Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Saturday, February 21, 2009

Match Me If You Can...

Jazakillah buat Ummu Sulaim ku ucapkan. Sungguh pun jalan ini terlalu sukar ditempuhi hakikatnya hanya DIA sahaja yang lebih mengetahui. Jika hati tak merasai kepahitan bagaimana pula ia dapat mengetahui akan rasa manisnya iman,bukan?

Hati saya sudah kembali ke jalannya, hari-hari penuh duri sudah berlalu. Semua belajar dari kesilapan termasuklah saya. Sungguhpun hari yang mendatang berbalam-balam. Entah kenapa saya rasa gembira sejak akhir-akhir ini; mungkin saja kerana attachment di Dental Specialist bakal berakhir? Mungkin juga. Selamatlah saya ucapkan kepada collegues yang bakal attach di sana. Moga kalian dianugerahkan kesabaran dan kecekalan sepanjang berada di sana. Yippie!

Tak sabar rasanya menghitung hari untuk pulang. Pulang marilah pulang..marilah pulang bersama-sama. Kerana keluarga kami bakal menerima ahli baru...siapa?Nantikan saja, insyaAllah kalau dimurahkan rezeki diperpanjangkan umur.

Hari Khamis hari OT (operation) kat Dental Specialist Clinic SGH, saya suka kalau dapat turn masuk dan jika OT habis petang ada chances untuk pulang awal. Hee...malas nak masuk klinik semula. Tapi senior DO saya memang rajin sanggup stay untuk treat kawan-kawan MO dia. Charity service katanya, padahal simbiosis saya menempelaknya. In turn, dia akan dapat service cepat dan percuma dari MO.Tiba-tiba....Dr Andrew MO ENT duduk berdekatan dengan dental unit kami..berbuallah sesama diorang dalam bahasa Cina. Kalaulah saya faham, boleh juga menyampuk. Ini sekadar memandang dengan penuh minat sambil dapat tangkap sepatah dua perkataan.

Senior saya sesekali mengunjuk ke arah saya. Saya pun berkerut,entah apa ceritanya. Mungkin mahu pass kes wife MO tadi pada saya barangkali sehinggalah dia sebut satu nama...apalagi ;
'William, what are you doing? Are you telling Andrew too??Oh,my goodness!'. Habis merah seluruh muka, cepat-cepat saya keluar dari klinik. Entah apa lagi dia mahu bercerita. Sejam lepas tuh;' I already telling him, he said no problem Hafizah'. 'Eiii..you ni memanglah, pandai-pandai aje'. Dia tersengih-sengih macam kerang busuk. Siap dia. Oklah, sekian saja cerita dari SGH. Kalau ada lagi, saya cerita tapi rasanya cukuplah muqaddimah ini

Tak sabar rasanya mahu menunggu santapan ruhani hari Ahad ini.Mudah-mudahan, ia pembuka bagi jalan-jalan kebaikan.InsyaAllah. Niat saya hanya satu~ mardhatillah. Next week kami ke Lundu, untuk AGM~dan yang sedihnya saya kena drive. Kalau dekat, no problemo but then jauhnya. Saya patut hire sorang driver nampaknya.



Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba

Friday, February 13, 2009

Hati...Susahnya Menjaga

'Dr Siti, you tau tak semalam kan..bla..bla' .
Serta merta darah kat muka saya rasakan dah turun ke kaki. Cerita-cerita sebeginilah yang paling saya tak mahu dengar. Kalau betul salah saya,tak mengapa memang patutlah saya kena marah eventhough saya dalam proses belajar. Bukan sekali dua, ini dah masuk tiga kali. Apa boleh buat bukan salah saya pun, terpaksa saya tanggung. A price to pay. Hati saya sudah entah ke mana, barangkali berlayar pulang ke Kelantan. Oh, meronta-ronta jua saya ingin balik ke rumah. Saya pun tak tahu bagaimana nak digambarkan sekeping hati ini. Mungkin seperti lagu nasyid 'Sekeping Hati di bawa berlari.."

'You think it is easier for me to transfer back to my hometown' saya bertanya pada collegue saya
' Might not be, it is difficult if it was our TPKNG' dia berkerut.
Saya mengeluh berat. Sungguhpun hujan batu di negeri sendiri itu lagi baik dari negeri orang bukan?.
'Hey, do you think you will meet me if you don't work here?' dia berseloroh. Cuba menceriakan saya.
'Huh, I think I got no benefit from that.' Saya mencebik, mengenakan dia. Ketawa.
'Hee..tipu je. I learnt a lot from you especially ~tipu-tipu MOS. How to think positively when others turn you down' Saya tersenyum. Sedih rasanya menantikan saat dia akan resign dari govt. untuk kerja on his own private.

' Anyway,maybe I at Kelantan someday I'll find you but still not married yet' dia mengenakan saya.
'No waylah, maybe during that time I already married and with 2 children' ujar saya.
'No lah, Dr Siti dah ada 5 orang anak' sampuk DSA saya. Dalam hati saya ;insyaAllah kalau betul.
'You know, no matter how hard it is..but when you believe in God everything can happen including marriage' jawab saya setelah dia mengusik saya dengan soalan berkaitan.
'Sayanglah jodoh yang baik,kita jangan membazir' dia masih tak berpuas hati
' Huh, ayat...you ambil BM Julai ke? Tatabahasa salah'
'Kalau you tak berani,nanti I approach dia'
'You berani,buatlah.' saya sekadar acuh tak acuh. Bukan tak tahu, dia selalu je usha-usha. Apa lah nak jadi dengan dia sorang ni.

4_69

“Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di Syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, Iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat)” [al-Nisaa’ 4: 69]

Sampai sekarang pun hati saya masih melayang-layang. Kosong. Pendam saja semuanya, hanya Allah sebaik-baik tempat mengadu. Barangkali sebab amal saya banyak yang tak ikhlas dari ikhlas, maka Allah pimpin kembali ke jalanNYA. Apa lagi yang lebih berharga selain dari hati yang dekat padaNYA.

Firman Allah SWT lagi di dalam surah al-Shu’araa’ [26: 88-89]:

“Hari (Akhirat adalah hari) yang tidak bermanfaat lagi harta mahu pun anak pinak. Kecuali seseorang yang datang kepada Allah dengan membawa hati yang sejahtera”

Wednesday, February 04, 2009

Keeper's Finder

A phrase will always be a phrase. Hee..tajuk di atas tiada kaitan dengan apa yang saya nak ceritakan. Sebenarnya saya pun tiada cerita yang khusus untuk diceritakan. Oklah, saya pick topik pasal mata..sungguhpun department di depan dental adalah ENT..saya tak berminat sangat ke arah itu. Saya cuma minat pada mata~sebabnya saya pernah bercita-cita mahu jadi oftalmologist. Kenapa saya suka mata? Banyak reason behind~foremost ia adalah antara ciptaan Allah yang terhebat. Cuba fikirkan kalau Allah cipta mata satu je, mata boleh lihat hitam putih saja? Rasa ketempangan yang amat sangat. Dan orang yang tengok pun mesti rasa janggal

'Beauty is in the eyes of beholder'. Lain orang lain persepsinya. Ada yang suka yang cantik, hitam manis, ada lesung pipit etc~semuanya bergantung pada sepasang mata. Mungkin saya akan kata orang tu handsome ,tapi tak semestinya kawan saya akan cakap orang tu handsome(wah, ghaddul bashar~sekali pandang shj,itu dikira rezeki tapi kali kedua berdosa). Bagi saya bukan paras rupa yang penting tapi isi hati di dalam yang perlu cantik. Siapa yang baik hatinya itulah orang yang paling cantik. Saya?? Entahlah.

Hari ni, saya dan partner saya terpaksa bergilir-gilir jadi assistant.Maklumlah dapat DSA paling rajin atas muka bumi ni. Apalah nasib kami ni. Tapi alhamdulillah attachment saya di Klinik Pakar akan berakhir tak lama lagi. Syukurnya. Merana sungguh dah la jadi officer kena pulak sedia barang2 sendiri~apa diorang ingat saya student lagi ke?(haha..marah betul saya). Saya ni bukan yang boleh dibuli-buli. Sebelum ni pun diorang dah makan paku buah keras~senyap sekejap tapi berani pulak nak pujuk2, siaplah diorang esok. Saya siang-siang habisan. Kerja malas, tapi cakap besar dan banyak. Inilah realiti bekerja...kalau baik sangat nanti kena pijak,kalau tak baik nanti kena kutuk. Conclusion~pandai2lah nak survive. Apapun ingatlah akhirat yang abadi. Nak makan gaji buta boleh, tapi tak berkat sepanjang hidup.

ok..ciao