Bila Si Kecil Tidur..
Alhamdulillah, Ammar sudah masuk 27 hari. Khamis ini bakal melengkapkan sebulan umurnya insyaAllah. Moga anak mama dan papa ini sentiasa dalam lindungan dan rahmat kasih sayangNYA serta sihat selalu.
Sebelum dan selepas yang amat berbeza.
Kini tidak perlu berangan untuk mendapatkan tidur yang secukupnya. Mahu ada masa untuk diri sendiri? Ini namanya pengorbanan, moga Allah menerima apa yang saya lakukan seikhlas hati ini, ameen.
Bila difikirkan kembali, kenapa setiap pasangan yang berkahwin mahukan anak? Untuk melengkapkan suasana alam berumahtangga? Mahu si anak tadi menjaga kita tatkala hari tua? Mahu si anak membalas segala jasa dan kekayaan yang kita telah berikan sewaktu mereka kecil?
Nah, di sinilah pentingnya sang ibu sewaktu mengandung menetapkan matlamat yakni tujuan utamanya. Merenung kata ustaz dalam rancangan di awal pagi tadi. Anak adalah saham kita di akhirat kelak, kerana anak yang soleh akan mendoakan kedua ibu bapanya. Mana mungkin anak yang tidak soleh mendoakan ibu bapanya walau sepicing cuma. Makanya, adalah menjadi tanggung jawab besar ibu bapa menjaga dan mendidik amanah yang Allah telah berikan~iaitu sang anak.
Betapa saya bersyukur, membenarkan kata mak. 'Cuba lihat ada orang dah bertahun kahwin tapi masih jua tak memiliki anak. Tapi kita (merujuk pada saya)setahun kahwin sudah ada cahaya mata. Apapun, Allah itu Maha Adil'.
Tak mengapalah kena berjaga malam, bersengkang mata bangun menyusu dan menukar nappy Ammar, tak apa kalau saya tak cukup rehat dan kelelahan sedikit, kerana Ammar adalah anugerah tak terhingga buat saya dan en suami.
Oh..Ammar sudah menangis mahukan susu. Ciao