..Jagalah Allah, Allah Menjagamu..
HAMBA YANG MENGINGATI TUHANNYA
Menurut hadis Nabi s.a.w bahawa Allah akan memelihara hambaNYA apabila hamba menjagaNYA, sebagaimana dalam sabdanya : ‘Jagalah Allah,nescaya DIA akan menjagamu!’
Menjaga Allah secara ringkasnya bererti bertaqwa kepadaNYA. Sedangkan taqwa ertinya : melaksanakan perintahNYA ,menjauhi laranganNYA dan membenarkan beritaNYA..p/s : ada juga diterjemahkan maksud taqwa ialah khauf (takut) ,tapi sesetengah tidak bersetuju. Mengikut apa yang pernah Tok Guru perjelaskan melalui siri kuliahnya ; makna taqwa sering berubah mengikut waktu dan keadaan sekelilingnya tetapi masih dalam lingkungan yang sama, so makna yang sesuai digunakan untuk taqwa ialah menjaga dan menlindungi diri secr generalnya. So..maksudnya fleksible untuk mengguna pakai makna2 taqwa tadi. Hah, disitulah lambaing bahawa Islam itu amat fleksible dan meluas, jadi tak susahkan nak ikut.
Dan banyak pula ciri2 orang yang menjaga Allah antaranya :
a) Memelihara solat-solat di awal waktu itu penting. Siapalah yang tak sabar2 menunggu saat untuk bertemu Kekasih ? Tambahan lagi Kekasih abadi..rindunya untuk meluahkan dan mengadukan segala hal di hadapanNYA. Orang yang sengaja melambatkan solat umpama tiada cinta untuk bertemu Allah, solat sekadar lewa sahaja didirikan, itu belum sentuh bab wudhu’ lagi. Apatah lagi untuk khusyuk!
Tetapi kalau ada benda2 yang menarik, cthnya tengok tv,baca buku @ novel..setengah bermula siaran dah duk mengadap, masa 2-3 jam berdiri pun takpe. Lemah sungguh ye iman kita ni?
b) Menjaga Anggota Tubuh – Hati, Lisan ,Pendengaran, Pandangan,Perut,
Hati umpama raja,jika rosak raja maka binasalah rakyatnya. Besarnya peranan
hati dalam kehidupan manusia..manakan tidak sebelum memulakan sesuatu
pekerjaan mestilah didahului dengan niat yang datang dari HATI. Hmm..susah jgk nak meng’cure’ penyakit hati from my experiences.Kadangkala muak juga dihadapkan benda yang sama cuma cara yang berbeza. Bukanlah menyalahkan sesiapa, kadangkala manusia nih just nampak kuman seberang laut tapi gajah depan mata pun boleh terlepas pandang.Itulah manusia termasuk ana..
Cuba fikir, dalam sepanjang hidup kita ini adakah kita hanya akan bermain-main dengan hati dan perasaan? Tak bosankah hidup sebegitu? Sedarlah semakin banyak kita melarut dalam masalah hati dan perasaan semakin banyak masa,tenaga,wang dan pemikiran terbazir begitu sahaja. Alangkah moleknya,jika semua itu kita pertaruhkan untuk membangunkan orang2 sekeliling kita,buat sesuatu yang bermanfaat untuk Islam..setiap masa berfikir tentang orang lain.
Bukan bermakna,kita tak boleh punya ruang waktu untuk diri sendiri cuma bahagi2kan seelok-eloknya. InsyaALLAH, Allah akan kurniakan lebih banyak nikmatNYA. Lihatlah masyarakat sekitar kita, ramai yang tak pandai solat, tak pernah kenal ayat Al-Quran kekadang mengucap 2 kalimah syahadah pun tak tahu.Sedangkan kita ?Asyik berperang dengan jiwa yang ntah apa2 je. Habis masa, buang duit, fikiran lemau and so on. Orang Palestin dan Iraq duk sibuk berperang dengan kaum kafirun. Bila di akhirat kelak, boleh tak sahabat bayangkan siapa yang lebih berat timbangan mizannya? Tentulah orang yang tidak mensia-siakan waktunya di dunia.
Hati, jika kamu perbaiki dengan zikir dan ketaatan, maka tangan mata telinga kaki perut dan semuanya akan menjadi baik.Hati yangbersih di dalamnya tidak diisi oleh sesuatu yang lain kecuali ALLAH. Seorang mukmin, hendaklah menyerahkan hatinya kepada ALLAH agar Dia memberi petunjuk kepadanya ke jalan yang lurus.
‘Sesungguhnya bukan mata itu yang buta,tetapi yang buta adalah hati yang ada di dalam dada’
' ..Ambillah semua duniamu dan biarkanlah
Hatiku merdeka, bebas dan terasing
Sesungguhnya akulah orang yang paling kaya di antara kamu
Walaupun kamu meninggalkan ku sendiri tanpa punya apa-apa..'
dipetik dan diolah dari JAGALAH ALLAH,ALLAH MENJAGAMU