Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Wednesday, September 29, 2010

Truly..Deeply

Pagi yang cerah, makin indah alhamdulillah. Tengah hari menjengah dan masa terus berputar. Semalam,something totally screwed up the feeling. Suddenly the heat up rising. (Huh..merepeknya ayat. Biarlah nak tulih jugak). Oklah, back to the issue. Hmm..

Keletihan teramat. Biasalah, bila mula kerja balik setelah enak berhoneymoon~ ya, di rumah mak ayah dan mertua. Great experiences. Though, ramai yang sebelum ini cuba memprovokasi saya dengan cerita menggerunkan. Namun saya gembira dan melalui hari-hari yang indah di sisinya alhamdulillah. Dan insyaAllah till the rest of our lives and hereafter. Bila lihat dia gembira tertawa, serasa ada suatu perasaan indah dan bahagia menyelit dalam hati. Tenang...

Semalam juga, selepas masak spaghetti carbonara (cap Prego).. masak lagi nasi dengan lauk ikan masak kicap~ kononnya untuk bersahur plus makan moreh. Alih-alih, lepas tu makan angin saja sambil bermimpi enak-enak. Hoho..kesimpulan. Masak dan makan sekadar yang patut ye puan.

Alhamdulillah, tinggal 30% kerja admin perlu disiapkan. Do I have the guts to finish them? InsyaAllah doakan dipermudahkan. Minggu depan, banyak pula aktiviti. Sama-sama kita tunggu...zasss.

Monday, September 27, 2010

Its Monday!


Assalamualaikum wbt...
How's the feeling back to Sarawak and work again? Semua sibuk bertanya. Saya senyum+sengih saja. No feeling, feeling blues (like Pips said) or feel..feel. Haih. Back to old version again for awhile~ single. Hoho. Kesian en suami, sabar ye. Kita sama-sama doa, biar saya dapat transfer secepat mungkin insyaAllah.
Alhamdulillah, hujan lebat tak menghalang perjalanan. Berapa juta kali menguap dalam kesejukan, tahankan saja mata sambil layan radio. Malas betul nak masuk kerja balik. Tapi nasib baik hanya beberapa kerat saja patient yang datang. Alih-alih dapat sebungkus beras bario yang patient bagi. Hee..alhamdulillah. Tapi saya makan ke? Takpe, nanti boleh cuba masak.
As expected, bertimbun dokumen dan kertas yang perlu diambil perhatian. Haih (kedua kalinya). Penat. Sah-sah lepas ni tengah hari sedapnya zzzzzzzzzz..seperti kebiasaannya. Dan, agak sedih sebab takde orang yang kacau saya. Haha..erks.
p/s: kesian cik Pips..muntah hijau lumut barangkali saat ini mendengar cerita saya.Hoho. Naseb lah badan hang. Nanti sambung story lagi..(^_*)v

Thursday, September 23, 2010

Dan Dia...


Alhamdulillah, alhamdulillah. Segenap kesyukuran ini dilafazkan atas segala nikmat NYA yang tak terhingga. Penat,lelah, letih tak cukup tidur semuanya peneman setia di kala saat-saat itu. Terima kasih tak berpenghujung buat mereka yang setia membantu di sisi dan tak jemu melayang turun naiknya emosi saya. Bersalah yang teramat rasanya.
Dan untuk insan yang sudi menerima amanah ini untuk dibimbing dan sama-sama menuju mardhatillah, jannatul naim ~ En Mohd Hafizan Che Omar~ tiada lafaz yang dapat diungkap melainkan semoga Allah membalas segala kebaikan yang telah dan akan bahkan sentiasa dilakukan.
Teringat pada satu ayatnya ~as long as we hold on together, I know we able to face all challenges successfully insyaALLAH~ haih! Tetiba senyum sendiri depan laptop nih. Hehe..
Wahai suami,
Jadilah engkau bagi isterimu sebagai seorang ayah, ibu dan adik beradik. Hal ini kerana dia telah meninggalkan ayah, ibu dan adik beradiknya dengan mengikutmu.

Dia mengharapkan engkau memiliki kasih sayang seorang ayah, lemah lembut seorang ibu dan pelindung seorang saudara.(10T)

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda :

'Kamu terimalah amanah terhadap kaum wanita dengan cara yang baik iaitu berlemah lembut. Sesungguhnya kaum wanita itu berasal dari tulang rusuk yang bengkok. Jika kamu membiarkan begitu sahaja bengkoklah tulang itu untuk selamanya. Maka kamu terimalah amanah kaum wanita ini iaitu dengan berlemah lembut' (Riwayat Bukhari dan Muslim)
p/s: tok janggut, saya dah update blog. want some more? huhu. nanti saya panggilkan cik Li tolong update.

Monday, September 06, 2010

EID MUBARAK


Lagi 3 hari berbaki sebelum Syawal menjelma. Melihat yang lain sibuk dalam perjalanan pulang ke kampung halaman hati dipagut pilu. Bukan tak balik pun, cuma lambat sedikit dari orang lain.

Moga sekolah Ramadhan kali ini ada catitan berharga dan pencapaian yang cemerlang di sisiNYA insyaAllah. Dan ada rezeki umur yang panjang, akan jumpa lagi tahun hadapan biiznillah.

Rasa gembira teramat untuk pulang ke kampung kali ini tapi pada masa yang sama ..takut juga.
Apapun, di kesempatan yang masih ada ini saya nak mengucapkan Selamat Hari Raya I'dulfitri , pohon dimaafkan segala yang terkurang dan terlebih di sepanjang perjalanan penulisan ini. Saya tetap manusia dan hambaNYA yang banyak khilafnya. Moga Allah merahmati kita semua ...dari Siti Hafizah & seisi keluarga.
Ilalliqa...(dengan versi dan status yang baru insyaAllah (^_*)
SELAMAT HARI RAYA I'DULFITRI
*MAAF ZAHIR BATIN*

Wednesday, September 01, 2010

Prankster..


Alhamdulillah already in September.
Beruntungnya orang-orang yang Allah berikan kesempatan memanfaat 10 Ramadhan terakhir dan bertemu dengan Lailatulqadr. (T_T), oh tak baiknya menangisi atas sebuah fitrah ye..Hm..lagipun banyak lagi cara dan jalan insyaAllah.
Semalam, memang mengimbau kenangan. Kami bertiga berkolabrasi buat laksa Kelantan di Kota Samarahan. Biasalah, ini jelah rumah 'nenek' yang ada di bumi Borneo. Selama ni, asyik duk tengok mak-mak je yang buat. Voila! tak sangka kami pun pandai jugak though awalnya pakat bantai. 'Kalau tak sedap laksa nih, kita salahkan Fizah'...
Dah abis memasak, kita mengemas pulak.
'Lepas nih, habis lah belakang periuk hitam-hitam jadi bersinar' uh, diorang mengata saya lah tu. Sebab saya jenis pantang tengok kuali periuk berkerak hitam di luar (note: macam ayah). Kan sedap mata memandang, tengok kuali periuk bersih.
'Fizah, boleh makan sikit je sebab ada belacan. Kena pantang tau' Aduh, memang nasib lepas operate kat dahi dan ada 2-3 stiches kena lah berpantang ala orang tua. Moga luka cepat sembuh dan baik. Ada scars? Kita pakai concealer..heh.
Apalah korang nih, bulan baik ni pun tak abis-abis nak kenakan saya. Tak baik ye, kurang pahala. Next weekend, cari idea kenakan mereka balik. Huhu..
p/s: tunggu tebaloi dari Mukah (^_^)