Wednesday, September 30, 2009
Saat kapal meluncur merentasi mu,
Gumpalan memutih memukau mata ku
Sejuk dinginmu seolah ku rasakan ke pelusuk jiwa hatiku
Mataku sayup tenang mendamaikan
Ya Allah,
Andai perjalanan yang perlu ku lalui seperti beralun awanMu
Aku tetap redha dan yakin pada kumpulan awanan yang bakal ku redahi
Sejauh ini aku berlayar,
belum menemukan yang terbaik
namun pengalaman yang ku kutip
harganya belum tentu dapat dibayar..
The Opening..of Love Story In Simunjan bab 1
Assalamualaikum wbt,
Lama sudah jari jemari ni tak menari-nari menulis cerita dan berita. Sibuk? Alasan yang munasabah barang kali untuk menjelaskan bahawa sedikit kekalutan telah selesai. Posting district menamatkan sebahagiannya. Apa khabar Simunjan? Alhamdulillah barangkali baik-baik saja, memang aman damai, tenang jauh dari hiruk pikuk kota. Dan saya menyukainya, sungguhpun agak remote tapi memadailah bagi orang yang simple seperti saya.
Hari pertama menjejak kaki, memang berbaur perasaannya. Tawakkal saja pada Allah agar diselamatkan saya sepanjang 150 km perjalanan seawal 6 pagi. Tiba saja pkul 815 pagi mata teramat letih. Pelik bila melangkah kaki ke klinik yang sunyi sepi cuma ada 4-5 orang saja pesakit mungkin kerana penduduknya tak seramai di bandar.
Saat memeningkan kepala tiba jua, kerja admin! Memang mahu menangis saya, tapi saya tahu Allah takkan bebankan saya dengan bebanan yang saya tak mampu. Sedikit positif, setelah senior banyak memberi tunjuk ajar. Tapi hati masih gundah. Cemburu jua bilamana saat ada masalah staf dan sebagainya at least senior saya tu masih ada tempat nak meluah dan berkongsi cerita dengan husbandnya. Saya? Pada blog ni agaknya. (sedih bunyi, tapi yakin saja pada Allah).
Bumi mana tak ditimpa hujan, dan klinik mana yang takde masalah staf. Gerun nak menghadapi org bermasalah yang lagi tua. Cuma disitulah letaknya cara bagaimana kita nak berdiplomasi dan belajar menghormati orang. Sukar tapi itulah hikmahnya. Masa student dental dulu, mana ada chapter,forum atau IDA/presentation mengenai attitude, kerja admin dan penyelenggaraan~ so pandai2lah bertanya jika tidak tahu. Kerja klinikal beres saja~ saya pun terkejut di tengah remote area ni senior saya masih buat RCT dan MOS dengan instrument dan material terhad~ betapa cintanya beliau pada ilmu sehingga sanggup practice meskipun dalam kekurangan. Sepatutnya saya pun jadi seperti dia.InsyaALLAH.
Masa student adalah cerita berbeza, keputusan masih di tangan lecturer/clinician. Tapi bila bekerja dengan ilmu sejengkal cuma dan faktor lain itulah yang menentukan decision kita kelak. Be a good clinician bukan pada teori tapi pada praktikalnya. Kemahiran boleh diasah, awalannya memang agak slow tapi bila dah pick up senang dan cepatlah kerja. Bila tak tahu, tanya. Silap manage, memang parah skit.

Labels: Simunjan
Monday, September 21, 2009
Ya Allah,
Sukarnya melakarkan apa dalam hati..
Kalut yang sama masih menyerang
Kenapa susah benar
meletakkan sedikit kelapangan pada hati ini
Barangkali dosa masih menghitam
jauh dalam hati..
Ya Allah,
Buat kesekian kalinya
Tanpa rasa jemu dan putus asa
aku meminta..
agar secebis ketenangan menapak dalam dada ini....

Wednesday, September 16, 2009
Alhamdulillah hari pertama bercuti dan berpuasa di rumah.Biarpun sedikit keletihan tapi Subhanallah betapa nikmatnya di samping orang-orang tersayang.
Minggu-minggu yang menyenangkan telah dan akan berlalu. Entah apa yang menanti dihadapan. Moga yang baik-baik sahaja dan saya mampu hadapi dengan penuh keimanan dan ketaqwaan tanpa sedikitpun hilang rasa yakin padaNYA. InsyaALLAH.
Ramadhan kali ini makin bermakna.

Monday, September 14, 2009
Sunday, September 13, 2009
Rules Are Make To Break
I'm half dying with this feeling; 'Someone help me, I'm suffocated'
Hee..saje je. Bulan puasa asyik monotonous , sesekali perlu ada kejutan. Sampaikan saya pun turut terkejut di dalam bulan puasa. Banyak sangat yang mendatang, tak tahu mana satu nak digest dulu.
'Ya Allah jangan Kau uji aku dengan sesuatu yang aku tak mampu'
Selasa yang dinantikan, cepatlah kau datang. Agar tenanglah diriku dalam kekalutan dan keserabutan. Moga apa dalam dada akan terlerai, menemui pengakhiran yang baik-baik dan diredhai semua orang dan paling penting Allahu Rabbi. InsyaAllah. Amen. For better or worse.

Saturday, September 12, 2009
Love Is In The Air..
Lepas Sahur, tak boleh lelap-lelap lagi kena tunggu Subuh.
'Love is just a word until you find someone who give it definition' ~quote somewhere.
Wah, tak sabarnya menanti Selasa ini. Biarpun takde sesiapa yang pulang lagi at least dapat jugak saya menolong mak ayah kemaskan apa yang patut. Maksudnya, tenaga yang banyak serta idea yang bernas (chewah ,,ayat) amatlah diperlukan. Macam tak biasa pulak jadi kuli batak nih, specialised lagi sejak 2006 since my eldest sis get married.
Raya pertama di Kelantan tahun ini, maka saya jangka tak semeriah beraya di Parit, Perak~ ada lemang, ada dodol dan rendang tok. Dan semestinya saya adalah salah seorang ahli rumah yang takkan keluar dari dapur kerana kerjanya asyik memasak dari pagi sampai ke malam. Orang-orang kat rumah tuh kan kuat makan eventhough badan still sekeping~ anugerah Allah berikan. Patut bersyukur.
Perasaan saya dah bercampur baur sejak akhir-akhir ni. Angau pun ada, cuak pun ya. Risau dengan new environment dan kerja-kerja baru menanti. Agaknya inilah perasaannya bila diletakkan amanah yang melibatkan orang atasan. Hmm..kalau boleh saya nak jadi full time clinician, sakit kepala bila melibatkan admin ni. Tapi manusia perlu diuji untuk tahu sejauh mana kebolehannya. Lagipun, takkan selain cabut gigi, tampal gigi dan buat gigi doktor gigi tak nak belajar apa-apa kan? Ayat penyedap hati perut ni.

Wednesday, September 09, 2009
A Princess in Me
Duh, Samarahan begin to having a heavy rain this evening.
Just now call mom, having said that plenty of work awaiting me in this middle of fasting month. Talking to mom such a relieve in me, but some part of it I can't even utter any word about feeling~ zasst. My lips suddenly locked. Not that I'm scared but I'm afraid of hurting her. Gosh!
A child will be a child to her parents for the rest of life.
Monday, September 07, 2009
Insomnia
'Huish, bestnya tengok Luqman tidur. Jeleous achik'
Dah masuk 2 malam, saya sukar nak lelapkan mata. Pertama sebab nyamuk (habis silat dah saya bukak), kedua..entahlah nak describe pun sukar. Saya ni jenis mengada-ngada, tiada masalah sengaja nak create satu. Nak pecah dada+kepala duk pikiaq. Nampak drastik pulak keputusan ni, nak menangis pun tak terkeluar air mata. Maka sebaik tempat mengadu adalah padaNYA. Ya Allah, berikanlh kelapangan pada sekeping hati yang kalut dan petunjuk ke arah kebaikan dunia dan akhirat..Ameen.

Sunday, September 06, 2009
Hijau tua itu warna syurga.
Putih itu menyucikan.
Kombinasinya melapangkan jiwa, menenangkan fikiran.
'Demi matahari dan cahayanya di pagi hari
Demi bulan apabila mengiringinya
Demi siang apabila menampakkan dirinya
Demi malam apabila menutupinya
Demi langit serta pembinaannya
Demi bumi dan hamparannya
Demi jiwa serta penyempurnaannya'
Surah As-Syams

Saturday, September 05, 2009
Muroqabatullah
Rancangnya nak tunggu sampai waktu bazar Ramadhan buka tapi dek mata terlalu mengantuk, pulang tidur sajalah jawabnya. Sambil driving, terasa nak doze off. Memang bahaya.
The King and the Queen have to wait.
'Hai jiwa yang yang tenang. Kembalilah kepada Rabbmu dengan hati yang redha lagi diredhaiNYA'
Gundah hati saya sejak kebelakangan ini cuma mengharapkan moga Allah menganugerahkan secebis ketenangan dalam kekalutan.
Dan barangsiapa yang menjual kehidupan yang murah dan melihat redhaNYA sesuatu yang lebih mulia, maka belilah....
Friday, September 04, 2009
Of Man And Food
InsyaAllah lagi seminggu sebelum saya pulang ke pangkuan keluarga. Merasai nikmat berbuka dan bersahur bersama, dan paling penting merasai kenikmatan masakan mak. Biasalah bila pulang, mesti mak sibuk tanya nak makan apa, ayah pulak tanya nak beli apa?
Start bulan puasa, ada yang sudah sibuk bayar zakat fitrah. Saya? Hmm, saya cakap kat ayah ' Selagi Fizah tak kawin, selagi tu ayah kena bayarkan untuk Fizah'. Ada makna dan simboliknya kata tuh. Ayah hanya mengangguk, faham sangat. Maklum saja, bila saya kawin nanti maka saya serahkan tugas tu pada bahu sang suami kelak. Bijak-bijak. Bijak dahulu,bijak sekarang. Saya tahu, ayah selalu je diamkan diri dan bawa diri menyepi saat nak nikahkan/ serahkan tanggungjawab anak perempuannya tapi jarang nak tunjuk. Biasalah, masing-masing ada egonya.
'Jangan puji atau komen masakan dia, nanti dia tak masak lepas ni'
' Hui, takdelah sampai macam tu'
'Fizah ni, tak kisah. Asal dia nak makan, tahulah dan rajinlah dia memasak apa yang dia nak.Tengok tuh sedap sangatlah tuh kuah singgang daging yang dia buat sampai hirup habis'
'Ceh, biarlah. Dah naik rindu kat singgang ni minggu lepas lagi.'
Ada je, sesi 'kutuk mengutuk' sebelum dan selepas berbuka. Alhamdulillah, bertiga ni pun cukup meriah. Sebab masing-masing jenis rajin+suka memasak+lepas makan terus kemas. Nasib baik tak terbakar je dapur dek penangan suka masak-masak. Minggu lepas nak makan sup daging, so pegilah pasar minggu Satok (glamer tul pasar ni)beli tulang. Tak makan lagi dah pening, bukan apa mahal sangat tulang+ daging lembu kat Sarawak. Sekilo RM 36++, dua kali ganda mahal dari Kelantan( negeri lain saya tak tahulah). Akhirnya saya campur, tulang tempatan dengan daging import. Kat Sarawak~Kuching ni, apa yang murah pun saya tak tau..haha( marah gilak org Sarawak tok) Tapi daging import ni kurang 'manis' dan lazatnya.Kelantan...segalanya murah tapi mahal senyuman anak gadisnya.
Next week, special menu; beef steak, mee bandung. Ni memang puasa tapi asyik makan sedap je. Biasalah, tak nak rasa rindu sangat pada masakan mak. Biarpun saya bukan pandai masak sangat pun, tapi kena usaha nak majukan diri. Cukup-cukuplah dengan menu sup ( nih sebab selalu kena tegur dek housemate~sup cendawan lah, kulat lah, red dates+ayam, sup isi ketam, sup enoki+telur). Makanan memang amat tempting. Tak sabar nak pasang Astro mengadap AFC dan Travel and Living kat tempat baru nanti. Me and my stomach, we got issues~macam lagu ringtone Pips pulak. I gotta feeling lepas ni.
Tengok iklan di TV, barang kemas itu ini. Teringin nak membeli sebab dah lama tak beli. Ghez, yang sedia ada pun tak pakai inikan pula nak menambah koleksi. Tak pe, tak cukup haul untuk kena zakat lagi.' Rasa nak beli je cincin tu'. 'Jangan. nanti orang tengok, diorang ingat awak dah berpunya'. Kata-kata sebegini mematahkan semangat saya..haha. Sebenarnya jimat duit saya lagi.
Hujung minggu ni kena prepare barang untuk dibawa pindah bersama.Sebab minggu depan ada agenda lagi besar, insyaAllah. Moga Allah permudahkan urusan semua umat Islam, selamatkanlah mereka yang tertindas dan dizalimi di Palestin, Iran,Iraq, Afghanistan dan seisi alam.

Thursday, September 03, 2009
Hariku Indah Seperti Selalu
Indahnya hari-hari seindah warna warni payung tu.
Masuk fasa ke dua Ramadhan, insyaAllah saya mahu lebih rajin~tak mahu statik apatah lagi menurun. E ticket, sudah berapa kali saya tenung. Silap hari bulan, terbakar. Alangkah indahnya saat itu tiba, cukuplah sekali beraya di tempat orang. Tahun ini, saya mahu kucup tangan tua mak ayah, peluk mereka seeratnya. Sudah banyak dosa yang saya lakukan dalam sedar atau tidak.
On the way ke klinik, melintas sekumpulan budak sekolah siap berskirt baju seragam sekolah. Hee..macam saya dulu. Darjah satu dan dua masih berskirt, masuk darjah tiga baru alim sikit pakai baju kurung . Flash back kenangan masa sekolah, memang senang hidup tak rasa susah nak kumpul duit, kerja dari pukul 8 am sampai 5 pm. Tiap-tiap pagi mak dah iron baju, sediakan sarapan~penat tengok mak; keje lagi suri rumah lagi. Memang saya respect dan bercita-cita nak jadi superwoman macam mak. Perfecto! Tapi tak garang lah..hehe
Petang ni, giliran saya memasak~ menunya; singgang daging n telur masak merah dengan sayur jelah. Semalam buat puding caramel dgn housemate tp sebab banyak letak air~agak2 je so lembiklah sikit. Tapi alhamdulillah boleh makan je dengan selamat. Conclusion~ kena practice lagi. Onde-onde dah lepas..apa lagi lepas ni..
p/s: kita sebenarnya pandai memasak, klu asyik practice..kan..kan