Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Monday, April 11, 2011

Tidurlah Sayangku..


Masa terasa amat panjang.

Dua malam sudah, asyik terjaga selang 2 jam. Oh, susah juga nak melelapkan mata tatkala sudah terbiasa ada en suami di sebelah. Makanya, terpaksa saya membiasakan untuk tempoh seminggu ini bilamana en suami outstation.


Tapi saya taklah separah seperti seorang staf yang memang tak dapat tidur kalau tiada orang menepuknya! Tak mengapa, nanti lahir baby~ baby pulak tolong tepukkan seloroh staf yang lain. Hehe..kat klinik ada 3 orang mak buyung. Dua orang doktor dan seorang assistant. Memang meriah dengan simptom pregnancy nih.


Acara makan-makan terpaksa diatur semula. Merancang diet yang sihat, makan sedikit tapi kerap, air manis perlu dikurangkan, makan kurma dan buah-buahan secukupnya. Berazam nak habiskan kurma en suami..hehe. Biar balik nanti dia terkulat-kulat tengok bekas kurmanya kosong. Kalau ditanya, macam biasa ayat innocent; 'Baby yang nak makan, so mak dia pun kenalah tolong makan kan'..Huahua. Kurma bagus, untuk menguatkan rahim...kalau diminum dengan susu menambahkan daya ingatan. Sunnah Rasulullah s.a.w.


Sarawak nak berpilihan raya hujung minggu nanti, selamat mengundi. Ktkurg yang menentukan siapa pemimpin ktkurg. Kmk doakan yang terbaik insyaAllah. Rindu pulak pada obor2 dan sayur cangkuk manis(^-^). Ayam penyet dah makan minggu lepas...alhamdulillah.


p/s: jom tidur baby! Jangan kick kuat-kuat sangat ye sayang. Ya Allah berkatilah suamiku, anak dalam kandungan ini dan diriku. Engkau sebaik-baik pelindung dan penolong. Amin ya Rabba alalamin.

Tuesday, April 05, 2011

Lebih Berat?

..daripada biasa.. Alhamdulillah, masih meneruskan rutin yang biasa. Cuma bezanya, alahan pada sisi yang lain. Alahan tengok makanan...pasti nak makan. Semua staf dah asyik perlikan saya tak kurang juga yang motivate saya untuk makan dengan hebatnya. Oh.. Cuaca panas membahang, menyumbangkan lagi tahap 'hot flush' saya terutama di malam hari. Terasa nikmatnya hujan yang turun. Hujan itu rahmat, pesan orang tua. Tapi jarang manusia ingat dan bersyukur. Nikmat Tuhan Mu yang manakah kamu dustakan? Minggu ke 18. Terasa banyak perkara perlu dipelajari. Takut,gembira dan rasa tak bersedia semuanya bercampur baur. Tapi insyaAllah saya dan en suami mahukan yang terbaik dan bersungguh-sungguh dalam menghargai nikmat ini. Moga Allah redha atas apa yang kami lakukan. Amin. Buku-buku ilmiah sudah lama tak bersentuh. Penat kerja, uruskan rumah tangga..akhirnya jadilah katak di bawah tempurung. Satu saja perlu diingatkan pada diri sendiri~ mahu atau tidak, semuanya atas kemahuan kita. Man jadda wajada. Ilalliqa..