Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Tuesday, August 21, 2007

Salah Faham Saje..

Assalamualaikum wbt,
Hari ini ana encounter dengan satu pengalaman yang melucukan.
Semasa on the way balik dari klinik tetiba terserempak dengan junior yang tengah naik motor sambil melambai dia melaung ‘ Akak, selamat pengantin baru’ .Ana terkedu, tersenyum sorang2 sampai ke bilik.Bila masa ana akad nikah, bila kenduri dan siapalah yang ‘bertuah’ jadi suami ana ? Ohoh..bertuahnya ‘si dia’! Oh baru ana teringat semalam ana letak gambar kahwin senior di tingkap YM tanpa sebarang quotation. Patutlah dia salah faham. Step seterusnya, penjelasan semula atas salah faham ini sebelum khabar angin ini tersebar meluas. Persoalannya, muka macam ana ni layak ke nak kawin..isk..isk sadisnya.Takpe2,. Tiap-tiap orang dah Allah tetapkan masa dilahirkan, rezeki, dosa, pahala, dimatikan dan jodohnya.

Adik akan fly by 25th ni..sedihnya sebelum puasa dan raya dalam dua sama ada balik atau tak. Maka sambutan raya tahun ini tak semeriah dahulu kala.Tiba-tiba, jadi rindu sangat pada Perak,pekan Parit and Kuale Kangso , opah dan bau segar kampung serta sepupu-sepupu yang hensem2 dan rajin masuk dapur.Erk..hihi. Orang nama Syed2 ni kan biasanya,hensem2 tak gitu? Since family sebelah ayah ramai lelaki, so melihat kaum Adam di dapur dan menyediakan juadah adalah pemandangan yang biasa bagi kami. Terbalik jadinya,tapi baguslah ada masanya kaum Hawa pun nak rehat jugak dari terperuk kat dapur.

Jumpa Dr supervisor, terus kecoh. Fizah ni,selalu pening kepala. Ala Dr,bukan selalu pun.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home