Bila Sahabat-sahabat Berbaitul Muslim
Pertama kali
mendengar kalian bakal
mendirikan baitul muslim
dengan pilihan masing-masing
Sesungguh kami jua bergembira
kerana kalian telah menemukan
seseorang yang melengkapkan sebahagian agama
Tahniah dan
moga beroleh kebaikan berpanjangan
Mana mungkin seorang sahabat mahukan
yang buruk-buruk pada sahabatnya yang lain
Jauh sekali merasa cemburu
Kerana kebahagiaan menjelma sebelum kami
Takdir telah menetapkan segala sesuatu
Namun jauh dalam
lubuk rasa
ada rasa sayu, ada rasa terharu dan hiba
kerana zaman-zaman remaja
dan saat-saat bersama
telah berlalu pergi
Datang pula tanggung jawab baru
untuk dipikul
Adakah kesempatan
untuk seperti dahulu?...