Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Monday, September 19, 2011

Bila Si Kecil Tidur..

Alhamdulillah, Ammar sudah masuk 27 hari. Khamis ini bakal melengkapkan sebulan umurnya insyaAllah. Moga anak mama dan papa ini sentiasa dalam lindungan dan rahmat kasih sayangNYA serta sihat selalu.

Sebelum dan selepas yang amat berbeza.
Kini tidak perlu berangan untuk mendapatkan tidur yang secukupnya. Mahu ada masa untuk diri sendiri? Ini namanya pengorbanan, moga Allah menerima apa yang saya lakukan seikhlas hati ini, ameen.

Bila difikirkan kembali, kenapa setiap pasangan yang berkahwin mahukan anak? Untuk melengkapkan suasana alam berumahtangga? Mahu si anak tadi menjaga kita tatkala hari tua? Mahu si anak membalas segala jasa dan kekayaan yang kita telah berikan sewaktu mereka kecil?

Nah, di sinilah pentingnya sang ibu sewaktu mengandung menetapkan matlamat yakni tujuan utamanya. Merenung kata ustaz dalam rancangan di awal pagi tadi. Anak adalah saham kita di akhirat kelak, kerana anak yang soleh akan mendoakan kedua ibu bapanya. Mana mungkin anak yang tidak soleh mendoakan ibu bapanya walau sepicing cuma. Makanya, adalah menjadi tanggung jawab besar ibu bapa menjaga dan mendidik amanah yang Allah telah berikan~iaitu sang anak.

Betapa saya bersyukur, membenarkan kata mak. 'Cuba lihat ada orang dah bertahun kahwin tapi masih jua tak memiliki anak. Tapi kita (merujuk pada saya)setahun kahwin sudah ada cahaya mata. Apapun, Allah itu Maha Adil'.
Tak mengapalah kena berjaga malam, bersengkang mata bangun menyusu dan menukar nappy Ammar, tak apa kalau saya tak cukup rehat dan kelelahan sedikit, kerana Ammar adalah anugerah tak terhingga buat saya dan en suami.

Oh..Ammar sudah menangis mahukan susu. Ciao

Monday, September 05, 2011

Syawal..Satu Jiwa Dua Rasa

Alhamdulillah, Syawal menjelma sesudah Ramadhan. Cuma tahun ni tak berkesempatan mahu berpuasa enam. Apapun moga Allah memberi pahala yang setimpal dengannya insyaAllah. Dan harapnya en suami dapat berpuasa sendirian..sobs..sobs. Oh, sedihnya.

Episod menjadi ibu ibarat satu cerita panjang. Bermula dari turun darah tapi tiada rasa sakit pada waktu pagi hingga waktu berbuka barulah contraction pain makin kerap. Hampir 4 jam menanggung kesakitan di labour room,mujurlah ada en suami di sisi saat deliver baby. Sakitnya tak mampu diungkap hanya Allah saja tempat memohon agar diringankan sedikit beban ini. Saat melihat sang anak selamat keluar, kali pertama air mata ini jatuh. Subhanallah, besarnya anugerahMu ini. Duhai anak..

Memang saya akui, tempoh ini adalah tempoh paling fragile buat saya. Mudah saja air mata mengalir. Anak menangis tanpa sebab walhal sudah diberi susu dan ditukar lampin, bila en suami mahu pulang, bila anak kena cucuk diambil darah kerana jaundice dan kemuncaknya saya menangis depan mak sebab sang anak menangis-nangis tak mahu diletak di bawah phototherapy~memang saya dah jadi tak keruan.

Akhirnya, saya anggap saja ini sebahagian dari proses belajar. Kadang-kadang, benda beyond our expectation. Apapun, menimang cahaya mata adalah saat paling indah setelah bergelar seorang isteri. Memikul tanggung jawab pun adalah sesuatu yang indah, menjadikan diri lebih matang.

Alhamdulillah, Syawal pertama sebagai isteri dan ibu. What else I could ask for more? Be grateful to Him. Moga Ammar sihat sentiasa dan bahagia dengan mama & papa. Kami sayang Ammar!

p/s: en suami, kalau saya nangis lagi..macam biasalah~tolonglah pujuk..huehue. Akhir kata, ibu bukan sebarangan ibu begitu juga dengan ayah (^_*)V