Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Friday, February 25, 2011

Mari Makan Cucur...

Salam Sayyidul Ayyam!

Huehue...dah bernanah telinga dengar 'ceramah' free dari en suami supaya update blog ni. Dah bersawang entah apa pun tidaklah pula tuan punya blog ini mengetahui.

Kerja penat, balik kena driving almost 1 hour, nasib tak baik trapped in traffic jam. Oo...alangkah indahnya kalau duduk di kampung. Pergi kerja rilek, balik pun rilek. Oi, nampak sangat tak bersyukur...oh..ampunkan hamba ini kerana mengeluh ya Allah. But foremost, being near with husband is a great blessing. Till now, I can't imagine how to face the 'sickness' alone without him. Dengan muntah sampai asid perut boleh keluar, malam langsung tak berdaya~ cabaran buat seorang bakal ibu tapi Allah dah janjikan berganda pahala dan ganjaran di sisiNYA. InsyaAllah.

Tempat kerja baru alhamdulillah ok, tapi agak kurang ok bila dengan top management. Some staffs already warning about the 'hidden' plus ugly truth~ but not knowing to somewhat extent I prefer being a listener. 'Dr, you better continue/pursue ur education or find some other country to serve'. Me, yup I'm opt to further my education to higher level. Plus, our commitment is begin to add on~ money become one major issue and same goes to our spending habit.

Marriage life? Yet so many thing to be learn and things to work upon. Thank goodness~ en suami really help alot in household chores esp about laundry..hehe. Sekarang baju tak terlipat sbb tunggu en suami yang rajin melipat dan menjemur. Well, must show good example for our children...meh..haha. Me, just an ordinary mom who loves to sleep...ngee. Trying to change bit by bit all the not so good attitude.

p/s: at the end of the day, always say 'Alhamdulillah'....
Saya sayang suami saya (..ayat bodek=P)

Friday, February 11, 2011

Hope You Happy


Assalamualaikum wbt,
O..my goodness! Dah sebulan lebih tak berdaya nak mengupdate kan blog rupanya. Saya masih di atas ardhillah cuma kemampuan nak menulis agak terbatas di samping rasa malas. Oh, maafkan saya.
Banyak betul perkara yang berlaku dalam masa sebulan lebih nih. Pahit manis semua dah mewarnai. Alhamdulillah saya gembira di tempat kerja baru tetapi agak 'kureng' bila masuk bab oncall. Maklumlah kat Simunjan memang rileks berhabisan.
Seminggu tagging oncall for 24hrs? Ooo...ridiculous bukan? Tapi apa boleh buat sudah rules sebegitu. Bagitahu saja apa pengalaman yang pernah anda alami klu kerja berterusan seperti itu. Pengsan semasa assisting specialist di OT? Sakit kaki naik turun tangga dari tingkat 8 ke ground floor masa ward round setiap pagi, malam-malam terpaksa bersengkang mata tunggu panggilan, ambik darah dan pasang branula di waktu malam~urat darah pun dah nampak sama dengan kulit, hampir pitam dalam lif dan sebelum sempat sampai ke kereta dah muntah di tepi pokok bunga~naib baik pak guard tak perasan saya..haha.
Hari terakhir, bagaikan hari keluar dari penjara. Terima kasih en suami sebab bagi support di kala saya tengah mengalami evening sickness. Terima kasih juga sebab paksa saya makan dan gerakkan untuk solat. Dah makin lemau pulak bila nak masuk akhir 1st trimester..hehe. Mengada-ngada. Nurse pun dah warning tentang penurunan berat badan saya nih. Apa boleh buat, saya makan untuk muntah (^_^). Jangan mengeluh ye, pesan pada diri sendiri.
Semangat..semangat!
Though hari ni ambik cuti~tak larat nak pegang stereng kete dan mengantuk yang tersangat dan lelah outpatient day belum hilang. Nak mengemas baju saya dan en suami lagi. Huahua..
p/s: hari Jumaat, mari kita doa banyak-banyak.