Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Saturday, December 25, 2010

Auld Lang Syne


Alhamdulillah....
I'm speechless, but everything turned out to be true. Can't wait to go back to mainland. May Allah make things at ease insyaAllah.
Today,just brought back the memories of us during our early days in Sarawak. So much happiness, sorrow, up and down to be let go. If I could see from their eyes, too much to be explain. But time and responsibilities keep us apart. My prayers; may all of us find what we've been searching, keep treasuring and remember all those tough days.
Kisah Budak Berenam di Taman Desa Guru, Kuching...should be on tv or books. Too much to be share.May we able to tell all the stories to our children and offspring. One of the inheretance..
I missed all of you very much, alot...
*Nights at fast food's
*Weekends in Satok, Riverside and Waterfront, The Spring
*An Incident I Fall from coconut tree trunk at Pantai Puteri ~serik nak naik dan berayun atas tuh
*Weekday's nite in front of Tv and dinner
*Regret's moment in Semengok Wildlife and Jong's Crocodile Farm
*Very welcoming and warm neighbour...ohoh...
~but now I have husband to be my entire life companion. Thank you Allah.

Thursday, December 23, 2010

Akan Ku Tunggu

Isnin hingga Rabu

Mata saya senang nak terlelap dan senang juga terjaga di saat pukul 2 dan 4 pagi. Perfect time to get closer to HIM. Dan pagi ni tengah syiok menggeliat, ada seekor makhluk sedang melompat dengan riang gembira. Barang kali persekitaran yang agak bersih dan kemas untuknya. Uh no, memang mengganggu mood di pagi hari ini.

Ambil penyapu, kejar sampai ke pintu. KATAK PISANG! Nasib baik terperangkap dalam plastik sampah. Maka dengan senang hati, campak luar rumah. Biar dia cari jalan pulang sendiri. Saya tak mahu nak membunuh haiwan kecil melainkan rasa terancam. (hoho..yelah tue).

Terima kasih auntie Imur sebab tolong carikan untuk saya kotak-kotak tu. Sampai saja depan pintu klinik, dah nampak 4 kotak kosong sedia menunggu. Memudahkan kerja packing barang-barang.

Esok Jumaat, hujung minggu bakal tiba. Ayam penyet, nasi kerabu..oh rindu pada mereka. Moga kita kan bertemu. Wuiseh.

Lenggang ..lenggang kangkung
Kangkung di tepi kali..
..
Pulang marilah pulang
marilah pulang bersama-sama..

p/s: Dah takde kerja, so kita nyanyi jelah ye.

Sunday, December 19, 2010

Step On

'To love and be loved is the greatest happiness of existence." - Sydney Smith -

What a weekend! Being a bit lazy and just lie down, that's not me. However, I'm just being that one. Oh, what a big waste but I enjoyed since other did it too...haha. I'm not alone.

So much to expect in this two weeks time. 2011 will appraoch and I'll be having major plans and some minors too. Keep save in my yearly planner insyaAllah. May Allah make them at ease.

'All About Marriage' almost make me shed the tears. Sometimes, the disaster and mishap could end up with other bright side. It's not the end of the world but somehow the beginning of the other chapter of life. Who knows better than Allah does, right? Fail or success, at least we try.

Ohoh.Tomorrow will start another same, lame, uninteresting routine. But I'm grateful that I'm employed since out there thousands are jobless. Thank you Allah..

“Kunci sukses pernikahan bukanlah menemukan orang yang tepat, namun kuncinya adalah bagaimana belajar mencintai orang yang anda temukan, terus menerus!”

p/s: Dear en suami : We'll be on a road to having a more successful marriage insyaAllah. Till then, c u.

Thursday, December 16, 2010

10 Muharam


(T_T) Mode : Sedih
Astagfirullahadzim. Boleh pula saya lupa hari ini 10 Muharam. Umat Islam dianjurkan berpuasa pada 10 Muharam. Sedih tak terkata. Banyak-banyak tahun rutinnya berpuasa, tahun ini boleh pula ter'miss'. Hmm, takpelah moga Allah mengurniakan pahala pada amalan yang lain insyaAllah dan barangkali ada hikmah yang tak tersingkap.
Alhamdulillah..tak sangka boleh tidur nyenyak dalam office setelah habis merawat patient dan kepenatan. Nasib baik takde air liur meleleh. Haru staf tengok nanti. Haha.
Seminggu ini memang terasa aman. Maklum saja, mesin faks dah rosak(~takde surat2 suh buat kerja) so saya boleh goyang kaki baca majalah..ops buku Clinical Diagnosis. Sambil merencana perjalanan untuk further study.Hmm..saya tak boleh statik pada satu kedudukan saja, harus ada 'improvement'. Tak kisah sedikit atau banyak.
Baki cuti ada lagi. Better saya carry forward, insyaAllah tahun depan banyak agenda plus mahu cuti-cuti panjang. Lepas kawin tempoh hari tak sempat nak berjalan-jalan~ oh, saya bukan type yang suka jalan-jalan lebih dari 2 hari ke tempat orang. Baik duk rumah menikmati baiti jannati. Tapi bab shopping, I can't resist the temptation..haha( baca dan fahamkan this statement very clear like crystal clear water ye en suami.Ngeh2)
Sekian.
p/s: Kelebihan 10 Muharam? Sila check the old previous entry..huu

Tuesday, December 14, 2010

As Much As...

'Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan duka cita daripada kami' ( Al Faathir: 34)

Berjalan-jalan pusing pasar kecil di sini. Yang menarik perut dan mata adalah ikan kembong dan terubuk. Nampak nyior, beli seringgit kononnya nak masak lemak. Apapun kena tunggu, samada menjadi ke tak.

'Dr nampak berisi sikit'
Saya pegang muka saya. Oh ye ke. Maybe sebab gembira di sisi en suami seminggu lepas. Saya masak dan sambil tuh makan. Heh. Sebolehnya, saya mahu kekalkan begini dan tambah lagi insyaAllah. Paling penting jaga kesihatan diri. Ini pun sebahagian dari amanah Allah pada kita makhlukNYA.

Tengah mencari resepi baru untuk dimasak. Spaghetti masih berbaki. Cuma tuannya saja yang suka nak bermalas-malasan. Haih. Rajin sket.

Monday, December 13, 2010

Satu Minggu

Satu Minggu

Berkepit dengan en suami. Terima kasih atas saat-saat yang indah dan insyaAllah untuk sampai ke akhir hayat bahkan ke jannah. What a wonderful life..alhamdulillah.

Akhirnya, terpaksa juga 'berpisah' buat sementara. InsyaAllah moga Allah berikan jalan keluar untuk kami. Peritnya berjauhan, tapi kesabaran dan mujahadah adalah ubat mujarab. Sekeping hati ini perlu dibentuk agar lebih sabar....'Sabar ye' suara suami memujuk. Hati dah berlagu sendu, mata hampir bergenang tapi ditahankan jua. Kesian en suami, lelah nanti nak memujuk saya..hehe.~tapi pagi ini, mengalir jua air mata setelah keletihan merawat patient. Ya Allah, lemahnya hambaMU ini maka kuatkanlah aku dan berikanlah kesabaran agar dapat ku lalui hari mendatang dengan penuh rasa keimanan padaMU.Amen~

Terima kasih juga en suami kerana sudi membawa saya ke program dua hari lepas. Terasa jiwa yang jauh dari majlis ilmu disirami kembali. Alhamdulillah, banyak ilmu, pengajaran dan pelajaran dikutip. Duduk bersama orang-orang yang hebat, sungguh lain benar perasaannya. Kadangkala kita merasakan kita lah yang paling hebat diduga diuji Allah, tetapi rupanya ada insan lain yang lebih jauh hebatnya ujian tetapi hati mereka tetap yakin dengan ketentuanNYA. Sekarang bukan masanya untuk mempersoalkan kenapa ini dan itu terjadi pada diri tetapi sebaliknya memandang sudut yang paling positif dan ada hikmah di sebaliknya.

Ayuh, Fizah jangan mengalah untuk hidup. Mana dirimu yang tak mahu kalah pada dugaan dan kuat menghadapi cabaran, mana hatimu yang cekal bila diuji. Oh, terasa saya perlu lebih mendekatkan diri padaNYA, pertingkatkan ibadah dan perkemaskan hati ini.
...mencari diri...

Thursday, December 02, 2010

Baja Hati

'Tidaklah seorang mukmin ditimpa sebuah kesedihan, kegundahan dan kerisauan , kecuali Allah pasti akan menghapuskan sebahagian dosa-dosanya' (Al Hadith)

Pagi Khamis datang lagi. Dan awal pagi juga, darah saya mengelegak naik. Boiling Point! Patient oh Patient. Apa anda ingat klinik gigi ini private? mak bapak anda yang punya?..(cepat-cepat, bagitau patient sebelum Dr bertukar jadi Hijau~bisik assistant).

Hmm...nasib baik tak sempat jadi Incredible Hulk. Kalau baik hati sangat, inilah jadinya. Kesimpulannya, perlu bertegas tetapi pada masa yang sama bertimbang rasa.

'Kalau pakcik tak nak cabut akar tuh, saya tak dapat nak buat gigi palsu' berbasa basi dengan pakcik warga tua.
Oh, bayangkan macamana nak buat gigi kalau masih ada gigi rosak? Sama-sama fikirkan.

Patient yang datang dengan pelbagai rupa dan gaya. Sama ada kita jadi senang hati, rasa menyampah(ops) dan tak kurang juga yang terlebih pandai dari doktor sendiri. Haih. Dan si doktor pula boleh dapat sama ada pahala atau dosa atau kosong sia-sia. Penting sungguh niat ini. Ikhlas binniat!

'Mereka yang bermujahadah untuk melakukan ketaatan, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan pahala dan ganjaran' ~Abdullah ibnu Abbas~

p/s: ya Allah, ampunkanlah dosa hambaMu ini dan lindungilah aku dari segala sifat mazmumah.

Wednesday, December 01, 2010

Wipe Away The Tears

'When people all around you turned you down, there's only One who never will. The Almighty ALLAH'.

Speechless.Numbness. I bet all emotions already mixed up. No matter how much I try to look upon the bright side and think positively, alast I just tend to break down and tears become the best friend for the moment.

Only HIM the True Saviour, not human, not even the close one.

'Pengetahuanku tentang diriku atau tentang apapun amat terbatas, sedangkan pengetahuan Allah menyelimuti segalanya. DIA tahu awal, akhir dan segala-galanya.

Sekali lagi aku menginginkan sesuatu, tetapi hatiku harus ku persiapkan untuk menghadapi kenyataan yang tidak sesuai dengan harapanku.Kerana mungkin itulah yang terbaik bagiku' BT.

Cuma pagi ini, ada ustaz dalam satu program menyebut dan mengingatkan kembali mengenai suatu hadis Rasulullah s.a.w :

' Apa-apa yang telah Allah takdirkan tiada suatu pun yang mampu menolaknya melainkan DOA'

Sungguhpun ada perasaan khauf (takut), pasti jua diiringan dengan perasaan raja' (berharap).

Kesatlah air mata, sekarang masa untuk terus berjuang. Moga Allah mendengar rintihan hamba ini yang dhoif ...amen ya rabbal alamin.