Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Wednesday, November 26, 2008

Bintang Hatiku

Bintang
Malam ini sayup kejauhan
Getaran cahayamu biarpun sekadar kelipan
Itulah pedoman buat sang nakhoda
tekun berlayar

Bintang
Andai malam ini
kita mampu berbicara
Apa bisa kau dengari
keluhan berat seorang insan yang kedhaifan ini
Penuh noda palitan dosa-dosa

Bintang
Jika semalam insan ini
merindu pada kehadiran mu
Cukuplah sebagai ingatan pada sebuah perjalanan yang jauh
yang penamatnya akan tiba
bila-bila masa.

Jika bukan saat ini
Pasti akan datang.

Buat bintang
Terima kasih kerana masih sudi
melemparkan kerlipan sayup kejauhan untuk ku...

Tatkala Bintang Bersuara..mengingatkan

Assalamualaikum wbt, kabare?waras?..
Alhamdulillah Allah masih mengurniakan nikmat sebuah kehidupan sekali lagi untuk saya pada hari ini. Sekalipun saya banyak terlalai dari landasan kehidupan sebenar seorang muslim. Baru saya faham kenapa mak selalu mengingatkan supaya berdoa dan meminta padaNYA agar ditetapkan iman tambahan lagi bila jauh dari sumber-sumber yang boleh mendekatkan diri denganNYA.

Hati rasa sedih bila diingatkan pakaian iman ini sudah semakin menipis..nauzubillahi min dzalik. Hati saya masih kuat keinginannya untuk ilmu dan pedoman berpanjangan. Saya mahu diri saya yang dahulu~ yang fikirannya bersih, 'azaraul jasad wal qalb', yang sikap dan sifatnya tak terpengaruh dengan anasir yang kurang elok, yang tidak sesekali bertabaruj(..cukuplah sekadar lip balm dan compact powder sahaja,perhiasan seorang wanita itu hanya untuk suaminya,bukan?), yang tutur katanya cukuplah hanya untuk mengingatkan orang lain kepada Allah, pakaiannya adalah pakaian taqwa dan bukan ikutan orang.

Harapnya, cuti akan datang akan saya gunakan sepenuhnya menemukan diri saya kembali. Hati yang keras ini perlu dilembutkan, mata yang kering ini perlu disiram, mulut yang banyak bercakap ini perlu didiamkan sesekali.

Cukuplah saya katakan, alam pekerjaan ini mehnahnya terlalu besar. Siapa yang kental itulah yang akan kekal, yang lemah akan terus hanyut dengan duniawi. Segalanya mohonlah padaNYA agar jangan dibolak balik hati ini. Manusia benci, iri hati tak mengapa..asalkan Tuhan masih sayangkan kita. Itu prinsip saya~tapi hablunminnanas pun tetap kena jaga.

p/s: kursus tempoh hari memberi kesempatan pada saya merenung sang bintang. Lautan bintang mengingatkan betapa besarnya lautan dosa-dosa saya. apakah kalian jua sebegitu. Ayuh kita renung-renungkan.

Saturday, November 08, 2008

Inni Raaitu...

Alhamdulillah, segala puja puji hanya layak untukNYA.
Terima kasih Allah kerana masih memberikan sebuah kehidupan pada hari ini kepada saya. Meskipun hanya beberapa jam sahaja, itupun saya sudah merasakan lebih dari cukup. Syukur jua, semalam sudah genap 24 tahun saya di dunia fana ini Biar jauh dari keluarga, rasanya masih sama. Ada sahabat susah senang, ada staf-staf yang ceria-ceria berkongsi cerita. Agak berjaya jugaklah budak kelantan menyebarkan bahasa kelantan ini di samping bercerita tentang tok guru. Saya kagum, betapa mereka amat respect dengan keperibadian tok guru Nik Aziz. Alhamdulillah, dakwah bil hal itu impaknya besar. Bila pula giliran saya ?

Oh ya, lupa bercerita tentang kereta baru yang saya drive buat kali pertama ke tempat kerja dengan no plat ada no 24. Agak 'sui-sui'(sila baca dlm bhsa Cina~sy belajar2 dgn Chinese colllegue di sini). Eventhough, saya agak malas untuk drive, kenalah rajin-rajinkan diri kan. Banyak lagi tak di explore. Melihat ciptaan Allah, bertafakur dan muhasabah diri. Moga-moga hati yang keras kembali menjadi lembut.

Hidup jauh di negeri orang, banyak benda kita belajar. Tiada mak ayah, saudara mara nak meminta tolong, semuanya sendirian berhad. Nak beli kereta, buat loan, pergi bank selesaikan urusan dari A sampai Z bergantung pada kita. Bijak mengurus, untunglah kita. Maka sentiadalah berdoa pada Allah agar dipermudahkan urusan dan diberikan kesabaran. Sebab, saya sendiri pun banyak ketempangan, kalau hendak membuat keputusan saya lebih suka diamkan dulu fikir masak-masak sebelum memberi jawapan. Sikap terburu-buru ini bukan saja makan diri sendiri tapi orang lain pun boleh terkesan. Eh, lari topik sudah.

Minggu ini, jari manis dan telunjuk saya jadi mangsa patients. Seorang budak Down's synd gigit masa tengah check up dan seorang pakcik tua tu saya suruh gigit kapas, dia gigit jari saya. Alahai,kena sipi-sipi penumbuk budak hyperactive pun adalah sebabnya saya tak baca habis history dia. Memang nasib saya agak baik untuk melalui pengalaman sebegini. Yup, be ready ; ever ready.Hehe, tak masuk lagi kes patient yang mengharukan saya~siap salam2 cium tangan, bercerita etc, kes patient yang banyak songeh buat pening kepala pun ada. Tapi cakaplah secara berhikmah lemah lembut, berdiplomasi dan terangkan secara jelas insyaAllah diorang faham. Hati-hati manusia Allah yang pegang, maka mintaklah Allah lembutkan hati-hati ini. Betul kan?

Ini juga sebahagian dakwah bil hal saya yang termampu. Selebihnya, maniskan senyum bertegur sapa.

postscriptum : 'Jalan dakwah itu luas, sekalipun hanya memberi senyuman~siapa tahu ada hati yang tertarik mendekati kita kerana indahnya pekerti seorang muslim yang mukmin' ~ada mata yang melihat setiap gerak geri kita.