Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Saturday, July 22, 2006

Catatan Seorang Kelana...

(Note: This msg I got from my x-sas alumni member who wrote it..pls read it by heart not only eyes)

Bismillah...

Lama sudah saya tidak mencoret. Sepi. Banyak perkara tersimpan dibenak yang ingin saya muntahkan. Justeru, kali ini saya nekad untuk berkongsi. Walaupun rasanya bukan amat penting, tapi cukup memberikan impak mendalam terhadap jiwa dan perasaan saya.

Malam Jumaat lepas seperti sebelumnya, saya telah menziarahi hostel pelajar-pelajar Perlis. Seperti dirancang, malam Jumaat adalah waktu khusus bagi setiap Badan Pengurus (BP) angkat PMRAM turun ke rumah-rumah Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM). Dan saya adalah BP angkat kepada BKAN Perlis. Saya membawa sebuah fail yang telah disediakan oleh Lajnah Dakwah PMRAM. Di dalamnya berisi risalah dan hand bill biah solehah.

Seperti biasa, seusai solat maghrib berjemaah kami membaca Yasin beramai-ramai. Kemudian mic diserahkan kepada saya untuk saya sampaikan tazkirah ringkas. Tazkirah saya lebih banyak tertumpu kepada isu umat Islam terkini khususnya Palestin. Memang, kerana tujuan kedatangan saya adalah untuk melancarkan pungutan derma kilat bagi rakyat Palestin walaupun pada malam tersebut tiada sebarang kutipan pun yang saya perolehi kerana semua pelajar meninggalkan dompet-dompet mereka di bilik masing-masing. Tetapi saya yakin, kutipan itu akan sampai juga ke tangan saya kemudian nanti.

Izinkan saya kepilkan di sini beberapa maklumat ringkas mengenai Palestin yang sempat saya sedut dari internet dan sedikit sebanyak saya sebutkan di dalam tazkirah saya. Mudah-mudahan hati kita hidup untuk sama-sama merasai penderitaan yang ditanggung oleh saudara seaqidah kita dan membangkitkan kembali roh jihad kita.


- Isu Palestin adalah isu aqidah umat Islam. Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa di dalam hati setiap orang Islam. Jika dirujuk kepada al-Quran dan sunnah:

i) Bumi ini dianggap suci dan diberkati kerana terdapatnya Masjid al-Aqsa, sebuah masjid yang menjadi qiblat pertama bagi orang Islam dan merupakan masjid yang ke-3 paling suci bagi orang Islam. Barangsiapa yang bersolat di masjid ini akan mendapat 500 kali ganda pahala.

ii) Di bumi ini jugalah kejadian Isra' (perjalanan malam) berlaku, di mana Nabi Muhammad s.a.w di angkat ke langit dan didedahkan perkara-perkara ghaib kepadanya.

iii) Bahkan ramai para anbiya’ yang disebut di dalam al-Quran, telah dilahirkan, dibesarkan dan disemadikan di bumi ini (lebih 50 orang kesemuanya). Semoga Allah memberkati mereka semua.

iv) Berdasarkan perspektif Islam, tempat ini merupakan padang Mahsyar selepas kiamat dan merupakan pusat keamanan sejagat.

v) Orang yang tinggal di sana kerana Allah diibaratkan seperti orang yang berjihad di jalan Allah.

vi) Bumi Palestin juga dianggap sebagai pusat untuk kumpulan-kumpulan yang sentiasa teguh menegakkan kebenaran dan hak orang Islam sehingga ke hari kiamat.

- Lebih kurang 20% daripada penduduk Palestin pernah ditahan di penjara Israel sebanyak sekali atau lebih. Anda mungkin tidak akan jumpa mana-mana keluarga Palestin yang tidak mempunyai anggota keluarga yang tidak terlibat.

- Januari 2006: Seramai 8200 orang Palestin yang ditahan di penjara Israel.

- Tahanan Kerajaan (administrative detention): Iaitu tahanan tanpa bicara atau sambungan tahanan walaupun selepas menjalani hukuman penjara.

Arahan Tentera Israel No 1229 (1988) membenarkan pihak tentera untuk menahan rakyat Palestin di kawasan yang dijajah selama 6 bulan tanpa bicara dan ini boleh terus disambung. Para hakim membuat keputusan berdasarkan bahan bukti secara rahsia tanpa ditunjukkan kepada tahanan atau peguam mereka (polisi yang diterima selepas 11 September).

- Jun 2006: Terdapat 388 kanak-kanak Palestin di dalam tahanan Israel.

3000 kanak-kanak telah disumbat ke dalam penjara Israel semenjak September 2000 (majoriti adalah kerana membaling batu).

Kanak-kanak semuda 12 tahun telah pun dibicarakan.

May 2006: Seorang kanak-kanak di Tebing Barat yang berumur 5 tahun telah dirampas dari bapanya dan di tahan selama 6 jam setengah (kerana membaling batu).

- September 2000: Terdapat lebih dari 100 orang tahanan wanita di penjara Israel.

Dua kes tahanan wanita ini yang bersalin di penjara kerana serangan seksual.

Tahanan wanita dipaksa berbogel dihadapan warder penjara yang kebanyakannya adalah lelaki dan di paksa melalui ‘body search’.

- Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri tidak menerima gaji semenjak tiga bulan yang lalu.

- Tahap pengangguran telah mencapai 31% di Gaza dan Tebing Barat.

- Bekalan makanan, petrol dan ubat-ubatan di hospital semakin kehabisan. Baru-baru ini, tiga orang bayi telah meninggal di hospital di Gaza kerana ketiadaan ubat-ubatan yang mencukupi.

- Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat.

- Wang hasil kutipan cukai berjumlah USD 55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin.

- Kerajaan HAMAS menanggung beban hutang sebanyak USD 3 billion hasil tinggalan kerajaan sebelumnya.

- Harapan kerajaan HAMAS agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.

Justeru, sekiranya ada sahabat/ah yang sudi untuk meghulurkan sumbangan, bolehlah terus berbuat demikian melalui saya selaku Ketua Badan Kebajikan dan Tabung Derma (BKTD) PMRAM.

(Sambung kembali coretan saya...)

Selesai solat Isyak, kami solat hajat. Minta supaya Allah mengembalikan kemenangan kepada Islam dan membela nasib umatnya. Juga moga Allah mengurniakan kami kecemerlangan di dalam imtihan yang lepas. Tidak dilupakan, moga Allah afiatkan seorang sahabat kami dan ayahnya yang kemalangan beberapa minggu lepas yang masih belum sembuh dan akan dihantar pulang menjalani rawatan di Malaysia.

Selesai semuanya, saya mula melangkah ke bilik-bilik pelajar bersama fail yang saya bawa tadi. Hand bill-hand bill dan risalah biah solehah semua saya passkan kepada pelajar-pelajar yang saya temui. Bersambut dan bertukar tangan, alhamdulillah. Ya Allah, saksikanlah! Saya telah sampaikan dakwah saya kepada mereka.

Kemudian, pemangku Yang Dipertua BKAN Perlis membawa saya melawat sahabat dan ayahnya yang saya katakan kemalangan tadi. Sayu melihat mereka berdua. Lebih-lebih lagi ayahnya. Teruk juga. Beberapa bahagian angota mereka berdua ada yang berbalut dan patah. Kami bersalaman.

Saya mengambil masa yang lama juga bersama mereka. Bertanya khabar dan mengurut-urut ayahnya. Saat ini, nubari saya tersentuh. Ayahnya seakan budak kecil. Minta dilayan dan dimanjakan. Teringat saya pada salah satu ayat Allah di dalam surah Yasin, maksudnya: “Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas), maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?”

Suaranya tidak berhenti mengaduh. Saya terus mengurutnya tanpa henti. Memicit dan mengesat kepalanya dengan tisu. Tiba-tiba air matanya luruh. Saya mengesat air matanya. Mungkin kerana sangat terharu. Hati saya terdetik, ‘Ibu bapa bila dah tua, amat mengharapkan kasih-sayang dan perhatian dari anak-anak. Ibu, ayah... saya rindukan kalian.’ Katanya dah banyak hari tak makan. Tiada selera.

Saya menghulurkan sampul diut kepada sahabat yang sakit sebagai sumbangan kebajikan dari PMRAM. Semuanya adalah berkat dari hasil kutipan derma di BKAN-BKAN dan DPM. Dia menerimanya dengan malu dan terharu. Syukur, saya telah menunaikan hak saya kepada saudara muslim saya pada malam ini.

Saya berjalan pulang ke pejabat PMRAM. Hati saya menyimpul, ‘Pemimpin adalah pendakwah dan pendakwah juga seharusnya seorang pemimpin.’

Sekian. Siiru ‘ala baraakatillah!

We unite for Islam,
Together we unite the strength...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home