Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Saturday, February 25, 2006

Ya Wahhab..

Allah sebagai Tuhan yang bersifat al-Wahhab bermaksud Yang Maha Memberi. Namun memberi dengan sifat al-Wahhab itu, terkandung di dalamnya lima sifat:

  1. Memberi tanpa meminta apa-apa balasan. Allah, Tuhan yang al-Wahhab itu Maha Kaya, tidak perlu kepada Makhluk. Kerana itulah Allah SWT Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab tanpa mengurangkan langsung perbendaharaan-Nya. Percikan sifat al-Wahhab itu Allah limpahkan kepada jiwa ibu bapa kita agar mereka kaya dengan kasih dan sayang. Sayang kepada seorang anak tidak berbeza dengan sayangnya kepada 9 anak yang menyusul kemudian. Anak durhaka, menconteng arang ke muka, mereka masih terus memberi kasih sayang, kerana mereka beroleh kasih sayang Rahmat Allah yang al-Wahhab.
  2. Memberi secara berulang-ulang. Al-Wahhab terus memberi berulang kali, tidak jemu Memberi dan tidak Marah diminta. Percikan sifat inilah yang Allah limpahkan ke jiwa ibu bapa kita. Mintalah susu pada setiap malam di usia kecilmu. Ibu akan bangun merapa dinding mencari cahaya, demi anak yang diberikan hati dan cinta. Dia tidak jemu, bahkan sejurus selepas kita dewasa, diberikannya pula cinta itu kepada adik kecil yang baru menjenguk datang ke hidup duniawi.
  3. Memberi tanpa diminta. Allah SWT Tuhan yang al-Wahhab, memberi tanpa diminta. Hitunglah pada pelbagai yang ada di sekeliling kita. Dia berikan kita wajah yang cantik tanpa kita minta. Dia berikan kita sahabat yang baik, tanpa kita minta dan jangka. Allah itu Maha Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab. Sifat inilah yang Allah tanamkan kepada naluri ibu dan bapa. Pelbagai keperluan dan hiasan hidup diberikan tanpa diminta. Ibu mencium dahi, ayah menyapu kepala, semuanya demi sayang mereka kepada kita, sayang yang diberi tanpa diminta.
  4. Memberi sesuatu yang amat berharga. Allah Dia yang al-Wahhab memberi dengan sifat itu perkara-perkara besar yang amat berharga. Dia kurniakan kita dengan sifat al-Wahhab itu, bukanlah hiasan-hiasan dunia yang tidak berharga. Al-Wahhab, dari-Nya datang RAHMAT yang menyelamatkan kita, mengampunkan kita, memelihara kita tanpa menghitung-hitung satu taat dibalas nikmat, satu maksiat dibalas binasa dan kiamat. Peluang demi peluang diberikan. Sehinggalah sampai masa pintu taubat itu Dia tutup atau kita menutupnya sendiri. Semuanya diberikan kerana kita hidup untuk TUJUAN yang besar. Cebis-cebis sifat inilah Allah limpahkan kepada jiwa ibu dan bapa kita. Diberikannya kasih sayang yang tidak mampu diberi walau oleh dua pasangan yang paling bercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah selama-lama. Semuanya diberi agar kita membesar penuh sempurna, menjadi insan yang berjaya dan mulia.
  5. Memberi sesuatu yang baik untuk menghasilkan kebaikan. Allah jua dengan sifat al-Wahhab memberikan pelbagai kebaikan kepada kita, agar dengan kebaikan itu kita sambut dengan syukur dan taat, berupa khidmat kepada sesama insan. Diberikan-Nya kita harta, agar kita bersedekah. Diberikan-Nya kita ilmu agar kita berdakwah. Diberikan-Nya kita pelbagai yang baik, agar dengannya kita berbuat baik.

Kita sering solat dhuha' dan tak terhenti-henti mengulang perkataan ya wahhab..tapi adakah kita jelas dengan maknanya ? Rabiatul Adawiyah pernah menegur anak muridnya : Adakah jika tiada syurga dan neraka, barangkali kamu tidak beriman denganNYA lantaran tiada balasan syurga mahupun tiada ketakutan kerana neraka? Berimanlah kepada Allah lantaran nikmatNya yang terlalu banyak kepada kita,hambaNYA..

Mahasiswi Islam Menggugat?

Oleh: Mohamad Ridhwan Bin Alias

Manusia Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam,
Bukan dari kepalanya untuk dijunjung,
Bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya,
Tetapi daripada sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
Dekat dengan lengannya untuk dilindungi,
Dekat dihatinya untuk dicinta


Begitulah keindahan bicara ditujukan kepada golongan wanita yang cuba dilupakan peranannya dalam sejarah sesebuah masyarakat. Perkara ini pernah diluahkan oleh Anna Davin pada tahun 1972 dalam artikelnya, Women and History menyatakan “sebaik-baik sahaja kita bertanya bagaimana kehidupan pada masa lalu, kita akan menyedari bahawa perkara ini begitu jarang disentuh”. Secara tradisi, sejarah perjuangan wanita selalu dikesampingkan bagaikan tidak bernilai. Sebenarnya kita silap, wanita adalah watak sebalik tabir mempunyai jasa yang amat besar dalam setiap perjalanan ketamadunan manusia. Jika kita menyelinap dalam buku Sejarah
Melayu versi Winstedt, digambarkan ketika Sultan Mahmud Syah ingin melantik Bendahara,baginda sultan telah mendengar suara bondanya dari balik pintu yang menyuruh baginda melantik Tun Mutahir sebagai Bendahara. Suasana ini menunjukkan kuasa wanita Melayu cukup berpengaruh dalam pelantikan jawatan politik sejak Kesultanan Melayu Melaka lagi. Masyarakat Melayu mempunyai weltanschuung berasaskan tradisi lelaki yang cukup berpengaruh sehingga wanita Melayu-Islam selalu sahaja dibelenggu kerisauan tentang hak-hak sosial mereka dipermainkan. Perkara ini disuarakan secara sinis oleh Syed Syeikh al Hadi dalam karya saduran yang terkenal Hikayat Faridah Hanum dimana Faridah Hanum menyatakan ketidakpuasan hatinya berdasarkan dialognya “sekalian perempuan bahawa kita sekalian ini tidak berguna di dalam kehidupan perhimpunan kaum dan bangsa dan watan lain daripada kegunaan kuda tunggang atau tukang masaknya dan tukang basuh kain bajunya”. Syed Syeikh al Hadi mengambarkan bahawa selama ini wanita hanya alat yang tidak menyedari tentang hak-haknya sebagai wanita.
Dalam gerakan pelajar terutamanya di Malaysia, peranan mahasiswi juga turut dilupakan sedangkan mahasiswi banyak berjasa dalam gerak kerja gerakan pelajar. Dalam akhbar Mahasiswa dan laman web Idealis Mahasiswa, bagaikan satu pakatan membelasah mahasiswi Islam dengan pelbagai tohmahan. Isu yang paling menonjol adalah kisah mahasiswi Islam yang
gagal membahagi masa antara berpersatuan dengan belajar iaitu Wan Norhayati Wan Alias [PMIUTM] dan Nuraimah Suratin [PMIUSM] yang mendakwa mereka telah dipergunakan oleh parti oposisi. Dan terbaru kisah perarakan bermotor mahasiswi Islam dalam pilihanraya kampus 2004 di Universiti Malaya. Walaupun kedua-dua media massa memberikan pandangan yang negatif,
para mahasiswi Islam perlulah mencari formulasi yang berkesan untuk menjernihkan objektif dan metode perjuangan mereka di kampus.
Masalah utama mahasiswa dan mahasiswi sekarang adalah tidak mengenali pemaknaan falsafah perjuangan mereka sendiri. Mereka boleh mengenali
elemen-elemen pembangunan fizikal tetapi buta daripada mengenali pembangunan insani diri mereka. Menurut Muhammad Abu Bakar dalam artikel Falsafah Perjuangan Mahasiswa, falsafah perjuangan mahasiswa adalah manifestasi dari status mereka sebagai pelajar universiti, fungsi mereka sebagai rakyat yang sudah dewasa dan situasi mereka sebagai kumpulan individu yang seringkali terdedah kepada pengolakan dunia semasa. Ketiga-tiga elemen ini perlu memberi impak kepada pemaknaan diri mahasiswa yang merangkumi watak dan aspirasi mahasiswa. Persoalan yang timbul, berapa kerat mahasiswa yang memahami ketiga-tiga elemen berbanding longlai bersama aktiviti berseronok di universiti?
Golongan terpelajar terutamanya mahasiswi Islam seharusnya faham kedatangan mereka ke kampus bukan sahaja untuk belajar tetapi mengembangkan potensi diri ke arah menjadi manusia yang baik. Menurut Syed Naquib al Attas, manusia baik (good man) bukan sahaja bijak dalam pelajaran tetapi bijak juga dalam berakhlak dan tindakan. Kita juga harus memahami tugas kita sebagai rakyat, bukannya mabuk dengan sifat remaja yang gilakan hedonisme. Sewajar status sebagai pelajar universiti berjaya membedakan diri pelajar dengan remaja di luar kampus.
Jika mahasiswi Islam memahami falsafah perjuangan mahasiswa ini, polemik mahasiswa dan politik akan sendirinya terhapus.
Sifat sesetengah pihak atasan yang mengambil sikap berkonflik menyebabkan pelajar tertekan sehingga menelurkan benih politik ekstrem di kalangan mereka. Kita tidak menafikan setiap organisasi mempunyai golongan radikal dan ekstrem yang dianggap pressure group kepada sesebuah organisasi. Tambahan pula, universiti sendiri merupakan sebuah badan politik, dimana persoalan kuasa dan decision-making (membuat keputusan) menjadi satu aspek penting, dan ini merancakkan lagi suasana konflik dan kerjasama yang terdapat di dalam kampus. Golongan ekstrem mahasiswi Islam yang selalu didiskriminatif ini akan mengambilkan tindakan yang radikal jika penguasa kampus melakukan provokasi terhadap mereka. Budaya esktrem ini akan melahirkan mahasiswi Islam seperti Wan Norhayati sehingga gagal dalam pelajaran. Mereka mengikuti aktiviti persatuan tanpa kefahaman asas sehingga mereka berfikiran jumud dan taksub membuta-tuli. Kebiasaannya, golongan ekstrem ini secara automatiknya akan terkeluar daripada gerakan pelajar sesudah sampai waktunya. Paling malang, mereka sendiri menjilat segala tuduhan yang dilontar oleh mereka sendiri sewaktu bersama gerakan pelajar.
Selain kebiadapan penguasa universiti, sifat ekstrim mahasiswi Islam terjadi ekoran kejahilan mereka sendiri yang begitu cintakan aspirasi perjuangan Islam sehingga tidak dapat mengawal perasaan marah. Mereka bersemangat berkobar-kobar sehingga lupa batasan kelembutan adab
seorang mahasiswi Islam. Keikhlasan dan cinta mereka kepada Islam menyebabkan mereka cuba mempertahankan aspirasi perjuangan Islam sehingga kadangkala melampaui adab dakwah, kaedah dan ilmunya. Justeru, pemimpin gerakan pelajar dan para mahasiswi Islam perlu memikir impak terakhir yang akan menimpa imej perjuangan mereka dalam setiap tindakan mereka.
Jangan sampai tindakan yang drastik merosakkan kebaikan yang dilakukan selama ini.
Mahasiswi Islam boleh menggunakan pendekatan sebalik tabir melalui kerja-kerja pengurusan organisasi dan pentarbiyahan kader-kader yang taat kepada ajaran Islam. Sesuai dengan sifat perempuan yang lembut, lebih tekun dan beradab, mahasiswi Islam haruslah bertindak
sebagai pembantu yang tidak menonjolkan diri agar mahasiswi Islam tidak menghadapi mehnah yang boleh menjatuhkan maruah mereka. Asiah Ali dalam bukunya Muslimat Pencorak Masyarakat menyarankan mahasiswi Islam berjihad melalui pendidikan dengan peranan menyebarkan ilmu agar kalimah Allah tertegak didalam kampus. Penyebaran ilmu boleh dilakukan dengan menceburi bidang penulisan. Jarang sekali kita melihat pimpinan mahasiswi Islam menulis dalam media massa. Sepanjang pemerhatian penulis hanya Ketua HELWI PMIUM sesi 2002/03 yang giat menulis dalam media massa termasuk dalam majalah Massa dan akhbar tempatan.
Menurut Iman Hasan al Banna, kerja yang dilakukan oleh wanita mestilah mengikut keperluan semasa jemaah. Mahasiswi Islam boleh menonjolkan beberapa figure tertentu sebagai
jurucakap mereka yang dapat memaparkan imej dan kualiti kepimpinan mahasiswi Islam. Dalam gerakan Ikhwanul al Muslimin, figure muslimat yang dilihat jurucakap muslimat ialah Zainab al Ghazali yang begitu kejam diseksa oleh Rejim Nasser. Walau bagaimanapun, Hajjah Zainab cukup kental menahan seksa walaupun didesak bertalu-talu agar mengaku perbuatan mereka merancang pembunuhan Presiden Nasser. Gerakan pelajar Malaysia pula tidak gersang daripada melahirkan wirawati-wirawati seperti Fatimah Sham yang memimpin Persatuan Mahasiswa Universiti Sains Malaysia dalam demonstrasi pada pertengahan tahun 1970an. Fatimah Sham merupakan anak kepada pejuang tanah Teluk Gong iaitu Hamid Tuah juga adalah presiden pertama di kalangan wanita dalam persatuan mahasiswa universiti di negara ini. Keterlibatan mahasiswi Islam secara terbuka haruslah bergantung kepada keperluan semasa.
Pada alaf baru ini, suka atau tidak akan menuntut mahasiswi Islam agar lebih bermakna dalam kepimpinan gerakanpelajar. Oleh sebab itu pentafsiran syariat secara klasikal mengenai peranan dan kedudukan tentang wanita yang tidak setepatnya dengan kehendak wahyu perlu diberikan pemaknaan kembali yang lebih realistik dengan aspirasi Islam. Mahasiswi Islam juga perlu memahami fiqh wanita yang berubah dan prinsip syariat yang kekal. Dengan pemahaman ini, diharapkan pemikiran mahasiswi Islam dapat dijernihkan daripada taboo tradisi yang menghalangi kecergasan mereka di dalam gerak kerja gerakan pelajar dengan tafsir amali yang baru dan tepat dengan kehendak wahyu Ilahi. Perjuangan mahasiswi Islam dalam gerakan pelajar bergantung kepada quwwat al ruh wa al-‘aql (kekuatan jiwa dan minda) dan kefahaman yang sahih
individu pada fikrah perjuangan mereka. Setiap langkah mahasiswi Islam dalam gerakan pelajar mestilah diatur dengan kebijaksanaan agar tidak tertewas dengan cabaran yang diterima. Pertama, mahasiswi Islam perlu menyalurkan semangat jihad melalui saluran yang betul dengan mengunakan perjuangan bertahap-tahap dan tidak tergesa-gesa untuk mencapai kejayaan. Pihak yang bertentangan jangan dimusuhi tetapi berusaha dengan mesra dan berbaik sangka semasa mendekati mereka. Jadilah diri anda sebagai model yang berakhlak mulia untuk dicontohi mahasiswi lain yang tidak sealiran.
Kedua, mahasiswi Islam perlulah ingat bahawa kampus hanya tapak untuk pentarbiyahan diri bukan melakukan kerja-kerja politik kepartaian. Jika berlaku perkara yang bertentangan, fiqh keutamaan yang bertunjangkan tugas asasi kita sebagai pelajar dan berkhidmat untuk
masyarakat serta agama perlu diutamakan. Pilihan mahasiswi Islam perlu tepat dengan keperluan semasa supaya kita tidak menyalahkan orang lain ke atas kegagalan kita. Kes Norhayati sebagai contoh menunjukkan satu kegagalan para mahasiswi Islam menyuburkan kekuatan jiwa dan minda sehingga gagal menguruskan masa untuk berjemaah dan belajar. Akibatnya menyalahkan orang lain setelah gagal dalam pelajaran.
Ketiga, mahasiswi Islam memerlukan keterbukaan pemikiran dan menghormati pertentangan pendapat walaupun sekeras mana pun tekanan diterima. Iman Hasan al Banna menyatakan “jangan sekali-sekali ada unsur negatif (dendam) di hatimu terhadap seseorang tetapi jangan berhenti daripada mengharapkan petunjuk buatnya!’”. Perkara ini penting agar budaya dendam dan ekstrim tidak membiak dalam diri mahasiswi Islam.
Selain itu, mahasiswi Islam wajar memiliki keupayaan menerima idea dari luar lingkaran pemikiran mereka sendiri. Kepelbagaian idea daripada pelbagai sumber yang bersifat kontemporari perlulah dikaji, diteliti dan diamat-amati. Oleh sebab itu, kajian pemikiran jangan hanya terhad kepada pemikiran Iman al-Maududi, Iman Hasan al Banna dan Iman Syed Qutb sahaja tetapi meliputi pemikiran tokoh seperti Dr. Hasan Turabi, Rachid al Ghannouchi, Malek Bennabi dan Abul Hasan Ali an Nadwi.
Mahasiswi Islam menggugat?. Jawaban ini hanya mampu dijawab oleh mahasiswi Islam sendiri. Merekalah yang akan mencorakkan arah perjuangan dengan program pengisian mereka sendiri. Mahasiswi Islam menggugat tidak semestinya bersifat destruktif tetapi memerlukan satu pengarapan sifat alternatif dengan menunjukkan jalan penyelesaian masalah dan melakukan proses pengislahan diri dan masyarakat.

Kebahagiaanku..

Adapun modal utama untuk meraih kebahagiaan adalah kekuatan dan kemampuan diri untuk menanggung beban kehidupan, tidak mudah goyah oleh goncangan-goncangan, tidak gentar oleh peristiwa-peristiwa, dan tidak pernah sibuk memikirkan perkara-perkara kecilyang remeh.Begitulah,semakin kuat dan jernih hati seseorang,maka semakin bersinar pula jiwanya.
Ya Allah
Andai benar benar taubat ku telah bertapak dan
bercambah dalam hati insan ini
maka hanya satu kupinta janganlah
Kau tarik nikmat yang satu itu
Kerana bagiku tiada apa pada diriku
melainkan kepercayaan ku terhadapMu
Kau ujilah aku
Kau sakitkanlah aku
Kau kecewakanlah hatiku dgn dunia dan isinya
Biarpun hari-hari ku lalui
penuh duka dan kekecewaan dan penyesalan
Kerna kutahu disebaliknya
ada terselindung titipan kasih agungMu
untuk hamba.
Kau perbaikkanlah diriku,akhlakku dan pandangan aku
Kerna aku ingin jadi hambaMu
yang terbaik tahu bersyukur
tahu cermin diri
dan tahu menghargai segala kasih sayangMu.
Terima kasih Allah
kerana hingga saat ini dan selama-lamanya
aku adalah hambaMU....

Thursday, February 23, 2006

Perak..oh Perak

Assalamualaikum dan sobahulkhair..
Baru minggu lepas ana tanya ayah : bila nak balik Perak ? Dah setahun tak balik.Agak-agaknya macam manalah sungai kat belakang rumah opah, hutan 'belantara' dan pokok rambutan yang ana tanam dalam dusun,dah berbuah ke? Ayah tersenyum ; tanyalah mak kamu tuh? Asal ayah sebut pasal Perak je,terus tak nak dengar..Ana tersenyum, ni mesti kes tak suka jalan jauh.Dan sememangnya,mak memang tak suka tempat yang jauh tapi dah ditakdirkan anak2nya kawin dengan orang luar.
Perak..ana pun kadang-kala tak mengaku orang Kelantan sebabnya ana suka Perak(tapi ana tetap sayangkan Tok Guru), suka makanan orang perak, suka loghat orang Parit (biarpun tak faham) dan paling penting ana sukakan opah dan saudara-saudara sebelah ayah.Bukanlah ana tak sayang sebelah mak cuma dari segi ikatan kekeluargaan lebih terasa. Walaupun keluarga ayah dulu amat miskin tapi hubungan tetap rapat dan mengembirakan biarpun serba kekurangan.Kekadang, material hanya untuk pelengkap sahaja bukanlah tujuan utama. Dan paling baik ialah bersederhana-wasatiah.Hatta kaya pun,jiwa bukan makin tenang malah berserabut dengan harta dunia..so kembalilah kita kepada konsep zuhud : Dunia dalam genggaman tangan tapi tidak di hati.

Semalam berusrah dengan adik-adik, ana kemukakan satu pandangan dengan harapan adik2 akan 'trigger' untuk buat perkara yang sama.Alhamdulillah, diorang kemukakan isu yang dah lama ana ingin luahkan. Sedar tak sedar kita pejuang Islam sebenarnya membina satu dinding halus di antara daie dan mad'u. "Akak,saya rasa tak layak je nak masuk kelompok 'orang' tuh,Seolah saya paling tak baik dan diorang pun tak pernah nak tegur saya.kalau saya tegur pun diorang buat donno je'' Mulanya ana tersentak, astagfirullahaladzim..begitukah pandangan dia pada orang yang nak bawa dakwah/islah ?

Tak dinafikan kedua-dua belah pihak punya kesilapan dan silap menginterpretasi sesuatu.Tetapi alangkah bagusnya, kalau kita yang lebih memahami mendekati mereka ini ? Dalam bersahabat pilihlah yang soleh tapi pada masa yang sama berkawanlah dengan semua orang. jangan cepat menilai, kerana pandangan zahir tak selalunya betul kan? kalau inginkan mata yang indah selalulah memandang setiap orang dengan kebaikan dalam diri mereka. Setiap manusia ada fitrah yang inginkan kebaikan bukan ? Jadi robohkanlah dinding yang memisahkan kita dari orang sekelilling kita..

Wednesday, February 22, 2006

Kerana Dia ?

Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah ada juga ruang kelapangan yang diberiNYA untuk ana terus menulis walaupun sedikit cuma tapi insyaALLAH moga-moga yang sedikit itu mampu membawa kesan yang besar. Minggu lalu dan sebelumnya, kita cukup marah bila disiarkan kisah kartun yang menghina junjungan mulia kita Nabi Muhammad s.a.w. Bukan kita tak sedar sebenarnya, perkara sebegini telah lama terjadi disekeliling cuma kadang kala tak ambil kisah langsung.Sedih bukan? Tapi alhamdulillah sekurang-kurangnya akan lebih ramai yang akan menyedari kisah ini. Semalam juga ada tazkirah ringkas di dalam kuliah dan rata-ratanya ana dapati semua terkesan dengan apa yang disampaikan tapi menjadi kerisauan juga ..jangan setakat dalam kuliah je kesan tuh tapi bila sahaja kaki melangkah keluar terus hilang rasa keinsafan dan semangat nak menegakkan Islam. Bila diajukan persoalan 'adakah ana sayang Rasulullah?' Sebenarnya persoalan ini telah lama bermain dlm minda.Tetiba meruntun rasa sedih ini.Kenapa?? Ana takut nak mengaku ana sayang Rasulullah sedangkan kadang kala ana lalai dlam melaksanakan sunahnya (adakah itu namanya cinta?) ana takut untuk tidak menyatakan tidak cinta kerana takut dinilai tidak beriman.Justeru, di manakah diri ana sebenarnya??

Saturday, February 18, 2006

Sahabat itu.

Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya: Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan. Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya). Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna

The Engagement..

Assalamualaikum wbt,
For all of the sudden,overall this week became the MOST TIRING WEEK i've ever undergone but never mind all these matters teach me how precious the time is and the important thing is how you manage it. I've to admit sometimes I'm fail too. Just this morning an engagement ceremony took place at my home..No wonder I always 'disappear' from campus previous week..Am I getting engage? Nope..not me but my 2nd sister. All my friends thought that it was me? haha..being fool eh? So sorry, i didn' have the intention to do that but since all of them always suggest me to get married during study..and alot of ideas of marriage. So I take this advantages to fool them back.Quite cruel, right.Anyway, married during study have pro and cons but depend on how you manage it. And foremost, if Allah says it will happened no matters how hard you try or how hard you work it out..anyway it will happened.Huh,same like my sister's story. So just accept it,right?
By the way, it's not what I want to write about..my head just full with ideas but I'm not having flight of ideas( in schizophrenia) but just because I am the 'great thinker' since schooling. This week, I cannot tell you how much 'sufferings' I've faced .Everyone want their job finished as soon as possible. 'Ok, can you please do that..and these', its oklah, I'll try my best to do. Anyway,I dont want all my amal lillah just burnt out just because of no sincerity so I put all these' burdens as my challange. Remember a broad minded person always see the difficulties as challanges and I want to be part of a good muslim. You know..till know I believe that a muslim should always be positive no matter how the possible is impossible, but just keep in faith that ALLAH knows the best for us. Whoever help Allah in His Deen, Allah too will help him..remember that always. Akhirul kalam, moga2 mulut yang dekat pada hati itu menjadikan hati-hati lain lebih terkesan..insyaAllah,ameen

Thursday, February 09, 2006

LECTURER vs DENTIST

Assalamualaikum ya ikwah wa akhawat..
Agak-agaknya siapalah lecturer and dentist ni? Hmm..
Sebenarnya kedua-dua pekerjaan tadi ada banyak kelebihan dalam hubungan manusia..
Kedua-duanya banyak membantu manusia..dan both ada kaitan dgn diri ana(saya).
Dulu, time kecik-kecik semua orang pun banyak angan-angan or I should say...ambition.
kalau dalam kelas selalu cikgu tanya.."Besar-besar esok awak semua nak jadi apa?" Berebut-rebut kami angkat tangan nak menjawab.Tapi seingat ana, cita-cita pertama ana ialah nak jadi engineer, entahlah dari mana dapat idea cam ni tapi sekarang alhamdulillah dalam family ana insyaALLAH ada yang bakal bergelar engineer (tapi selalu sangkut sbb banyak main=), second masa darjah 3 nak jadi pelukis sebab time tuh minat seni lukis lagipun adalah bakat-bakat terpendam sikit. Third,nak jadi doktor, sebab nak tolong orang sakit (itulah pekerjaan paling glamour dan gaji lumayan abad sekarang). Naik form 1 masuk sekolah agama, teringin nak jadi ustazah lah pulak- ambik Lughah walaupun taklah sebagus sahabat ana yang sedang ambik Lughah kat UIA. Bila dah terbuka dengan dunia luar sikit, naik taraf jadi LECTURER kat universiti kot.Itulah yang ada dalam mind ana. Jadi lecturer ni pun banyak kelebihan sama macam cikgu.
Lama-kelamaan ana cenderung ke arah sains..mak pujuk teruskan shj pengajian dlm agama tp ana tetap berkeras nakkan sains .Huh, berani jglah masa tuh menentang=)kadang-kala anak mak ni keras kepala .begitulah sampai kat matriks semuanya sentiasa berubah-ubah mengikut waktu dan keperluan. Tapi ana masih ingat sebelum ke matriks..mak selalu usik dengan bhwa ana jadi doktor.Entahlah, boleh dikatakan masa tuh, ana tak anggap ia serius sekadar suka-suka lagipun selepas keputusan SPM yang agak ‘teruk’ untuk ana terima.So tiadalah harapan-harapan tinggi ditaruh dalam kepala. Tapi ada ambition nak jadi ophthalmologist (pakar mata).
Sesampainya ke matriks seolah macam ada semangat baru dalam diri untuk belajar. Dan ana ingat apabila fasi tanya pulak .. “apa cita-cita adik?” ana tergamam..ana jawab : “apa-apa yang mengembirakan ibu bapa saya itulah yang saya akan jadi” .Hinggalah ana ditakdirkan menjadi dental student yang sentiasa kepenatan berkejaran dengan masa dan tugasan berpanjangan. Sedih juga tak dapat jd medical doktor tp ana tahu kenapa Allah tak bagi..sebabnya: ana terlalu cepat nak menangis bila tengok orang sakit (that’s why bila orang pasang siri Bersamamu..cepat2lah ana masuk bilik ) except sakit gigi-esp bagi mereka yang malas gosok gigi! Inilah, kisah hidup ana dari kecil hingga besar. Cuma satu sahaja yang berubah..kalau dulu setiap kali ditanya apa yang awak nak jadi bila dah besar nanti ?” Jawapannya sudah pasti berubah..
“Ana bercita-cita untuk bertemu dengan Allah, mengadapnya dan menyampaikan segala rindu-rindu ana selama ini!”
Fikirkanlah, jika kita asyik mengejar untuk menjadi sesuatu pasti ia tidak sekadar berhenti di situ sahaja.Mungkinnya, selepas jadi dentist..nak jadi lecturer pulak( insyaALLAH..nak ambik master dalam pedo jika diizinkanNYA). Lepas jadi pensyarah, nak jadi Prof lah, nak kumpul duitlah..dan selamanya takkan habis.Itulah dunia, tiada penghujung sehinggalah qiamat menempa.
Sumbangkanlah hidup ini untukNYA, kerana itulah tujuan kita di dunia
“ tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah padaKU” -Az Zariyat -
Beribadah pun bukanlah merujuk kepada ibadah khusus saja yakni solat,zakat, puasa dan sebagainya (bagi org yang berfahaman sekularis) tapi konsep ibadah itu luas iaitu apa-apa sahaja yang kita lakukan ,fikirkan untuk mendapatkan redhaNYA. Masya ALLAH, luasnya maksud ibadah itu, hatta gosok gigi, gosok baju, menulis untuk ilmu Allah sekaligus beri manfaat pada orang lain itupun adalah IBADAT. Oleh itu sahabat-sahabat sekalian yang ana kasihi..ayuh, gapai dan rebutlah redhaNYA kerana esok yang akan datang belumpun pasti kita tempuhi.Wassalam

Thursday, February 02, 2006

La Tahzan..

Dalam seminggu ini, banyak kesedihan hinggap di kamar hati saya.Belumpun hilang kesedihan akibat pemergian sahabat sekelas dan sekolah dulu (yang saya kagum kerana semangatnya tinggi)..Baru pagi tadi saya dikejutkan dengan ayah sahabat baik di sekolah lama yang telah kembali ke rahmatullah (baru shj b’cadang mahu melawat Jumaat ni). Bertambah-tambah lagi kesedihan hati ini.Rasanya, hingga sekarang saya masih belum mampu mengukirkan senyuman dan buat lawak seperti dulu. Seolah-olah sebahagian kegembiraan saya telah dihilangkan dan mungkin jua taklifan yang bakal mendatang menjadikan saya seorang yang selalu mengingati mati. Nampaknya, sahabat sekeliling akan kehilangan ‘orang’ yang suka ketawa ini. Dulu, seringkali kita disedarkan dengan sabda Rasulullah s.a.w : Orang yang paling bijak ialah yang selalu mengingati mati. Baru sekarang saya dapat merasai, bila kita merasakan kematian paling hampir…semua benda pun tak lagi bermakna. Nak marahkan orang? nak salahkan orang lain? nak membenci? nak ..? nak fikirkan tentang isi dunia ? keluarga?
Semua benda sudah dilupakan, yang tinggal hanya Allah dan kita sahaja. Tinggallah saya menghitung dosa-dosa yang melaut dengan amalan yang tak seberapa. Mengira-gira adakah syurga atau neraka yang menjadi kediaman abadi saya kelak.Hatta saat ini saya mengharapkan masih ada belas kasihan Tuhan untuk saya. Saya sering berfikir hidup saya sebenarnya telah diwakafkan bukan untuk saya tapi untuk yang lain- ALLAH, mak ayah, keluarga , umat Islam. Saya sering mengharapkan agar saya dapat mengecap biarpun sedikit dari nikmat kasih sayang Allah. Saya mahu jadi seperti para sahabat-sahabiah yang hidupnya semata-mata kerana mencari REDHA ILAHI. Seluruh hidup saya wakafkan untuk ISLAM.
“Kullu nafsin dzaiqatul maut”

Wednesday, February 01, 2006

Empat kekuatan...


Manusia itu dianugerahkan dengan 4 benda yakni:
Nafsu makan
Nafsu syahwat
Keinginan untuk menjadi terkenal/ tersohor
Ilmu dan pengetahuan.
Semua makhluk di atas bumi memiliki semua di atas kecuali yang ke empat yakni ilmu.Ilmu dan pengetahuanlah yang membezakan antara manusia dan malaikat. Dengan ilmu jualah manusia mengenal Allah dan oleh sebab itu Allah mengangkat darjat orang-orang yang berilmu.

Makan??
Semua ada kehendak makan, tapi berpada-padalah kerana perut adalah salah satu jalan yang perlu dijaga agar iman kekal subur dalam diri. Kerana setiap apa yang kita makan akan menjadi sebahagian darah daging dalam diri. Jika baik sumber makanan kita, maka baiklah juga diri kita and vice versa. Lihat sahaja para nabi,orang-orang soleh amat-amat menjaga dalam mencari nafkah sebagai keperluan. Kerana nur ilmu tidak akan masuk ke dalam hati-hati orang yang sudah gelap dek maksiat, dosa-dosa dan perkara yang haram. Al-halalu bayyinu wal haram bayyinu..ila akhir -

Sabarlah Duhai Hati..kerana SABAR ITU INDAH


Dalam berjuang sudah menjadi sunnah bila diejek,dicela dan diperlekehkan biarpun usaha itu sesuatu yang murni dan tidak menyalahi hukum dalam Islam. Tambahan lagi jika ia hadir dari orang-orang terdekat sendiri termasuklah ibu bapa sendiri. Tak siapa dapat menafikan sekali-sekala boleh runtuh juga segala prinsip yang kita pegang. Tapi usahlah cepat-cepat beralah pada mereka-mereka sekalian kerana dalam firman Allah SWT sendiri menyatakan dalam Surah Al-Hajj : 78 bermaksud ;

”Dia telah memilih kamu dan dia sesekali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan (ikutilah ) agama orang tuamu Ibrahim.”

Namun sebagai orang Islam kita perlu sentiasa berSIKAP POSITIF dalam sesuatu perkara. Setiap kali dilanda ujian atau masalah yang menyakitkan segeralah memandangnya ia sebagai suatu CABARAN. Pasti kita takkan mudah berputus asa malah akan terus berusaha! Mohonlah kekuatan dariNYA pasti kekuatan dan keyakinan itu akan datang dengan sendirinya tanpa disangka-sangka. Itulah tandanya kuat atau lemah iman kita .

Saya sendiri pernah dilemahkan dengan kata-kata ”Tak payahlah nak tegur-tegur orang, cukup sekadar dengan hati pun dah kira baik. Awak kan masih belajar lagi, banyak benda lain boleh buat.” Aduh! Rasanya masa tuh memang nak terbakar juga tapi saya masih ada rasa hormat pada orang yang lebih tua dari saya. Maka saya pendamkan saja ’peluru-peluru’ dari mulut saya ini. Istighfar banyak-banyak, akhirnya saya bertindak secara positif dengan menganggap ia sebagai CHALLENGE untuk diri saya dan mungkin orang yang menegur saya itu kurang faham barangkali. Takpelah, saya doakan agar suatu hari Allah bukakan hati kita semua untuk berjuang menegakkan kalimat toyyibah- LA ILAHA ILLALLAH !
Kita hidup di dunia bukan sekadar seorang anak, seorang pelajar, seorang pekerja , seorang suami mahupun isteri tapi sebagai abdi pada ALLAH. Kalau tak, apa gunanya Allah turunkan ayat dari Surah Adz-Zariyat ayat 56 yang bermaksud :

”Dan tidaklah aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKU”

Apapun bersabarlah wahai hati-hati sekalian .Sifat sabar inilah sifat yang menjadikan Para Rasul yang Ulul-Azm berbeza martabatnya di sisi Allah berbanding dengan Nabi-nabi dan Rasul yang lain. Mereka adalah Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad SAW. Sabar adalah sifat utama orang mukmin. Ia punca kepada kebaikan yang lain. Sabar tidak terhasil melainkan dengan latihan dan ketekunan. Semoga Allah mengurniakan kesabaran kepada kita, Ameen.
Sabar terbahagi kepada : (saifulislam)
· Sabar di dalam mengerjakan ibadat
· Sabar di dalam meninggalkan maksiat
· Sabar di dalam menikmati pemberian
· Sabar di dalam menghadapi musibah