Oh..Palestine
Mufti 'Amm Kerajaan Arab Sa'udi Fadhilah al-Syeikh 'Abdul 'Aziz bin Abdullah Aali Syeikh menyeru umat Islam melakukan qunut nazilah untuk umat Islam Palestin yang berdepan dengan kekejaman penjajah Israil. Samahah Mufti Aali Syeikh ketika dihubungi melalui telefon dengan laman al-Islam al-Yaum berpendapat tribulasi yang menimpa mereka, menyeru kita segera berqunut nazilah untuk mereka di masjid-masjid. Di dalam khutbah Jumaat yang lalu yang disampaikan oleh Mufti Sa'udi di al-Jami' (masjid) di Riyadh, beliau menyatakan bahawasanya umat Islam di Palestin berada dalam keadaan yang berat yang menyempitkan hati setiap muslim yang melihat kezaliman, kemelampauan (Yahudi) ke atas wanita, kanak-kanak, orang yang lemah yang tidak ada keupayaan dan kekuatan bagi mereka. Dimana musuh perampas menghancurkan bumi mereka, memusnahkan negeri mereka dan memusnahkan semua yang ada nilai penghidupan. Beliau menambah : "Sesungguhnya ini semua adalah musibah ke atas Islam dan umatnya, kita memohon kepada Allah untuk menyatukan hati-hati mereka dan menetapkan pendirian mereka, dan mencurahkan bantuan dan taufiknya kepada mereka, dan semoga mereka berdiri di dalam satu barisan menentang musuh-musuh Islam." -------- http://www.islamtoday.net/albasheer/show_news_content.cfm?id=57088
1 Comments:
At Wednesday, 04 November, 2009, Anonymous said…
фото малолеток шалав http://free-3x.com/ видео порно онлайн малолетки free-3x.com/ трах молодых парой [url=http://free-3x.com/]free-3x.com[/url]
Post a Comment
<< Home