Assalamualaikum wbt,
Demam PRU sudah berlalu,sekaligus mencatat pengalaman berharga untuk saya.Ya.Kerana saya ditemani buah hati saya tercinta hingga ke pintu bilik tempat mengundi.Saya terfikir untuk 5 tahun akan datang, adakah saya masih akan berteman lagi? Dia memberi semangat dan kesungguhan yang saya tak pernah lihat selama ini. Hanya kerana dia terlalu mengharapkan kejayaan untuk Islam.Terima kasih buat ayah. Dan saya seakan memahami, kenapa saya amat beruntung mempunyai ayah. Terima kasih Allah.
Masa makin cepat berlalu, maka seiring dengan exam final yang menambahkan debaran untuk semua undergrads. Sukar menentukan apa yang bakal mendatang. Cuma melalui hari-hari dengan berjuta harapan dan impian. Tinggal usaha dan doa yang tak putus. Semuanya masih di tanganNYA.
Entah apa yang jadi pada saya akhir-akhir ini, setiap petang semasa GDP (general dental practice), saya seolah addicted untuk treat 2 patient. Bayangkan, dengan instrument yang kehabisan saya tak cukup tangan untuk handle material dan patient sekaligus. Tetapi saya belajar untuk merancang terlebih dahulu dan bekerja secara sistematik. Itu yang saya belajar dari staff nurse,DSA(dental surgeon assistant). Kelak, di KKM...ingat walaupun anda seorang doktor, staff di bawah anda bukanlah yang seperti anda sangka. Mereka akan memerhati, membuat andaian, dan even cakap-cakap belakang jika kalian tidak competent melakukan kerja, buat kerja lambat,tak berdisiplin. Anda dinilai oleh orang bawahan.
Maka, semasa belajar inilah jangan sesekali memanjakan diri. Kerja kuat dan selalu ringan tulang membantu orang. Usah berkira sangat dan cepat melatah. Timbalah pengalaman dari orang yang lebih berpengalaman dan hormatilah seadanya. Hidup pasti CERIA. Apapun, jangan sampai orang ambil kesempatan di atas kebaikan kita, itu dibuli namanya.
So mengikut rumus saya, untuk menjadi seorang practitioner yang baik perlulah : baik+ringan tulang+cekap+tegas+disiplin= competent.
Oleh kerana petang ini,saya terlebih competent kerana memanggil 3 orang patient (oh, bukan salah saya- patient saya suka sgt dtg, hingga tak buat appointment pun dia dtg). So, its not nice to send her home just like that, I did something- easiest ; XLA (extraction under Local Anesthetic). Pengajaran untuk saya, be prepared to face realities and suprises. Dan saya dapat gelaran Miss Competent, tapi disebabkan title itu jugaklah...saya jadi tak comperent. Percaya tak, saya terlupa untuk seal barang sebelum sterile dan membiarkan mereka itu menunggu di manakah tuan mereka. Mujur ada kawan kepada miss competent yang dah tak competent itu tolong meng'seal'kan barang-barang.
Esok, staff nurse bakal 'sound' kat saya. So, once again Be Prepare!
Miss 'Competent' bakal dimarahi esok, sabar jelah ye. Ujian datang dalam pelbagai bentuk.
Esok, Aqil bakal pulang ke negeri kelahirannya. Kesian Aqil kerana menjadi warganegeri itu. Tak bertuahnya Aqil...hihi.Itulah Kelantan best tau.
Labels: Up Close and Personal