Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Friday, January 30, 2009

Neraca Buat Diri


Assalamualaikum wbt,
Oh tak sangka Kuching akan banjir! Kuasa Allah melangkaui segalanya. Baru tadi seorang pesakit saya bercerita mengenai rumahnya yang banjir buat kali ke dua. Katanya sambil berseloroh mungkin sebab Allah dah marah dengan orang di Kuching sebab banyak dah tak ikut perintah Allah . Sekadar mengiyakan katanya, saya hanya tersenyum. Bukan apa banyak larangan dan maksiat depan mata saya terang-terangan sudah banyak kali saya nasihatkan cuma mereka saja yang enggan berubah. Susah juga begini, apa yang mampu saya buat ialah berdoa agar mereka dibukakan hati menerima petunjuk dan saya tetap thabat dalam apa yang saya pegang. Wahai Pemilik Hati jangan Engkau bolak balik hati ini sesudah Engkau berikan petunjuk.

Bila keluar dari bi'ah yang solehah, saya akui amat takut jika yang pertama solat saya lalai, kedua saya mengambil mudah perkara halal haram, ketiga pergaulan yang tiada batasan, keempat tudung saya makin singkat dan jarang serta pakaian banyak menampakkan susuk tubuh. Nauzubillahi min dzalik. Saya katakan ini melalui pemerhatian di sekeliling saya dan terus terang saya akui kadang-kadang dorongan ke arah itu selalu ada tambahan bila sekelilingnya begitu. Seringkali saya bayangkan bagaimana keadaannya jika saya memakai tudung singkat(tak menutup aurat sepenuhnya) dan berseluar jika berjalan-jalan atau bekerja sedangkan surrounding saya semuanya menutup aurat dengan sempurna dengan pakaian yang disukai Allah~ sekurang-kurang mestilah saya merasa malu sekalipun rasa takut pada Tuhan pun tetap ada. Sebab malu pada manusia untuk melanggar perintah Allah pun dikira sebahagian dari iman.

Saya bukan insan yang sempurna tetapi punya keinginan untuk terus memperbaiki diri ke arah keredhaanNYA. Kalau saya ada tersalah langkah segeralah tegur kesalahan saya itu. Saya juga ingin diperbetulkan....so kepada sahabat-sahabat yang sedar akan dirinya banyak kelalaian, jauh dariNYA marilah kita sama-sama kembali menujuNYA. Masih ada kesempatan..saya katakan ini kerana saya sayangkan semua~ bak kata Laksamana Sunan : "kerana kita insan, aku sayang kepadamu" (tiba2 saya jadi *wink2..hehe)


Mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
sampai engkau
meraihnya

Laskar pelangi
takkan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warnai bintang di jiwa

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah syurga
Bersyukurlah pada Yang Kuasa
Cinta kita di dunia
selamanya...

Cinta kepada hidup
Memberikan senyuman abadi
Walau ini kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

Laskar pelangi
takkan terikat waktu
Jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah syurga
Bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya...


Sungguhpun keadaan bekerja tidaklah seindah yang saya impikan seperti jadi student at least saya sudah melalui zaman-zaman penuh keperitan.


Monday, January 19, 2009

What's up Next?

Assalamualaikum wbt,
Entah kenapa saya begitu lapang untuk menulis kebelakangan ini. Oh hari ini pay day,patutlah saya gembira semacam..hehe.Apapun menyimpan itu lebih utama.Hari ini juga,2 kes minor oral surgery buang impacted wisdom teeth dengan jayanya saya lakukan tanpa bantuan sesiapapun.Alhamdulilah, semua ini kekuatan dariNYA dan tawakkal kepadaNYA. Saya tak mampu lakukan apa-apa jika DIA tak menggerakkkan mata, tangan dan kaki serta hati saya.

Cuti Tahun Baru Cina ni, saya takde plan apa-apa kecuali ada satu tawaran untuk menjadi fasi..kerjaya yang telah lama saya tinggalkan.Terasa janggal pula nak memulakan kembali. Sekarang ini pun saya masih antara dua sama ada mahu menyertai atau tidak.

Kepada Che gu Pips..selamatlah anda di sana. Moga ada sinar bahagia menanti anda sebagai seorang pendidik..nanti bulan 3 cheq balik,nak pi kat tempat hang.Boleh ka? Pastu,kita jalan-jalan cari pahala dan makan..heee.Anyway miss our home sooo much esp the comfy bed, A'irah what's up?

Weekend lepas,seharian kami keluar jalan-jalan. Tak banyak barang except kebetulan BonusLink membership day diskaun 70%~apalagi grab lah baju 90++ yang akhirnya jadi 20++. Alangkah indahnya kalau semua benda murah. Habit saya sebelum membeli; tunggu dan lihat sehingga harganya betul2 turun. Spend wisely...

Friday, January 16, 2009

Cerita Bersiri

"SOMETIMES A LEAP OF FAITH IS ALL IT TAKES"

Cuaca sejuk dingin, hingga ke tulang. Hujan rintik-rintik diiringi lebatnya tak terkira. Fikiran saya sudah penuh persoalan tapi jawapannya masih sifar.Kosong.Titik. Agaknya inilah fasa-fasa kehidupan yang perlu saya tempuhi sama ada suka atau tidak. Tetapi secara keseluruhannya saya lebih suka ia berjalan seperti biasa~let it flow like a river. Tak perlu susahkan diri merencana.

SEORANG MUSLIM

Berkawan dengan orang non Muslim kadang kala membuatkan saya tertanya-tanya adakah saya seorang Muslim yang baik. Persoalan mereka tentang Islam lebih banyak saya tidak dapat jawab. Dari segi fiqh mahupun sejarah Islam. Apapun mereka telah menyedarkan saya tentang itu. Satu pelajaran buat saya sekaligus.Oh ya, saya telah berkenalan dengan beberapa MO(medical officer) di sini..hehe orang semenanjung biasalah.Including a Chinese guy (MO psychiatric)..tak sangka peramah juga lagipun dia lebih fasih berbahasa Melayu dari Cina~terbalik sungguh dunia ini.Seorang lagi kawan saya di Sarawak ini.

Braveheart

Saya tak pernah pun lihat movie tu,tapi kedengarannya agak menarik. Mungkin sekarang ini dan saat ini saya memerlukan hati yang berani dengan petunjuk dariNYA. Adakah jalan yang saya pilih ini terbaik untuk saya atau sebaliknya. InsyaAlllah, harapnya terbaik untuk diri,agama,dunia dan urusan saya.
Sebabnya saya ni selalu berada dalam kategori ~torn apart~.Tapi bila dah nekad, datanglah angin taufan sekalipun...sampai bila-bila pun itulah decision saya.

My big BOSS

Hampir 3 bulan lebih bekerja, barulah semalam saya dapat berbual dan buat lawak dengan bos saya aka JUSA C. Dia memang amat baik hati,tapi saya agak segan dan rasa inferior nak bercakap except untuk consultation. Of course, had to speak in English otherwise kenalah cakap bahasa Cina. Adui, tiba-tiba je rasa nak enrol kelas bahasa Cina. But then, saya pun bantai ajelah speaking. Inilah masanya nk show off..hehe.

Ward Visit

Saya paling suka part ni esp bila ada refer case yang memerlukan dentist tengok patient kat wad.Bukan apa, boleh jalan-jalan di samping menambah kenalan. Semalam saya ada patient sakit gigi di medical ward.Sudahlah makcik Chinese tu tak pandai bahasa Melayu, cuma basic and simple words je boleh faham. Mula-mula macam ayam dan itik jugalah bahasanya, tapi lama-lama ok sikit.Sambil menemuramah hal2 yang tiada kaitan, dia fikir saya peramah kot sampai kami nak keluar~husband dia sempat cakap pada dia: "amoi berdua tu cantiklah".Apalagi, perasan jugaklah kami barang seketika..aiseh,riya' pulak.

Bukan apa, saya meringankan beban patient yang lama duk kat ward~beside ease their pain to comfort them is our responsibility~ MO dan HO pun mesti tak sempat nak entertain patient sorang2, so it's oklah. Helping each other. If you talk to them nicely then should not be any problem/misunderstanding later on kan? Talk from the heart for the patient and our sake too.


Ok,ciao.GONG XI FAT CHAI(congrats..ha).Sambung kerja..

Wednesday, January 07, 2009

Refleksi

Alhamdulillah, akhirnya ada jua kesempatan menulis barang seketika. Akhir tahun dan awal tahun kemungkinan kesinambungan yang mantap untuk para pegawai pergigian mengasah bakat dan menguji minda tatkala kes-kes trauma datang silih berganti. Pelik jua, jika di Palestin bolehlah dikira mati syahid tapi di sini mati katak saje. Itupun gara-gara kesilapan dan kecuaian sendiri~ suka pandu kereta.motor laju2. Kalau hari ni tak langgar orang, esok lusa dilanggar. Begitu kot kitaran hidup manusia zaman sekarang. Hari-hari saya mengadap patient trauma/RTA/MVA, dah pening kepala tengok luka dalam sana sini, darah mengalir laju, gigi tercabut, patah...apakan daya ini responsibility saya(haha..mcm tak ikhlas je buat keje..yeke?)

Oh, esok masuk OT lagi. Saya malas tapi lagi malas kalau duk menunggu di klinik. For some good reasons, boleh belajar lagi. Itulah seorang practioner, makin tahu makin banyak lagi tak tahu. Tak faham??Fikirlah sendiri.

Tak sampai setahun, rasanya dah habis tempat meronda. Sehinggakan tak tahu macam mana nak habiskan weekend di Kuching ni. Alih-alih pegi aje ke toko buku, jalan-jalan window shopping. Saya sedang mencari aktiviti tetap yang boleh saya lakukan eg: mengajar tuisyen FOC
..tak kisahlah yang penting saya nak menyumbang dan beramal.

Financial matters saya sudah stabil..agak2nye lah. Saya menyimpan lebih banyak dari berbelanja~ patutlah makin tinggal tulang saya ni. Dapat bagi duit pada mak ayah, opah,tokki, adik beradik,saudara dah menambah kelegaan pada saya. Ini pun sebahagian tanggung jawab saya di masa susah mahupun senang...

Palestin Oh Palestin....Dunia Islam sekadar membisu, melihat saudaranya diratah hidup-hidup oleh Zionist. Salah siapa sebenarnya? Kita? Wallahu'alam, jangan sampai kita digelar pengecut. FREE PALESTINE!