All Aboard!

Sudah saya katakan, ini pelayaran yang mesti diteruskan sekalipun pendayungnya patah dan tak sempurna. Saya nekad dan optimis. Sepertimana orang mukmin yang jatuhnya berkali-kali tetapi tetap setia bangkit semula. Betul, orang yang selalu tersenyum akan kurang stress. Maka laluilah hari yang mendatang dengan sebuah senyuman yang ikhlas meskipun ujian berat datang menimpa.
Alhamdulillah, terawih kali ini saya sudah tidak mengantuk seperti tahun-tahun yang sudah. Kurangkan makan, minum banyak air suam. Konsisten kan diri dengan amalan sunat dan banyakkan mengingatiNYA.
Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka (yang terdiri daripada nabi-nabi, para siddiqqin, syuhada’ dan solihin, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai (yang terdiri daripada kaum yahudi), dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat (yakni kaum nasrani).”
(Surah al-Fatihah [1]:6-7)
الوقت هو الحياة
“Masa adalah kehidupan.”
Labels: Ihya Ramadhan
