. Entah kenapa, ana jadi begitu terharu bila mak memeluk memberi kata-kata semangat walhal isinya masih sama cuma nadanya agak sayu dan seperti memujuk.Mungkin itulah kuasa seorang ibu, mampu mententeramkan hati seorang anak. Kita rungsing, dia lagi rungsing..kita tak berselera makan, dia langsung tak dapat makan..kita tak boleh tidur, dia pun tak boleh tidur..kita solat sunat itu ini, dia setiap hari tak jemu2 solat memohon pertolongan untuk kita.

Dah dekat 22 tahun mak ayah membesarkan anaknya ini.Entah berapa juta kali agaknya hati mereka terguris dek perbuatan anaknya sorang ini..belum lagi dikira yang lain.Ana akui, ana terlalu keras. Sukar untuk bertolak ansur sekali sekali, lidah ini sudah banyak kali menyakitkan hati dan telinga yang mendengar. Yang buruk2 semua tuh, bagilah kat ana; pasti ana akan memenuhi kriteria itu.Lemahnya iman ana, kurang eloknya akhlak ana. Ya Allah, inikah pemudi Islam yang berjanji untuk meletakkan segala syariat Islam dalam diri? Inikah pemudi Rabbaniyin? Inikah aku? Bukan jahil, kerana tahu menilai, berfikir dan bertindak. Mungkin kerana nafsu lebih kerap mendominasi akal. Maafkan anakmu ini, yang keras kepala..ikut suka sendiri, buat lawak tak bertempat..tapi bila lihat mak ayah tersenyum tertawa dengan lawak kami lapan beradik..setiap kali itu jualah, hati ana akan menangis..

Menangis, kerana entah sampai bila lagi kami akan bersama..usia dunia terlalu tua untuk terus hidup. Adakah syurga tempat abadi kami?Bertemukah kami di syurga kelak? Kelak mampukah kami mengenali antara satu sama lain? Lantas, Hati siapa yang takkan menangis bila diaju dengan soalan sebegini..Walaupun ragam kami beraneka jenis macam assorted biscuits; ada chocfudge, tart biscuit,butter..mak ayah tak berkira. Masa kecik puas kena rotan, cubit, tarik telinga, rotan kat kaki, kena piat dengan hanger baju.Walaupun nampak brutal..tapi itulah yang dinamakan tarbiyah. Nasihat..nasihat juga tapi kalau dah buat salah tetap kena hukum juga.Itulah yang Rasulullah s.a.w ajar kita. Sampai sekarang teringat time baca Quran bermain-main lastly kena rotan dengan hanger sampai berbekas merah kat belakang..BEKAS HANGER!

Dulu, kalau nak tengok tv kena ada plug dan kat rumah hanya ada 2 plug yang dipegang oleh mak. Time petang shj boleh mengadap kotak empat segi tuh other than that study tak pun nakal2 ckit pi lah main kat rumah jiran sebelah yang sememangnye kamceng. Main kat tali air, redah hutan, naik basikal round kampung sebelah..pendek kata memang adventerous betul.
Sekolah rendah pun jadi kaki buli, fuh tak sangka! Pernah ana lempar sampah kertas yang dibuat bola kat dalam mulut prefect lelaki yang duk kat depan ana..sebabnya dia ketawa luas sangat bukak mulut.Kesian prefect tuh, maaf ye. Haha, nakal2 pun ada jugak secret admirer(apalah pemikiran budak2 dulu n sekarang.mengaji belum habis dah sibuk2 benda lain) Itupun twin ana yang bagitau, ana tergelak besar itu baru darjah 6..bengang pun ada jugak sampaikan ana pun turut membuli secret admirer tuh.Lantaklah, orang nak belajar tinggi.

Bila masuk form 1 kat SAR, masa tuh komunikasi dengan kaum bernama Adam terputus walaupun sekolah campur cuma seperate kelas. Sebab tuh, kalau tgk muslimin kalau boleh nak lari sampai tak cukup tanah except ada spesies tertentu yang satu pemikiran.Pekena orang!Pemikiran ana masa tuh didoktinkan dgn study..study..and study.Usrah masuk gitu2 je, walaupun kawan rapat orang kuat badan dakwah.Tak terfikir pun nak join ke apa,cuma paling terkesan dengan tamrin kat saniah. Itulah first time ke tamrin.

Almost everytime thobur(assembly), ana selalu berjaga-jaga .Bukan apa lepas ni akan ada orang panggil.."Fizah..fizah, twin awak pengsan!" Kalut lah kita ni angkut masuk bilik cikgu, sapu minyak, kipas2 sikit takpun hantar balik rumah.Apalah, twin ana sorang nih-asyik pengsan je.Takpe bonus ponteng satu kelas pagi tuh! Then, orang lain sibuk dengan kumpulan nasyid sekolah..bukan nasyid sgt tp orang di dalamnya yang hensem2.Uh, malas nak ambik pusing..cite pun ana bukan kenal sbb ghaddul bashar (jatuhkan pandangan)-sampaikan senior prefect yang lelaki pun ana nak bagi salam sbb tgk kasut je time jalan.Alamak, abang ni rupanye ( pemenang piala pidato bahasa arab). Lepas tuh, buat donno. Kakak2 pun teramatlah baik, sayang mereka mcm kakak kita sendiri.

Pips, why ah you always been so unpredictable? Sometimes you laugh, one moment after that..you like that.Takut tau sebenarnya dengan org yg marah although ada masa marah jgk. Takutle..mengerikan je.Jangan marah tanpa sebab, nanti jadi nafsu pulak.Nak marah senyum sahajalah, pernah orang tanya kalau fizah marah macam mana ek? Maklumlah dia tak pernah tengok ana marah kot. Jawab ana: Fizah kalau nak marah ada beberapa stages. Fulamak,canggihnya. Mula2 tengok or tenung dulu cam strategi wait n see lah ni, kemudian naik level 2-mulut tak berenti berleter..pot pet pot pet..ah relieve ckit, naik level three..ana senyap, buat donno je kalau orang tanya balik.Then buat keje sendiri. Level 4- buat muka masam..tak payah buat dah mmg masam pun!Lantaklah korang. Pastu istighfar balik, pujuk hati dengan ayat ini.."ya'ayyuhal nafsul muthma'inah, irji'i ila rabbika radiyatan mardhiyah.." Surah al Fajr.Praktiklah.

Hmm..rupanya banyak nikmat dan kesenangan yang Allah kurniakan, rugi tau kalau sia-siakan nya dengan benda yang merugikan kita contohnya buat dosa. Ok, nak taaruf sikit-ana ada org 8 org adik beradik termasuklah ana. I'm 5th..mak ayah bertugas sebagai pendidik..mak ustazah, ayah cikgu sejarah grad UM pun jd guru disiplin so no wonder ada orang tuh takut dgn ayah ana.Tapi ayah ana kelakaq orangnye..akak sulung grad UM dah kawin dgn orang Serdang dah dapat anak pompuan namanye nur hadirah kamilia mohd azlan cute kan nama..second akak grad UUM sekrg jd lecturer KYM pun dah kawin dengan engineer kat kedah no..third akak br grad UiTM tgh tunggu KPLI..4th abang br grad UTM amik engineering tp nak keje lain..fifth ana lah tgh ngaji USMkk..sixth my twin name glamorous Pips (ikut charmed) now in UPM..seventh now going to be enrolled as medical student under MARA scholarship..eighth little sis aisyah now at Maahad Saniah (my former school)..want to know more.log in to...haha into my house.