Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Thursday, September 27, 2007

As I Walk Thru Life

Jalan semakin sukar dan berliku-liku. Kadang terjatuh kadang bangkit semula.Ketahuilah Allah sedang menguji kita saat susah saat senang adakah kita sentiasa mengingatiNYA, bersyukur pada nikmat yang diberikan. Nauzubillah jika kufur nikmat.

Tak semua yang kita impikan bakal menjadi kenyataan dan tak semua perkara yang kita jauhi akan dapat dielakkan.Kadang-kala kita harus menerima dengan hati yang lapang. Ikatkan ingatan kita padaNYA terutama saat senang.Kerana jarang sekali saat senang kita mengingatiNYA,bukan?

Apabila hamba-hamba- Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahwa Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku. Maka, hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka selalu berada dalam kebenaran
[QS 2: 186]

Tuesday, September 25, 2007

Almost exhausted. 2 weeks more to go.But this heart already in lowest level to do this job,lab works and requirements. I need a break, a vacation to boost me up.A fuel to fire and go thru this hardship. Just wondering when is the last time I enjoyed my full time dental student. Why I didn't enjoy it anymore?Something and somewhere and somehow, I missed my track and need to trace it back. Lillahi Taala.

Ya Allah
Saat ini aku bermohon
Andai jalan yang ku lalui
Jauh dari redhaMU
Maka saat ini jua
aku bermohon
bukakan pintu petunjukMU
agar hamba ini bisa
melihat sejalur cahaya
memandu ke arah MU
biar cerah mata hati ini
biar ia tidak buta dengan dunia
biar ia sentiasa kuat keyakinan
dengan segala apa yang Engkau tentukan~Amen

Sunday, September 23, 2007

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).” (Al-Ahqaaf: 15)
"Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu." (Al-Bukhari)
Hadith Rasulullah SAW: “Bukanlah puasa itu sekadar menahan diri dari daripada makan dan minum akan tetapi menahan diri daripada perkataan sia-sia dan kotor.” (Riwayat Al-Hakim, disahihkan oleh Al-Albani)
Di dalam hadith yang lain, riwayat Bukhari dan Muslim:
“Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keikhlasan kepada Allah maka diampunkan kepada Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosa yang terdahulu."

Di dalam hadith yang lain: “Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang dinamakan ‘pintu Rayyan’, ertinya; orang yang sudah kenyang kerana minum, iaitu pintu yang hanya dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat nanti…”
Hadith yang sahih riwayat An-Nasa’i: “Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan; kegembiraan yang pertama ketika berbuka puasa dan kegembiraan yang lain ialah ketika menemui Allah.”




"Wahai diriku , berapa lama engkau sudah tidur dan sampai bilakah engkau terlena ? Sudah sangat dekat waktu yang dijanjikan , waktu yang engkau terpaksa ditidurkan sehingga hari berbangkit .. "

Rabi'atul Adawiyah


Sampai saat ini,dia termanggu keseorangan. Benar. Tujuan dan matlamatnya sering tersasar.Kejap lurus kemudian bengkok kembali. Bagaimana dan apa yang perlu dirinya lakukan agar sentiasa berada lurus sentiasa. Pada siapa harus dia tuding jari? Diri sendiri? Orang sekeliling?Oh,bukan itu kehendaknya.


Dia bebas. Namun ada limitasi. Dia masih anak ayah ibu, dia masih seseorang yg perlu diperhatikan. Bukan mudah membuat keputusan sendiri.Ada pepenjuru yang perlu diikat kemas dalam fikiran dan hatinya. Andai sebegitu bebas dia membuat percaturan, sudah lama dia tersasar.


Apa lagi yang hatinya mahu. Dia mahu melepaskan semuanya,meninggalkan apa yang dunia janjikan dan mengejar apa yang dia cita-citakan selama ini. Dunianya terlalu luas,hatinya menjangkau benua,kecintaannya pada ilmu dan pengalaman mengajaknya untuk berkelana.Sampai satu masa, mengertilah dia akan bermusafir sendirian. Dia perlu belajar hidup bersendirian. Jika bukan di sini,pasti di SANA....

Wednesday, September 19, 2007

Things Surrounding Me

I don't drink tea,but I can make for you one...


Love these things,but too much of it ..miserable you!



If you don't know how to entertain me,just thinks of these things.



Colour pencils? No..no, my eyes painted with these..huhu

Shoes? Tired me up. Bare feet quite ok but with stocking~aurat2.


Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT."
~~~~Terima Kasih Emak~~~
Moga2 Allah memberkatimu dan ayah juga. Moga-moga Hadirah pun akan taat pada mama dan papanya,asalkan jangan degil mcm mama dia~heh.

Monday, September 17, 2007

Papa Saya(^_^)

'Debukk..'
'Dr, tak puasa ke pukul sy mcm ni?'
Dr sengih-sengih saja,bergegas pulang.
Kawan sebelah terkesima, oh..itu papa saya yang amat sporting. Semua tahu. Syukur dapat supervisor seperti itu, walaupun tak semua yang perfect.

Alhamdulillah, minggu ini klinik berjalan seperti biasa eventhough ramai patient yang refuse utk treatment di bulan puasa. Sebenarnya tak batal pun buat rawatan gigi asalkan air tak masuk rongga tekak. Hatta nak cabut pun tak membatalkan.Indahnya Islam, tak semua benda rigid.
Ana sakit telinga especially kat mastoid area~tenderness. Malas nak ke klinik sbb tak byk masa yang ada. Kepala ana pening tiap-tiap petang habis klinik.

Patient datang bawa buah tangan, ana takde apa yg nak diberi kecuali rawatan yang terbaik buat mereka dan yang paling penting amanah. Sebenarnya ada satu patient ana terlepas step treatment, mulanya ada niat nak discharge saja.Tapi,amanah Hafizah..amanah. Ana redo jugak step tu.Berdosa kan kalau biarkan macam tu saja. Asal kerja kita je siap, tapi pesakit?

TQ abang, nasihat ana supaya banyak rehat. Diapun tahu penat kat klinik sbb dia tukang observe ms jd patient. Balik nanti, make sure ada present ya! Stop la buat lawak-lawak poyo tuh...Sakit perut ketawa nih.


p/s: jgn lupa tahajud sblm@slps sahur.Bersahurlah,dlm sahur ada berkat.




















































Sunday, September 16, 2007



It is snowy

Wish I could be of them

Feeling the coldness of icy snow..

Maybe,someday...alone in love

of travelling and gaining experience..

Who know?
















Wednesday, September 12, 2007

Ramadhan Karem, Allahu Akram

Esok, hari pertama kita berpuasa. Tak sabar menantikan apakah bentuk Ramadhan kali ini bakal ana lalui. Moga baik-baik sahaja. InsyaAllah, Ramadhan terakhir sebagai pelajar undergrad pergigian hendaknya. Alhamdulillah, segala puji hanya layak untukNYA akhirnya report ana telah di'submit eventhough nama ana dah di'highlight' kuning lagi tuh. Org pejabat siap tanya-tanya lg~lain kali encik buat sendiri lah elektif ye.Baru tau mcmana kitaorg terpaksa tukar result berkali-kali.Ink dah dua catridge abes.Oh, ya Allah.Apa ni ana merepek ke..astagfirullah.

Sebulan yang memeritkan telah berlalu~fixed prostho, elective submission, patient's management. Sabtu ni oral presentation elective. Ana pilih oral rather than poster, kerja tak byk tp cuma soalan akan dtg dr pelbagai sudut. Tapi takpelah, beloved Dr pun cakap good. InsyaAllah Dr, saya akan present the best I can. Ada rezeki Allah janjikan utk saya, tetap akan ada.Cuma, ana harap segala yg ana tlh lakukan ini Allah nilai sebagai sbahagian ibadah ana dan penghapus kepada kejahilan ana.

Dan minggu ini, ana akan pulang.Pulang utk kembali mencari 'sense' of myself, mencari step kembali dan kembali menjenguk ratu hati kecil ana~Hadirah.

p/s : Pips, 0oo..ada rahsia ye.Xpe2,cheq pun ada rahsia jgk.No one know but HIM.Being secretive..being mysterious..
Semalam ada bicara. Bicara di antara jiwa-jiwa yang merindukan perjuangan. Bicara di antara jiwa-jiwa yang memahami tuntutan kehidupan mereka atas agama ini. Semalam yang panjang. Yang menjadikan jiwa-jiwa ini kembali meneluki diri.

Apabila hamba-hamba- Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahwa Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo?fa apabila ia memohon kepada-Ku. Maka, hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka selalu berada dalam kebenaran
[QS 2: 186]

Hari ini. Dan semalam. Pada lembaran sejarah yang berulang. Dua cerita yang sama. Dan apabila mendengar perkisahan itu dari lisan-lisan mereka, aku jadi termenung sendiri. Terpana. Menerawang mengingatkan seorang gadis yang kisahnya hampir serupa. Dan masih jelas terbayang di ruangan mata setiap detik itu.Gadis kecil itu. Perjuangan hidupnya yang panjang. Mencari kamilah. Mencari kesempurnaan. Pada usia remaja, yang kerap kali idealistik itu menjadi matlamat diri. Kerana dia sedar, jiwanya tercipta sebagai sebaik-baik ciptaan. Sebaik-baik makhluk ciptaan Tuhan. Ahsani taqweem.

Gadis itu. Mencari kamilah. Kerana dirinya serba lemah, serba kekurangan.Kurangny a ilmu dan makna faham pada perjuangan yang diagung-agungkan. Apatah lagi dengan bebanan amanah yang telah dipertanggungjawabk an, sedangkan dia sedar, siapa dirinya yang sebenarnya. Masih jauh dari rasa layak untuk memikul sebuah percaya.

Dan apabila urusan kerja itu tidak menjadi seperti yang diharapkan, sering kali rasa tidak puas hati itu berkumpul sendat di kepala. Memeningkan. Dan melemahkan gerak kaki untuk bekerja. Lantas mencipta amarah yang terpendam. Pada mereka yang senang-senang memilih dirinya untuk beban dan kerja itu.

Gadis itu. Kerap kali tersungkur. Dalam langkahnya mencari kamilah. Tidak sedikit lontaran kata berbisa yang dilemparkan kepada lelaki itu, yang membawa dirinya mengenal jalan ini. Tidak sedikit nista yang dicipta pada langkah dan gerak kerja. Kerana dirinya masih ada rasa tidak percaya, rasa tidak layak untuk sebuah tugas.

Dan gadis itu terus memberontak. Dan Allah itu Maha Mendengar.
Memohon hidayah dan petunjuk dari DIA, agar di landasan juang ini, ada kamilah itu. Meminta cahaya dariNYA. Agar di kehidupan yang telah dipilih ini, ada kamilah itu. Meminta dan terus meminta.Allah itu Maha 'Alim dan Maha Adil. Pengkabulan hajat dan doa dalam bentuk yang berlainan. Bersulam ujian demi ujian. Hampir-hampir sahaja dirinya tergelincir. Andai tidak disuluh akhirnya dengan pertolongan Allah SWT. Didatangkan olehNYA seorang lelaki. Syeikh Kabir. Yang menjelaskan perihal diri seorang pejuang.

Anakku. Jalan ini jalan yang panjang. Perlu punyai bekalan yang mencukupi agar tidak terhenti di pertengahan. Bekal itu adalah ilmu, faham dan keikhlasan. Pilihanmu pada jalan ini adalah tidak salah. Yang salah, apabila engkau berhenti kerana mahu memperbaiki diri. Sedangkan engkau meninggalkan saudara-saudaramu tenggelam dalam arus duniawi.

Anakku. Tarbiyah dan dakwah itu mesti seiringan. Dan mesti seimbang. Perbaikilah dirimu dengan tarbiyah ilmu dan kefahaman. Dan perbaikilah masyarakatmu dengan amal dakwah dan kasih sayang. Dan berusahalah untuk ikhlas. Kerana ia kunci kepada nafas-nafas yang panjang.
Anakku. Jalan ini jalan Rabbani. Jalan agamaNYA. Jalan yang tidak memerlukan kita, sebaliknya kita lah yang memerlukannya. Jika kita berhenti dari jalan ini, DIA pasti akan mendatangkan satu golongan manusia yang lebih hebat, lebih berkasih sayang dan golongan yang menang. Jika kita berhenti, kita lah yang rugi. Sedangkan DIA tidak memerlukan sesuatu apa pun dari makhluk-makhlukNYA

Anakku. Jalan ini telah menyaksikan ramai yang gugur. Kerana kesilapan pada langkah bermula. Kerana tidak memahami tujuan dan matlamat untuk dirinya berada di jalan ini. Kerana telah lelah, dengan beban kerja dan amanah. Kerana dia terlupa untuk meminta kekuatan dariNYA, yang telah memilih dirinya.

Anakku. Inilah satu-satunya jalan menuju ke syurga. Dan syurga itu dikelilingi oleh al hawaa dan ad dunya. Dan hanya DIA yang memiliki kuncinya. Maka janganlah berhenti untuk berdoa meminta kunci. Kunci hidayah. Yang disampaikan DIA kepada mereka yang benar-benar meminta.?

Dan sehingga kini, gadis kecil itu benar-benar berterima kasih kepada dia. Dan bersyukur penuh ke hadratNYA. Kerana bicara dua jiwa itu telah mempertemukanmya dengan kamilah itu.Dan sehingga kini, gadis kecil itu tidak pernah berpaling lagi. Walau beribu ujian yang datang menghalang, langkah kaki ini tetap diteruskan. Walau lemah lelah dengan kerja dan amanah, dia masih bertahan.

Kerana dia mengerti. Itulah sunnatullah pada medan kehidupan yang satu ini. Kehidupan yang penuh dengan ranjau berduri, berliku dan derita. Kehidupan yang di akhirnya ada bahagia.
Kehidupan para nabi, sahabat, solehin dan syahidin.Dan bicara semalam telah membuka semula lembaran satu sejarah itu. Sejarah yang sama dalam diri mereka, yang memahami tuntutan dakwah dan perjuangan. Dan mereka juga bakal tergelincir. Jika tidak dipandu dengan cahaya pertolongan dariNYA.

Dan aku terfikir-fikir kini. Bagaimana pantas jawapan yang terbaik buat mereka, jiwa-jiwa yang mahukan kemenangan. Agar jangan sampai tersadung di pertengahan. Agar jangan sampai berhenti.

Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu (Muhammad: 7)

Duhai jiwa-jiwa yang mahukan kemenangan,
Pertolongan itu sebenarnya hanya dari DIA. Disampaikan kepada hamba-hamba yang dipilihNya. Maka hendaklah sentiasa merendahkan diri mengangkat tanganmu. Memohon doa dariNYA. Supaya sentiasa ditolong. Supaya sentiasa dipilih. Untuk menerajui hidup sebagai penolong agamaNYA--- dari umm Zahra---

Tuesday, September 11, 2007

masih lemahnya aku..

Hatiku terus berbisik sendirian
Menitikan bait-bait pertanyaan
Kosong tanpa jawapan sebenar
Yang hanya DIa tahu segalanya
Tentang erti rindu dan cinta
Aku bisa mengukir pelangi kebahagian
Aku bisa melakar taman bunga indah
Aku bisa mencipta bangunan kesetiaan
Aku bisa melayarkan bahtera kejayaan
Namun aku gagal menjadikan ianya nyata
Kerana aku lemah dan lelah
Masih perlu merintih dan menagih simpati
Pada si Dia yang menaburkan cinta
Pada setiap makhluk dibawah jagaanNya
Tanpa izinnya matilah segala impian dan cita

in-soft

Friday, September 07, 2007

Technologies..

Sabda Rasulullah s.a.w : Ada dua perkara yg manusia selalu sia-siakan ~masa lapang dan masa sibuk.Ya, manusia selalu bertangguh-tangguh dan bila dah sibuk, selalu menyalahkan masa. Termasuklah penulis yang suka menangguh-nangguh benda yg blh dibuat pada masa lapang.
Hihi..semlm YM with my big bro.Dah lama xdengar cite. Rupanya dia tgh busy,br lepas shutdown. Oh,alhamdulillah dia akan pulang untk sama-sama beraya. Ada ke dia tak nak mgaku ana nih comel mcm Hadirah.Huh, sungguh egokan orang lelaki ni. Dia nak cakap,tapi dia malu kot.So ana husnu dzon jelah dgn dia.

Well, stiap kali dia balik mesti ada present utk each one.The most sporting and metrosexual bachelor. Honestly, he dress smartly although kt rumahMacam ni,org nak cari.Rasulullah pun selalu ajar agar umat Islam jd plg bersih.Bila org pandang takdelah serabut kepala.Tapi jgn pandang sebarangan,jaga pandangan.Kurang dosa, iman lebih terasa manis. Orang yang paling mjaga pandangan dan paling malu adalah khatimul anbiya' kita, ayuh kita sama mencontohi.

The good things about him is he's independent, suka jimat2 sbb tuh blh beli motor, pc ,hs and all those gadgets with his own money. Maybe inherited from dad, well hardships teach us alot.Money is a thing but not everything. Rupanya,banyak jgk things yang ana admire dgn dia. Bila drive dgn dia,sll dia senyap sbb concerntrate on driving,but sometimes dia sll acah2 nak naik atas divider lah,roundabout..apekah?Next is, he's sportman whoa with his height(i'm just below his shoulder) he can play everything bola keranjang,bola tampar ever he swim faster than us. Our family actually actively involved in sport,except me which quit netball at standard 6. He used to teach me to play ping pong, badminton, petanque but not yet tennis.

Technologies sometimes do good deed.

Labels:

Wednesday, September 05, 2007

Sejenak..Ramadhan datang lagi

Assalamualaikum wbt,Akhirnya report elektif ana tak dapat disubmit ahad ni gara-gara doktor pergi bkursus ke KL.Ana insist nak hantar tp doktor cakap jgn sblm dia re-check. Wah, tension juga masa tu sbb ingatkan khamis ni dah finalize.O..Allah once again you test me.But nevermind, at the end everything would be just fine..just fine dear ( oh,imagine my hubby said that to me..huh.Imagine a lot). This mean time,just my mom said things like that.Maybe next time Hadirah too.
This Ramadhan festive,Hadirah will celebrate with us here in Kelantan.Now onwards she will be a Kelantanese. But we still speak to her in her parent 'KL accent' and few English words.She seem to understand them. Clever Hadirah!Like her achiks too.She's quite hyperactive with tonnes of energy.Everyone got to surrender whenever trying to entertain her early in the morning until late of nite. But when all of us sleep unconciously she will play by herself and suddenly get to sleep right beside us.So sweet of her. Uuhh..love her.

Tukar bahasa~ Tak sabar nak memasuki fasa Ramadhan,fasa kembali mendekatkandiri padaNYA.Moga tahun ini lebih baik dari tahun lepas.Dan banyak lagi pencapaian yg dpt ana lakukan. Ana mahu jadi muslim yg lebih baik dari sebelumnya. Tak kira 8 atau 20 rakaat terawih, ia tetap sunat.Yang wajib perlu diberi perhatian, diperbaiki dan ditampung bagi yang ada ketempangan. Biasa kat masjid kat rumah, akan ada budak tahfiz yg akan jadi imam. Bila diakhir Ramadhan, masjid dan surau bertambah meriah sebab semua yang jauh sudah balik ke Kelantan.Sekali lagi jadi rindu pada Perak Darul Ridzuan!

Tahun, entah dapat balik ke tak memandangkan ada Hadirah. Oh, mungkin ini kali pertama kami merayakan i'dul fitri di Kelantan. Kami rindukan suasana perak, loghat orang Parit, lemang Opah dan bau nyaman hutan dan sungai belakang rumah.Dulu makcik selalu usik, cari husband org Perak tapi ana sengih2 je.Jodoh ketentuan Allah kan?Tak kisah datang dari mana,asalkan bukan alien. Nice to be and befriend with org Perak, but unfortunetly my cousins almost are male. So, ada limitation tp sll je ana and akak usik diorg.Masa beli brg, biasalah dgr org Banjar bbual(i'm spelling it rite?). Ayah tlg translate eventhough ayah bukan org Banjar. Pelik juga bhsa diorg ni.

Kami akan singgah di Kuala Kangsar, lalu dpn MCKK and if i dun mistaken ada girl school bdekatan.But the looks of MCKK building so awesome esp bila malam.Mcm rumah hantu zaman British je. But the part of it,gerai jual juadah berbuka.Imagine berpuluh-puluh org beratur utk beli martabak bom..apa entah.Teruknya org Malaysia,buka puasa mcm raja je.Bermewah-mewahan.Salah konsep puasa.ok,that's all.
when you dream,there's chance you find~so let dream!