Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Monday, January 30, 2006

HIJRAH


.:HIJRAH:.
Bulat nian tekadmu
Dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan diredhai
Hijrah itu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para salihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi
Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tiada mampu
Mohonlah pada Tuhanmu
Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya HASANAH..

Ini adalah hikayat terkenal tentang seorang yang telah mencapai tingkat ma’rifat. Pada suatu hari ia berjaya melepaskan diri dari tuannya.Di sebuah lorong ia melihat sebuah pintu rumah terbuka.Seorang anak kecil sambil menangis meminta tolong keluar dari pintu itu Kelihatan ibunya berada di belakang mengusirnya keluar. Setelah mengunci pintu lalu sang ibu masuk kembali ke dalam rumah. Belum jauh si anak itu pergi, ia pun berhenti. Ia berfikir dan bingung kerana tidak mempunyai tempat tinggal selain rumah yang baru sahaja ia tinggalkan. Juga tiada orang yang dapat melindunginya selain ibunya .Ia pun kembali dengan hati hancur dan sedih.ia mendapati pintu rumah telah terkunci rapat-rapat, lalu ia duduk bersandar sambil meletakkan pipinya pada ambang pintu kemudian tertidur.
Si ibu keluar. Melihat anaknya dalam keadaan seperti itu, serta merta memeluknya. Ia mendakap dan menciumnya dengan penuh rasa terharu. Dan sambil menangis ia berkata
“ Anakku, ke mana kamu tinggalkan aku? Siapa yang sudi melindungimu selain aku? Bukankah sudah aku katakan jangan menentangku. Dan jangan pula berani berbuat derhaka padaku sehingga hilang rasa kasih sayangku padamu. Aku ingin kau selalu baik dan bahagia” Lalu si ibu memimpinnya dan masuk ke rumah….(1) Madarij Salikin
Renungkan pula sabda Rasulullah s.a.w : “ Allah itu lebih sayang kepada hamba-hambaNYA daripada sayang seorang ibu kepada anaknya”
Sempena menempuh awal tahun baru ini, berhijrahlah. Ke mana dan untuk apa? Ke arah kebaikan dan kerana kita adalah hambaNya yang sering tak terlepas dari dosa. Usah menunggu kedatangan tahun baru mahupun sesuatu barulah kita mahu berubah..kerana esok yang akan datang belum pun pasti akan kita lalui. Sudah kelaziman manusia melakukan maksiat kerana adanya hati yang sering berbolak balik dan nafsu yang mendiami tapi susulilah setiap kejahatan dengan kebaikan .Menunda-nunda taubat itu justeru boleh mendorong kita berterus-terusan berbuat dosa dan berbuat derhaka.

Berdosa lagi bertaubat lagi…”Apakah salah seorang di antara kami tidak merasa malu kepada Tuhannya kalau sesudah memohon ampun atas dosa-dosanya dan Allah sudah mengampuninya tetapi ia mengulang kembali perbuatan dosanya ?” Al Hasan menjawab : “Syaitan itu sangat senang sekali kalau ada salah seorang dari kalian mempunyai fikiran seperti itu. Janganlah bosan memohon ampun kepada Allah” …..sehinggalah syaitan merasa lelah..
Yakni dengan kemahuan yang keras dan hasrat yang bersungguh-sungguh untuk meninggalkan perbuatan yang berdosa itulah kunci penyelesaiannya. Sentiasalah berdamping dengan orang yang soleh dan baik akhlaknya kerana di situlah kekuatan. Seseorang diberi pahala atas apa kebaikan yang dilakukannya. Sentiasalah berdamping dengan orang yang soleh dan baik akhlaknya kerana di situlah kekuatan disampingnya. Usahlah malu mahupun rendah diri, kerana kita semua bermula dari tidak tahu kepada tahu, dari kecil kepada besar dan dari tidak baik kepada yang baik. Ayuh..lakukan perubahan..Tenang hati tambah kasih Ilahi..

‘Siapa yang bertambah ilmunya sedangkan hidayahnya( amalan) tidak bertambah, maka ianya hanya bertambah jauh dari rahmatNYA’

Kenapa Ihdal Husain ?


Assalamualaikum..
First time saya jumpa perkataan 'ihdal husain' dalam buku yang dibaca. Saya jadi tertarik..apa maksudnya ? ihdal means wahid-satu..husain means 2 kebaikan. Begitulah congak budak-budak saya so saya buat keputusan bahawa mungkin yang nak disampaikan adalah- sama ada kita dapat salah satu dari 2 kebaikan.Hehe, makna sebenarnya : sama ada kita hidup dalam kemuliaan ataupun mati dalam kesyahidan.