Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Saturday, May 28, 2011

Dalam Taman, Ada Bunga

Hidup memang indah tapi tak semestinya setiap masa kan?
Belajarlah untuk menyukai apa yang ada.

Hari Sabtu, esok Ahad. Sedihnya sekeping hati tatkala tak dapat meraikan hari bahagia sahabat tercinta. Mabruk ya ukhtie Nur Farhana Che Lah dan bakal suami. Dugaan yang datang sebelum dirimu menggapai sebuah kejayaan dalam akademik, pekerjaan dan kekeluargaan bukti tanda kasih tak terhingga sang Pencipta kepada hambaNYA. Pandang ke hadapan dan lihatlah hari-hari yang bakal tiba dengan penuh kesyukuran dan penuh rasa redha padaNYA.

Jodoh? Ia milik dan rahsia Allah. Kita merancang, berdoa dan berusaha...tetapi Allah jua yang menetapkannya. Resepinya, jangan putus asa (huhu...sekalipun saya pernah terjatuh dalam kategori ini) dan berdoalah dengan hati yang tulus ikhlas menangis mengadu padaNYA. Saya bukanlah orang yang pandai bahkan alim, tapi keyakinan perlu ada. Dulu saya pun sensitif bila disebut bab kahwin, tapi pujukkan hati sibukkan diri maka tak sempat pula mahu berfikir panjang melayan perasaan.

Tapi remedy terbaik kalau rasa hiba sangat saat masih lagi bersendirian~ saya tulis panjang-panjang surat saya kepada 'bakal suami' dalam jurnal peribadi, though tak tahu pun lagi siapalah suami saya..Haha..fikir-fikir balik, entah apa-apa je si Fizah ni. Apapun saya tetap jiwang tapi dalam kelas yang tersendiri. Harapnya si anak dalam kandungan ni janganlah buat perangai macam saya, ikut lah ayah dia yang lebih rasional .Hue..hue.

Perkahwinan bukan method untuk 'try and error'. Bila salah, bukan boleh diundur kembali. Saya belajar untuk jadi lebih baik sebagai seorang isteri dan ibu insyaAllah. Dibandingkan dengan encik suami, rasanya saya yang banyak tempangnya. Tapi alhamdulillah Allah telah kurniakan saya seorang suami yang banyak mengerti dan bertolak ansur esp bab habit saya suka sangat taruh makanan yang tak habis dalam peti ais. Bukan apa, selalu tengok mak buat macam tuh..hihi. Last-last kena buang. Maaf ye en suami. Jangan pandang saya dengan pandangan macam tu lagi ye...dah bertimbun rasa guilty dalam hati nih. Aiya..

Uiks, sekarang sudah masuk fasa tak berapa larat ditambah baby yang semakin aktif dan 'nakal' menendang tak kira masa. Bila ayah dia letak tangan atas perut, barulah lega sikit. Bila jadi ibu, barulah rasa sesal menyelinap sebab waktu dulu selalu sangat melawan dan tak dengar cakap mak. Rupanya, terlalu besar pengorbanan seorang ibu pada sang anak. Maafkan saya mak...

Oklah, nak start kemas rumah sikit-sikit. Sementara masih larat. Ciao...

Penyusuan Susu Ibu : Mulakannya Dengan Betul




Untuk memastikan penyusuan ini berjaya, apa yang paling penting adalah apa yang dilakukan terhadap ibu dan bayi tersebut untuk satu jam pertama selepas kelahiran. Lebih awal bayi itu dapat diberikan susuan yang pertama, lebih mudah untuk ibu meneruskan penyusuan selepas itu kerana bayi telah membentuk hubungan awal. Namun tidak semua hospital mempraktikkan amalan sebegini. Terutama sekiranya ibu bersalin di hospital swasta, yang kebanyakkanya bukan 'hospital rakan bayi'. Kita perlu meminta supaya bayi diletakkan bersama ibu dan bukan dalam nurseri (jika). Oleh itu pemilihan tempat untuk melahirkan juga sangat penting dan perlu dirancang dengan baik sebelum melahirkan.


Antara cara yang berkesan untuk membentuk hubungan bayi dan ibu sejurus selepas dilahirkan ialah bayi kena diletak tanpa apa-apa pakaian di atas dada ibunya antara dua buah dada dan diletak selimut di atas bayi. Yang penting kena ada sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi sebab bayi akan rasa selamat bila dapat mendengar dan merasa denyutan jantung ibunya. Manakala ibunya pun lebih tenang. Di samping itu, bayi juga dapat memelihara suhu badan lebih baik sebab dapat memindahkan haba dari ibunya. Penting untuk ibu tenang/rileks, sebab ia akan menstimulasikan hormon oksitosis ibu tersebut (love hormon) yang akan meransang penghasilan susu.


Fakta yang lain juga yang perlu diketahui ialah penglihatan bayi yang baru lahir tidak berapa jelas. Dia mampu untuk melihat jarak antara lebih kurang 6-14 inci sahaja. Iaitu dia boleh melihat puting susu ibunya dan ada hubungan mata dengan ibunya. Oleh kerana itu apabila semakin hampir seseorang wanita itu ingin melahirkan, Allah jadikan warna puting susu semakin gelap supaya ia boleh menarik perhatian bayi. Bayi akan tertarik untuk menuju ke puting susu ibunya dengan bantuan deria lihat dan juga deria bau. Bau payu dara yang similar dengan bau air ketuban akan menarik perhatian bayi untuk ke sana.


Walau bagaimanapun, deria bau ini berkurangan bila bayi dimandikan. Jadi seelok-eloknya, bayi hanya dimandikan selepas dia sudah mendapat hisapan pertama. Kebanyakan bayi boleh mendapat hisapan pertama dalam masa sejam selepas kelahiran jika tidak mempunyai komplikasi semasa proses bersalin.


Elakkan daripada memberi susu formula diperingkat awal kelahiran. Bila sudah mula memberikan susu formula, walaupun pada peringkat awalnya, ramai yang merasakan, "tak pa, sekali je", pada kebiasaannya akan menjadi, 2x, 3x dan seterusnya pemberian susu formula mendominasi cara penyusuan dan lama kelamaan susu ibu mula kurang diberikan. Wallahu'alam.


Semoga bermanfaat


Dr Zaharah Sulaiman

Konsultan Laktasi

Hospital USM Kelantan

Wednesday, May 11, 2011

Padanya..

" Ya Tuhanku, tunjukilah aku dengan mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kedua ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai, berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk dalam orang-orang yang berserah diri" (Surah Al Ahqaf :...15)

Sambil menunggu en suami pulang, ada pula kesempatan meng'update'. Alhamdulillah, bersyukur atas segala nikmatNYA sehingga saat sekarang dan pada masa mendatang insyaAllah. Bayi dalam rahim makin membesar dengan sempurna, mudah-mudahan sampailah ke waktu yang telah Allah tetapkan untuk dia menjengah alam dunia. Dan moga Allah memberi kekuatan dan kemudahan pada kami sekeluarga. Jadi anak yang soleh dan taat ye sayang. InsyaAllah.

Pekerjaan masih jua seperti itu. Makin saya fikir tentang kerenah pesakit, makin pusing kepala dan tak 'sihat' ruhani. Maka, sebaik saja melangkah keluar dari klinik saya tolak ketepi semua sebab saya ada keluarga yang lebih dan perlu difikirkan usai waktu bekerja. Itu saja cara terbaik untuk tidak menyesakkan otak.

Uh~lagi baik saya layan tendangan si comel dalam perut ini.

Otak sudah mula nampak hari Jumaat. Waktu untuk beristirehat dan berjalan-jalan. Dek kerana, kaki kerap kebas dan lenguh, makanya saya lebih banyak duduk dan tidur..hehe. Baca buku pun dah makin kurang, aduyai! Perlu berubah, maka doakan saya ye..

Ciao.