Sebahagiannya
Kadangkala kita tidak mengetahui betapa untungnya kehidupan kita melainkan sesudah kita melihat kehidupan orang lain.Sering kali kita mengomel dan merungut bilamana kekurangan menempati sudut-sudut zahirnya,tak puas hati itu ini dan sebagainya. Kerana sudah terbiasa hidup penuh kemewahan material dan kasih sayang.
Masa PRO 2 beberapa bulan lepas sudah cukup membuka mata hati ana yang selama ini gagal menilai erti sebuah kesyukuran.Seperti biasa, petang2 adalah paling baik untuk kami berbincang dalam study group..kebetulan mak dan ayah bercadang nak datang jenguk sambil menghantar bekalan makanan yang tak pernah putus. Entah kenapa, ana jadi begitu terharu bila mak memeluk memberi kata-kata semangat walhal isinya masih sama cuma nadanya agak sayu dan seperti memujuk.Mungkin itulah kuasa seorang ibu, mampu mententeramkan hati seorang anak. Kita rungsing, dia lagi rungsing..kita tak berselera makan, dia langsung tak dapat makan..kita tak boleh tidur, dia pun tak boleh tidur..kita solat sunat itu ini, dia setiap hari tak jemu2 solat memohon pertolongan untuk kita.
Dah dekat 22 tahun mak ayah membesarkan anaknya ini.Entah berapa juta kali agaknya hati mereka terguris dek perbuatan anaknya sorang ini..belum lagi dikira yang lain.Ana akui, ana terlalu keras. Sukar untuk bertolak ansur sekali sekali, lidah ini sudah banyak kali menyakitkan hati dan telinga yang mendengar. Yang buruk2 semua tuh, bagilah kat ana; pasti ana akan memenuhi kriteria itu.Lemahnya iman ana, kurang eloknya akhlak ana. Ya Allah, inikah pemudi Islam yang berjanji untuk meletakkan segala syariat Islam dalam diri? Inikah pemudi Rabbaniyin? Inikah aku? Bukan jahil, kerana tahu menilai, berfikir dan bertindak. Mungkin kerana nafsu lebih kerap mendominasi akal. Maafkan anakmu ini, yang keras kepala..ikut suka sendiri, buat lawak tak bertempat..tapi bila lihat mak ayah tersenyum tertawa dengan lawak kami lapan beradik..setiap kali itu jualah, hati ana akan menangis..
Menangis, kerana entah sampai bila lagi kami akan bersama..usia dunia terlalu tua untuk terus hidup. Adakah syurga tempat abadi kami?Bertemukah kami di syurga kelak? Kelak mampukah kami mengenali antara satu sama lain? Lantas, Hati siapa yang takkan menangis bila diaju dengan soalan sebegini..Walaupun ragam kami beraneka jenis macam assorted biscuits; ada chocfudge, tart biscuit,butter..mak ayah tak berkira. Masa kecik puas kena rotan, cubit, tarik telinga, rotan kat kaki, kena piat dengan hanger baju.Walaupun nampak brutal..tapi itulah yang dinamakan tarbiyah. Nasihat..nasihat juga tapi kalau dah buat salah tetap kena hukum juga.Itulah yang Rasulullah s.a.w ajar kita. Sampai sekarang teringat time baca Quran bermain-main lastly kena rotan dengan hanger sampai berbekas merah kat belakang..BEKAS HANGER!
Dulu, kalau nak tengok tv kena ada plug dan kat rumah hanya ada 2 plug yang dipegang oleh mak. Time petang shj boleh mengadap kotak empat segi tuh other than that study tak pun nakal2 ckit pi lah main kat rumah jiran sebelah yang sememangnye kamceng. Main kat tali air, redah hutan, naik basikal round kampung sebelah..pendek kata memang adventerous betul.
Sekolah rendah pun jadi kaki buli, fuh tak sangka! Pernah ana lempar sampah kertas yang dibuat bola kat dalam mulut prefect lelaki yang duk kat depan ana..sebabnya dia ketawa luas sangat bukak mulut.Kesian prefect tuh, maaf ye. Haha, nakal2 pun ada jugak secret admirer(apalah pemikiran budak2 dulu n sekarang.mengaji belum habis dah sibuk2 benda lain) Itupun twin ana yang bagitau, ana tergelak besar itu baru darjah 6..bengang pun ada jugak sampaikan ana pun turut membuli secret admirer tuh.Lantaklah, orang nak belajar tinggi.
Bila masuk form 1 kat SAR, masa tuh komunikasi dengan kaum bernama Adam terputus walaupun sekolah campur cuma seperate kelas. Sebab tuh, kalau tgk muslimin kalau boleh nak lari sampai tak cukup tanah except ada spesies tertentu yang satu pemikiran.Pekena orang!Pemikiran ana masa tuh didoktinkan dgn study..study..and study.Usrah masuk gitu2 je, walaupun kawan rapat orang kuat badan dakwah.Tak terfikir pun nak join ke apa,cuma paling terkesan dengan tamrin kat saniah. Itulah first time ke tamrin.
Almost everytime thobur(assembly), ana selalu berjaga-jaga .Bukan apa lepas ni akan ada orang panggil.."Fizah..fizah, twin awak pengsan!" Kalut lah kita ni angkut masuk bilik cikgu, sapu minyak, kipas2 sikit takpun hantar balik rumah.Apalah, twin ana sorang nih-asyik pengsan je.Takpe bonus ponteng satu kelas pagi tuh! Then, orang lain sibuk dengan kumpulan nasyid sekolah..bukan nasyid sgt tp orang di dalamnya yang hensem2.Uh, malas nak ambik pusing..cite pun ana bukan kenal sbb ghaddul bashar (jatuhkan pandangan)-sampaikan senior prefect yang lelaki pun ana nak bagi salam sbb tgk kasut je time jalan.Alamak, abang ni rupanye ( pemenang piala pidato bahasa arab). Lepas tuh, buat donno. Kakak2 pun teramatlah baik, sayang mereka mcm kakak kita sendiri.
Pips, why ah you always been so unpredictable? Sometimes you laugh, one moment after that..you like that.Takut tau sebenarnya dengan org yg marah although ada masa marah jgk. Takutle..mengerikan je.Jangan marah tanpa sebab, nanti jadi nafsu pulak.Nak marah senyum sahajalah, pernah orang tanya kalau fizah marah macam mana ek? Maklumlah dia tak pernah tengok ana marah kot. Jawab ana: Fizah kalau nak marah ada beberapa stages. Fulamak,canggihnya. Mula2 tengok or tenung dulu cam strategi wait n see lah ni, kemudian naik level 2-mulut tak berenti berleter..pot pet pot pet..ah relieve ckit, naik level three..ana senyap, buat donno je kalau orang tanya balik.Then buat keje sendiri. Level 4- buat muka masam..tak payah buat dah mmg masam pun!Lantaklah korang. Pastu istighfar balik, pujuk hati dengan ayat ini.."ya'ayyuhal nafsul muthma'inah, irji'i ila rabbika radiyatan mardhiyah.." Surah al Fajr.Praktiklah.
Hmm..rupanya banyak nikmat dan kesenangan yang Allah kurniakan, rugi tau kalau sia-siakan nya dengan benda yang merugikan kita contohnya buat dosa. Ok, nak taaruf sikit-ana ada org 8 org adik beradik termasuklah ana. I'm 5th..mak ayah bertugas sebagai pendidik..mak ustazah, ayah cikgu sejarah grad UM pun jd guru disiplin so no wonder ada orang tuh takut dgn ayah ana.Tapi ayah ana kelakaq orangnye..akak sulung grad UM dah kawin dgn orang Serdang dah dapat anak pompuan namanye nur hadirah kamilia mohd azlan cute kan nama..second akak grad UUM sekrg jd lecturer KYM pun dah kawin dengan engineer kat kedah no..third akak br grad UiTM tgh tunggu KPLI..4th abang br grad UTM amik engineering tp nak keje lain..fifth ana lah tgh ngaji USMkk..sixth my twin name glamorous Pips (ikut charmed) now in UPM..seventh now going to be enrolled as medical student under MARA scholarship..eighth little sis aisyah now at Maahad Saniah (my former school)..want to know more.log in to...haha into my house.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home